Sunday, May 24, 2009

19 Perkara Jangan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :

1. Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah dan sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan dan kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

Kerana Dia Manusia Biasa

Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.

Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya.

Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

Cinta Pertama Hirisan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ini istimewa menjawab Personal Message (PM) dari seorang
sahabat iluvislam..sejujurnya bukan ini PM yang pertama di terima, dan kerana berpendapat ramai yang menghadapi masalah yang serupa maka kali ini saya luangkn sedikit masa untuk mengulas mengenainya. semoga sama-sama dapat mengutip manfaat darinya..

PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, pe
rmainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?"

SAYA: First of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang yang jauh dari islam. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin A
llah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancur
kan hati kite?
Tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya me
nghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!

Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.

"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
[Al-Imran:120]

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah
dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah: 212]

Memaafkan Bukan Mudah!

PM: "Saya tidak boleh maafkan orang.Saya tipu apabila saya cakap saya sudah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia.Saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu.Asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? Saya tak nak tahu tak.Awak ingat perempuan-perempuan jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tidak tahu, tapi saya tak nak.Saya nak jadi solehah.Asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga.Tapi syaitan asyik mengganggu saya."

SAYA:Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]


Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman
. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]

Kenapa Bukan Aku?

PM: "Awak ingat tak seksa ke hidup macam ni? Saya tengok orang jahat bom palestin tapi saya tidak mampu buat apa-apa,saya menangis tahu tak..saya rasa saya yang patut kena bom..kasihan mereka..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestin ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?"

SAYA:Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. Tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. Dipanjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..

" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]

Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin diuji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik-baik tempat untuk mereka yang kejam.

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah:212]

Penutup


Setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

Sekian dlu celoteh saya untuk kali ini, mana yang salah harap di perbetulkan dan mana yang betul diharapkan semoga sama2 dapat manfaat. insyaAllah..semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri, supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai seribu satu kelemahan dan kekurangan.

*sumber:www.semut2comel.blogspot.com

Sahabat


Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, keran
a manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik.
Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...



Tuesday, May 19, 2009

Johor>Selangor> Pinang> Perlis

Dalam Lif di Menara Alor Star..

Kenapa tajuk entry saya kali ni saya buat macam tu je... Ni nak citer ni..Sebabnya dalam seminggu bermula 16 April sehingga 18 April saya mengembara dari selatan ke utara dan kembali semula ke selatan. Ingat tak entry saya berkaitan Apa Yang Saya Buat Masa Study Week Part 6, saya ceritakan saya pulang kerumah untuk bercuti agak lewat sedikit iaitu pada 15 April.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah pukul 11 malam pada 15 April tersebut, erm....mungkin agak sedikit lewat kerana saya bertolak dari segamat agak lewat petang. Apa-apa pun alhamdulillah selamat juga sampai. Keesokkan harinya saya tidak kemana-mana, hanya merehatkan diri yang penat dengan presentation etr 300 dan kelenguhan badan menaiki bas.

Pada 16April kami sekeluarga ( Jaja, umi, abi, saya, kak fuzah(sepupu)) bertolak ke utara. Tujuan kmai pada mulanya untuk menjemput adik saya (dik e) pulang dari Matrikulasi Perlis. Dik e baru sahaja selesai peperiksaan akhirnya untuk semester ke2. InsyaAllah jika dia lulus dengan cemerlangnya untuk peperiksaan ini. Pemergian kami ke Perlis adalah untuk kali terakhir, tapi mungkin tidak juga jika dia menyambung pengajian ijazahnya di bumi kayangan tersebut. Kami bertolak dari rumah selepas solat asar.

Alhamdulillah selamat sampai di rumah tok siti ( ibu kepada abi saya), di Pinang pada pukul 11.00 malam. Abi mengambil keputusan untuk tidur semalam sebelum meneruskan perjalanan ke perlis esoknya. Seperti dirancangkan kami teruskan perjalanan ke Perlis selepas subuh keesokkannya. Kami sempat singgah berjalan-jalan di Kedah dalam perjalanan tersebut. Antara yang sempat kami kunjungi ialah Menara Alor Star.

Menara Alor Star..menara ke 19 tertinggi didunia

apa yang jaja tengok tu

replika Menara di dtingkat atas

Kemudian kami melawat pula Masjid AlBukhary ...

Diabadikan Bersama..Terima Kasih Atas Kasih Sayangmu..

cari dimana saya dan jaja..snap by abi

Selepas berjalan, kami meneruskan perjalanan ke Matrikulasi Perlis. Alhamdulillah selamat sampai disana pada pukul 11.30 pagi. Kegembiraan di raut wajah adik perempuanku jelas kelihatan. Bermulalah kerja untuk mengangkut barang-barangnya kedalam kereta dan sesi perpisahan dia dengan sahabat-sahabatnya.

say cheese!!

haha..xatau nak komen ape ble tgk gmbr ni..gelak2

tgk tu...betapa penuhnya kereta dengan barang2 dia..

Matrikulasi Perlis ni sebenarnya bersebelahan Uitm Perlis. Saya pun ape lagi, ambil kesempatan yang ada ni membuat pusingan lawatan di Uitm. Lagipun ini la peluang saya, mungkin kemudian hari peluang ni takkan datang lagi.

ini lah kami..teman gaduh..teman bual..teman merepek

Setelah segala urusan di Matrik selesai, program jalan2 cari makan kami pun bermula la..yang bestnya kalau orang lain bila berjalan-jalan akan shopping barang, berbeza kami sekeluarga. Kami lebih suka makan...erm kerana umi sangat2 menggemari laksa. Ketika di perlis bermacam-macam jenis laksa dari pelbagai tempat kami cuba. Saya pulak kalau pasal makan ni, xder langsung istilah diet..kalau sedap tambah je lagi..malu nanti saya sendiri yang rugi. Lagipun masa di segamat, saya sgt jarang makan, bukan sebab tak der duit atau makanan, tapi saya yang tak pandai manage masa sampai selalu abaikan time makan. Laksa nya pun memang sangat sedap, umi siap tapau lagi.

di kedai makan laksa pak ngah original..laksa dia mmg sgt2 sedap, sungguh xtipu

pandangan depan kedai pak ngah laksa

Akhirnya kami sekeluarga bertolak pulang ke Rumah ( Selangor) pada 18 April juga. Alhamdulilah segala-galanya selamat. Saya kemudiannya pulang semula ke Uitm Johor pada 21 April dengan keazaman dan semangat yang tinggi untuk bergelumang dengan final exam selama 2 minggu bermula 23 April sehingga 7 Mei, dan alhamdulillah disaat saya menulis entry ini saya selamat menjawab kesemua exam paper dengan baik.

Nantikan entry seterusnya Suka Dan Duka Saya Di Semester 6...

Friday, May 15, 2009

SETITIS AIR MATA IBU


Mari isi masa cuti anda dengan program yang berfaedah
Buat Semua sahabat kita jumpa disana.....

(update 18 mei 2009)
Selesai ...
Sedikit perkongsian buat semua sahabat pembaca sekalian..

Alhamdulillah perancangan saya untuk menghadiri talkshow ini berjalan dengan lancar, kami
( saya, afiqah, layyinah (adik perempuan saya) dan syuhadah (adik perempuan afiqah) selamat sampai di Masjid Shah Alam tepat pukul 9.30.

Ya Allah sangat terkejut melihatkan keadaan dewan kerana sudah dipenuhi orang ramai..samapaikan ada yang berdiri kerana kerusi tidak cukup. Kaum muslimin juga tidak ketinggalan mengikuti program tersebut.

Majlis dimulakan agak sedikit lambat kerana Ustaz Hasrizal dan Dr Rubiah menghadapi kesulitan mencari dewan yang mengadakan program talkshow ni. Itu bukan yang saya nak ketengahkan disini, sebab kami sendiri juga pada mulanya tersesat juga, kerana terkeliru dengan kursus kawin, kelas agama dan bayak lagi aktiviti lain yang jadi aktiviti mingguan di m asjid shah alam.

Jika tanya saya tentang pegisian? Macam-macam saya dapat dari mula majlis sampai habis.. Isu yang dikupas merangkumi untuk bapa, ibu, dan anak2-anak.

mungkin jika pembaca di website Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) anda akan dapat pegisian yang lebih jelas lagi tentang pegisian talkshow ini.

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Lahir

Johor>Selangor> Pinang> Perlis ( saya tangguhkan dulu entry ni )
insya Allah saya akan ceritakannya kemudian.

Entry ni khas buat sahabat-sahabat yang menyambut kelahiran pada bulan Mei

Maaf atas kelewatan mengucapkan hari lahir buat kalian semua kecuali nurul akmal., kamu saya terlebih awal, takut nanti saya terlupa. Moga kamu, kamu dan kamu berjaya dalam bidang yang diceburi serta peroleh kejayaan dunia dan akhirat. Moga kamu, kamu dan kamu juga sentiasa dibawah rahmat & perlindunganNya. Sesungguhnya saya sebagai sahabat hanya mampu doakan kalian sentiasa sihat dan mendapat sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kalian

*Muhammad Khalid ( 6 Mei 1988 )
*Muhammad Nurul Akmal ( 30 Mei 1988)
*Hamizah Hashim ( 13 mei 1987)

disini saya kongsikan khas buat kamu bertiga apa yang saya jumpa. Jika kebetulan pembaca juga berkongsi tarikh yang sama macam sahabat saya sila-silakanlah baca. Ciri peribadi seseorang menurut tarikh lahir

**

6, 14 & 27

Mereka merupakan pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan mereka disegani.Dalam soal cinta, mereka ingin memberi yang terbaik kepada pasangan.Namun begitu, harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

**

2, 11 & 30

Mereka mudah perasan dan tersinggung.Sifat yang suka menyendiri membuatkan mereka lebih gemar tinggal di rumah.Ramai yang suka bergaul dengan mereka kerana perwatakannya yang lembut dan ramah.Mereka paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu, dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.Sayangnya, untuk urusan masa depan, dia bersikap pesimis, sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu, perlu ada pendorong agar mereka tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

**

4 & 13

Mereka ini pandai, suka bergaul dan mudah mengubah pendapat.Mereka seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, mereka merupakan pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak menyukai apa lagi bersimpati dengan mereka.Mereka sering bersifat dingin dengan orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.Tapi, mereka bersifat kelakar, mudah ketawa dan kadang kala bersikap keanak-anakan.

**

Wednesday, May 13, 2009

Suka Duka Saya Bersama Etr 300

Lambatnya nak bercerita...entahla sejak kebelakangan ni, badan ni macam dijangkiti virus...semua benda rasa macam malas je nak buat, lagi2 sekarang ni duk rumah je..makin bertambah malas saya. Dunia sekarang digegarkan dengan virus iA(H1N1) flu saya dijangkiti virus lain, ( VIRUS MALAS)...huh!!

ETR 300: nie la satu-satunya subjek di semester terakhir saya yang agak susah, code tuk subjek ni pun lain berbanding subjek yang saya dah ambil before ni.. ni adalah subjek elektif. Markah untuk final exam hanyalah 20 markah..selebihnya adalah bergantung pada report, presentation dan test. Sebenarnya ini la satu-satunya subjek yang memerlukan saya mengetahui serba-sedikit mengenai akaun berbanding subjek2 lain yang saya belajar hanyalah lebih kepada teori.

Erm kenapa saya kata duka?...jika group member dalam group yang lain boleh buat kerja bergroup dengan baik dan penuh keseronokkan, tapi berbeza sangat dengan saya. Kerana masalah dalaman yang 'agak hebat'. Saya agak susah untuk mendapat komitmen dari semua ahli kumpulan. Saya akui semuanya telah berusaha sehabis baik untuk subjek ni, cuma jika kumpulan lain boleh duduk dan berbincang tapi tidak untuk group kami, agihkan tugasan pun gne sms sahaja, nak jumpa pun jika keadaan dah mendesak sangat Pernah saya terduduk dan menangis sendirian bila memikirkan mampukah aku lepas subjek ni.. sebab saya rasakan sangat susah untuk saya memperolehi markah yang baik dalm tugasan. ini kerana kelemahan saya, saya kurang handal dalam mendapat markah yang tinggi untuk assessment mark, sepanjang pengajian saya kebanyakkan saya akan score ketika final exam.

Ape yang mampu saya buat berdoa agar semuanya berjalan lancar dan saya lulus subjek ini dengan baik. Untuk subjek ni, kami dikehendaki menubuhkan syarikat kami sendiri dan menyediakan rancangan perniagaan syarikat yang kami bina tersebut. Kumpulan saya telah memilih untuk menubuhkan syarikat yang menjalankan perkhidmatan membeli dan menjual lembu pedaging. Halal Farm Enterprise nama rasmi syarikat kami, segala kemahuan pensyarah kami En Albakri kami cuba untuk lakukan. Untuk subjek ni juga kami dikehendaki menghadiri seminar keusahawanan di PWTC dan seminar keewangan yang dilakukan di dalam uitm sahaja. Ini semua dilakukan bertujuan memahirkan kami lagi tentang ilmu keusahawanan dan keewangan agar mudah kami meyediakan rancangan keewangan.

erm...ape yang dukanya, bayangkan apabila kita satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama, tapi dalam nak capai matlamat tu kumpulan tersebut ada antara ahli kumpulannya tidak bertegur langsung dan buat kerja " macam orang malas gle dan terpaksa!!". Saya selaku ketua kumpulan memikul amanah yang berat. Mungkin betul antara kita menghadapi masalah peribadi tapi boleh tak kalau ""be professional bila buat kerja"". Erm kalau perangai ni terus dibawa sampai alam perkerjaan memang tak kan lama la kita kerja sesuatu tempat tu..

erm pe2 pn saya bersyukur segala-galanya dah tamat. Perbentangan untuk subjek ni berjalan dengan baik dan akhirnya sifat kebudakkan antara ahli kumpulan saya hilang dan masing-masing dewasa dalam memikirkan masa depan, dan cuba buat yang terbaik ( erm bukan xboleh pun..cuma ske sgt ikutkan hati dan perasaan) Dikesempatan ini saya ingin memberi menyatakan sekiranya sepanjang kita berkumpulan ada terkurang, atau timbul ketidakpuasan hati tentang hasil kerja saya untuk menyediakan report dan persembahan multimedia mohon kemaafan, saya sudah berusaha sehabis baik..hanya itu yang saya mampu lakukan, dan buat semua ahli kumpulan saya sekiranya ada melibatkan wang dari pihak anda semua saya mohon dihalalkan dan begitu juga dipihak saya, saya halalkan.


dari hati yang tulus dan ikhlas..

Vidoe ini Khas saya tujukan buat semua ahli kumpulan saya atas segala kenangan sepanjang kita bersama..maafkan daku atas kekurangan diri. Ku doakan kejayaan dunia dan akhirat buat kamu semua.



Tuesday, May 12, 2009

ops!! Saya Tidak Besedia Lagi..

Maaf pembaca semua, saya msh kekeringan idea tuk berkongsi cerita tentang entry " Suka Duka Saya Bersama Etr 300" cuma nak kongsi satu resepi kek bagi penggemar kek coklat..

Terasa nak makan kek coklat tapi kekangan masa
tuk membuat nya , dan lagi kesian bila buat je asik tak jadi..terlebih bahan ni la, terkurang bahan itula... saya ada penyelesaian...kerana saya pun macam pembaca yang lain jugak..jika dapat resepi yang baru, bila cuba buat belum tentu menjadi tuk pertama kalinya..tetapi berbeza untuk kali ini...

Disebabkan kebosanan, saya memang suka
selerakkan dapur rumah dengan mencuba resepi baru ( saya akan kemas balik bila semua dah selesai) ...kali ini saya hendak kongsikan cara yang paling senang menyediakan kek coklat

Ok lah let see what I want to share with you all guys...

Kek Coklat Basah Segera

* sebab apa saya bagi nama resepi ni kek coklat basah segera??

mari kita tgk langkah demi langkah nak hasilkan kek coklat basah segera ni...

Antara Bahan2 Yang diperlukan..


*Tepung " ready made" kek coklat basah
*1 cawan minyak masak
*1 cawan susu cair
*1 sudu teh nescafe
*1 sudu teh esen vanilla
*3 biji telur ayam
( Tu jer...)

1. Mula masukkan telur ayam tu dan kacau hingga kembang
2. Masukkan susu cair, 1 sudu nescafe yang dibancuh dengan air panas, kacaukan lagi
3.seterusnya masukkan esen vanilla, dan minyak masak dan yang terakhir sekali masukkan tepung kek coklat basah tersebut..
4. Kacau secukup-cukupnya sehingga adunan kelihatan sebati..

ape lagi...masukkan adunan itu kedalam bekas dan boleh dikukuskan selama 45mnt- 1jam...

kemudian bolah la dimakan...kalau hendak ditambahkan topping pada kek tersebut pun boleh jugak...Selamat Mencuba..
Gambaran langkah-langkahnya supaya dapat dilihat dengan lbh jelas oleh anda semua...



* Bagi seiapa yang ingin menempah tepung kek segera ini bolehla emailkan kepada saya untuk tempahan(eelya_khadeeja@yahoo.com) tepung kek ini cuma berharga rm8 sahaja..
* Jualan ini terbuka kepada warga saujana utama, sungai buloh



Entry Bisu

Saya tunda dulu entry yang saya janjikan.. terasa untuk berkongsi kegundahan yang ada dalam diri ini sejak dua tiga hari ini bersama pembaca, lagi dibiarkan lagi parah rupanya...Ya Allah hebat benar dugaan yang melanda...bila bersendirian air mata ini akan mengalir dengan sendirinya, lagi diseka lagi deras ia mengalir...Tabahkanlah Hati HambaMu...Moga aku terus teguh dijalanMU

Buta Renungan Bersama..

HATI SEORANG WANITA

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti Mungkin akan terlambat untuk menyesal, Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Bagaimana jika anda menghadapinya?

--------eelya_khadeeja----------
12 Mei 2009 ( 8.30 a.m)

Ape saya buat masa study week part 6?

Study Week???

Kebiasaannya di kesempatan ini lah pelajar-pelajar di IPTA akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk tempoh yang lebih lama, mgkin ada yang pulang tuk memohon restu dari keluarga disamping mencari-cari suasana kondusif yang baru untuk menelaah pelajaran. Jika di semester 1 hingga 5 dulu saya mungkin seperti mereka..study week sangat2 dinantikan...sebab masa itu saya rasa freedom tuk seketika, tak perlu fikirkan tentang tugasan2, kuliah, dan perbentangan...senang citer boleh rileks skt la...nak layan movie masa tu dari pagi sampai petang pun xjadi masalah....tapi yang paling best, boleh balik rumah..

Cuma di semester akhir ni lain lak jadi nya...sebabnya..stdy week kali ini saya tdk dapat pulang ke kampung lebih awal kerana terikat dengan perbentangan besar-besaran subjek etr 300, (subjek yang buat saya makan tak kenyang..mandi tak basah, tidur pun tak lena) sbbnya tuk final exam hnya 10 markah yang dinilai selebih tertakluk pada report dan perbentangan serta mid-term test...huh agak berat jgk tu nak score tuk subjek ni..!!

Disebabkan masalah yang tdk dapat dielakkan, kerana pada mulanya kami pelajar semester akhir bercadang mengadakan perbentangan etr 300 ni di hotel area PD(N9)..tetapi kami menghadapi masalah kelulusan dari HEA (entahlah, saya pun xpham..kalau mohon tuk program2 macam ni susah sangat nak lepas, tapi program tah pe-pe..boleh plak, tak tahu la aspek mne yang dinilai tuk luluskan satu2 program tu) . Bila dah tak lulus kami kena buat kat dalam uitm jela...so decide buat perbentangan tu 11 April, tapi ditunda kena pensyarah kami tidak dapat hadir pada tarikh tersebut..Bila saya tahu, agak geram jugak la sbbnya, esoknya 12 April seluruh uitm dah start cuti stdy week..huh!! bincang punya bincang akhirnya tarikh yang compem tuk present adalah 15 aribulan!!.. ini bermakna ditengah-tengah minggu stdy week...!

Jadi itu lah penyebab saya tak dapat balik...menyendiri jela nampak nyer...sbbnya roomate saya awl2 lagi dah balik..wingmate pun ramai yang balik, rasa sunyi sgt..huhu ...so ape yang saya buat masa stdy week part 6? saya pegi ziarah mak su saya yang tinggal di segamat...sekurang-kurangnya walau pun tak dapat balik saya dapat keluar jugak dari uitm tul release kan tension...tentang kerja2 etr 300 sme tggal tuk present sahaja..so tak perlu edit ape2 lagi..

saya pulang semula ke uitm pada 14 april...
prepare tuk present esoknya...
lusanya baru saya pulang ke rumah...

Nantikan entry saya mengenai Suka Duka Saya Bersama Etr 300...selepas ini, saya akan kongsikan dengan lebih detail ape yang terjadi dari mula sampai habis tentang ETR 300...dari buat research sampaila siapnya report..

Monday, May 11, 2009

Malam Anugerah Kecermelangan Akademik 2009

Seperti yang dijanji kan saya...saya akan update laman ini mengikut tajuk yg saya susunkan buat tatapan semua pembaca...

erm..Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009, satu memori indah yang hingga kini masih segar diingatan saya mahupun sesiapa yang berada di majlis tersebut..kenapa??

sebab setelah genap 3 tahun saya di Uitm Johor, saya dapat rasakan ini lah satu-satunya majlis yang begitu seronok dan tidak menyesal saya hadirinya. Selalunya bila Uitm anjurkan program..sgt-sgt la membosankan bg saya..sebabnya, saya akan rs "useless" ble blk dr majlisnya, rs bazir masa jer..tapi berlaianan dengan majlis yg saya hendak kongsikan bersama pembaca semua..walaupun saya mendapat jemputan sudah berkali-kali untuk semester yang lepas, baru kali ini saya tergerak hati untuk menghadirinya..memandangkan saya pn di semester terakhir..pergi jela, juz for fun..!!

Malam Anugerah Kecermelangan Akademik 2009 ini diadakan di Dewan Sri Temenggung papa 11 April 2009, Majlis ini diadakan bertujun meraikan pelajar-pelajar yang memperoleh anugerah dekan bagi semester yg sebelumnya. Temanya Smart @ Elegant, dan telah diramiskan oleh pegawai khas dijemput dari Uitm Shah Alam.

Apa Yang Membuatkan Saya Suka Di Majlis ini?

* Dekorasi Dewannya Sgt lawa
*Suasana macam di Hotel walaupun hanya dilakukan di dlm Uitm
*Perjalanan majlis sangat smooth and good
*Perasmiannya ala2 matrik gitu, siap ada moto besar lagi atas stage ( tahniah MPP Uitm Johor)
*Bersama-sama Pelajar kos lain dr jurusan yang berbeza
*yang ni paling seronok: rasa dihargai kerana usaha siang malam tuk wat yg terbaik setiap kali final exam.
*Doorgift nyer ...ekklusif..
*yang akhir sekali makanan dia sedap sgt2

Kepada penerima Anugerah Dekan sesi Julai 08 - November 08..Sekalung Tahniah saya ucapkan..semoga trs kekalkan kejayaan kita dan berusaha untuk jadi lebih baik dari yang sedia ada..

Sekian..


doorgift..