Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

TIP PELABURAN HARTANAH


Apa pun kita bermula daripada kosong... belajar sikit-sikit supaya kita lebih memahami... tak kira lah apa bidang sekali pun... dan lagi satu kena ambil tahu... hari nie aku terbaca satu email yang telah di send oleh agen hartanah... menarik jugak... mungkin boleh dikongsikan dengan pembaca yang lain.

Tips menarik ini boleh di dapati dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang ( Tulisan Pakdi) tentang pelaburan hartanah. Apa yang perlu kita ada sebelum buat pelaburan hartanah? 

Aku memang dari dulu berminat dengan hartanah nie... pernah suatu ketika... aku berangan untuk memiliki 3 buah rumah... sebuah di Johor... sebuah di KL dan sebuah lagi di Kedah... dasyat jugak angan-angan aku... namanya angan-angan. Tak pernah terlintas difikiran pun semua tu akan jadi kenyataan. Nak beli sebuah pun belum tentu mampu...

1. Kena tahu apa objektif pelaburan kita
Kita beli hartanah nak buat apa? nak peram? nak jual cepat? strategi apa nak guna etc. Sebab lain objektif, lain strategi nya... macam kita mengajar lah... sebelum mengajar kena tahu apa objektif yang ingin dicapai. Kalau nak buat sewa... perlu cari lokasi yang strategik... banyak kemudahan... mahal pun orang akan sewa... sebab kemudahan.

2. Kena ada modal yang mencukupi
Terutamanya kalau anda nak beli hartanah lelong. Saya guna rules of thumb di mana kita perlu ada sekurang2nya 15% nilai cash dari hartanah yang kita nak beli. Cth: kalau nak beli rumah rm100k, kena ada rm15k cash. Lagi banyak lagi bagus. Bukan apa, urusan guaman lagi... nak repair rumah mana yang patut... baru lah boleh cari penyewa.

3. Kena ada back up untuk cover installment ( at least 6 bulan) 
In case rumah kita tu tade penyewa. Ini tidak termasuk modal awal seperti yang di atas. Lagi banyak lagi bagus. 

4. Kena pilih lokasi yang betul
Namun pemilihan lokasi ni agak subjektif. So mahirkan diri dengan lokasi pilihan anda. Jangan ikut2 orang. Cari lubuk anda sendiri dan jaga lah dengan hemat. Buat apa kerja pun... kalau ikut bontot orang memang susah.

5. Jangan beli lebih dari harga pasaran
Pelaburan hartanah adalah berdasarkan kira2, bukan emosi. Kita buat duit pada ketika kita beli dan bukan masa kita jual. Sebab tu kita kena ada ilmu... Insya Allah lebih selamat.

6. Beri nilai tambahan
Ini juga satu faktor menyeronokkan dalam pelaburan hartanah. Kita ada banyak cara nak tingkatkan nilai hartanah kita sama ada untuk jual balik atau disewakan. Terpulang pada kreativiti masing2. 

Credit to : www.pakdi.net

Thursday, October 11, 2012

TIPS MURAH REZEKI


Hari nie aku tertarik dengan tips murah rezeki yang telah dikongsikan oleh seorang rakan di laman sosial. Semua sekali ada 15 amalan yang boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian kita. Rasa berat kan... nak amalkan kesemuanya... apa kata kita praktikan sedikit demi sedikit... 


Semua orang ada peluang...
Ambil segera jangan dibuang...

 

Thursday, December 8, 2011

SIMPAN DOKUMEN DI GOOGLE DOCS

Semalam aku baru belajar dengan kawan sekolah macam mana nak simpan dokumen menggunakan GOOGLE DOCS. Sangat mudah untuk mempelajarinya... hanya beberapa minit je kita dah berjaya simpan file dengan selamatnya dan mungkin juga boleh dikongsi dengan pengguna yang lain.

LANGKAH 1:

Pastikan kekawan mempunyai account gmail dulu lah... kalau tak ada... buat dulu senang je pun. Lepas tu taip je kat GOOGLE DOCS nanti keluar paparan seperti dibawah. Kemudian klik di tempat yang telah aku tandakan.

LANGKAH 2:
Apa lagi masukkan email dan passward. Setakat masukkan dua perkara nie semua orang pandai kan... so dah berjaya log in.

LANGKAH 3 :
Bahagian kiri terdapat petak merah yang tertulis create dan ada gambar file putih... ok klik kat gambar file tu.

LANGKAH 4 :
Sekarang keluar side bar... bahagian atas tu files... ok klik kat situ... sekarang kita nak kena pilih file mana yang kita nak upload ke google docs... mungkin kekawan simpan dalam komputer atau pun pendrive... yang penting ada file (bahan yang hendak disimpan).

LANGKAH 5 :
Kekawan akan jumpa kotak start upload... lepas tu tekan je kat situ.... tunggu je lah google tu buat kerjanya sehingga selesai.

Nanti kekawan akan nampak side bar upload complete... dihujung nama file yang diupload tu ada satu perkataan share. Ok klik share... untuk membuat perubahan... sama ada bahan tersebut untuk public atau pun untuk simpanan sendiri je.

Kekawan kan pandai Bahasa Inggeris... baca je semua ada kat situ... pilih je mana yang berkenan di hati.

Kalau kita simpan untuk public je akan keluar link to share... mana lah tahu nak letak share tu kat blog ke??? nak letak kat fb ke??? terpulang.

Selamat mencuba... kepada kekawan... kalau dah pandai tu... kekawan lain minta tolong ajar... jangan lah kedekut...

Berkongsi tak rugi pun...
Kalau nak buat hak peribadi nanti...
Takut kita mati, belum sempat dikongsi...
Tak ke rugi, tak adalah saham disana nanti...

Tuesday, December 6, 2011

BELANJA BERHEMAH

JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM 2012

Sudah menjadi lumrah orang makan gaji... mesti menghitung tarikh hari gaji... ari nie aku tempek kat blog kesayangan jadual pembayaran gaji untuk tahun depan. Bila time duit susut je sikit... perkara pertama kita akan tanya kawan...

"Bulan nie gaji masuk berapa haribulan ha???"
Nie soalan baik lagi... mungkin dia masih ada berbaki sikit duit... nak berjimat-jimat sehingga dapat gaji baru.

"Pinjam dulu duit, dapat gaji kan aku bayar??"
Nie yang parah sikit lah... cagarannya dapat gaji nanti dia bayar. Dah habis terus lah tu. Nasib baik ada jugak cagaran.

Kalau tengok jadual di atas tu... cuma 3 bulan je pun gaji awal... bulan Januari, November dan Disember. Tarikh gaji nie penting... supaya kita dapat menguruskan kewangan dengan baik.

Kalau dapat gaji awal tu... macam jugak dapat gaji hujung bulan... settle lah mana yang penting terlebih dahulu. Aku suka mengingatkan diri sindiri dan juga kekawan yang lain.

Jangan mengharapkan kita susah orang tolong...
Sebaliknya berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain...

Saturday, September 3, 2011

SIFAT SESEORANG MENURUT HARI KELAHIRAN

Hari nie, keboringan... bila aku keboringan tentunya internet lah tempat aku menjelajah... tetiba teringin pulak nak cari sifa mengikut hari kelahiran... tadi terjumpa program pengiraan tarikh lahir... boleh cari hari apa kita lahir... kepada yang dah lupa lah,... boleh cari tarikh lahir dalam kalendar Islam. Saja suka-suka je... kadang-kadang kalau betul tu orang kata secara kebetulan... bukan nak percaya 100% pun.


HARI ISNIN : Seorang yang rupawan

Kamu lahir pada hari Isnin? Ciri-ciri mereka yang yang lahir hari Isnin adalah berwajah ceria. Tingkah lakunya, mereka ini seorang yang periang, memiliki rasa humor yang tinggi, suka menyanyi atau berbuat sesuatu yang sedap mata melihat (juga menyenangkan orang lain). Maka orang akan lebih gemar melebelkannya sebagai si ceria.

Ada juga yang menyebutnya sebagai si rupawan, kerana memang memiliki daya penarik yang kuat bila berada di antara kerumunan orang. Wajahnya akan tampak “bercahaya” dalam erti kata lain menonjol, ciri khasnya: Murah senyum, maka wajah sedap mata memandang, meskipun pada saat itu hatinya sedang gundah gelana. Inilah kelebihannya, kerana dia begitu rapi menyimpan segala sesuatu yang ada dalam hatinya. Maka amat layak sebagai simbol ”hari pertama” dalam memasuki harapan baru setelah melalui sekian waktu untuk sekian berikutnya.

HARI SELASA : Seorang yang berkarisma

Mereka yang lahir pada hari Selasa, ciri-ciri khasnya: memiliki karisma, ini yang membuat mereka disegani dan diakui sikap beradapnya. Pada umumnya anak Selasa memang mempunyai bakat sebagai pemimpin, modalnya mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri sangat tinggi, Jika seorang jejaka pada umumnya memiliki penampilan yang tegap. Jika seorang perempuan memancarkan keanggunan yang memiliki daya tarikan tersendiri.

Ada juga yang berbakat tampil sebagai orang panggung misalnya sebagai artis, penampilannya penuh daya memikat, maka tidak heran mereka yang lahir hari Selasa cenderung memilih kerjaya dalam bidang seni (orang panggung). Bila menjadi orang politik mereka berbakat sebagai pemimpin, sebagai ahli perniagaan, mereka cenderung memilih bidang public relations atau promotor. Penampilannya memang berkesan.

HARI RABU : Seorang yang dermawan

Mereka yang lahir pada hari Rabu terkenal sebagai si dermawan, penuh kasih sayang, sumber kasih sayang (cinta) dan punya rasa keprimanusiaan. Kerana itu mereka mudah belas kasihan (kadang berlebihan) ini membuat mereka sentimental, bahkan kadang-kadang kurang tepat tindakannya.

Memberi dan memberi merupakan kebiasaannya, jiwanya memang dipenuhi minat untuk memberi kepada orang lain sesuatu, apa saja yang mereka miliki kerana kebiasaannya memberi membuat banyak orang yang bergantung kepadanya, nampak negatif kerana membuat yang menerima tidak berdikari, bahkan kekadang menjadi pemalas. Kerana hatinya didera penderitaan orang lain. Si anak Rabu memang memiliki rasa empati yang dalam. untuk itu mereka digelar sebagai anak yang penuh kasih sayang.

HARI KHAMIS : Seorang yang kuat bekerja

Kamukah yang termasuk dalam kelompok mereka yang lahir pada hari Khamis? ciri khasnya adalah suka bekerja, baginya bekerja seperti bernafas, maka untuk hidup mereka perlu bekerja dan bekerja. Ertinya ada saja kegiatannya, sehingga seperti tidak bisa duduk diam. Bahkan mereka yang dilahirkan hari Khamis ada sedikit yang hiperaktif.

Walaupun asyik bekerja, si anak Khamis dapat dipastikan hasilnya memuaskan, kerana mereka bekerja dengan penghayatan dan ketulusan. Oleh sebab itu, mereka menikmati hasil usaha sebagai karya seni (sangat menghargai). Ini yang membuatnya mereka selalu membuat semaksima mungkin. Bila mengalami jalan buntu, mereka akan mengatasinya dengan mengerahkan segenap kemampuan dan kreativitinya. Kalau masih buntu mereka akan mencari dalam buku, tanya kepada pakar atau mereka tidak segan mengambil pelajaran tambahan. Faktor ini yang membuat si anak Khamis suka belajar dan belajar untuk mengembangkan karyanya.

HARI JUMAAT : Seorang yang pemurung

Mereka yang lahir pada hari Jumaat disebut sebagai si pemurung, kerana mudah sedih. Ada persoalan sedikit saja dimasukkan dalam hati, yang membuatnya tersiksa kalau ada masalah dipikirkannya dalam-dalam, bahkan sampai mengalirkan air mata. Oleh kerana itu, mereka yang lahir pada hari Jumaat digelar sebagai si pemurung atau mudah sedih.

Kerana terlalu sedih mereka sukar untuk ceria. Ini akan jelas kelihatan pada penampilannya sehari-hari yang dapat kita lihat. Murung dan murung, kekadang ada perkara berkenaan tidak perlu dipikirkan dengan serius, justeru mereka mempersoalkannya. Jadi hidupnya dibelenggu dengan masalah yang remeh.

HARI SABTU : Seorang yang suka melancong

Mereka yang lahir pada hari Sabtu selalu hidup dalam gelak dan keriangan, kerana itu mereka digelar sebagai orang yang suka melancong. Bagi yang melancongnya keterlaluan, jadilah si petualang. Ada saja idenya untuk membolehkannya pergi melancong dan menuntut keberanian.

Si pelancong mempunyai ciri khas: sifat unit tak mudah menyerah kalah, berani bertanya dan jiwanya selalu meronta untuk tahu banyak tentang berbagai hal, khususnya hal-hal baru mengenai gaya hidup. Modalnya mudah bergaul, sporting dan mudah menerima orang siapa sahaja, hanya tersenyum bila mengalami kegagalan.

HARI MINGGU : Seorang yang optimis

Mereka yang lahir hari minggu ciri-cirinya: periang, optimis, selalu merasa tenang kerana ciri-cirinya yang positif itu konon membuat mereka yang lahir pada hari minggu jarang diserang stress, mereka sentiasa nampak tenang dan ceria sekalipun mengalami kegagalan.

Mereka yang lahir pada hari minggu pada umumnya suka menikmati hidup dalam dengan mengisi hari-harinya dengan langkah mantap dan penuh harapan. Bila ada masalah yang menimpa hanya dianggap sebagai buih-buih kecil yang aku berlalu dengan sendiri. Oleh kerana itu, mereka bergelak ketawa setiap saat. Mereka ini digelar sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang selalu ceria.

Penat jugak aku mengedit Bahasa Indonesia nie mengikut pemahaman aku... he he he ... aku adaptasi menggunakan gaya bahasa santai yang mudah difahami.

Monday, August 8, 2011

EDIT GAMBAR GUNA PHOTOSCAPE

Tahun nie kali pertama kekawan minta aku ambil gambar murid untuk ditampal pada slip peperiksaan UPSR. Tahun sebelum nie kawan aku yang buat... bila mereka dah berpindah... so nak tak nak kena lah belajar buat sendiri. Jadi cikgu nie kena serba boleh dalam banyak perkara. Aku belajar cuba jaya je... godek-godek.. jadi lah pulak.

Aku nak kongsikan kepada rakan guru yang lain... mana lah tahu, kot tahun depan nak ambil gambar sendiri je... bukan apa, dapat kurangkan stress... ini tak. Hari-hari dok mintak gambar dengan murid... murid lambat beri kita yang sakit jiwa. Sekarang tak payah sakit jiwa. Setakat 200 orang tu... sekejap je edit dan print.

LANGKAH 1:
Mestilah kena ambil gambar dulu. Macam kat atas tu. Guna kamera biasa je pun boleh. Tengok kat belakang tu... aku belasah board dalam bilik kaunseling... jimat kos dan yang lebih penting warnanya cantik.

LANGKAH 2:
Mestilah kena ada program PhotoScape dulu... kat mana nak dapat...??? download je kat internet... free je pun. Dah ada program... baru lah boleh pilih menu Editor. Barulah keluar macam gambar di atas. Seterusnya klik gambar dalam folder yang dipilih dan duble klik. So dah ada gambar. Sekarang kita nak crop gambar mengikut saiz yang dikehendaki.

Hasil crop berkenaan seperti nie. Nie boleh edit lagi... nak terangkan ke??? nak gelapkan ke??? semua boleh buat... nanti godek-godek lah sendiri ye. Kat mana?? Klik menu Home yang berada di side bar bawah.

LANGKAH 3:
Dah siap crop gambar... apa lagi 50% kerja dah selesai... sekarang kita nak print. Kat side bar atas pilih menu print. So keluar lah macam gambar di bawah nie. Kat side bar di sebelah kiri tu... boleh pilih saiz gambar yang hendak diprint... berapa keping... 6 keping... 5 keping... terpulang lah. Aku pilih yang 6 je.. dah cukup.

Sekarang kita nak add gambar... klik menu Add... akan keluar menu add a photo insert... duble klik je gambar tu... nanti akan keluar The number of copies... taip je lah berapa keping yang kita nak print. Terus je tersusun.

LANGKAH 4:
Nak jimat klik lah gambar sehingga penuh sekeping A4 tu... baru lah print. Print macam biasa je... klik print je... dah terus print... kan senang tu.


Dah siap print... tugas seterusnya... gunting le. Kalau rajin sikit masukkan dalam plastik siap-siap. Memudahkan kekawan yang lain. Selamat mencuba.

Sunday, April 24, 2011

E-FILING LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Hari nie, ada kelapangan... so aku ambil kesempatan untuk mengisi e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri... ini merupakan tahun kedua aku isi, alhamdulillah masih belum kena cukai pendapatan. Gaji ciput je, memang lah tak layak kena cukai... lain lah beribu lemon.

Tahun nie aku kena simpan segala resit... potongan bulanan semasa mengikut had yang dibenarkan untuk tidak dikenakan cukai pada tahun hadapan. Kalau nak tahu lebih lanjut sila lah ke sini.
  • Yuran Pendidikan Sendiri - RM5000 ( tambah sikit je dah boleh buat master kat UPSI)
  • Pemeriksaan Perubatan - RM500
  • Pembelian Buku/ Majalah - RM1000
  • Pembelian komputer peribadi - RM3000 (setiap 3 tahun tau... bukan setiap tahun)
  • Peralatan Sukan - RM300
  • Yuran Langganan Jalur Lebar - RM500
Banyak lagi sebenarnya... hampa pe lah tengok sendiri. Senarai di atas tu salah satu cara untuk mengelakkan daripada dikenakan cukai pendapatan... tapi kalau tolak yang di atas pun gaji masih banyak... tu kena bayar lah. Anda memang layak dikenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi.

Tanggungjawab tak boleh lari...
Lambat laung hampa kena serah diri...

Wednesday, March 16, 2011

CARA MUDAH EDIT GAMBAR

Aku nie pantang jumpa cara nak edit gambar... mesti nak cuba. Rasanya dah banyak aku cuba cara nak edit gambar... tapi paling teruja nak belajar guna edobe photoshope. Malam nie aku cuba guna free online photo editor... tu pun sebab member nie tunjuk kat aku gambar yang dia edit... cantik jugak...he he he...

Langkah 1:
Kenalah tahu laman webnya http://www.pizap.com baru boleh start. Lepas tu, klik kat ikon berwarna hijau... yang tulis upload photo tu... lepas tu keluar ruang untuk kita pilih gambar dari mana-mana fail kita.

Langkah 2:
Dah upload gambar... time untuk mengedit... dan menambah aksoseri supaya gambar tadi lebih menarik... kat atas gambar tu ada... tiga ikon yang bergambar lelaki... pilih lah yang mana... nak tambah border ke... nak tambah effect apa-apa ke... tak pun nak tambah gambar lain ke... semua boleh.

Langkah 3:
Tu hasil yang aku buat... tambar border dan tambah gambar lain di bawah tu... nak potong gambar paste pun boleh... nak tambah tulisan pun boleh...macam biasalah lah... nak share kat FB pun boleh... nak save untuk hantar kedai cuci pun boleh.

Nak lebih lagi, kena cuba jaya... aku pun tak sempat nak cuba yang lain... menarik jugak edit menggunakan piZap nie.. budak-budak suka lah gambar dia edit macam nie... Edit guna cara nie sangat cepat.. So, selamat mencuba.

Ini lah hasil editing yang tak sampai beberapa minit je dah siap... he he he.

Thursday, February 17, 2011

MAKNA MENGIKUT NAMA

Malam nie tak tahu apa nak buat... saja pe cari makna nama... di klik sini sekurang-kurangnya kita tahu jugak nama seseorang tu kan.... he he he he.

Faridah bermaksud Unique, matchless, precius pearl or gem... dalam Bahasa Inggeris lah pulak kan... belasah je lah... kan aku translate langsung lari makna yang asal.

Apa ada pada FARIDAH???

FARIDAH
FFleksibel
AAmanah
RRamah
IIkhlas
DDinamik
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

Apa ada pada nama...
Jika tidak tahu apa maknanya...

Friday, February 11, 2011

SEND GAMBAR GUNA FIREFTP

Kecanggihan teknologi banyak memudahkan urusan kita... baru nie aku hantar cuci gambar di Bangi... so sempat lagi tauke kedai nie... Ida bersama suaminya Azlan mengajar aku cara untuk menghantar file gambar menggunakan fireFTP. First time aku dengar. Tapi dengan arahan yang diberikan... sangat mudah untuk menggunakannya.

So, untuk akan datang aku tak perlu lagi ke kedainya di Bangi... hantar file yang hendak dicuci menggunakan fireFTP, buat pembayaran secara online dan dia akan pos gambar yang telah siap dicuci... wah mudah kan.... semuanya dihujung jari.

Belajar sesuatu yang baru...
Bukan berniat nak menunjuk yang kita nie tahu...

Friday, December 31, 2010

TARIKH GAJI KAKITANGAN KERAJAAN

Penting kita tahu tarikh gaji nie... supaya kita lebih berhati-hati dalam berbelanja. Walaupun gaji kita kecil tak mengapa, apa yang penting kita tahu merancang dan membeli apa yang perlu sahaja. Paling tidak pun gaji kita tu cukup sehingga keluar gaji bulan berikutnya. Jangan sampai berhutang sana sini.

Malu, kita makan gaji.. tapi gaji tak pernah cukup. Sekali-sekala berhutang mungkin orang akan beri. Tapi kalau dah selalu, kawan pun malas jugak nak layan. So beringat lah dalam berbelanja.

Aku pernah dengar ayat nie.. " Biar kita berlapar sepanjang malam daripada bangun tidur dah ada orang yang menunggu untuk menuntut hutang"

Sama-sama lah kita latih diri kita supaya berbelanja dengan berhemah. Beli ikut kemampuan dan dahulu kan yang menjadi keperluan daripada yang lain.

Aku sedih bila kekawan datang nak meminjam duit dengan aku... sedangkan aku sendiri pun hanya cukup-cukup setiap bulan. Jika ada pun, sebenarnya duit tu untuk bayaran tertentu.... cuma tarikhnya je belum sampai lagi.

Kekawan ingat aku berduit sebab seorang je.... sedangkan perbelanjaan aku sama dengan orang berkeluarga. Mereka yang berkeluarga gaji 2 orang, sepatutnya lebih daripada cukup. Aku pun pelik macam mana boleh tak cukup.... di mana silapnya pengurusan kewangan mereka tu. Hanya mereka je yang tahu.

Kita kena ingat, gaji kita nie tak kan ada lebih.... bulan Januari sebanyak nie... bulan Februari pun sebanyak tu... kecuali ada lah sebulan tu lebih sebab kenaikan gaji... bukan banyak... tak sampai seratus pun. So, kalau perbelanjaan kita melebih pendapatan dan berhutang lagi bulan tu... pendek kata akan banyak benda yang sangkut. Silap-silap ari bulan ada harta kita yang kena angkut.... biasanya kereta lah... 3 bulan tak bayar siap lah.... tunggu masa je nak kena tarik.

Membebel lah pulak aku nie....asalnya nak ceta tarikh gaji je...

Jangan harap orang tolong kita...
Tapi kita perlu tolong diri sendiri...

Monday, December 6, 2010

PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat.

Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.

Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.

Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda (pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi).

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.

Sumber : http://www.islam.gov.my

Sunday, December 5, 2010

KERJAYA DI SEKTOR AWAM MENJADI PILIHAN

Kerjaya di sektor awam menjadi pilihan semestinya ada sebab dan daya penariknya...tidak hairan lah jika ramai yang ingin mencuba nasib dengan memohon iklan yang dikeluarkan. Ada antara mereka nie memohon berkali-kali tanpa jemu. Semata-mata untuk mendapat tempat di sektor awam.

Sesetengah tu, sanggup bermula dari bawah.. walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi sedangkan jawatan tersebut hanya memerlukan kelulusan minima sahaja.

Faktor utama sektor awam menjadi pilihan ialah terdapat kelebihan yang tidak ditawarkan di sektor swasta. Antaranya sebagai seorang penjawat di sektor awam layak menerima faedah berbentuk:

Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Elaun ini dibayar mengikut lokasi tempat penjawat berkhidmat. Dah tentulah yang berada di bandar besar, lebih besar elaunnya. Bagi cikgu, mereka yang berada di pendalaman akan mendapat elaun kesukaran. Makin sukar dihubungi, makin tinggi elaunnya.

Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan.

Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

Caruman KWSP atau pencen
Anda diberi pilihan sama ada untuk memilih skim KWSP atau pun pencen. Jika anda memilih KWSP... ada masih berpeluang tukar kepada skim pence. Tapi tidak sebaliknya. Lebih baik kaji sebelum membuat pilihan. Sebabnya masing-masing ada kelebihannya. Skim ini sebagai jaminan kos perbelanjaan selepas persaraan.

Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu.

Peluang kenaikan pangkat
Siapa tak nak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Siapa yang rajin berusaha dia akan dapat peluang berbekaan.

Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. Rebut peluang ini untuk memajukan diri.

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada setiap tahun. Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

Kepada mereka yang sudah berada di sektor awam... termasuk lah aku. Bersyukur lah. Kita antara salah seorang yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon. Beri lah komitmen yang terbaik terhadap tugas yang diamanahkan.

Aku ingat lagi pesan mak aku... mak aku nie tak sekolah... baca pun tak tahu. Tapi dia selalu pesan, supaya belajar rajin-rajin nanti boleh kerja di jabatan kerajaan. Dia nak sangat anak dia kerja kerajaan. Alhamdulillah ada 2 orang anak dia kerja kerajaan. Manakala anak dia yang tak kerja pulak... sibuk suruh cari calon suami yang kerja kerajaan. Alhamdulillah semua menantu lelaki kerja kerajaan. Berkat doa seorang ibu kepada anaknya.

Sumber: www.rahsialulustemudugakerajaan.com

Wednesday, December 1, 2010

KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2011

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012
Jumlah
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
Jumlah Hari Cuti Penggal




Thursday, November 25, 2010

KALAU KITA TAK AMBIL TAHU, KITA TAK KAN TAHU

Y. BHG. TUAN SULAIMAN BIN WAK
PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

TARIKH LAHIR : 01/10/1959
TEMPAT LAHIR :SARAWAK

PENDIDIKAN
1. Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
2. Diploma Pendidikan (Kepujian)

PENGALAMAN PERKHIDMATAN
Bil Nama Institusi/JAB/KEM Jawatan Tempoh
1. SMK DPHA, Kuching Guru Biasa 1983 - 1984
2. Jabatan Pelajaran Sarawak, Kuching Penolong Pengarah 1985 - 1989
3. SMB Chung Hua, Sibu Penyelia Petang 1989 - 1992
4. SMK Santubong, Kuching Pengetua 1992 - 1996
5. SMK TPDPH, Daro Pengetua 1996 - 1997
6. SMK Semera, Samarahan Pengetua 1997 - 2001
7. SMK Bandar Kuching No.1, uching Pengetua 2002 - 2005
8. SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching Pengetua Jun 2005 - Mac 2006
9. Bahagian Sekolah, KPM Ketua Penolong Pengarah Dasar April 2006 - Mei 2007
10. Bahagian Sekolah, KPM Timbalan Pengarah Dasar Mei 2007 - 17 Dis 2008
11. Jabatan Pelajaran WPKL Pengarah Pelajaran 18 Dis 2008 - 25 Jan 2010

PN. DAYANG FATIMAH BT. ABANG NARUDIN
PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK

Ada cerita disebalik post ini dibuat. Beberapa minggu sebelum kita bercuti Pengarah Pelajaran Selangor bersama dengan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah serta beberapa orang pegawai pembangunan datang melawat ke tapak projek pra sekolah di sekolah aku.

Kebetulan tapak projek berkenaan bersebelahan dengan kelas aku mengajar. Rombongan beliau datang semasa waktu rehat baru berakhir. Aku ada 2 kelas Tahun 5 ( ajar Matematik) di situ, bermakna 2 jam.

Oleh kerana sebelum ini aku tak pernah ambil tahu siapa nama, rupa parasnya macam mana Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran. Jadi memang aku tak tahu siapa yang datang ke sekolah aku. Bila mereka hanya melulu ke kawasan tapak projek aku beranggapan pegawai pembangunan.

Aku dengan selamber tanpa ada rasa takut apa-apa terus je mengajar macam biasa. Stail aku le, marah murid tak siap kerja... membebel lah, maklum lah dah dekat nak exam. Time tu mereka datang bersembang tak jauh pun dari kelas aku.

Sesekali mereka memerhati ke arah kelas yang aku sedang mengajar. Agak-agak hampa lah, apa lah yang tuan pengarah cakap kan.????
"cikgu nie tak kenal kita ke"

Masa mereka sampai, tiada siapa pun yang mengiringi mereka. Tu yang aku tak kisah. Selalunya jika orang atasan datang mesti pentadbir iringi mereka.

Tapi ada baik juga aku tak kenal. Kalau aku kenal, mahu menggigil aku mengajar ari tu. Aku juga cukup bernasib baik sebab mereka tak datang melawat ke kelas aku. Kalau tak, mahu kantoi aku ari tu. Lesson note aku tak bawa masuk kelas. Dalam kepala nak buat ulang kaji. Kelas sebelah kantin. So lepas makan aku terus masuk kelas. Malas nak pe ambil lesson note.

Moral of the story, sebagai cikgu kita kena tahu semua mereka yang terlibat dengan kita daripada Menteri, Timbalan, Pengarah, Penolong Pengarah dan Pegawai Pelajaran. Kalau tak jadi macam aku lah.

Rasanya, kalau aku kenal... ada ke aku pergi berjumpa dengan pengarah dan pegawai tu. Jika ada keberani pergi kot. Sebab bukan semua orang berpeluang berjumpa dengan pengarah dan pegawai sekali gus.

Thursday, November 18, 2010

KEPUTUSAN UPSR SKSB

ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN UPSR TAHUN 2009 & 2010

MATA PELAJARAN

2009

2010

BM (PEMAHAMAN)

92.3%

94.6%

BM (PENULISAN)

86.7%

88%

BAHASA INGGERIS

64.6%

77.6%

MATEMATIK

86.7%

87.3%

SAINS

87%

87.9%



RUMUSAN PENCAPAIAN SEKOLAH

TAHUN

2009

2010

BILANGAN CALON

181

166

BILANGAN CALON 5A

13

16

PERATUS CALON 5A

7,2%

9.6%

BILANGAN CALON LULUS

SEMUA MATA PELAJARAN

117

120

PERATUS KESELURUHAN

64.6%

72.29%

GRED PURATA SEKOLAH

2.42

2.23


TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKSB.