12 Jan 2012 ..
Selalu Aku Berdoa Kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang Pencinta Di Jiwa
Tempat Untuk Ku Curahkan Segala Rasa
Perasaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna . .
Di Kala Aku Keseorangan
Dia Penghibur Dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka Dan Lara Tiada Keresahan . .
Ya Allah Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Ku Harap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerana Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan . .
Kasihnya Sejati Bukannya Kerana Paksaan
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Adam Indahnya Peribadi Insan . . .
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.