Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2011

Baryani Bugisiah

19082011

Semalam kami menikmati Baryani ala Bugisiah dalam siri berbuka puasa di Kg Pt Keroma, Ayer Baloi. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Ust Sallehudin iaitu Imam Muda Surau Anak Bugis, Pt Keroma. Majlis ini dihadiri oleh lebih 70 jemaah lelaki dan wanita. Alhamdulillah.



antara jemaah semasa majlis tahlil

Baryani Bugisiah - Kambing dan ayam
makan dalam talam - lebih mesra
kueh dan air kathira
Bismillah - itu dia Pengerusi Surau

orang kuat Surau anak bugis
makan berdua aje ker dalam satu talam tu
siap tambah lagi tuh

Ahad, 7 Ogos 2011

Bermulanya siri berbuka puasa


07082011


Alhamdulillah, cukup seminggu kita berpuasa di Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Bagi masyarakat Pt Keroma, Ayer Baloi yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawannya akan menganjurkan majlis berbuka puasa. Malam semalam aku menerima jemputan daripada seorang ahli jemaah surau untuk berbuka puasa di rumahnya. Program bermula pada pukul 6.30 petang dihadiri lebih 100 orang ahli penduduk kampong yang terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangganya. Bacaan Yasin yang dihadiahkan kepada orang yang tersayang yang telah pergi ke alam baqa, diikuti dengan tahlil dan bacaan doa. Seterusnya menikmati juadah berbuka puasa Nasi Beryani Benut. Alhamdulillah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...