Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Sarapan pagi....

Salam ......

Pagi-pagi masuk ofc dah ada member ajak makan laksa Sarawak..Perg..terbaik punya laksa yang aku makan kat sini.Memang sedap..yang lain dari yang lain sebab ada sambal sotong..itulah kelainannya...






Selepas dah habis makan....TAnk u pada yang belanja makan tadi..Moga murah rezeki dan blh blnja lagi..




Monday, April 19, 2010

Sakit Kepala

Salam semua.....

sudah lama blog tidak diupdate dengan cerita bab makan...Kali ini aku kembali mengupdate pasal gambar seafood....Hari ini sepatutnya aku ke s.aman...Lawatan utk melihat projek, tetapi macam mana ditunda pada keesokannya..so akupun tidak makan seharian...Jam 6 ptg barulah berkesempatan utk makan...So apa lagi pilihan utama ialah seafood...Nyum..nyum...sedap..sedap..Tapi skarang ni, bila aku makan seafood jer(terutama udang) kepala aku akan menunjukan tanda2 pening yang amat sangat....Lepas ni terpaksa had kan utk tdk makan terlalu banyak seafood..

ikan steam....




udang bakar...

Saturday, November 7, 2009

Buah Dabei....

Salam semua....

Kat sini nak aku syer sejenis buah yang menjaadi kegemaran orang-orang Sarawak, tapi ada jugak orang Sarawak yang x pandei makan..Buah Dabei namanya, tapi buah nih famous kat Sibu..Aku hanya tahu nama buahnya saja, pokoknya x pnh aku tgk..Maybe 1 hari nanti berpeluang untuk tengok...Member aku cakap buah nih lebih sedap kalau dimakan bersama nasi panas..Aku belum penah try lagi, cuma aku penah try makan begitu saja..





Inilah buah dabei tue, sekali pandang ada gak nampak cam buah kurma...warnanya coklat kehitam-hitaman....









Ini adalah buah dabei yang telah dijeruk kicap, aku tengok member aku suka betul makan macam tue saja, aku ada gak try, rasanya lemak-lemak..cuma biji nya yang besar, isinya ok lah..Bagi aku, x adalah istimewa sangat..Aku x nak cakap apa, takut 1 hari nanti aku pun jadi suka pk..So sape nak rasa bolehlah datang sarawak. Tapi buah ni pun bermusin jugak..Oh ye, ada satu lagi cara nak makan buah nh, iaitu masukan dalam air suam dan terus boleh dimakan..secara luaranya buah nih kulitnya keras..so untuk melembutkanya dimasukan dalam air panas dan masukan sedikit garam...Cubalah...tak cuba mana nak tau kan...

Friday, September 18, 2009

Telok Tempoyak...

Salam..I'am back to my hometown...Flight aku smpai pukul 4.30ptg..terus gi cari tempat nak berbuka puasa..So jumpa ar kat Telok Tempoyak..Tengok ramai betul orang..Ingatkan dah tak ada tempat kosong..Ushar2 ada ar kosong..So apa gi, lepak lah sebelum dikebas orang..so tgklah makann yg diorder oleh aku n along..PAling aku nak makan ialah kerang bakar..So dapatlah makan..





kyusuk bebenor makan ha,sampai tak pandang org kiri kanan..






ada ketam,ikan,sotong,udang,kerang,sayur,tomyam...







Erk..alhamdulilah..dah kenyang..best tempatnya pun tepi laut..










Sunday, September 13, 2009

Berbuka....Apa????

Salam...

Dah tak sabar rasanya nak balik kampung..Berbuka bersama-sama family aku..Sabar, tinggal lagi 3 hari je lagi aku nak balik kampung..Ok lah tinggalkan cerita pasal kampung..Nih aku nak cerita pasal makan-makan lagi..Semalam aku ngn 2org member rancang nak berbuka diluar.Da
lam pukul 3ptg member aku yang sorang nih hantar msg ckp x jadi..So cancel je la.Akupun memang dah kat luar waktu tue, settlekan beli kek lapis lagi yang diorder..Ramai betul orang yang beli kek kat situ..Sampaikan nak jalan kat dalam pun terpaksa tunggu..Lepas jer aku settlekan apa yang patut, dalam pukul 6ptg barulah aku sampai umah, baring-baring jap depan tv..terus tertidur..dlm kul 6.20 member aku call ajak berbuka diluar..Aku nih yang memang lapar tak makan lagi..on je la..Ajak member yang lagi sorang, tapi dia malas pulak..Ok lah, 2 orangpun on je la...Pegi lah makan seafood kat Rock2 seafood (rasanyala)..So,nikmatilah gambar-gambar kat bawah nih..





Tengah tunggu nak makan apa pk nih...



Ikan masak steam..


ketam masak cili,Udang goreng butter,Japenes tauhu..


Selamat Berbuka....



Saturday, July 25, 2009

Durian...Oh..Durian..

Sedapnya menikmati buah durian yang dah lama aku idam-idamkan..Akhirnya tercapai juga hasrat aku...2 biji aku makan sorang, habis plak tue..Kalau aku demam jawabnya isnin ni tak turun kejala..

Isinya pun ok,sedap...Cuma aku nak rasa yang isi kuning pulak..mesti lagi sedap, makan buah durian yang baru gugur..Pehh...caya lah..



3 biji semuanya....

Thursday, July 9, 2009

MaKaN LaGi...

Ni tengahari semalam makan seafood di muara tebas...Sedap gak ni..makan mengadap ke laut..bukan malam je blh makan seafood, tengaharipun dapat...




Dah habis makan..Kenyang semua..




ni lah pemandangan nya..


Ayam penyek tidak dilupakan..


Ni lah gambar udang yang kitorang makan sebelum nih..Tak lah mahal sangat..Memang murah..Kepada Kakak-kakaku di sekitar Kl dan juga yang berada di kampung, nak makan datang la sini..



Makan ....Bersiar2

Nikmatilah gambar-gambar makanan dibawah nih....Member aku datang dari Sibu, sebab kitorang ada exam kat Kuching..So banyaklah tempat-tempat makan yang dia nak pegi..Aku cuma bawak je lah...



Air kelapa muda..sedap betul nih..





Ikan kerapu Masak ala-ala Thai(lupa pk nama dia)sedap nih..favourite aku


Ikan terubuk digoreng kering..Ni pun sedap...



ketam masak cili



Udang yang belum dimasak...

Aku rasa dalam masa seminggu nih aku asyik makan seafood je, boleh dikatakan hari-hari makan seafood, maunya kolestrol tak naik..harus pegi chek lepas nih..kepala asyik peninh je nih..


Friday, May 29, 2009

Bercuti....

Menunjukan bakat untuk memasak omlett, Aku nih sebenarnya rasa nak demam lagi..tue yang makan omlett (rasa teringin)..aku masakla ngn sayur campur..dan juga sausage..beginilah rupanya masakan aku...




Omlett,sausage dan sayur campur





Jambu dan kiwi...Sedap nih...


Harga jambu kat sini blh tahan mahal la gak..1 kg 9.00..kalau kat kg nih baru brapa ringgit je nih..sedap nih makan ngn kicap..


Sunday, May 17, 2009

MOOD UNTUK MEMASAK........

Hari minggu aku bangun awal ( x penahpun aku bangun lambat)..So pegi jogging dulu, rasanya hari nih aku nak masakla..Lepas jogging pegila pasar minggu...Kat Satok..Sebenarnya aku x brapa sehat,rasa nak demam..Aku pegi pasar cuma nak beli buah-buahan je..Tapi bila dah sampai kat pasar tue,macam-macamla pk teringin nak makan..Kalau tak percaya perhatikanlah gambar di bawah ini...Akupun macam x percaya jerk...



Aku beli terubuk..Siap ada telur lagi..ingatkan kecik terubuknya..Balik-balik umah, mak eh..besar betul..







Buah anggur...

Tak lupa sayur-sayuran, bila ntah nak masak...


Udang mesti tak lupa...Wajib beli..walaupun hari-hari aku makan...



Petai, pembuka selera..untuk orang yang tak ada selera macam aku nih...

Oh ya...kenapa aku rasa nak demam ha..sebenarnya, balik dari Kl hari tue badan aku rasa penat sangat..Siapa yang cakap keja Gomen nih rilekz memanjang..Aku nih hari-hari keja..sebab tue la demam,ingat lepas nih nak mintak cuti panjang sikitla...Nak restkan badan dan otak aku nih...Penat lah hari-hari keja..Kejap panas,kejap air-cond mana tak demam...


Rajinnya masak..

Aku pun nak jadi org putih jugak..Teringin nak makan omlett..dah lama rasanya x masak sendiri..Tiba-tiba mood untuk memasak datang membuak-buak..So dapatlah aku makan roti 2 keping,sausage 3 and omlett yang dimasak sendiri..Bukanya susahpun nak buat nih,cuma nak ataupun tak nak je..heheheheh, bukan malas ok..cuma tak ada masa nak masuk dapur..Kesian kat dapur aku..X pe lepas nih mood akan datang balik...

Monday, May 11, 2009

AH SENG AR...

Makan lagikan..Lantakla,Asalkan aku puas..hahhahahah..Lepas habis jalan-jalan aku pegi makan kat Topspot..Ingat nak makan kat Ah Seng, Tapi tutup pk malam nih..Tak pe la makan kat kedai sebelah je la..Apa nama kedai lupa pk nak tengok..Tak pe la janji Halal,itu yang penting..inilah makanan antara yang diorder..Udang kara masak pedas,butter Prawn,Sayur campur..



ni yang aku paling suka,sedap..kepada kakak-kakakku jgn jeles ye,nanti dtg sini aku bwk gi kedai mkn nih..




Butter prawn

kulit je yang tinggal


Tuesday, May 5, 2009

Makan-Makan

makanan yang dal lama aku idamkan sejak berada di Sarawak nih.. steamboat Di Johhnys..Sedap gila..Makan pk ngan memebr aku..Tak terkirala..Menyelerakan...




Bestnya..Sedap nih..


Thursday, April 16, 2009

MaKaN LaGi...

Mari makan-makan lagi makanan Sarawak. Kali nih aku nak perkenalkan makanan Melanau.
Semalam aku balik lewat dari ofis, so member aku pun ajak pegi makanan baru, kedainya agak berhampiran dari ofc aku, tapi buka agak lewat juga,pukul 7 baru buka.

Yang nih biasa punya, chicken wing,sedap terasa sampai ke tulang
ramuannya.tak menyesal la kalau korang datang sini.






Ha yang lah umai ikan, isi ikan yan dipotong kecil-kecil, diperah limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan tue,dimakan mentah-mentah ni,bersama sambal kicap tue dan juga kacang (yg putih-putih dlm mangkuk tue). aku ingatkan mesti rasa ikan tue,tapi bila dah masuk dalam mulut mesti korang x percaya,rasa yang pasti menyelerakan..Cubalah..boleh buat sendiri kat umah (x sure sama rasa ke tak )

Ini lah upanya bila dah digaulkan..(umai ikan)
Ni ada lagi satu makanan Melanau yang aku cakap tadi, namanya Linot. Mula-mula aku hairan gak macam mana nak makannye..aku diberi spit kayu yang ala-ala macam lastik..so member aku pun ajarla aku.Caranya ialah spit tue dimasukan dalam bekas berisi cecair putih yang kenyal dan dipusing-pusingkan supaya ia melekat pada spit tue.Lepas tue masukan dalam sambal yang diberi dan masukan dalam mulut.Sambalnye memang pedas, Tapi memang sedap.Susah nak digambarkan rasanya.




Aku suka sambalnye, rasa pedas-pedas.Mula-mula susah juga nak makan tapi smalam aku dah mula pandai dan aku suka.Member aku cakap bukan senang nak buat Linot nih.Banyak pantang larang yang kena tau.Nak makan pun ada pantang larangnye juga.Ha, bukan senang nak makan sebenarnya..



Monday, April 13, 2009

Mari Kita MASAk-MaSaK

Bila dah badan rasa x berapa nak sedap nih, tekak pun mulala memilih makanan.Balik dari ofc petang smalam aku terasa nak makan ayam masak kicap(teruja tgk kakak aku masak sebenarnya) So tgk2 dlm freze ayam ada lagi.Akupun memulakan langkah untuk masak,Sebenarnya dah lama aku x masak(bukan sebab malas tapi sebab nak makan untuk aku sorang,so makan je la benda yang ringan2).

Inilah upanya ayam masak kicap yang aku masak.Sedap..


Sayur campur.

Yang bestnya aku terlupa pk nak masak nasi, tak pe la makan sayur je la ngan ayam..Hehehehhe...

Sunday, April 12, 2009

Makanan Sarawak

Jangan kata aku asyik makan jerk, cuma aku nak perkenalkan makanan Sarawak. Hari nih member aku ada bawak makanan baru yang blm penah aku rasa.Satu otak-otak dan satu lagi bubur pedas.


Yang ni otak-otak.dibuat dari isi udang dan dicampur dengan nasi.kalau kat semenanjung isi ikan ngn kelapa.Rasanya oklah.tapi aku lebih suka yang kat semenanjung kot.




Yang ni lah bubur pedas, campuran dari ulam-ulam hutan (ada udang,serai,keladi,ntahla aku bab sayur-sayur ni x ingt sgt namanya),dia punya rasa macam buburla,huahauahuahua..Lu pikirla sendiri.