Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

JALAN-JALAN DI AEON STATION 18

Hari ni teringin nak mkn Nando's. so semlm dah siap bgtau papa nk gi  stesen 18. kat ipoh ni nando's hanya wujud di stesen 18. jauh gak dari umah but no hal. nak seribu daya, x nak serbu dalih..alhamdulilah selamat dpt mkn ayam peri2. pastu masuk kedai tak tau nama.. everything from japan. papa sambar bandage.. sampai 5.adohai... beli baju alissa lengan panjang sbb xde baju nak pegi ngaji.. dpt 3 helai.. sambung beli pam. nak naik basikal x bleh,angin xde... ending beli buah epal.. pastu balik.. semua terbongkang dalam kereta.. penat.. fuhhhhh

Saturday, June 9, 2012

JALAN2 UJUNG MINGGU..

Lately ni Ummi suka bawa anak2 gi jalan2. Tak beli barang pun takpe.. Diaorg pun suka berlari sana sini. So ari ni kami ke AEON Stesen 18.. First time pegi. Nak pegi ni pun jenuh nak pujuk papa. Biasalah jenis yang malas nak pegi tempat yang jauh. So kena la bagi tazkirah skit then baru la jalan...

Sampai makan kat Nando's dulu. Inilah first Nando's di Ipoh. Papa memang suka makan Nando's tapi takde kat Ipoh masa tu. Ni dah ada oklah... Memandangkan papa makan 1/2 chicken meal so dapat free chocolate cake ngan choice of coffee.. Rupa2nya sempena Father's Day.. Oklah not bad.. Adriana, masyallah giler minum air.. Order air Citras 1liter. Dia minum 1 gelas sorang aje.. Ayam tolak tepi..

Ummi bab snap picture tgh ramai2 org memang failed. Oklah gambar ni kannn

Hi.. Nama saya Adriana.. Nampak tak 2 ekor orang utan kat baju saya...

Adriana sekarang, Ya Allah pot pet pot pet.. Banyak sungguh cakapnya.. Non stop.. Up to 5 word utterances.. Alhamdulillah all the developments are OK. Risau bila anak tak cukup bulan..

Wednesday, April 11, 2012

sydney aquarium

Ni gambar masa kat Sydney Aquarium.. Dalam ni best sebab boleh tengok jerung dekat2. Ala, boleh lalu terowong yang atas bawah ada ikan tu.. Tapi termiss tengok dugong.. Maklumlah banyak sangat selok belok. The 2 girls enjjoy giler ngan ikan2 ni. Tak rugi pegi sini.

Tapi macam biasa, gambar yang diambil oleh org kat situ. Mak aiii harga gambar je dah sekian. Memang mahal.. Nnt bila notebook dah ok, kita letak gambar banyak sikit ye.. Kasi meriah sikit blog ni dengan warna.
Yang paling seronok dapat pergi Taronga Zoo... Nnt bila senang Ummi letakkan gambar untuk kenang2an. Yelah bukan senang nak pergi lagi. Maybe dah berumur skit kot baru dpt pegi lagi.. Hahaha, macam sekarang ni muda lagi..

JALAN-JALAN

Ari ni teringin nak letak gambar masa pergi Sydney tahun lepas. HAHHAHA.. Dah berbulan baru nak letak. Sebab manalah tau anak Ummi bila besar nanti buka pulak blog ni so adalah copy gambarnya. Hehhehe..
Gambar dalam notebook tak taulah boleh diselamatkan atau tak. Tunggu jelah sampai beli yang baru nnt. Harap2 masih s
elamat di dalam notebook tu..


Ni masa pegi wildlife kat Darling Harbour.. Tak banyak haiwan dalam ni tapi boleh la.. Ingatkan tak nak pegi zoo tgk2 dapat gak pegi.. Rezeki la tu..

Gambar posing sama tapi background diaorg tukarkan. Amacam ada gaya pegi tempat camtu tak?





Saturday, December 11, 2010

UMMI KURSUS LAGI...

Ummi ada kursus di Putrajaya, Memandangkan nak balik kampung so kita terus gi holiday la. Tapi kalau namanya holiday ngan papa, jawabnya stay kat hotel jelah budak2 tu. Takde nya papa nak bawak gi jalan2. Sian anak Ummi. Nnt ada masa kita gi jalan2 ye. Skrg Ummi buat keje dulu.
Ni bilik ala Borneo kalau anda menginap di Pullman Putrajaya Lakeside Hotels and Resort. So Dok kat sini 3 ari 2 malam. Harga untuk gov not bad 240++. So lebih kurang RM 270 la per nite.


Ni bangunan untuk bilik ala Melayu kalau tak silap. Apa tah nama bangunan ni.



Ni pulak bilik ala Inggeris rasanya. Pakai bantai ambil gambar. Tak sempat dah nak baca bangunan apa.



Waktu malam di sini. Bercahaya giler. Mmg best untuk relax2 gitu.




Alissa dari balkoni bilik. Bleh nampak tasik kat tepi sana tu. Alissa memang suka kalau gi hotel. Ari2 dok tanya bila nak pegi hotel. Ingat boleh pegi ari2?..




Ni pemandangan hotel tu dari atas. Kat tengah2 tu ada jam besar. Design bangunan memamg superb laa. Cantik aje.



Ni bahagian depan dari balkoni bilik. Tempat makan and maybe dewan dia. Makanan memang best, Ni papa yang cakap ye. Sbb dia belasah order makan tengahari ngan anak2. Nasi lemak dia sume ade. Harga RM 40. Huhhuhu..




Cantikkan pemandangan tasik dia.. Nyaman gitu. Kat bawah tu bleh nampak restoran. Ada tempat untuk jln2 kat bawah tu.


Ni kat pintu masuk bilik. Nampak tak hiasan ala Borneo kat situ?




Bilik air mmg besar and sgt luas. Alissa asyik nak mandi aje. Syok dia kata..



kakak ngan adik dok berguling2 atas katil. Katil pun besar..



Tgk adik suka laaa katil ni.. Besar wooooo..
Best dok kat sini. Selesa bila bawak anak2. Pastu balik kampung. Wahh.. lama dah rasanya tak balik kampung. Tunggu Ummi masukkan citer2 masa kat kampung. Tapi sian adik.. Demam, batuk, selesema. And sampai kena nebulizer 2 kali. tgk2 adik kena bronchitis. Aduh.......

Sunday, November 21, 2010

LAGI JALAN2

Semalam baru balik dari Penang.. Cuti dari raya sampai semalam. Lama betul tak cuti panjang.. Huh.. Memandangkan raya korban so banyak la daging korban. Ari2 dok makan daging korban. Muak ler pulak rasanya... Gigi pun dah penat nak kunyah.
Balik Penang, tak pegi la pulak Queensbay. Bulan ni kena jimat skit.. Nak bayar insurans ngan road tax kete ler.. Sian kete tu nanti.. So al biasa.. pegi Sunshine. Yang Ummi suka pasal Sunshine ni, barang ni memang murah dari pasaraya biasa. Pas gi Sunshine kiatorg gi Giant, so bandingkan harga memang beza. Walau pun beza 30 sen je tapi banyak gak tu. So sempat la Ummi sambar sluar selai.. Slai t-shirt kat Alissa ngan selai dress kat Adriana. Hhahaha.. Ingat nak jimat tapi habis gak la beratus2 balik Penang ni.
Ummi cukup suka gi pasar Bayan Lepas ni. Ummi sempat la borong ikan, sotong, udang ngan ketam. Murah tu. Kat Ipoh ni, kim salam la nak dapat harga camtu. Bleh blah..
So ari ni masak paprik sotong ngan masak lemak cili api ketam.. Wah.. lama tul tak makan ketam. Goreng ikan tuk Alissa. Ayam KFC pun banyak lagi. Bazir je beli, bukan nak makan pun.

Tuesday, November 2, 2010

KE UUM..

Sabtu lepas Papa, Ummi dan anak2 went to Kedah. Actually to UUM. But stay a night at Darulaman suites. It's very tiring. Dah la ari ujan tak berenti2. Tgk paper ari ni kat Changlun sampai banjir. Sib baik time Ummi pegi takde pape. Kalau tak naya je terkandas kat sana. Dah la minggu ni Alissa periksa ok. Jangan tak cayer lak yang Alissa umur 5 tahun tu pun peksa. Budak zaman sekarang. Kecil2 lagi dah peksa.
Kat sana sempat la diintroduce oleh Pak Su Awan ngan dua kedai yang dia kata best. Malam tu makan kat Mahani and Johari. Superb beb dia punya service. Ngan orang yang ramai. Dia bleh siapkan within 15 minit. Bayangkan makanan yang diorder ialah 2 ikan tiga rasa, 1 ikan masak steam, 3 hidang kailan ikan masin, 3 hidang ayam goreng kunyit, 3 hidang telur dadar ngan 3 hidang tom yam. Pantas giler. Cuma yang tak best minta air masak 2, punyalah banyak kali cakap. Tapi yelah, kat bahagian air tu bz sgt2. Bab makan excellent.
Ari Ahad tu singgah minum cendol pulut kat Joe cendol. Not bad. Tapi as Uncle Zainol cakap mana ada istimewanya cendol ni. Semua sama aje. Tapi sbb kedai ni orang ramai and glamour, that's why ramai org datang and kata sedap. Padahal sama aje rasanya. Bagi Ummi yes, that's true. No difference. Sebab cendol tetap sama. Tapikan lagi best cendol yang buat sendiri. Adik beradik sdn bhd punya. Sbb kitaorg suka buat cendol. Isi masa lapang bila dah berkumpul ramai2 kat kampung.
Masa pegi konvo tu, Ummi ngan anak2 stay about 2 hours in the car. Ulang.. IN THE CAR. Aduh.. Serik rasanya. Next time better stay at hotel aje. Ari ujan.. Camne nak gi jalan2. Dah tu ngan Adriana yang comel ni. Lagilah susah. So at last balik je cecepat. Bleh rehat kat hotel. By 5.30 bertolak balik. And sepanjang jalan boleh dikatakan asyik ujan. Dah musim hujan kann.. Cam Alissa selalu nyanyi. Oh katak Oh katak kenapa ko panggil hujan..