Penerbit : Karyaseni |
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.
Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
Mula-mula baca masa kat blog Melur Jelita, Ummi rasa boleh tahan aje.. Nak dibandingkan dengan ASST, memang tak boleh lawan. ASST tetap nombor satu. So baru2 ni aje rasa cam tak tahan sebab dah lama tak membaca novel sampai habis. So Ummi grab 2 buku - ILUS dan Projek Memikat Suami.
Ummi baca sikit2 aje sebab tebal sangat. Rasa malas la pulak nak baca sampai habis. So belek2 muka surat akhirnya, yeah happy ending. Cuma last weekend Ummi rasa terpanggil nak baca semula. Ummi tak baca dari mula tapi bila 1/4 buku baru start baca non stop. Menangis ada, gelak sorang2 pun ada. Macam2 perasaan ada. Salute la sama Melur Jelita. Karya dia tak penah menghampakan.. Berbaloi- baloi beli buku dia.
Ummi suka Iris yang jelita, sexy dan paling hebat seni mempertahankan dirinya. Wacha... ambik ko..
Firman plak yang handsome dan tabah. Huh, memang lelaki pilihan laaa.. Kalau dapat kat Ummi memang takkan ku lepaskan. Hahahaha.. Mana nak tinggal papa tu..
Hidup di Kemboja memang sukar. Teringat zaman Ummi kecik2 dulu. Ummi pun bukannya orang senang. Pernah la merasa daki bukit turun bukit cari kayu api, sayur dan apa saja yang boleh dimakan.. Pokok apa tak pernah panjat.. Semua Ummi tibai aje..
Berbalik kepada Iris dan Firman.. Bila dah nak ke penghujungnya Ummi perasan yang perangai Iris dan Firman berubah. Cayalah sampai boleh merasakan perubahan diri Iris dan Firman di penghujungnya. Ada beberapa benda yang Ummi dapat dari buku ni terutamanya bahagian anak angkat tu. Nanti Ummi copy pastekan. Yelah tu....
Okay kengkawan dan adik2. Enjoy baca buku ni. Tak rugi beli dan banyak sangat ilmu yang kita boleh belajar.. Jangan lupa beli ye. Ummi bagi 5 bintang..