Bukit Payong : Satu kejohanan
bolasepak Piala YB Bukit Payong telah diadakan selama dua hari bermula 14 – 15 Mac
lalu di Padang Bola Kampung Gong Kubur, berdekatan Kampung Paya Resak dekat
sini.
Kejohanan anjuran Pemuda PAS Dun
Bukit Payong itu, bermatlamat bagi mengeratkan lagi hubungan antara rakyat agar
dapat membentuk masyarakat yang lebih bersefahaman dan boleh bekerjasama sesama
mereka terutama dari kalangan pemuda.
Sebanyak 32 pasukan dari seluruh
Dun Bukit Payong telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah
berjumlah RM1500 dan piala dan dijalankan berasaskan kehendak syariat iaitu semua
pemain mesti menutup aurat.
Menurut penganjur program,
saudara Rahim Razali, kejohanan ini akan dicadangkan supaya dijadikan acara
tahunan memandangkan sambutan yang diluar dugaan ini.
Tambah beliau, PAS sentiasa peka
dengan kehendak golongan muda dan sentiasa berusaha bagi menyediakan platform
yang sesuai untuk orang muda mengenengahkan bakat mereka.
Pertandingan itu dirasmikan oleh
wakil rakyat Dun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan majlis penutupan
serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda Dun Bukit Payong Ustaz
Zakaria Ismail.
Dalam ucapan perasmiannya Ustaz
Mohd Nor berkata sukan adalah salah satu cara bagi Pas mempromosikan parti
dikalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda.
Kata beliau lagi, tidak perlu
bertumbuk atau bergaduh semata-mata kerana merebut hadiah kerana itu bukan dari
ajaran Islam, malah sepatutnya melalui sukan persahabatan akan lebih kukuh
dibina.
“Tak perlulah kita berbalah atau
berkelahi untuk merebut juara kerana bukan itu matlamat sebenar bersukan.
Dengan sukan sepatutnya kita yang
dari mempunyai sedikit kawan, menjadi semakin ramai kawan dan bukannya lawan,”
ujar beliau.
Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada penganjur kejohanan yang bertungkus lumus mengendalikan kejohanan
dengan bersungguh-sungguh serta para penyokong yang memeriahkan lagi kejohanan
itu.
Manakala ketika pada ucapan
penutup dan majlis penyampaian hadiah, Ketua Pemuda Dun Bukit Payong, Ustaz
Zakaria Ismail berkata, kejohanan ini bersandarkan kepada prinsip syariah yang
menyerlahkan kecantikan Islam.
“Ukhuwah, menutup aurat serta
dalam masa yang sama kita berdakwah kepada masyarakat.
Inilah kecantikan Islam yang
mana kita boleh melakukan apa-apa perkara yang difikirkan baik asalkan selari
dengan kehendak syariat,” tegasnya.
Dalam kejohanan itu pasukan tuan
rumah, Gong Kubur telah muncul sebagai juara dengan menewaskan pasukan Kedai
Buloh di perlawanan akhir manakala pasukan Surau Haji Mat Zain tempat ketiga
dan Titian Baru keempat
0 comments :
Post a Comment