Interview ni dah lama siap, tertangguhh disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Jadi anda jangan terkejut jika terdapat banyak ucapan selamat hari raya. Haha. Jadi apa tunggu lagi…layannnn!!! -Anix
1) Assalamualaikum dan salam sejahtera! Kata pembukaan untuk kawan-kawan yang sedang membaca zine ini…..knp memilih dum dum tak? Kenapa tidak tak dum dum? Hehe…
Aiman (A): Hai...Entahlah. Sebab Dum Dum Tak tu unik, tambah yang selalu fikir dah banyak orang guna, nanti orang cakap tiru pulak. Jadi pakai jelah nama yang sempoi ni ...
Rizie (R): Hai. Aku rizie dan kau aniq kan? (ed:azroy!) okeh. first of all, terima kasih sebab sudi interview kami. Seperti yang korang tahu, kami ialah Dum Dum Tak (DDT). Kenapa dum dum tak? Entah. Kami nak lain daripada yang lain. Boleh ke? Lagi pun, nama ni senang disebut. Ianya datang secara spontan. Nasib baik nama band kami bukan "bam bam tak". Sorry bro, I have no idea kenapa band kami bernama dum dum tak!
Nizang (N): Waalaikumsalam, sejahtera ke atas mu jua. Guane gamok? (ed: gini ah bos, macam biasa) Harap korang boleh komunikasi dan support band yang tak seberapa ni. Aku sebenarnya yang cadangkan nama 'Tak Tak Dish' atau 'Dum Dum Tak' masa kitorang jam untuk kali ke 3-4 gitu. Mula-mula mereka kurang setuju sehingga kami dikehendaki memilih nama untuk diletak pada flyer gig iaitu gig pertama kami, di Kuala Terengganu. Bila dah takde name sangat, Aiman bersetuju dengan Tak Tak Dush, manakalah Rizie mengatakan bahawa Dum Dum Tak lebih elok bunyinya, maka melekatlah nama tu sampai sekarang walhal pada masa tu, kami taruk nama tu untuk
sementara aje.
Fael (F): sebab byk sgt nama yang tipikal dan kami ambil nama dumdumtak pun secara spontan..itu kira ok sebab nama tu pakai paddle dan snaire. kalau taruk right cymbals ngn crash mesti burukkan..?? hahaha
Editor (ED): ‘tak tak dish’ kelakar gila. haha3x
2) Aku telah melihat anda semua bermain live di terengganu hari tu. Seronok dan best sekali. Aku dapat simpulkan kamu memainkan irama punk rock yang laju. Betul atau tidak? Bagaimana anda menggambarkan muzik anda? Mesej2 yang disampaikan kebanyakan mengenai apa?
A: Entahlah, itu semua korang saja yang boleh judge, message kene tanya vokalis hahaha :P
R: Sebenarnya, agak susah untuk kami nak letak satu genre yang tetap. Cuma, bila orang bertanya, mungkin aku akan jawab ianya "punkrawk". Dan bagi aku pulak, punkrawk ni tak semestinya sejenis irama muzik.Ianya lebih menjurus kepada idea dan cara pembawakan muzik kau. Aku rasa, Johnny Cash pun punkrawk. Bob Dylan pun punkrawk. Apa yang meng'influens’kan kau. Selagi kau tahu ke arah mana kau berjalan, dan selagi kau tak terjerumus ke dunia mainstream, itu dah cukup punkrawk bagi aku. Tentang muzik, aku lebih suka kalau orang lain yang judge. Kau orang nak cakap indie pun kami terima. Tapi bagi kami, idealogi dan cara pembawakan serta message yang ingin disampaikan sudah 'punkrawk' dan sebati dengan kami. Dan kau jugak punkrawk. Cuma tak pantas. Kau Cuma tulis zine. (Ed: aku taip laju apa!) Dan itu sudah cukup punkrawk dude!
N: Punk Rock laju? Betul kot! Tapi ada jugak lagu dan part-part yang agak bermelodi, tapi kebanyakan part adalah laju sebab kitorang main hentam saje kot. Tak berapa berbakat nak main slow2 melodic2 teknikal2, terutama aku! Kami banyak mementingkan lirikal yang bercorak socio-politikal untuk lagu kami. Isu-isu tempatan dan semasa adalah diutamakan sebab aku rasa kalau kita nyanyi pasal benda yang kita tak pernah alami atau benda yang takkan selesai macam masalah perperangan adalah agak kurang rasional.
F: Terima kasih sebab datang gig hari tu.. bagi kami, muzik yang kami main lebih ke arah "bantai" tapi secara tesusun. mesej kami pulak lebih mengenai politik dan kehidupan. tapi semua lirik bedasarkan realiti bukan fantasi dan bukan mainan politik semata. mungkin kami sedikit lantang, tapi sampai bila nak kena berdiam dan berkias2..itu dari segi pandangan kami,bagi korang taktau lah..hehehe
3) Apa yang aku lihat, budak-budak di Terengganu banyak yang berdansa ganas dan seram :D ataupun boleh dikatakan 'violent dancing'. Apa pandangan anda tentang ini dan adakah anda gembira bermain di Terengganu?
Kenapa?
A: "Berdansa ganas?" hahahaha :P, itu namanya pogo dan body slam, takdelah ganas mana pun, kalau kau sengaja pergi bagi penumbuk, terajang tu barulah orang kata ganas. Kitaorang agak gembira jugak sebab crowd di Terengganu memang berbeza dari crowd di KL yang spoil dimana kebanyakannya tak tahu nak have fun and enjoy the muzik and the band. Tambah orang Terengganu kebanyakan sporting and makanan dekat
sana murah dan sedap hahahaha :P
Ed: ala..lebih kurang macam 2 steps hardcore jgk lah..
R: Bagi aku, pogo dan slam tidak akan jadik ganas kalau dibuat dengan cara yang selamat. Macam Aiman cakap lah. Takkan tiba-tiba kau datang nak bagi penumbuk dan terajang masa tengah pogo dan slam. "Hardcore kick" dan "2 step" pun tak selamat sebenarnya. Kalau silap hayun, boleh terkena muka kawan kat depan kita. Dan slam pun aku rasa tak berapa selamat. Kalau la orang tak sambut dan tak tahan masa kau slam tu, dah tentu kau jatuh. Jadi, untuk have fun dekat gig, kita mesti ingat kawan-kawan dan tengok persekitaran kita. Sama-sama have fun. Baru syok! Tapi tengok crowd jugak la. Ganas mana pun korang tengah perform. Kalau kau silap dapat crowd. Bukan violent dancing yang kau nampak. Tapi kau akan nampak crowd sume duduk diam dan berpeluk tubuh sesame mereka. Macam tengok wayang pun ada. Jadi situasi ini agak selamat untuk crowd. Tapi dah tentu tak best. Tak have fun. Dan kau orang akan rasa bosan kalau dapat perform depan crowd yang macam ni. Walaupun time tu kau tengah attack selaju 250km sejam. Hahaha!
N: Yelah, aku pun kadang-kadang takut nak masuk dlm moshpit. Aku nidah la kurus, nanti penyek! Nasihat aku nak slam, pogo, apa sekalipun, tengok-tengok la kawan sekeliling kita jangan sampai tersepak atau tertumbuk. Dan janganla pakai spike kat dlm moshpit. Kalau ade awex yang turut serta dalam moshpit, kita patut hormat mereka dan beri ruang untuk mereka sesame enjoi bukan pegi amik kesempatan. As long as semua have fun dan takde yang tercedera dan bergaduh atau bertumbuk, it's all fine in my book. "We want some violence! –Enslaved Chaos"
F: Pasal dancing itu kami tak ambil kira sgt sebab mereka bayar untuk ke gig dan berhak untuk enjoy sesamer mereka..tapi yang penting ganu memang best..!!crowd 100% sporting, nak ader crowd macam tu kat k.l memang harapan sebab diskriminasi terhadap muzik lain tetap ader kat setiap individu2 (tak semua) di k.l nie. bagi kitorang tak wujud "scene" di k.l nie..yang ader cuma PUAK..
(ED): aku rasa trg jd mcm tu sebab scene kecik jerk…
4) Ramai kawan-kawan oversea mengatakan yang punkers di Malaysia tidak tepu/pure punk. Mengapa keadaan ini boleh terjadi? Pada pandangan aku yang tak berapa clear ni, kebanyakan punkers di Malaysia hanyalah punk pada muzik semat-mata…what do you think?
A: Hmmm...what do I think? Well bagi aku itu tak betul sebab aku ada beberapa member di luar dan mereka sendiri juga menghadapi benda yang sama. Bagi akulahkan... bukan nak cakap apalah cause this is my point of view, punk itu adalah salah satu benda dalam hidup aku dan telah ada sejak aku kecik lagi, ia juga adalah salah satu discipline aku untuk survive dalam dunia yang penuh chaotic ini. Aku tak kisah apa pandangan orang atau apa orang cakap janji aku tahu benda itu betul dan aku percaya apa yang aku buat itu betul. Kalau aku dah tersalah, aku berhenti supaya tidak menyakitkan diri sendiri.
R: Punk tak pure? Maksud kau, kau nak punk yang macam mana? Aku rasa, kalau kau betul-betul pure, memang susah kau nak hidup beb. Pure tak pure, tak kisah. As long as kau tahu apa yang kau lakukan. Dan kau seronok dengan apa yang kau lakukan. Lain orang lain pendapatnya. Bagiaku, punk pada muzik ni memang ada. Sesetengah orang dah rasa cukup punk bila dia cakap dia layan Sex Pistols. Dan dia rasa dia cukup punk bila dapat buat rambut Mohawk dan pakai boot pergi ke gig. Punk is not about gig or music semata-mata. Kau boleh buat sesuatu yang lain.Let's unite! And do sumthing! Jangan nak tunggu ada gig baru nak nampak batang hidung. Yang penting, kau faham dan kau tahu apa yang kau inginkan. Untuk menjadi seorang punkers ni, bukan senang. Kau ingat mak bapak dieorang suka ke kalau anak-anak mereka jadi punkers. Jadi, cuba lah jadi seorang punkers yang betul-betul "punkers". Tidak hanya pada fesyen dan muzik semata-mata. Tu pendapat aku lah!
N: Kita kene tengok keadaan dan tempat jugak. Tempat diorang situasi politik, ekonomi, budaya, agama semua macam mana. Lain tempat, lain pembawakannya dan praktikalnya. Apa die true punk? Tadok sapa boleh
bagi jawapan yang tepat apa itu punk. Ko tanye Ian Mackaye die cakap lain, ko tanye Johnny Rotten die cakap lain, ko tanye Paklah ke Aznil Haji Nawawi ke die jawap lain brader. Tapi nasihat aku pada yang berpikiran sedemikian, datang dan tengok sendiri scene dan budak-budak dekat sini, jumpa bergaul dan barulah boleh paham. Jangan sedap nak mengata saje. Ehheheh…tu pendapat aku jer. Sori kalau terover.
F: memang benar, macam maner nak tepu kalau perangai individu macam "lalang"..?? kita tak boleh nak cakap aper dah sebab kat malaysia nie ader trend dier,selalu bertukar dan tak tetap pada satu arah.. lagipun malaysia kalau protest skit trus jadi tebusan kerajaan, lirik pun kena bertapis. maklumlah, sesetengah society takleh terima sebab dah di'set'kan pemikiran terhad dan takleh nak fikir keluar dari garisan batasan pemikiran..macam maner nak tepu..?? pasal punkers malaysia yang muzik semata-mata tu kami no komen, kami bukan 'labelist", biarlah dorang nak buat aper, biler komen skit nanti cakap "ko nie poyo, bajet pure punk lah tu"..huhu (ayat yang biasa didengar pastu buat muka ketat)
5) Cinta itu pembodohan-marjinal
Pendapat anda tentang lirik di atas? Adakah banyak menda negative di dalamnya? Adakan anda semua sudah mempunyai teman istimewa?
A: Aku tak boleh cakap apa sebab aku tak pernah dengar lagu Marjinal, kalau aku dah dengar nanti baru aku bagitahu hehehehe :P. Yang lain dah ada, aku je yang still solo, hmm... maybe because I'm too dumb to notice or something ... :(
R: Yearp. Kadang kala, ianya boleh jadi satu pembodohan. Ikut kata hati bro. Kau nak melayan cinta boleh. Tapi biar berpada-pada. Cinta datang dan pergi. Takde cinta boleh la kau cakap indah. Kalau kau ada cinta, tetapi kecundang di tengah jalan, tak mustahil kau sendiri yang kata cinta itu satu pembodohan. Benda negative memang banyak bro. Tapi always think positive la! Untuk apa kau mencari teman hidup? Untuk apa kau berkasih sayang? Erk bro, malu la nak cakap. Aku memang dah ada teman istemewa sekarang!
N: Seingat aku lah, lagu tu pasal mereka yang terlalu fanatic dengan cinta sampai sanggup bunuh diri dan macam-macam benda yang merugikan kerana cinta. Tak ke cinta itu pembodohan namanya tu. Dan juga pasal penyanyi-penyanyi yang duk balik-balik nyanyi pasal cinta aje. Kemon beb, banyak lagi benda dalam dunia yang boleh dilagukan selain cinta. Balik-balik cinta, pujukrayuku, meleleh-leleh, frust bercinta. Ko nyanyi pujuk rayu bukan si dia nak balik kat mung. (ed: haha, kerah perut!) Life must go on. Eh, sedap je aku cakap. Time aku emo kene tinggal aku dengar lagu frust bercinta gak. Ahahha! Tapi seriously, banyak lagi benda lain yang lebih penting dan menyeronokkan untuk dilagukan selain dari tema cinta dan kesunyian!
F: yeah..!!
ko ngomong cinta, cinta rakyat jelata
ko ngomong cinta, agar kau berkuasa
ko ngomong cinta, cinta umat manusia
ko ngomong cinta, tapi engkau membunuhnya.
kalau korang pandai jaga cinta tu, kekal lah dier..kalau korang taktau bercinta, takyah bercinta. Buang maser jer,sebab bagi certain org cinta itu adalah seks..huhuh (tapi skang takyah bercinta pun boleh "buat" dah..murah kan..?? MELAYU MURAH RUPA..betul ker.?? korang definasikan sendiri.)
ED: Yup, melayu mudah lupa, melayu murah rupa!
6) Apa definisi punk/hc bagi anda semua? Sejauh manakah revolusi/idea2 didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat malaysia?
A: Punk/Harcore is Punk/Hardcore full stop...
R: Yup. Ianya totally mengubah perajalanan hidup aku. Aku mula kenal dengan punk/hc ni sejak dibangku sekolah. Kalau tak silap aku, itu jam aku form 3. Lepas tu, aku terus beromen dengan punk/hc nih. Bagaimana?Aku rasa, kalau sekarang, banyak benda yang korang tahu berdasarkan dari sebelah pihak. Media massa banyak memperngaruhi kita. Dan ianya telah mengubah dan membuatkan kita berfikir secara rasional tentang apa yang berlaku. Tidak hanya tunduk dan patuh dengan apa yang disampaikan oleh media massa mahupun kerajaan kita sendiri. Kita diajar untuk mendengar daripada 2 belah sumber. Dan idea sebeginilah yang menjuruskan kita untuk ke arah revolusi. Tetapi perlu ingat, revolusi itu tidak mustahil. Hurmm..nizang, kau sambung la pulak..hahahaha…
Ed: cit, potong stim! Nizang, teruskan
N: HC/punk…aku dah jawab banyak kali. Jadi aku bagi can korang bace pendapat orang lain pulak. HC/punk ni ciptaan manusia so mestilah ia tidak sempurna, jadi ade positif dan negatifnya. Apa yang elok dari HC/Punk aku amik, ape yg aku rase tak elok atau tak mampu, aku tinggal atau abaikan. Aku memperjuangkan DIY and independent lifestyle, hak rakyat, kebebasan dan keadilan, berfikiran rasional dan tajam, etc.
F: aper yang pendapat saya samer cam rizie...
7) It is sex for fun? Yearghh..
Sex for fun
In a proper way
And stick to one- LASTxMINUTE
Apa pandangan anda semua tentang cinta dan seks? Baru2 ni kita dikejutkan oleh berita kematian seorang kanak2 yang telah dibunuh dengan kejam. Sebelum dibunuh, dia telah diperlakukan dengan perkara2 yang tidak masuk akal. Apa pendapat anda semua? Adakah manusia semakin hari semakin kejam?
A: Cinta is a natural thing, sebab cinta ni ia menunjukkan yang kau betul-betul suka seseorang sampai kau tak boleh nak menafikan, Seks? I don't know for me ia boleh membuat sesebuah hubungan lebih rapat. Well aku sendiri agak terkejut dengan apa yang diaorang buat dekat budak tu. Manusia ni susah aku nak cakap, setiap orang mentality berbeza, sebenarnya kau patut tanya soalan yang selalu orang tak terfikir..., Apasal dia nak rogol budak tu ? dan Apasal dia sanggup buat bergitu? Jadi dari situlah kau dapat baca mentality dia, dapat tahu apa yang penjenayah tu fikir. Bukan tanya soalan yang agak useless dan common.
R: Dunia penuh kekejaman!!
N: Cinta adalah sebuah hubungan yang sangat indah. Aku petik kata-kata cikgu aku masa tingkatan 3, "Masa bercinta ni semuanya indah, kentut pun bau wangi." Seks tanpa rasa cinta atau casual sex ni…adalah hak sesebuah pasanganlah. Tapi jika hanya sebelah pihak yang rela, itu tak patut. Itu rogol namanya. Ramai lelaki suka ambil kesempatan ke atas perempuan dan ramai yang tertipu dengan pujuk rayu lelaki. Bagi aku, ini adalah tidak patut. Seks datang dengan tanggungjawab yang besar. Jadi kepada awex2, berjaga-jagalah. Pasal kes Nurin…aku sendiri tak paham kenape wujud binatang-binatang bertopeng manusia di atas muka bumi ini. Tapi itulah dunia, perbuatan mereka aku kira lebih kejam dari mereka pada zaman jahiliah. Betul, semakin hari semakin brutal. Cuba bayang kalau kejadian ini terjadi kepada saudara-mara atau keluarga kita sendiri.
F: yeah..!! manusia memang kejam walaupun mereka dari kecik dididik menjadi orang yang beragama..tapi, agama tak salah..org yang membawak agama tu yang salah..kerana mereka ader pegangan iman yang kuat...camner
leh luntur iman dier tu..?? majority yang masuk paper pasal rogol bunuh semuanya org melayu..dalam 3gp file pun kiter tgk sendiri macam maner org melayu Malaysia nie kan..bukan nak condemn tapi memang realiti dunia zaman teknologi di era globalisasi... kitorang cakap camnie bukan sebab kiter perfect, tapi berlandaskan mentaliti kitorang yang byk belajar dari kesilapan..
8) Kata2 ucapan dari anda semua kepada pembunuh itu? (mana tahu takut2 dia terbaca zine ni :p) Tidak terpikirkah anda semua untuk mencipta sebuah lagu untuk Nurin Jazlin atau si pembunuh keparat?
A: Selamat hari raya! semoga tuhan balas jasa anda yang menghancurkan kanak-kanak gemilang Malaysia... (See you in hell bro i'll be the one waiting for you at the front gate, waiting for you to be slaughtered).
R: "Bro, kau bayar rm5 dah dapat pelacur kat Chow Kit! Kau manusia ke binatang bro? Aku harap kau dapat balasan yang setimpal dengan apa yang kau lakukan!!!!" Kami sedang membuat lagu tu. Fael, kau dah buat
ke belum lagu tu? hahaha.
F: Takda otak punya olang...
9) Anti-vivisection, against animal experiment and stop violence towards animal….semua ini wujud disebabkan oleh rasa tangggungjawab kita sebagai manusia yang berakal. Tetapi, bagaimana dengan penggugguran? Membunuh bayi=membunuh binatang/hidupan. Apa pendapat anda?
A: Dude... bunuh binatang dengan bunuh bayi benda yang berbeza, don't ever compare human same as animals...Abortion is a choice, kau sendiri yang pilih. Memang betul kalau bunuh benda hidup itu salah but like i
said HUMANS,,,, think about it ? There must be a reason why a person chooses to abort. For me... I'd rather take care of the child rather then choosing abortion cause it's already a responsibility for me.
R: Kalau orang tu tak sanggup sangat nak jaga anak yang dia lahirkan tu, aku sanggup. Tetapi kenapa perlu digugurkan. Kenapa perlu dibunuh??
Ed: ai, ko tanya aku balik?
N: Aku pun kurang setuju dengan abortion. Tapi jika si ibu ada reason yang betul seperti akan mengundang penyakit yang teruk, atau jika melahirkan anak akan membawa bahaya dan risiko tinggi pada si ibu, then it's ok to abort.
F: humans are animal but some animal are more humans than other..(fahamkan sendiri ya..)
10) Seperti yang kita ketahui, satu rusuhan telah berlaku di negeri Terengganu baru2 ni….bagi aku, perusuh adalah seorang yang cetek pemikiran kerana terlalu taksub berpolitik. Walhal dalam masa yang sama, orang atasan hanya goyang kaki dan lutut! Apa pendapat anda?
A: How can you say that a riot is for the weak minded? Kalau takde benda-benda macam ni sampai bila kau nak jadi kambing. Benda macam ni diadakan bukan sebab dia cetek fikiran tetapi untuk menunjukkan bahawa dia nak orang atasan yang konon berkuasa ni sedar dan dengar. Basically it's what we call power of the people or more basic people rights.
R: No komen! Orang lain akan jawab k.
N: Aku tidak ada di tempat kejadian ketika bende ni berlaku walhal tempat kejadian sangat-sangat hampir dengan rumah mak aku. Aku jugakkurang mengikuti perkembangan berita ni sedangkan hari-hari aku online. Maybe kemalasan ditambah dengan kesibukan study menyebabkan ini terjadi. Tapi dari apa yang aku dengar dari mulut seorang polis sendiri, polis Terengganu sendiri yang pergi bakar tempat mereka sediakan untuk ceramah pada malam itu lalu timbul rusuhan tersebut. Jadi polis yang mulakan keadaan kecoh, bukan penyokong parti PAS dan keADILan. Aku rasa anjing-anjing kerjaan tersebut melepaskan tembakan dan gas pemedih mata atas arahan orang atasan. Yelah, berapa ramai penyokong parti-parti pembangkang tu yang hadir pada malam tu. Pasti orang atasan (Idris Jusoh dan kuncu2 rasa terancam dan tergugat). Ketiadaan permit dan kawasan yang tak sesuai tu adalah cuma alasanyang tak munasabah untuk mereka gunakan untuk menjaga nama mereka dan orang utan atasan. Mereka juga menggunakan segala media massa yang ada untuk putarbelit cerita dan semua orang yang percaya 100% pada berita TV dan surat khabar tertipu dalam celik. Pendapat aku?
Ok jugak ada rusuhan ni berlaku dan didedahkan di media massa jika beritanya tak diputarbelit. Kebanyakan demonstrasi dan rusuhan yang terjadi kat Malaysia tak ditunjuk dikaca TV dan akhbar menyebabkan ramai antara kita memikirkan bahawa Malayia adalah amat aman dan merdeka sedangkan mereka sendiri yang sebenarnya tak tahu. Mereka menganggap kerajaan Malaysia adalah yang terbaik di dunia dan mereka lena diulit intan.
ed: bro zang layan wings ke skrg? =)
F: cubalah berpolitik tanpa mengaitkan agama, mesti ok nyer..hehehe org atasan tu akan bergerak bila dah sampai waktu pilihanraya..toksah risau..
11) Apa yang best ada band ni? Cuba cerita sket……haha…apabila anda melalak di stage, adakah anda yakin 100% mesej anda sampai kepada crowd?
A: Best ada band sebab dapat ramai kenal orang, kadang-kadang kawan yang kau tak jumpa dekat 10 tahun tiba-tiba jumpa dan best sekali kau dapat membuat family yang baru dimana semua sentiasa ada tak kira kau susah atau kau senang. mesej entahlah... itu kau kene tanya diaorang hahahahah :p
R: Band ni best bila lepas jam dapat lepak kedai nasik lemak tepi bank dekat ampang point! FRIENDSHIP itu best! Mesej? Tak tahu la. Terus terang, crowd kat terengganu memang best! Tapi aku tak rasa dieorang terima 100% idea dan mesej yang ingin kiteorang sampaikan!!
N: Bes sebab boleh pegi negeri orang untuk main gig. Bes sbb boleh amik gambar posing ngn band. Aku suke band photo. Hehehe. Bes sebab boleh jamming dan main gig untuk melepaskan tension dan kemarahan pada dunia. Bes sebab boleh berkomunikasi dengan orang ramai bila main gig dan juga kat mana-mana saja, boleh tambah kenalan. Kalau tak 100% mesej sampai, kalau tak semua yang sudi dengar dan ambil peduli, takpe. Boleh deliver 20% mesej pada seorang saja dari 100 orang pun adalah sesuatu. Kita mula dengan sorang dan sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Revolusi tak boleh dicapai dalam satu malam. Oh clichenye. Aku tengah nak cepat. Banyak keje. Sori.
F: Band nie best sebab dalam band nie tak pentingkan status rockstar atau pun org lama mahupun org baru..bagi kami semua org samer jer..friendship pun sgt kuat..bab mesej tu biarlah crowd yang tentukan salah atau btol..biarpun tak 100%, tapi atleast kitorang sampaikan jugak aper yang tersirat dimata pandangan kitorang...
12) Aku dah malas nk piker soalan…cukup yang ni jer…nak lagi, buat sendiri!
Haha…kata2 penamat dari anda semua?! Di kesempatan ini aku ingin
ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir
A: I would like to say thanks to Aniq sebab interview kitaorang, kepada semua yang mengenali atau yang baru nak mengenali kami tidak kira dimana jua Jadilah orang yang berguna dan jangan sia-sia kan hidup korang. Believe in what you believe and DO IT !!. Would like to say sorry kepada orang yang terasa (kalau ada lah kan ) it's just my
point of view, everybody has their own point of view :) dan akhir sekali Selamat Hari Raya Kepada Semua Pembaca..... :)
R: Malas tanya bila nak berjaya bro?? meh aku tanya pulak. Apa pendapat kau tentang kemajuan dan pembangunan yang pesat di Bandar kuala terengganu? Apa kesan dan implikasi serta keuntungan yang rakyat dapat dari setiap pembangunan dan kemajuan yang tiba-tiba mendadak itu? Kau tak rasa ke bapak kapitalis dah sedikit sebanyak menular ke terengganu?? Giant? Mydin? Makcik yang meniaga kat pasar chabang mcm mana bro? kau ada pendapat dan idea tak? Tulis la kat sini ye.
(Ed: Masa ni aku ada 2 perasaan…satu perasaan malas nak jawap. Soalan panjang gila babi..hok ane se tau nk jwp kalau aku tak jawap, boleh? Satu lagi perasaan bangga. First time orang interview aku..jgn marah aaa….hurm..aku jawap satu-satu ya? Hurm..bila dah berjaya, lagi malas nk bertanya..betul tak? Kemajuan dan pembangunan yang pesat di kuala terengganu bagi aku adalah bagus dan tidak bagus. Kenapa bagus? Bagus sebab sekurang-kurangnya rakyat boleh menikmati hasil cukai yang telah mereka bayar. Oklah kan daripada tak merasa terus. Bagus juga sebab sedikit dari duit rakyat digunakan untuk pembangunan dan kemajuan. Tak lah semua duit rakyat masuk ke dalam kocek pemerintah. Ini yang nampak di mata, yang tak nampak banyak lagi tu. Lagipun pembangunan ini mengurangkan kadar pengangguran di sini.Kenapa tidak bagus? Kemajuan dan pembangunan ini telah membuka mata semua pihak capitalist seluas-luasnya. Tahu-tahu jelah capitalist, pantang tengok peluang yang ada. Terus sambar. Tengok saja sekarang di kuala terengganu, capitalist berselerakkan. 7E tak payah cakaplah. Kat dalam kampong pun ada. Aku rasa 7E kat terengganu ni lebih dr sepuluh kot. Ini mengikut kiraan kasar aku lah. Aku kan suka berjalan-jalan. Yang terbaru, McD baru dibuka di paya bunga mall beberapa hari selepas raya. Aduih! Tapi bagi rakyat terengganu yang tak tahu apa-apa mesti riuh sekampung, gembira bukan kepalang. Kemungkinan sampai buat kenduri kot J Yelah, dulu nak makan McD kat negeri lain je. Skrg dah da depan mata. Mesti tiap2 hari lepak kat situ. Makan, minum, berak kat situ je. Lagi molek kalau berak banyak-banyak kat situ, biar orang dah tak nak pergi lagi.Pembangunan yang pesat juga memerlukan pembukaan kawasan yang baru. Bila dah nk buat bangunan, mestilah semua pokok-pokok ditebang. Binatang-binatang tak tahu dah berhijrah ke mana. Ni kira effect kepada alam sekitarlah. Lebih tepat lagi menjejaskan ekosistem.
Mydin dan giant lagi satu celaka. Jalan depan tu selalu jamm. Perjalanan aku ke Bandar selalu terbantut bila sampai situ. Nak je aku bulldozer kan kedua-dua pasaraya tu. Baru puas hati aku! Sabar jelah…tapi kat mydin lebih mesra pembeli. Siap da playground besar lagi. Aku selalu main buaian kat situ J lagi satu yang best, ada satu kedai 24 jam kat mydin tu jual rokok Marlboro 14’s dengan harga rm5.70 je. Murah. Haha. Makcik kat pasar chabang? Entah…lama dah tak dengar cite. Makcik yang mana satu ni? Aku tak kenal. Mu lain lah, lepak kat pasar chabang sokmo! Huahua. Bila dah buka kedua-dua pasaraya ni, maka berakhirlah riwayat perniagaan peniaga kecil-kecilan. Usah kata makcik pakcik kat pasar chabang tiga je, yang kat pasar payang pun lingkup. Tak payah cakap banyak, terus gulung tikar. Balik kampung tanam jagung lah nampak gayanya. Kesannya terlalu besar kepada peniaga-peniaga kecil.Kesian bukan? Konklusinya, kapitalisma membawa banyak perubahan kepada dunia amnya dan manusia khususnya. Lantas dari kesan pembangunan ini, maka Homeless yang sedia ada semakin dipinggirkan. Mungkin jumlahnya semakin bertambah. Eh rizie, bila nk start free food balik? J ini je pendapat aku. Bagi aku setiap perkara ada POSITIF dan NEGATIFnya…daaaaaa. Tapi dalam perkara ni, mengikut pandangan aku yang xseberapa ni, kesan negatifnya terlalu banyak!)
Akhir kata.terima kasih sebab sudi interview kami. Slamat hari raya maaf zahir batin!
N: Selamat Hari Raya. Pulanglah ke pangkuan yang tersayang. Pandu dengan cermat. Pecah kaca pecah kerusi, lepas baca harap berkomunikasi.
F: terima kasih aniq kerana interview kitorang yang tak seberapa nie...jgn lupa dtg gig kami ya... kalau ader aper2 komen, online ke dumdumtak.blogspot.com dan sampaikan aper yang korang tak puas hati...hehe salam sayang dari kami selamat hari rayer..
(note: masked reader can be ordered through mail (RM2+50c stamp) from: Anix, pt 9865, Jalan Merbau, Kg Batu 2 1/2, 24000 Kemaman, Terengganu)