Pages

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Tuesday, 9 November 2010

Muffin Orange

Salam semua...dah lama tak hapdate ini belog..biasala,angin rajin tu kadang2 ade, kadang2 takde..hokeyla, jom tengok resipi muffin ni..amik dari izah muffin lover..memang sedap weihh..elokla kalu sapa2 yang rajin nak buat muffin tu, cuba buat yang ni..harum semerbak bau orange tu tau...tq izah for sharing this yummy recipe..macam biasa, c n p ye..mekaseh...nah amik 3 ketui izah sebagai pengeras..:p


ORANGES MUFFINS
Bahannya:

2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar parutan kulit oren
1/2 cawan butter (dicairkan)
2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak

topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip
1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon

Caranya:

Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
Masukkan ke dalam muffin try.
Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

Saturday, 25 September 2010

Chocolate Chip Muffins

Salam sume..huhuhu..cuaca sujuk sangat di sini..bangun pagi tengok suhu dah jadi 9 C..sekarang ni pun asyik hujan..hujan..dan hujan..lagi la bertambah sujuk..rase nak gune heater jek..tak tahan sujuk lorr..:D

Chococlate Chip Muffins ni dah lame dah buat..hari selasa aritu------>tapi,cam biase la tuan tanah ni malas sikit nak update belog :))...amik resipi pulak dari rumah Kak Ummi..memang sedap, tapikan anak2 duk mengutip choc chips yang timbul2 tuh..haihhh...
mintak izin tuk cnp ye Kak Ummi..mekasih..:)

Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Saturday, 13 February 2010

Muffin Pisang Coklat...

Memandangkan stok pisang banyak, jadi untuk minum petang tadi buat la muffin..Senang sangat nak buat..hehehe..Dan menjadi pulak tuh..huhuhu..Bangga dengan diri sendiri.. berjaya membuat muffin dengan jayanya :D

Yang kat bahagian atas tu letak diced walnut..Sila la rasa..Sodap :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...