Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Kecil. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

Harga Minyak Nak Naik Lagi!!??

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya. Sumber : Utusan

-----------------------------------------------------

Dahulu Pak Lah buat silap, bila umum harga minyak naik dia sendiri yang umum. Tapi zaman Najib tak lagi. Dia suruh pensyarah, tauke kedai minyak, presiden persatuan mangkuk hayun mana entah yang akan keluarkan kenyataan

Hari ini, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan taktik busuk macam itu. Apalah nasib kita. Dulu janji dah tak naikkan harga minyak. Sekarang secara tiba - tiba harga minyak macam dan bakal dinaikkan. Semuanya pasti berlaku selepas pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau.

Oh ya, penyokong tegar Umno undilah Umno lagi. Jangan lupa, bila mengundi anda semua boleh berseronok dengan kenaikan harga minyak.

Buat pengundi atas pagar, sila fikir dengan waras. Bila harga minyak naik saja, secara agresif harga barang akan naik. Jadi silalah buat keputusan yang wajar. Jangan bebankan rakyat Malaysia jika anda mengundi BN. Kami tak sanggup harga minyak dan harga barang naik lagi.

Buat pemuda Pakatan Rakyat. Jangan diam saja. Sudah lama mereka khianat rakyat. TOlonglah, bawa suara kami ke jalanraya sekali lagi!!

Barisan Nasional dan Umno...tunggu!! Masa anda semua akan tiba!

Rabu, 14 April 2010

Hulu Selangor : Simbol Penolakan Cengkaman Zionis

Tidak guna kita bertempik melolong membantah kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin. Tidak guna kita memaki hamun pimpinan negara Yahudi Zionis kerana telah membunuh ratusan ribu rakyat Palestin. Tidak guna semuanya itu jika KITA SANGGUP melantik satu syarikat kesemua lembaga pengarahnya merupakan orang kuat pimpinan sebuah negara haram Yahudi Zionis.

Pengundi Hulu Selangor, khasnya orang - orang Melayu di sana. Cuba tanya pada diri sendiri. Mana lebih penting ketuanan Melayu atau Kedaulatan Malaysia. Malaysia merupakan tempat lahir, tempat mencari rezeki dan tempat kita suatu hari nanti akan bersemadi di sini. Bumi Malaysialah lahir yang kita sering terikut dengan laungan Ketuanan Melayu. Namun sekarang bumi inilah sedang dicerobohi dengan oleh Yahudi Zionis melalui syarikat yang bernama APCO. Benar ketika berkempen nanti akan datang Puteri Umno, Pemuda Umno, PERKAKAs Umno dan BN datang mengatakan "Kita hanya melantik tidak bererti kita membenarkan mereka kuasai kita". Tapi makcik - makcik, pakcik - pakcik dan pada semua orang, Yahudi Zionis bukannya bodoh. Untuk menguasai sesebuah negara bukan bererti dengan menjajah secara fizikal atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami bukannya dengan mereka melakukan terhadap rakyat Palestin. Cukup dengan kita melantik syarikat mereka, percayalah sekarang ini perisik - perisik kerajaan Yahudi Zionis sedang bertebaran di muka bumi Malaysia tercinta ini. Apa guna kita memberikan undi kepada BN sedangkan mereka sanggup menggadaikan maruah negara.

Pengundi Hulu Selangor cuba buka minda anda. Memberi undi kepada BN bererti kita rela melihat Yahudi Zionis menceroboh kedaulatan negara kita. Memberi undi kepada BN bererti kita REDHA rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Yahudi Zionis. Buangkanlah ego kita selama ini yang taat setia memberi undi kepada BN. Malaysia lebih penting daripada ego kita. Jangan sampai ego kita menggadai maruah negara dan kedaulatan negara kita. Kita sanggup membenarkan kerajaan membayar RM 77 Juta kepada syarikat APCO bererti kita membenarkan tindakan juga para pemegang saham dalam syarikat tersebut yang pernah membunuh ratusan ribu rakyat dan pejuang Palestin.

Pengundi Hulu Selangor anda semua bertanggungjawap kepada semua rakyat Malaysia. Undi anda akan menjadi satu simbol penentangan rancangan jahat Yahudi Zionis terhadap negara kita. Jika undi ini diberikan kepada BN yang rela membayar RM 77 Juta setahun kepada syarikat bangsat ini bererti anda telah menggadaikan masa depan anak - anak Malaysia yang masih kecil. Jika undi ini diberikan BN yang sanggup melacurkan kedaulatan negara ini bererti anda semua sanggup melihat tentera Yahudi Zionis bertebaran di muka bumi Malaysia. Jika undi ini diberikan kepada BN ini bererti anda semua merelakan dan menghalalkan jenayah perang yang dilakukan oleh pengarah - pengarah syarikat APCO ini terhadap rakyat Palestin dan yang paling menakutkan jika undi ini diberikan kepada BN, Malaysia bakal menjadi serangan ganas oleh mereka yang anti Zionis sebagaimana yang berlaku di Indonesia, India, Pakistan, Iraq, Sepanyol dan banyak lagi. Ini kerana mereka ini bersekongkol dengan kekejaman dan kebangsatan Yahudi Zionis. Caranya mereka mengiktiraf dan membuat perniagaan dengan syarikat - syarikat Yahudi Zionis seperti BN melantik APCO.

Pengundi Hulu Selangor, sekarang kuasa ditangan anda. Ini bukan soal Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Ini soal kedaulatan negara. Berikan satu amaran jelas kepada BN, halau segera anasir Yahudi Zionis dari negara kita dengan cara tidak memenangkan calon BN. Kita harus memberi undi kepada mereka yang mendedahkan pakatan jahat antara APCO dan BN. Memberi undi kepada mereka yang berniat baik bererti kita mahu SELAMATKAN MALAYSIA.

Tanam dalam pemikiran kita, Undi BN bermakna mengundi YAHUDI!

Sabtu, 27 Mac 2010

Gendang Perang Sudah Berbunyi


Pertama sekali, mari kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman di syurga kelak...amin Ya Allah.

Maka dengan pemergian beliau menghadap Allah, kita yang masih hidup harus menyambung kembali semangat perjuangan Allahyarham. Beliau tinggalkan kita dengan satu semangat mahu menguburkan Umno. Allahyarham bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dulu pun sudah tidak percayakan Umno, inikan pula kita.

Gendang perang sudah secara rasmi telah dipalu. Paluan kuat itu didengari hingga menyebabkan ribuan tentera rakyat sedang mendengar secara taat dan perhatian akan amanat yang diberikan.

Semua orang di Kuala Kubu Baru sedang bersiap - sedia. Mereka semua sudah bersedia mahu berperang dengan sebuah pasukan yang lebih laknat daripada Zionis Yahudi.

Apa tugas kita? Mulai saat ini, segera ke Kuala Kubu Baru dan sebarkan risalah yang menceritakan keburukan Umno. Umno penindas Melayu. Umno tipu Melayu hidup - hidup.

Ayuh tentera rakyat!! Bangkit!!

Mari kita ke Kuala Kubu Baru!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!

UNDI BN BERMAKNA DUIT KITA HILANG!!

UNDI BN BERMAKNA SEGALA MACAM CUKAI AKAN DINAIKKAN!!

UNDI BN BERMAKNA HARGA MINYAK AKAN NAIK!!

UNDI PAKATAN RAKYAT, AIR PERCUMA!
UNDI PAKATAN RAKYAT MELAYU AKAN LEBIH DAPAT BANYAK PROJEK!
UNDI PAKATAN RAKYAT MALAYSIA LEBIH AMAN!!

Selasa, 24 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia.

Moga Allah merahmati dan menerima ibadat korban kalian semua.

Kepada mereka yang sedang mengerjakan haji akan memperolehi Haji Mabrur.

Balik raya nanti kepada yang balik area Kedah, ambil gambar orang miskin banyak - banyak, kita jadikan modal berkempen esok.

Kita Korbankan Umno untuk mendapat kesejahteraan.

Bersiap - sedia Tentera Rakyat!!

Pemegang panji - panji Pakatan Rakyat sila mara kehadapan. Bersiap - sedialah kalian semua. Perang akan meletus sebentar sahaja lagi. Ingat, jangan sesekali lari dari medan perjuangan hatta kalian diserang oleh keparat - keparat pembela kezaliman. Walaupun dihujani dengan balingan botol oleh mereka yang pengecut ini. INGAT!! TEGUHKAN PENDIRIAN KALIAN...KIBARKAN PANJI KALIAN SEMUA SETINGGI - TINGGINYA.

Unit - unit gerila, sila kenal pasti kawasan hitam, sila kenal pasti kawasan yang menjadi kubu kuat mereka. Kita masuk secara perlahan. Tawan hati mereka. Pastikan mereka tertawan dengan gerak kerja kita. Elakkan bertembung dengan keparat - keparat yang durjana. Kita gerila. Tugas kita menyerang dan hilangkan diri ketika mereka datang mahu menyerang kita. Gerak kerja harus cepat dan efisyen. Tapi ingat, jangan kita jangan sesekali bertindak seperti mereka. Ganas dan bersikap seperti binatang.

Pemidato - pemidato tentera rakyat, serakkan suaramu. Pekiklah suaramu sekuat - kuatnya. Biar masyarakat mendengar keluhan hati nurani rakyat yang tertindas. Kuasai emosi mereka. Nyatakan, mereka harus ditumbangkan. Orang Melayu semakin tertindas, orang Cina diketepikan, orang India dimalukan dan bangsa lain tidak mendapat tempat. Kerana apa? Kerana kalian semua tidak menjilat punggong mereka. Kita ada prinsip. Maka nyatakan, kita mahu LAWAN MEREKA!

Penyebar risalah. Sebarkan risalah yang mampu membuatkan mereka yang selama ini taksub dengan Umno berfikir sejenak. Apakah benar Umno membela Melayu? Sebarkan risalah Umno membuli bangsa lain. Mereka membuli kerana mahu mengaut keuntungan rakyat!! Sebarkan sejauh mungkin. Penuhi Kota Siputeh dengan risalah perjuangan.

Tentera rakyat!! Tentera Rakyat....keluarlah kalian...keluarlah kalian. Kebenaran sedang menunggu mu untuk dibebaskan.

Tentera rakyat!! Tentera Rakyat...bangunlah kalian dari tidurmu...

Bangunlah...

Bangkitlah..

Peperangan sudah mahu bermula..

Semboyan perang akan ditiupkan..

Apabila ditiup...kita mara...kita mara..Kota Siputeh milik kita!!

LAWAN TETAP LAWAN!!

Selasa, 17 November 2009

Jangan Gembira Lagi (2)

Sekali lagi jangan meloncat kegembiraan.

Hari ini memang terbukti SPR pencacai Umno yang sememangnya taat - setia. Jika disuruhnya cium lutut Rosmah mau diciumnya.

Sepatutnya Umno yang kena mengemukakan rayuan untuk mempertahankan kerusi tersebut, tapi SPR pula yang gatal - gatal nak mengemukakan rayuan. Ini apa punya badan. Pencacai dan perkakas Umno yang hina!!

Betul cakap Hishamuddin Rais, pilihanraya ini demokrasi ala-Umno akan tetap wujud selagi ianya mampu mempertahankan kuasa mereka. Namun jika ia dilihat tidak mampu mempertahankan kuasa mereka lagi maka cara lain pula mereka akan gunakan.

Hanya satu saja cara lagi...PILIHAN JALANRAYA...dan sememangnya ianya milik rakyat!!

Jangan Gembira Lagi

Hari ini mahkamah memutuskan kerusi DUN Kota Siputih diisytiharkan kosong dan keputusan itu dijangka kekal selagi ADUN kawasan tersebut tidak mengemukakan rayuan.

Rayuan pasti dibuat. Kalau saudara - saudari ingat balik macam kes mahkamah MB Perak Dato' Seri Nizar dahulu. Mula - mula menang, lepas itu apabila MB Haram Jadah mohon rayuan maka kerusi itu dapat semula ke tangan MB Haram Jadah.

Bersabar dahulu....jangan melompat kegembiraan dahulu.

Jika benar kerusi itu dikosongkan...

Maka wajib kita serang dan terus serang!!



Dan POSTER INI WAJIB DIPAMERKAN....

Isnin, 12 Oktober 2009

Jangan Disalahkan Pengundi Bagan Pinang

Kekalahan pertama dalam siri pilihanraya kecil Malaysia yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat mungkin agak pedih bagi sesetengah pihak. Ada juga yang menganggap kekalahan ini satu hikmah. Hikmah yang mampu membuatkan sesetengah pihak yang beria mahu bekerjasama dengan Umno, perbalahan sesama sendiri, tidak menaikkan martabat mereka yang sebenarnya dapat merenung nasib mereka sekarang ini.

Pakatan Rakyat terlalu selesa dengan kemenangan demi kemenangan yang berada acapkali perolehi. Sehinggakan ada yang merasakan rakyat sudah 100% berada di sisi mereka. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Sudah berapa lama mereka membiarkan Zionis Bn memerintah namun mereka telah berjaya menghumban mereka ke lembah hina pada 8 Mac 2008.

1998 - 2001 merupakan tahun kebangkitan rakyat namun BN tetap juga gagal ditumbangkan malah majoriti 2/3 juga gagal dicantas. Walaupun kebangkitan pakatan pembangkang di beberapa kerusi parlimen, rakyat Malaysia tetap tidak berani memberi harapan yang menggunung kepada pembangkang. Sehinggalah kesombongan sebuah parti tertua di Malaysia yang membawa kepada pepecahan Barisan Alternatif, rakyat Malaysia menghukum pembangkang dengan hampir - hampir saja pembangkang kalah teruk.

Tahun 2008 merupakan kebangkitan mega buat pembangkang. Dari utara hingga selatan, pembangkang menunjukkan kekuatannya. Kedah, Pulau Pinang, Perak , dan Selangor dapat dirampas dari tangan Bn. Rakyat menangis kegembiraan melihat regim yang selama ini angkuh dan zalim hampir tersungkur di lantai. Rakyat menunggu dengan tabah, menanti satu pakatan baru yang kukuh dapat memberikan satu alternatif pemerintahan yang lebih menyakinkan.

Antara isu - isu yang mampu menyebabkan Bn tersungkur di beberapa negeri hanyalah satu. Jika poket rakyat terganggu atau sengaja diganggu maka bersiap - sedialah dan nantikanlah gelombang baru untuk membelasah mereka yang menyebabkan pintu rezeki mereka terganggu.

Hulurkanlah isu - isu penting. Rasuah, penyelewangan kuasa, kezaliman, perkauman apa sahaja, jika hak mereka secara mutlak dan pintu mereka tidak diganggu jangan harap sesuatu regim itu dapat ditumbangkan. LDP ditumbangkan oleh rakyat Jepun bukan semata - mata isu rasuah atau penyelewangan kuasa. Isunya adalah kerana keadaan ekonomi Jepun yang semakin lama semakin tenat dan ini sudah pasti menaikkan kemarahan rakyat Jepun dan mula mencari alternatif lain. Maka muncullah DPJ yang membicarakan soal bagaimana bobroknya pemimpin LDP dalam menangani isu ekonomi. Mereka tampil dengan suatu dasar ekonomi baru yang akhirnya mendapat perhatian rakyat. Apabila perhatian rakyat kearah mereka, barulah mereka mula menyelitkan isu kezaliman atau secara lebih tepat penyelewangan kuasa oleh pimpinan LDP. Maka LDP secara total tumbang di Jepun.

Begitu juga di Malaysia. Apabila isu kenaikkan harga minyak dimainkan, koridor sana sini dilekehkan, kos sara hidup semakin meningkat, barang keperluan semakin meningkat rakyat mula menunjukan minat kepada Pakatan Rakyat. Apabila PAS, KeADILan dan DAP tampil dengan suatu dasar ekonomi masing - masing, rakyat tak kira Melayu, Cina dan India secara bangga menyatakan sokongan kepada mereka. Apabila sokongan mulai diterima, maka isu - isu kezaliman seperti ISA, perkauman, rumah setinggan yang secara paksa diroboh akhirnya juga mendapat perhatian. Hasilnya? Bn kalah beberapa negeri.

Bagan Pinang Pakatan Rakyat gagal menerangkan isu - isu sebegini. Malah isu - isu seperti Kugan, Teoh, kepala lembu kalau ikut kata beberapa sumber tidak dimainkan dengan baik. Isu harga minyak naik gagal mendapat perhatian. RON 95 yang dijanjikan RM 1.75 namun dinaikkan RM 1.80 tidak mendapat perhatian. Tambang bas sekolah, teksi yang dinaikkan juga tidak dimainkan. Jika dulu DSAI muncul di pentas ceramah, antara janji beliau, menang Malaysia turun harga minyak. Sekarang di Bagan Pinang isu seperti ini lesu.

Ya, rasuah adalah suatu jenayah. Namun inilah Malaysia dan bukan sahaja Malaysia silap - silap satu dunia juga begitu. Isu ekonomi lebih dekat dengan kita. Isu mereka yang tertindas teruk di bawah sesuatu regim dekat dengan kita. Rasulullah s.a.w mendekati hamba abdi yang teruk ditindas. Apabila mereka mula dekat dengan Baginda s.a.w barulah Baginda s.a.w menyebarkan dakwahnya. Sesuai dengan keadaan itu. Malaysia, isu sekarang adalah isu ekonomi. Saya ulangi, ISU EKONOMI. Jika kita gagal menyakinkan mereka yang kita bersungguh menyelamatkan ekonomi kita jangan haraplah mereka akan mendekati kita. Contoh di Bagan Pinang. Mana mungkin selama ini PR yang menikmati undi kaum bukan Melayu dengan begitu cemerlang akhirnya kalah di semua peti undi yang melibatkan kaum tersebut. Kerana apa? Kerana isu yang dekat dengan mereka gagal dimainkan dengan baik. Jangan nafikan.

Saya hanyalah anak muda yang biasa sahaja. Yang hanya tahu berseronok sahaja. Tapi saya dan teman - teman juga mengambil tahu isu yang melibatkan negara. Tapi apabila kami sendiri turun ke sana, melihat jentera penerangan yang agak kurang menerangkan isu - isu seperti yang saya terangkan, kekalahan dapat dirasakan. Saya bukannya cerdik pandai politik. Tapi orang bukan cerdik pandai inilah yang lebih dekat dengan masyarakat daripada mereka yang hanya tahu berforum, pergi melancong ke luar negara sana - sini. Tapi realitinya, satu habuk tidak difahami.

Kalah bukan bererti perjuangan sudah tamat. Kalah hanyalah untuk kita merenung diri kita balik. Apakah sudah cukup kita menaikkan taraf rakyat atau cuba sedaya - upaya menaikkan taraf hidup rakyat?

JIKA KITA TERUS BERUSAHA, PERCAYALAH DAN INSYAALLAH...PRU 13 BN TUMBANG SATU SEMENANJUNG!!

Jangan Gundah Gulana

Kepada semua pejuang rakyat,

Jangan anda semua gundah gulana ekoran kekalahan kita yang pertama ini.

Kita kalah kerana kita gagal memahamkan kepada masyarakat bahawa rasuah itu satu jenayah berat.

Kita gagal untuk memahamkan masyarakat rasuah akan menjadi kerjaya utama kepada setiap anak - anak muda yang berada di kawasan Bagan Pinang.

Tapi tak mengapa...kita kalah kerana kita menghadapi satu bala tentera yang besar.

Dari SPR hingga ke TV3.

Kita kalah dengan bermaruah.

Kita kalah dengan hanya mempunyai jentera tentera yang amat sedikit.

TAPI APAKAH KITA AKAN BERHENTI BERJUANG??

TAPI APAKAH KITA AKAN BERHENTI MENENTANG KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN??

TAPI APAKAH KITA AKAN BERHENTI MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN??

TIDAK!!

TIDAK SAMA SEKALI....

DENGAN KEKALAHAN INI, KITA HARUS BERSUMPAH PADA DIRI KITA SENDIRI UNTUK TERUS BERAZAM.

TERUS MEMPERKEMASKAN JENTERA SERANGAN KITA.

MEMPERKUATKAN PERPADUAN RAKYAT!!

TERIMALAH KEKALAHAN INI SEBAGAIMANA TENTERA ISLAM MENERIMA KEKALAHAN DI PERANG UHUD..

AYUH BANGKIT!!

TERUS BANGKIT!!

Ahad, 11 Oktober 2009

UMNO(PEKIDA) Ganas



Gambar Penyokong PAS kena baling batu dan berdarah

Sabtu, 10 Oktober 2009

Suasana Malam Terakhir Di Bagan Pinang

Ketika ini puluhan ribu penduduk Bagan Pinang membanjiri kawasan Batu 9.






DSAI Berucap

Rayuan Terakhir Buat Pengundi Bagan Pinang

Salam kepada semua pengungi Bagan Pinang,

Saya merayu kepada semua pengundi Bagan Pinang untuk membuat satu perubahan yang cukup bermakna dalam diri anda sekalian.

Jika anda menolak Isa Samad ini menunjukkan anda semua benci kepada orang yang melakukan rasuah namun berjaya dibersihkan oleh undang - undang parti sahaja bukannya undang - undang SPRM.

Jika anda memilih ISA Samad, bererti anda semua membenarkan kerjaya rasuah akan menjadi kerjaya wajib dalam diri anak - anak kalian. Jika mereka menjadi perasuah jangan dimarahi mereka, kerana anda semua yang membenarkan pemimpin yang rasuah menjadi wakil rakyat anda. Percayalah suatu hari nanti jika anda semua memarahi anak anda yang menjadi perasuah pasti mereka akan menyalahi anda kerana tidak mengajar mereka bahawa rasuah itu salah.

Saya merayu sebagai anak muda yang bebas dari mana - mana parti politik, merayu agar ISA Samad ditolak dan dicampak ke Laut China Selatan. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat kerjaya perasuah dianggap bersih dan halal.

Undi ditangan anda semua, anda penentu masa depan politik Malaysia dan akhlak generasi yang akan datang.

PILIH PERASUAH BERMAKNA ANDA MEMBENARKAN RASUAH MENULAR DALAM KELUARGA ANDA SEMUA.

JANGAN UNDI BN..

UNDILAH PAS

Kehangatan Berkempen Semakin Memuncak





Kehangatan berkempen semakin memuncak.

Kehadiran mereka - mereka yang sememangnya dekat dengan perjuangan rakyat sememangnya menambahkan kehangatan berkempen.

Tian Chua dengan kempen rumah ke rumah.

Cikgu Bad dengan ceramahnya yang sering membuat orang ramai membuka mata.

TERUSKAN MENGGEMPUR KUBU KUAT BN INI

Jumaat, 9 Oktober 2009

Buek Sedaro Den Kek Bagan Pinang

ISA SAMAD Biadap

Sebentar tadi, ISA Samad telah menghina kaum perempuan dan mengatakan kata - kata lucah.

Dia mengatakan "Itu bulan (PAS) x baik, masa perempuan "bulan" datang, tak bole kacau."

Info ini saudara - saudari boleh sahkan daripada Elizabeth Wong.

Buat pengundi - pengundi kaum hawa di Bagan Pinang.

BUKALAH HATI MU..BUKALAH AKAL MU..

SUDAHLAH DIA NI KAKI RASUAH...SEKARANG JUGA SUDAH MENJADI JUARA MENGHINA KAUM HAWA...

JANGAN UNDI BN

Tingkatkan Serangan..DSAI Sudah Tiba

Dari info terkini yang diperolehi, DSAI telah kembali tiba di Malaysia.

Beliau dijangka akan terlibat secara langsung dalam peperangan ini pada petang ini.

Semua jentera PR naikkan semangat anda.

Pastikan Bagan Pinang kepunyaan kita.

Pastikan Bagan Pinang kepunyaan kita.

Sudah pasti Umno akan menggunakan taktik jahat dan gangster.

Pertingkatkan kawalan keselamatan.

Pertahankan diri masing - masing dan kawan - kawan yang lain jika diserang.

PEPERANGAN SEBENAR SUDAH BERMULA!!

Bank Rakyat Rasuah BN..BN Suka La



Eyyhhh...ni bukan rasuah...ni tandanya sumbangan ikhlas.

Tapi kalau pembangkang buat pula macam mana...INI JENAYAH..MEREKA INI HARUS DIHUMBAN KEDALAM PENJARA..

BUAT PENGUNDI BAGAN PINANG...BUKA HATI DAN PEMIKIRAN. BN MEMANG PARTI RASUAH. DARI ISA SAMAD SAMPAI KE PERDANA MENTERI.

JANGAN UNDI BN

Khamis, 8 Oktober 2009

Menyeru Kepada Semua Anak Muda Malaysia

Saya menyeru kepada semua pejuang - pejuang yang gagah berani di seluruh Malaysia. Turunlah beramai - ramai ke Bagan Pinang bagi memastikan samseng - samseng sial Umno ini tidak lagi berlaku ganas.

Pastikan mereka tidak dapat sesekali berbuat sedemikian.


Anak muda Malaysia yang gagah berani. Bangkitlah



Di mana kamu sekalian? Di mana harimau - harimau rakyat!!


Keluarlah kamu semua...kemarilah ke bumi Bagan Pinang!!

BUAT MAKCIK-MAKCIK dan PAKCIK-PAKCIK YANG PERCAYA KONONNYA AZEEZ YANG MENGAKU MELAYU CEDERA....SIAPA YANG LAGI GANAS..

PEKIDA...AKU BERDOA AGAR SEMUA AHLI KAMU SEMUA YANG BERPERANGAI SEPERTI SYAITAN DAN IBLIS AGAR ALLAH MEMPORAK - PERANDAKAN KEHIDUPAN ANDA SEMUA!!

Kuburkan Maruah Umno (2)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, daripada saiz majoriti kemenangan.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini Najib sudah dapat merasakan majoriti BN akan turun mendadak.

Percayalah maruah mereka semakin menurun.

Mereka dengan jentera penerangan dari RTM hingga ke TV9...semuanya menyebelahi mereka.

Jabatan Perdana Menteri hingga ke Kementerian Belia dan Sukan menyebelahi mereka.

Mereka sepatutnya menang besar. Jika Pak Lah berjaya menaikkan majoriti ketika PRK di Ijok, takkan Najib gagal. Kalau GAGAL..bermakna...ini bermakna...Najib PM yang LEMBAB DAN LEmAH

Kejahatan ISA SAMAD Ketika Jadi MB (3)

Tan Sri Rashdan Baba adalah pengerusi Telekom dan anak jati Chembong, Rembau. Dia mahu Universiti Telekom dibina di kawasanperindustrian Chembong. Isa tak bagi dan berkeras mahu kan universiti itu dibina diNilai dimana banyak kepentingan hartanah dia bersama Dr Gan. Akhirnya, Universiti Telekom dipindahkan ke Bukit Bruang Melaka. Semua Negeri ada Universiti, NS habuk pun tak ada sebab Isa Samad.

Isa lebih pentingkan kroni dari membantu rakyat Negeri Sembilan.
Honda hendak bina manufacturing plantnya diChembong sebab dekat dengan Highway S’ban-KL. Isa mahu kilang tersebut dibina diNilai juga. Akhirnya, Honda cabut dan bina kilang tersebut di Alor Gajah, Melaka.
Inilah antara dosa Isa Samad, kaki rasuah yang lebih mementingkan duit rasuahnya dengan Dr Gan dari kepentingan rakyat NS.

Sumber : PerakExpress

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada pengundi Bagan Pinang. Renung dan buka pemikiran kalian semua.

Sudah banyak kali Isa Samad menjahanamkan ekonomi Negeri Sembilan.

Berapa banyak bangunan terbengkalai yang ada di Seremban dan di Port Dickson?

Dia bukan calon terbaik. Dia bukan pembela rakyat.

Dia calon yang ada jenayah rasuah. Hanya dibersihkan oleh undang - undang parti. Undang - undang negara tidak dilaksanakan kepada beliau.

JANGAN UNDI BN!!