Label

aktiviti (21) berita (1) isu (3) Isu semasa (4) kisah teladan (1) Pilihanraya (12) renungan (5) sambutan (1) tazkirah (6) ucapan (1) video (1)
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Rabu, 12 Ogos 2009

ISA isu utama kempen pilihanraya ke - 13

Ahmad Lutfi Othman | Foto Nasir Sudin

Thu | Aug 06, 09 | 10:40:42 am MYT

TIADA keraguan bahawa ISA, sejak diperkenalkan, merupakan akta yang paling banyak disalahgunakan. Ia juga menjadi perkakas bagi pemerintah atau pemimpin utama kerajaan untuk menumpaskan musuh politiknya secara mudah.

Tanpa perlu mencari bahan bukti seseorang boleh dikurung tanpa bicara, untuk tempoh waktu yang tidak terbatas.

Rekod klasik di luar negara adalah Said Zahari dan Nelson Mandela yang menderita, masing-masing ditahan selama 17 tahun dan 27 tahun.

ISA memang bertujuan politik dan sarat dengan motif politik, jadi tidak timbul isu mengenainya - terutama himpunan untuk memansuhkan akta drakonian ini pada 1 Ogos lalu - telah dipolitikkan.

ImageBermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Dr Mahathir Mohamad,akta ini makin diperketat dan ruang untuk semakin kehakiman dipersempitkan, meskipun ancaman komunis bersenjata sudah lama berakhir, dan ia lebih terarah untuk menjinakkan seteru politik.

Sambutan himpunan petang Sabtu itu memang mengejutkan. Biarpun polis mengenakan sekatan di semua pintu masuk kotaraya termasuk sehingga ke Seremban, audiennya yang pelbagai, merentasi kaum dan agama, tetap sanggup memgambil risiko.

Muka-muka baru terutama golonga muda nampak tidak gentar untuk berdepan serangan gas pemedih mata dan meriam air. Hampir setiap pelosok dan wilayah di luar Kuala Lumpur menghantar wakil.

Komitmen mereka Imagejelas, usaha pembaharuan dan reformasi ini harus didokong bersama. Mereka tidak mahu hanya menjadi pemerhati dari jauh.

Kerisauan bahawa himpunan Mansuh ISA yang agak rapat tarikhnya dengan demonstrasi membantah PPSMI, dan mungkin dengan itu menyebabkan tiada sambutan, sudah berakhir.

Rupanya di luar sana sudah tersedia sekumpulan yang agak ramai jumlahnya, yang hanya menunggu masa sesuai, untuk turun ke gelanggang bagi memperjuangkan kebenaran. Persiapan mungkin tidak serapi demonstrasi Bersih dan PPSMI, antaranya kerana kerap ditunda, namun reaksinya cukup luar biasa dan berangkaian.

ISA sudah diangkat menjadi agenda perubahan yang perlu dilunasi. Hak asasi bukan lagi isu absurd yang sukar ditanggapi rakyat.

Benarlah, apabila ketakutan dan jiwa hamba sudah hilang, maka tiada gertakan, ugutan, belantan atau penjara yang boleh menghalang. Sepak terajang polis Imagehanya menjadi episod manis untuk dikenang.

Ia sebaliknya menyuntik semangat untuk terus istiqamah melalui keperitan, sambil mendedahkan lagi sisi hodoh pemerintah yang memperalatkan semahunya pasukan keselamatan.

Pihak polis terbukti melaksanakan tugasan dengan penuh dendam dan sengaja mahu menyeksa demonstran. Situasi yang boleh dikendalikan dengan mudah melalui sikap berlapang dada telah diseret menjadi pertempuran kecil.

Dan latah pemimpin Umno terhadap demonstrasi yang menghimpunkan lebih 50,000 orang ini juga agak menghairankan. Mereka mendakwa sambutan demo tidak memberangsangkan, hanya sekitar 5,000. Peliknya, tiap hari media agresif menabur fitnah.

Apabila kerugian peniaga, yang didakwa menghampiri RM200 juta ekoran tunjuk perasaan itu, disanggah secara berkesan melalui temubual langsung dengan pengusaha restoran dan pemilik gedung, tiba-tiba serangan psikologi menjadi kendur.

(Harakah kali ini menyiarkan beberapa artikel dan berita mengenai isu kerugian peniaga di sekitar kawasan demonstrasi dan kesan ekonomi ke atas mangsa ISA). Laporan media baru terbukti berperanan Imagebesar melumpuhkan pembohongan media tradisi yang semakin kehilangan khalayaknya itu.

Saya tertarik dengan respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abd Aziz. Katanya, selagi BN memerintah, selagi ada bulan dan bintang, jangan harap ISA akan dimansuhkan.

Penegasan sama dikemukakan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Malah, tiada petanda akta ini, dan akta-akta drakonian lain, akan dipinda ke arah lebih demokratik, seperti jaminan Najib Razak.

Justeru, saya bersetuju dengan cadangar agar isu pemansuhan ISA ini dijadikan tema utama kempen pilihan raya akan datang.

Kalau dahulu rakyat menyambut cabaran Abdullah Ahmad Badawi agar protes terhadap kerajaan ditunjukkan dalam peti undi, dan bukannya di jalan-jalan raya, kali ini mungkin pengundi bersedia menukar kerajaan melalui isu ISA ini. _




Kerajaan masih salahgunakan ISA

Wan Kay
Tue | Aug 11, 09 | 1:48:30 pm MYT

MARANG, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Himpunan Memansuhkan ISA yang berlaku di ibu negara pada 1 Ogos lalu sebagai suatu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Beliau berkata, himpunan tersebut berjaya menarik rakyat dari pelbagai peringkat hidup bagi menyampaikan suara hati sebenar.

"Rakyat yang terpelajar, yang berpendidikan, yang tinggal di kawasan bandar, yang banyak maklumat dan rakyat yang di luar bandar.

"Mereka turun (dengan) satu suara untuk menghapuskan Akta ISA yang mereka anggap sebagai undang-undang warisan penjajah,"katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurutnya, ISA masih lagi digunakan sebagai 'senjata' oleh parti pemerintah untuk mempertahankan pemerintahannya,

Katanya, tindakan tersebut telah mencabul amalan demokrasi yang sebenarnya, di mana kerajaan bertindak terhadap pembangkang dan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan.

"Bahkan, (ia) digunakan terhadap orang Umno sendiri bila mengkritik pemimpin dia (Umno) dan bukan sahaja kepada pembangkang.

"Jelas undang-undang ini disalahgunakan,"tegasnya.

Menjawab tuduhan pihak tertentu yang mengatakan, demontrasi tersebut mencetuskan keganasan dan huru-hara, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, beliau yang turun sama berdemonstrasi dapat melihat penganjur berjaya mengawal keadaan dan pemuda-pemuda yang menyertainya tidak melawan walaupun dilakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak polis.

"Mereka (pemuda) tidak melawan langsung, (apabila) pihak polis melontar gas pemedih mata, semburan air, mereka berundur tidak melawan, tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera.

"Jumlah (peserta demo) puluhan ribu, mengatasi jumlah polis. Jika mereka ganas sudah pasti dengan mudah, mereka (boleh) bertindakbalas.

Menurutnya, beliau tahu ada dikalangan anggota polis yang tidak redha, melihat rakan-rakanya bertindak keatas peserta demonstrasi, kerana pihak polis 'dipaksa' oleh pihak pemerintah.

"Ia adalah satu perkara yang menarik, penganjur berjaya mengadakan satu disiplin di mana (peserta) tidak bertindak melawan polis meski pun polis bertindak,"jelasnya. - mks._



Selasa, 28 Julai 2009

Himpunan Mansuh ISA... Jom...


Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Kuasa mutlak berkenaan ISA telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Melalui ISA, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan pihak polis menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri dan tempoh itu boleh disambung tanpa had maksimum.

Penahanan boleh dibuat tanpa perlu membawa mereka yang dituduh ke mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak. Bermakna orang yang tidak bersalah juga boleh ditahan mengikut kehendak Menteri.

ISA BERCANGGAH DENGAN HAK ASASI MANUSIA DAN ARTIKEL 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN DIBAWAH ARTIKEL 5, 6, 7, 8, 9, 10 DAN 11 DEKLARASI HAK ASASI ANTARABANGSA.

Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh warganegara Malaysia menyatakan bantahan dan mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta ISA sebelum anda dan keluarga anda menjadi mangsa kezalimannya.



Sumber : Edaran



Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI dimansuh 2012..

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, iaitu pada tahun 2012, demikian diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, yang dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Setelah kian lama sejak diperkenalkan pada tahun 2003, PPSMI terus dilaksanakan tanpa restu rakyat jelata.. tanpa mendengar pandangan ahli-ahli akademik... tanpa memikirkan keperitan guru-guru dan pelajar....

Kini dengan kebangkitan rakyat, barulah puak-puak pembuat dasar, yang sering bongkak dengan setiap dasar yang mereka agung-agungkan itu merasa tergugat.. takut nasib yang akan menimpa mereka andai diteruskan juga PPSMI hingga 4 tahun akan datang..

Walaubagaimanapun, syukur ke hadrat Ilahi.... perjuangan kita telah kian nampak hasilnya di mata rakyat... Alhamdulillah....