Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Cantik Macam Heliza Helmi. Rambut Lembut Menawan.

Assalamualaikum. Selamat hari Rabu adik kakak abang makcik pakcik. 

Dah baca tajuk entry? Nak tak jadi cenggitu? Tak nak? Wahai kawan-kawanku, janganlah kamu menipu terutama di bulan puasa yang mulia ini. Mengaku je lah! Semua orang nak cantik kotttt. Hihi.


Heliza Helmi. Such a beautiful creatures.Pastu educated pulak. Pastu nyanyi suara sedap pulak. Pastu jadi pulak model Sunsilk. Untung badan. Itu orang panggil rezeki. :)

Btw, sedang ku mengushar blog sendiri semalam dengan niat nak naikkan rating blog readers *hahahah* ternampak iklan ni kat merata-rata tempat. Header, sidebar, facebook pun ada. Mata miera ni pantang nampak benda menarik cemni terus menangkap uols! Hihi.

Who want to be muslimah model? Or are you a designer wanna be? If you ever had dreaming about being muslimah model or designer, yes you are the one that Sunsilk search for. :) Rambut sihat menawan tertawan even after whole day bertudung litup. Must be a gooood feeling bila balik rumah lepas photoshoot bukak tudung pastu rambut lembut, tak kusut and tak berbau. Kan? Hanya dengan Sunsilk. Ewah ewah kuat nau promote. Kikiki.


The muslimah fashionista! Me? 24/7 with bawal bawal bawal. Tapi mana tau kot2 ada peluang. Heheh :P If you all ladies nak join, here's some simple steps that u need to do

For budding designers, visit this link and…
• Send a photo of yourself with any Sunsilk Lively Clean & Fresh product
• Send up till three (3) hijab fashion designs in the format of JPEG, JPG and PNG
• Insert your personal details within the fields provided
• Click submit to send in your entries

For aspiring models, visit this link and…
• Send two (2) sets of your photos with outfits in the theme of London, Paris and New York with any Sunsilk Lively Clean & Fresh product:
o One (1) full length photograph
o One (1) half body photograph
• Insert your personal details within the fields provided
• Click submit to send in your entries


Dah checked all the steps to do? Now silalah submit to pihak SunsilkJangan lambat-lambat sebab competition ni akan tamat pada 31 JULAI 2013!!!

For more info korang boleh melawat Facebook Sunsilk Malaysia. Maybe you are that Sunsilk girl after Heliza? Who knows. Hihihi.

Till then, darlings!

Wednesday, June 22, 2011

Yeay Aku Terpilih! Menangggggg


Hooooraaayyyy!!!!! Yeayyyy!!! Setelah sekian lama aku menunggu, setelah sekian lama aku biarkan blog aku bersawang tibe-tibe semalam bila bukak semule blog rupe-rupenye ada something utk aku. Heeee :)



Tengok tenung tajam-tajam kat number 18 tu. Tertera nama aku Amiera Hilton as one of the 20 lucky follower. Alhamdulillah rezeki. Actually result ni utk GA yang dah lamaaaa aku join yg aku dah post lama dah pasal GA ni kat sini. And semalam bukak je blog ada komen dr penganjur GA tu iaitu Mummy Danny told me that aku terpilih. Kalau nak baca full blog sila klik kat sini. Kalau nak lagi afdal boleh follow terus blog Mummy Danny tu. Hehe.

Btw, thanks ya sis a.k.a Mummy Danny for the GA. Hadiahnye aku still xtau apekah yang bakal diterima. Aku just tunggu je la dgn sabar. Tunggu posmen datang cari aku. Hehe.

Thursday, April 21, 2011

perhatian utk blogger perempuan!!


Woot woot! Aku tahu korang suka join contest and segala bagai ni. Biasalah dah orang nak bg hadiah kan, mestilah nak. Aku pun sama. Hiks. And tak lama lagi, sorang designer famous tanahair kita iaitu Sandra Azwan pun akan menganjurkan satu contest. Contest ni diberi nama Malaysi's Next Top Female Blogger. Woah hebat!



Nama pun dah gaya American's Next Top Model. Tu yang buat aku terujaa nak tunggu contest ni start nih. Kalau ada rezeki boleh jadi Malaysia next Top Female Blogger sebaris dgn Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Irine Nadia, Yuyu Zulaikha. Hiks berangan tuh nak sebaris. Heee. Oh and untuk peringatan contest ni terbuka hanya untuk perempuan sahaja okes. Untuk lelaki jangan berkecil hati. Maybe next time Sandra akan anjurkan Malaysia's Next Top Male Blogger pulak. Hah mana tahu kan. Hehe.








Lebih mengembirakan hati aku bila dia sudi follow blog cikai aku ni jugak. Isk terharu dan teruja sangat sampai rasa nak melompat. Hiks :P Thanks Sandra for being so nice. Ada jugak nanti baju kawen aku tempah dgn dia kang. Hikhik. Korang kalau nak join contest ni and taknak ketinggalan any updates from Sandra, do follow him. Dont worry, he's nice person. FOLLOW SINI YEA. Spread the love ♥




Thursday, April 7, 2011

Kalau aku (Amiera Hilton) ini dia (Akid Azami)





Uhhh sedapnyee Si Akid Azami ni mengutuk aku. Ini kasi panas ni. Boleh gado beb. Haha. Takde lah tak amek hati pun. Think positive sbb Abg Ben pesan " mengutuk bloggers lain secara rela dan berhemah". Makanya aku dgn rela merelakan diri aku dikutuk. Isk isk. T_T Takpe no heart feeling :)

Sekarang aku nak kasi hentam dia balik! Hikhik. Kalau aku (Amiera Hilton) ini dia (Akid Azami) :

  1. First, aku akan kasi remove advertisement Nuffnang yang kat belah kanan blog tu. Aku akan letak dekat sidebar je. Sebab mcm terlampau obses nak orang click kita punye iklan.
  2. Font pulak aku akan gunakan size yang standard iaitu 12 atau 11. And jenis font pn yg standard supaya senang readers nak baca. Especially entry yang panjang.
  3. Related post jugak aku akan remove. Kalau tak remove pn aku akan kurangkan jadi 3-4 post je yang di-listkan. Tak perlu list banyak-banyak sangat.
  4. Satu lagi, button Facebook Share tu letak satu je la. Atas ada button share, bawah bila read more pun ada jugak button share. Bagi aku, aku akan letak bawah je. Sebab bila orang dah baca habis baru diaorang akan nilai entry tu best ke x utk share.

Aku rasa setakat tu je la komen aku tentang blog Akid ni. Cz to be honest, aku suka dengan blog dia ni.Blog dia kemas pada pandangan mata aku. Hehe. Terjah dia kat sini!!


BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI!







Sebab Abg Ben ni dia punya kekuatan sendiri. Dia ada aura sendiri. Kalau sebut je nama Abg Ben dikalangan blogger memang dah x asing lagi. Kalau yang tak kenal tu, itu yang pelik! Hehe. So ape salahnye menumpang nama Abg Ben. Boleh mengeratkan silatulrahim antara bloggers.


Tak rugi join setiap segmen yang dia buat. Aku join jugak tapi tak semua sebab kekangan masa yang terhad. Maklumlah aku bekerja makan gaji. Hehe. Menerusi segmen-segmen yang dia buat, blog korang akan diterjah oleh blogger-blogger lain. Kiranya Abg Ben ni orang tengah la antara aku dgn blogger lain. Hehe.


Lagi satu, inilah cara dia aku nak promosi blog aku. Untuk bagi blogger lain tahu tentang kewujudan blog aku. Kalau blog wujud tapi takde tempat sesuai utk promosi, sia-sia jugak kan? Makin banyak kita promosi blog kita, makin tinggi la pelawat yang datang. Tak gitu?


Last one, aku suka join segmen Abg Ben sebab dia punya segmen lain dr yang lain. Lebih hangat daripada biasa lah kata orang. Hehe. Blogger lain biasanya just buat Contest and Giveaway, tp Abg Ben ni dia lebih menjurus kepada bantu blogger lain especially newbie. Bagus kan Abg Ben ni? Sebab tu lah aku suke join! Hiks :)


Tuesday, April 5, 2011

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway




Eh eh korang kenal dengan header comel molek kat atas tu? Hehe mestilah tahu kan. Itu kan header kepunyaan blogger femes emes iaitu Cik Yuyu Zulaikha si Kupukupu Kecik yang comel lagi lote. Hehe. Korang kalau tak kenal dia, sila marah kat diri sendiri ye. Kenapa pulak aku tempek header dia kat entry aku ni? Adakah aku nak menumpang populariti beliau? Atau adakah aku nak menyamar jadi beliau? Oh tidak tidak. Sebenarnya aku join giveaway yang dianjurkan oleh beliau. Hikhik. Mencuba nasib kot-kot ada rezeki siapa tahu kan kan kan? Korang kalau nak join jugak so boleh click sini okey. :)


Monday, April 4, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !


Kasi gegarrrr!!!!

Saturday, April 2, 2011

Contest Natural Beauty


AMARAN!!!

Ini bukan entry masuk bakul angkat sendiri mahupun masuk lift tekan sendiri. Jauh sekali tentang sifat syok sendiri yang terserlah. Ini entry berani mati. Sape kutuk wa sebab buat entry ni, wa tembak guna pistol air. Ada beran??




First skali aku nak say thanks to Abang Stalker yang sudi meng-stalker aku dan menjemputku join contest anjuran beliau di blognya. Trimas trimas! Okay nak tunjuk ni.




Inilah dia rupenye gambar tadek mekap secalit pon kat muke. Pakai tudung pun mcm makcik-makcik je sememeh. Sebab tu lah aku kasik warning awal-awal tadi. Gambar non-mekap kot! Natural beauty gitu. Huhu :P Aku tag ini contest kepada Ieka Zulaikha dan Ain Kecik serta semua readers yang berminat nk join. Jom jom serlahkan kecantikan semulajadi. Hikhik.


More info here .

Friday, April 1, 2011

Giveaway : Mummy Nak Kasi Gift lagi!!

Tadi dah join contest, now join giveaway pulak. Rajinkan kan kan kan? Hehe. Giveaway ni Mummy Danny yang nak kasi hadiah. And aku pulak kena tagged oleh Cik Eishal Nur. So thanks to both of you yang baik hati yea. Hikhik. Syarat-syarat giveaway ni korang boleh terjah blog penganjur dengan cara kelik kuatkuat kat sini. Hehe. Miera tag giveaway ni pulak kpd Ain kecik, Fiena Gf Meor, Noraini, Aifa and Zana. :)

Contest : Jom cari gambar tersembunyi



Huwargh! Puas ku duk perhati memikir zoom lagi gambar kt atas ni ha. Duit singgit ni ha. Sebabnye aku join contest Jom Cari Gambar Tersembunyi anjuran Gemini Gurlz.

At last jumpe jugak! Duit atas tu gambar pingu, and bawah kapal terbang nak landing. Betul lah kot. Ok contest ni miera tagged kpd Fiena and Noraini.
Ok dah. Siap. *cepatcepat post*


Thursday, March 31, 2011

Join Contest Aku Kaya

Bismillahhirrahmanirrahim......






Nak tahu kenapa aku tulis entry ni dgn permulaan yg cukup indah? Sat lagi cheq habaq mai. Sekarang baca dulu ape aku nak tulis ni. Hehe. Kawan sekolah aku Nor, tagged aku untuk join contest yang dinamakan Contest Aku Kaya. Contest ni anjuran Bobbiestory. Just a very simple contest tapi dia punye rules tu boleh tahan aa kan. Hehe. Nak tahu apa syarat-syaratnya? Check bawah :


  1. Follow belog Bobbiestory. - Dah! Nombor bertuah aku 686. Agak cantek yea. ;)

  2. Letak belog Bobbiestory dalam bloglist korang - Done jugak! *senang nak rujuk pemenang*.

  3. Letak header belog penganjur - Dah letak dalam entry and sidebar jugak :)

  4. Buat entry tajuk Join Contest Aku Kaya - Ni lah entry nya! Haha

  5. Sebab kenapa baca/terbaca belog dia - Err sebab kawan kita tagged kita join contest ni. So secara tidak langsung kita terbaca lah belog awak. Hijau sangat! Tehee :)

  6. Tag sorang kawan - Fiena, awak di-tag! :)

  7. Paste URL kat belog penganjur - Siap!


Hadiahnya???? Ni lah yang cheq nak habaq mai tadi. Dia nak bagi hadiah fulus bernilai RM300. Wahhh baiknya hati Bobbie. Semoga murah rezeki yea. :)


Wednesday, March 30, 2011

Segmen : DECO DECO BENG BENG BOONG !


Hari ni aku tak pergi kerja. Duduk rumah je berehat. Sakit orang perempuan biasalah. So free free cmni aku boringlah takde buat ape. Kemas-kemaskan blog ni sikit kasi cun sikit. Kasi ringan-ringan je nak bukak tu kan. Then aku join segmen tajaan sepenuhnya oleh Abg Ben. Segmen ni simple je. Sangat sangat simple dimple. Kalau korang nak join sama and nak tahu sesimple mana segmen ni korang boleh click sini.

Thanks korang sudi singgah sini. Komen sikit yuk? :)


Monday, March 28, 2011

Berkongsi Trafik Dari Bangku Kosong


bangkukosong



Sedang aku berblogwalking tadi, aku jumpa sesuatu yang menarik perhatian. Segmen ni dibawakan fresh dari ladang oleh Enchik Tuan Rumah Bangku Kosong. Nak tahu kenapa aku cakap segmen ni menarik, korang boleh click gambar di atas atau click di link yg aku bagi.


Kenapa trafic itu penting bagi aku? Ape kepentingan trafic terhadap blog aku? Banyak kepentingannya. Trafic sebenarnya memang penting bukan saja bagi aku, malah bagi semua bloggers pon. Trafic lah yang menentukan kedudukan blog aku ni dalam dunia blogger. Trafic jugak dapat membantu aku menjana idea untuk lebih meng-post entry demi entry everyday. Memang ini blog personal aku. Tapi dalam dunia blogging ni salah satu faktor aku berasa puas bila blogging adalah dengan jumlah trafic yang meningkat. Dengan adanya trafic terutamanya unique visitor, blog aku akan lebih dikenali. Kalau takde orang datang, tak best jugak aku tulis menaip panjang lebar. Dok gitu? Hehe.


Selain tu jugak, dengan adanya trafic aku dengan para blogger lain boleh mencipta hubungan maya antara kami and share idea, isu semasa, pendapat and ape2 je yang boleh dikongsi. Aku jugak buat blog ni sebagai sumber sampingan aku. Aku menulis, adanya trafic and melalui trafic aku mendapat hasil. Seriously, aku always check aku punye trafic melalui Nuffnang. Bila tengok ada peningkatan jumlah trafic setiap hari, happy kot.


Okey itu je bebelan aku utk segmen ni. Ngahaha. Korang kalau nak join segmen ni jugak boleh la tekan kuat-kuat kat sini. Hehe. Jom memeriahkan lagi dunia blogging!

Saturday, March 19, 2011

Contest : Sweet couple yang paling cool dan comel




Today aku nak kasi settle satu contest yang telah ditag kepada aku oleh Cik Mimie. Thanks so much Cik Mimie sebab sudi tag aku join contest ni. Dan tidak dilupakan kepada penganjur rasmi contest ini iaitu Dekcik, juga terima kasih banyak-banyak kerana anda lah sy membuat entry ini pada hari ini. Cewah ayat kipas habis. Haha.

Nak tahu lebih lanjut mengenai syarat penyertaan dan hadiah, korang boleh laju-laju click belog Dekcik okay. Tapi sekarang aku nak tunjukkan dulu gambar yang dipertaruhkan bagi pertandingan ini. Whoah ayat macam pertandingan ape je kan. Haha. So gambar yang terpilih adalah.....





Taraaaa!! Gambar yang aku rasa dan perasan paling sweet kteorang pernah snap. Comel dan cool tu aku tak tahu iye ke tak. Hikhik. And also gambar yang paling menyuntik idea utk aku edit hingga tengah malam. Itulah dia. To be honest, I do loveeeeeeeee this pic sooooo much!! Tahu tak kenapa? Sebab gambar ni kitaorang snap masa kat Cherating. Last week kteorang pergi. And kenapa gambar di Cherating ni jadi pilihan hati? Sebab Cherating tu sendiri ada sejarahnya untuk kami berdua. Kat sana just like flashing back to our old memories. Sangat sweet aku rasa kalau pegi dating kat sana dengan dia. And gambar tu jugak, kenangan sampai bila-bila cz it's the only time yang paling lama kitaorang pernah jumpa. Two weeks he's been here and I'd gonna miss this so much. Serious!

Okay sesi luahan perasaan dah tamat. Mari kita beransur ke blogger-blogger yang bakal ditag oleh aku. They are :

  • Cik Fiena
  • Cik Yana
  • Cik Zana
  • Cik Nor
  • Cik Sha

Thursday, February 24, 2011

Niseko Winter Holiday Contest

Holla! Aku baru lepas main satu game nih. Comel kot game dia. Game ni dipanggil sebagai Niseko Winter Holiday Contest. Bersalji-salji gituew. Hikhik. How to play? Oh senang je. Tak perlu lawan-lawan monster. Tak perlu redah halangan. Tak perlu tambah nyawa. Tak perlu kata apa-apa, senyum. Hehe kidding. This game just memerlukan kita creative mencipta postcard tersendiri. And for sure bertemakan winter you. Feeling-feeling stay oversea je time create postcard game ni. Muahaha. Aku dah.. *tone mesti mcm Scha Alyahya cakap ok*





Gambar kt atas tu adalah hasil kerja aku sorang-sorang perah idea nak pilih model mane yg paling sesuai. Huhu. Dan mangsa-mangsa untuk idea aku ini adalah encik bf (si patung salji), najat nasiha (penunggang kuda hidung kembang), Mekna (yang eksaited naik ski doo), encik Mal Barbara so-called (si selok main ski board), Cik Intan (the flying girl) and me (the sweet girl with her deer). Muahahaha ayat perasan tak hengat! Haiyaa.


Ok korang. I need your favour. Bukan flavour. Just some help. I'll appreciate it much! Itu pun if korang rasa postcard aku tu cantek and comel lah. Kalau tak, nevermind. Maybe Im not the lucky one :)

Then, just click ALLOW to proceed to the application.
Done? Then windows laptop/pc korang akan jadi macam gambar kat bawah ni.





Taraaa! This is your windows should turn into. If korang nak join aku buat postcard ni jugak, cepat-cepat click button START NOW and create your own postcard okey. Kena cepat-cepat sebab ada closing date tu before 28 February 2011. Tak lama dah. Tapi sebelum tu, kena click kt atas yg aku buat line pink tu. Click button VOTE untuk like my postcard. Please peeps? :)





After korang dah click button vote tu, ia akan keluar banyak-banyak postcard yang aku and orang-orang lain dah create. Search for my postcard di link http://apps.facebook.com/nisekowintercontest/?picId=855 nama aku lah Amiera Hilton. Macam yang korang nampak kt gambar atas, postcard utk Amiera Hilton ada dua kan? Jangan lah cakap aku tamak pulak. Aku buat satu je kot. Dua-dua tu pon sama je. Tapi ntah kenapa tibe-tibe jadi dua pulak. Haih.






Seterusnya tekan button LIKE kt bawah tu kuat-kuat sambil baca bismillahhirrahmanirrahim. Hehe. Like-like korang sangat membantu saya. Oh terharu. Hiks. Okey, tu je simple steps untuk korang menolong aku. Thanks a lot. Muah! Hikhik :P


p/s : Terima kasih daun keladi, korang yang like sy terhutang budi. eheh

Saturday, February 19, 2011

MiloFuze - pack kan kawan aku! Muahaha



Selamat pagiiiii awak semuaaa! How's your Saturday treating you? Good must be. ;) But I have to work. Isk, perasaan malas yang melampau bila bangun tido and tengok the other housemate sedang nyenyak dibuai mimpi indah. This is not fair! Hehe. Okey tak emosi pon. Saje nak buat drama sikit. hikhik.

Bangun pagi, gosok gigi, minum milo secawan. Bangun pagi, gosok gigi, minum milo secawan lagi. Itu antara lirik ciptaan aku sendiri yang diilhamkan oleh Milo, penambah tenaga aku yang longlai di pepagi hari ni. Korang semua tahu Milo tu ape kan? Tipulah kalau tak tahu. Budak kecik pegi tadika pon reti demand nak milo, inikan pula kita yang dah besau panjang. Sebagai rutin, aku ambil secawan milo suam *i hate hot* together-gether with some biskut or roti nyum nyum. Perut penuh suka hati.

Pergi kerja pon muka senyum je sebab perut dah bagi makan secukupnya untuk "start the engine". Haha macam kereta je nak engine-engine bagai. Sampai office, boss still tadek. Switch on ape yang perlu then silalah settlekan kerja-kerja yang menunggu untuk disettlekan. As usual, kerja aku tak menimbun sampai sakit kepala otak ni stress. Kerja aku relaks and cool je. Cewah. So let say kerja everyday 8hours, memang tak la 8hours tu kerja aku tak settle2 lagi. Unless aku yang xbuat kerja. HAHA.

Kerja siap makanya ai takde kerja nak buat dah la you. So bermulalah misi-setiap-hari-aku iaitu misi meng-online kan diri di dalam facebook. Kalau aku tak online jawabnye, everday would be my boring day. Ape yang aku buat masa online selain update status and reply komen is I play this Milo game! Muahahaha.. Best main this game. Boleh leka aku dibuatnye.



Korang boleh tag friend and ajak diaorg main sekali.


Game dia senang je. *Cewah kalau senang kenapa x lepas-lepas* Kita diberikan masa 6osaat iaitu bersamaan 1 minit. Cukup la tu. Bagi lama-lama pon kalau xboleh settle buat ape. Membazir elektrik je. hehe. Then kita kena lepas 3 stage dgn cara menyusun puzzle si mamat and si minah yang style ni. Diaorang ni la yg kita boleh tag friends tu. Pack kan friend-friend yang kita tag tu sampai diaorg xleh bernafas *gurau je hikhik*.


Ni first stage. The bus so-called.


The Elevator, second stage.



Last stage, The Milo Mug.


Semua susunan yang bersepah tu, aku yang buat. Tengah cari jalan macam mana nak lepas. Hadoi. Oh ya, game ni bukan saje-saje nak bagi korang penat otak fikir. Milo dgn sukacitanya nak bagi hadiah bernilai lebih RM40,000.00 for the winner. Lets play and grab the prizes peeps!More info here.

Monday, February 7, 2011

contest pic hitam putih paling cool!

jeng jeng jeng....
another one tag from dear Fiena.
thanks again! xoxo ;)

contest ini dinamakan sbg Contest Pic Hitam Putih Paling Cool.
dan dianjurkan oleh Cik Siti Fatimah Si Gadis Bermata Ciklat.
memang cool! and yg paling membuatkan contest ni cool ialah hadiahnye.
winner will get RM100 you. boleh buat beli macam2 tu you. hehe
semoga murah rezeki anda sang penganjur. insyaallah :)
so mcm biasalah every contest pon ada syaratnye.
for this contest, syarat-syaratnye adalah :

1) Haruslah follow blog panganjur.
- dah follow dah. :)

2) Letak banner contest di bhgian sidebar sepanjang contest berlangsung dan link kpd penganjur.
- done jugak!

3) Buat entry pasal contest ni and bagi idea nak hadiah ape JIKA menang.
- kalau menang, aku nak handbagss! winks! ;)

4) Tag 5 orang rakan blogger.
- aku tag beliau-beliau ini yep. Cik Ieqa, Cik Ain, Cik Yana, Cik Zana and also Cik Anis Nadia.

5) Tarikh tutup penyertaan ialah pd 1 mac 2011.
- posted on 07 February 2011. so done jugak lah. hehe



anddddd here goes the pic for this contest.

taraaa! i dunno either it's cool enaf onot.haha :P

contest - cabutan tangan bertuah cik nico!


salam semua! weweiit bukak2 blog rupenye aku telah ditag oleh seorang gadis yg sgt baik hati dan cantik iaitu Cik Fiena. tengsss sayang for the tag! heee :)

okey lets proceed to the cabutan bertuah yg tersebut.
FYI ini adalah FIRST CONTEST yg dianjurkan oleh
thanks Cik Nico sbb baik hati buat contest ni.
nanti winner boleh dpt hadiah. winks!
so, this is the rules for the contest :

1) Buat entry tangan bertuah Cik Nico.
- done! tunggu nk jadi org bertuah ke tak jee.heee ;P

2) Letak banner cabutan bertuah dlm entry dan link kepada blog Cik Nico.
- pun sudah! kalau yg tak perasan tu link Cik Nico SILA KLIK SINI.

3) Harus meng-tag dan menghebohkan kpd rakan-rakan blogger yg lain.
- so, bagi menjayakan misi ni aku tag 3 lagi blogger which is Cik Ain Kecik, Cik Ieqa and Cik Zana. *others yg x ditag kalau nk buat jugak pon boleh je ;)

4) Follow blog Cik Nico bg memudahkan urusan penghebohan keputusan nanti.
- done jugak. hehe :)



Note : Cabutan bertuah ini bermula pd 9 Januari 2011 and akan berakhir pd 28 februari 2011. so u still have time guys! spread the love.good luck!

Monday, November 8, 2010

im the lucky one ;)

salam semua.
seperti yg anda sedia maklum.
sy merupakan seorg peng-online shoping.
yg berada di tahap separa kritikal.
separa je okey.bukan kritikal jenis xde ubat da tu.
and last week tgh click2 ushar2 tuh.
eh terbaca bout something.
kt mana dah lupa.but mmg siyes xsengaja terrnmpk.
oh ya da ingt.dlm preview blogshop.
cuba click and then eh??mcm best jek.
ada love promotion from Whitesoot.
kire mcm giveaway la lbh kurang.
wah! and i just try my luck.
mudah je caranye.
tag.komen and pray.

so itulah dia hasil komen yg tetibe dtg idea spontan.haha
*sila kelik kelik pic kalau nk baca ape je aku mengarut tuh*


then lepas da komen tuh mmg da lupe da.
da xamek port da pon psl tu.
sbb aku mmg jenis susah nk bertuah dlm bab2 cmni.
HAHHAHA
but then.omaigodd.
just now aku online.nama aku yg terkeluar??
betul la weh.AMIERA HILTON.
aku la tuh.xde org len da yg koya hilton.haha
okay and aku won..huu happy.
dpt baju cmtu for only RM 1.80 ko.
mane nk dpt?bundle pun xdek!haha
okey la miera xperlu nk eksaited sgt. :P

and the winner is..meee ;P


haha ayat nk teruja je kan.isk!

btw thankss a lot to Whitesoot
gudnite :)

Sunday, July 18, 2010

i ♥ makeup CONTEST


sila copy paste link ni kalau rasa nak join jugak -->
http://catalunya-playground.blogspot.com/2010/06/i-love-makeup-contest.html

hikhik.gewdix je rasa bila dah join satu contest nak pulak join satu lg.tamak je kn.hehehe..xkisah lah sebab aku xde keje nk buat.so baek aku mencuba nasib aku kot2 lucky kn.hehehehe..contest ni dianjurkan oleh Cik Intanadia yang aku baru jumpe blog dia dan terus follow sebab menarik lah.hehe.then ada pulak contest ni so join lah ape lg kan..
owh back to title i ♥ makeup.yes im a makeup gurl okay.not all the time and bukan lah suke yg tebal2 fake giler tu..tp paling kurang pun mestilah pakai foundation, compact powder, blusher n lipgloss utk ke mana2..just nice je pakai tu.but utk pegi mane2 event baru la akan mekap tebal2 sket..sbb kalau x nmpk mcm biasa aje xsesuai pulak :)
hehehehe. okay so here goes the pic for the contest.jeng jeng jeng........







pic for the contest :)
details about the makeup:
use naturactor foundation(natural) which is well-known among professional makeup artis.sgt lah best pkai foundation ni tau.
use MAC compact powder and loose powder for a better smooth makeup.
for cheek, use blusher color orange2 from MAC also sbb nk sesuaikan dgn dress
and shawl.
for eyes, combination of green, black and silvering white as eyeshadow base.
for more dramatic eyes i use fake eyelashes and put some glitters around eyes to look glam.ouh! :)
ok utk lips use the lipliner first and then apply some orange2 lipstick from MAC also.


sekianterimakasih!