Sambungan kisah kami di Jepun hari ke 4
Dari kisah ini Jepun: Kyoto Hari 3
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi ini kami bangun tidur dengan rasa bercampur-campur.. Nuch awal lagi telah pun ambil gambar di luar tingkap bilik kami untuk mengucapkan selamat tinggal pada Kyoto.. our last day in Kyoto..
Kami turun makan sarapan buat kali terakhir.. aku nikmati salad kentang kegemaran aku buat kali terakhir dan Nuch pula menikmati bebola daging yang terakhir di hotel toyoko-inn kyoto..
Kali ini tak ramai sangat orang yang bersarapan.. kami agak santai kali ini sebab train laju kami ke tokyo adalah pada pukul 12.26 tengahari.. Selepas selesai makan, kami kembali ke bilik untuk pack kali terakhir sebelum keluar check out.. Hati dah mula rasa sedih untuk meninggalkan kyoto.. tapi kami lebih teruja juga sebab hari ini kami akan merasa pengalaman menaiki shinkasen ke Tokyo.. perjalanan lebih kurang 2 jam sahaja.. harga tiket yang kami bayar adalah 14,000yen termasuk tax iaitu lebih kurang RM455 sehala sahaja.. mahal giler kan? tapi sebab nak merasa menaiki train laju.. bayar jelah tanpa banyak soal.. lagi pun harga tiket tuh telah pun dibayar terlebih dahulu oleh kanako.. so dia dah buat 'the hard work' takkan nak banyak songeh lagi kan..
Lepas kami check out.. kami pun menunggu di depan entrance hotel untuk menaiki teksi.. ketika ini hujan sudah mula turun renyai-renyai.. inilah hujan pertama yang kami alami sejak sampai ke Jepun.. langit yang cerah dan panas pada 3 hari sebelumnya kami di Kyoto lenyap sekelip mata.. angin sejuk mula terasa.. tapi pada kami bertiga yang pernah tinggal bersama di bumi UK.. rasa biasa jek.. cuma Nuch sedikit mengeluh kerana mula terasa sejuk.. aku pulak maintain walaupun sekadar pakai selipar hahaha dan seluar yang sedikit nipis..
Teksi yang kami booking akhirnya sampai dan tiba di Stesen Keretapi Kyoto... Tempat yang kami hendak tujui adalah 'locker coin'.. kami hendak menyimpan beg-beg kami.. beg aku dan kanako muat dimasukkan dalam 1 locker.. tetapi masalahnya sekarang adalah beg Nuch.. Begnya agak besar dan ke semua locker coin untuk beg yang besar telah penuh.. berulang kali kami mundar mandir mencari locker yang mungkin kosong.. hampa.. akhirnya kami buat pilihan untuk tarik jelah beg tuh.. lagipun kami sekadar berlegar-legar dalam mall di situ sahaja..
Kesibukan di stesen keretapi waktu pagi
Kami pun mula bergerak ke toilet.. Selepas itu Kanako mengajak kami ke kaunter tiket kerana perlu mengambil tiket shinkasen yang telah dia tempah.. ada 2 tiket yang kami perolehi.. satu untuk tiket masuk ke stesen shinkasen 4,820yen dan satu lagi adalah tiket train shinkasen itu sendiri.. 8,210yen.. kalau convert pada ringgit malaysia lebih kurang RM455 untuk 1 perjalanan dari Kyoto ke Tokyo
Tiket Shinkasen kami.. campurlah harganya bagi 2 keping tersebut
Mesin tiket di mana kami dapatkan tiket yang telah kami booking
Bila dah dapat tiket kami pun mula singgah ke kedai untuk membeli manisan.. Kanako hendak beli manisan sebagai buah tangan sahabat dia di Tokyo.. manakala aku pula ambil peluang beli sedikit manisan mochi untuk dibawa balik ke malaysia.. selepas kanako semak kandungan bahan.. bebas dari unsur2 daging.. maka aku pun ke kaunter pembayaran..
Selepas itu kami pun bergerak ke sebuah kedai lain.. kali ini kami memilih untuk membeli coklat kitkat berperisa teh hijau.. Nuch membeli agak banyak kerana ahli keluarganya ramai.. aku sekadar membeli 5 kotak dan kali ini bermulalah pembayaran menggunakan kad kredit.. so cash yang ada boleh dijimatkan.. untuk pembelian lain..
Selepas membeli coklat.. kami bersiar-siar sekitar stesen kyoto kerana senibinanya mempunyai bentuk yang moden dan artistik.. selepas itu kami mula survey bento.. bento ini adalah hidangan sushi yang diletakkan dalam kotak yang menarik..
Bento (弁当 bentō) is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container. Containers range from disposable mass produced to hand crafted lacquerware. Bento boxes are readily available in many places throughout Japan, including convenience stores, bento shops (弁当屋 bentō-ya?), railway stations, and department stores.Sumber wikipedia sini
Terdapat 2 buah kedai yang menjadi pilihan.. kami survey harga dan jenis bento yang disediakan.. akhirnya kami memilih kedai yang kedua kerana ada pilihan yang lebih menarik dan harga lebih murah... Selepas survey, kami putuskan untuk mengambil beg kami di locker coin.. selepas mengambil beg kami pun terus ke kedai bento yang menjadi pilihan tadi..
Bento yang aku pilih berharga 900yen dan mempunyai cover kotak gadis berkimono.. hanya bento ini yang sesuai untuk aku kerana vegetarian dan ikan.. yang lain-lain tidak sesuai kerana ada daging dan minyak babi.. 'Portion' nya agak banyak juga.. dan cukup mengenyangkan aku seharian di Tokyo selepas itu..
Ketika ini jam menunjukkan menghampiri pukul 12.00 tengahari.. train kami akan bergerak tepat pukul 12.26pm tanpa lewat sesaat pun.. kami putuskan untuk masuk ke train stesen dan menunggu train laju kami.. bolehlah kami bergambar masa ini..
Selepas memasukkan tiket yang pertama.. dan tiket itu ditelan mesin tiket.. kami terus menunggu di pelantar yang sepatutnya.. waktu ini agak ramai juga orang yang berada di sini.. kami sempat lagi bergambar dengan train shinkasen yang datang.. banyak juga kami posing di sini...
Beg-beg kami bertiga..
Baru 4 hari di Jepun dah banyak barangnya :)
Baru 4 hari di Jepun dah banyak barangnya :)
Ramai dah mula menunggu untuk menaiki train masing-masing
Sampai sahaja train, kami terus mencari tempat duduk kami.. Kanako dah tempah kami seat di barisan terakhir sebelah kanan. Apa lagi.. kami ambil peluang bergambar dan pergi ke toilet yang terletak di sebelah pintu berhampiran.
Memandangkan dah tengahari, kami pun mula menikmati bento yang kami beli sambil melihat pemandangan di luar tingkap. Aku duduk di seat berhampiran dengan tingkap, Nuch di tengah dan Kanako pula seat di tepi laluan.
Bento yang aku beli untuk makan tengahari kami..
Kotaknya comel sangat :)
Kanako pun mula tethering wifi nya dan apa lagi aku pun ambil peluang update gambar di facebook dan juga sempat juga aku tulis entri di blog ini waktu itu Tokyo Kami Datang.
Keadaan dalam train..
2 seat disebelah kiri dan 3 seat di sebelah kanan
Keluar dari stesen kami nampak bangunan penuh iklan ini..
Apa lagi kami pun mula mencari teksi untuk ke hotel Toyoko Inn Tokyo Shinagawa.
Hotel yang kami tinggal adalah
Toyoko Inn Tokyo Shinagawa-eki Konan-guchi Tennozu
Address: 140-0002, Tokyo Shinagawa Ward, Shinagawa-ku, Higashishinagawa 2-2-35
Kanako dan Nuch Check in..
Kami tiba lebih awal so kena tunggu bilik kami disiapkan
Bersambung...
Jepun : Departure from LCCT
Jepun: Hari 1- Kansai-Osaka
Jepun : Hari 2 -Kyoto
Jepun : Hari 3 : Kyoto- Berkimono dan berbaju kurung
No comments:
Post a Comment