Saturday, 30 October 2010

Jumaat nak masuk sabtu

Malam ini sepatutnya kwn aku tuh sampai.. tapi aku check email katanya esok pg baru sampai.. emm nasib aku dah masak 1 periuk sup tulang.. takpelah esok boleh makan bihun sup.. tidak pun petang esok aku bwk pergi umah kwn aku.. ada buat doa selamat sikit.. nasib juga ayam belum goreng lagik.. esok jelah aku goreng nampak gayanya..

Seharian aku duk berehat dan tidur.. sebelum tuh puas jugalah kemas umah sebab ada orang nak datang.. alih-alih tak jadi.. malam esok baru diorg bermalam kat sini.. takpelah.. at least malam nie aku leh lepak-lepak lagik.. cuma terkenang sup yang penuh periuk tuh.. so klu esok diorg tak singgah umah.. aku mmg bwk p umah kwn aku tuh.. mesti laju jek diorang tuh.. sebab semggu lepas diorg duk sebut nak makan sup tulang aku hahahaha.. nie kes sampai ada yang duk teringat-ingat dan terbayang-bayang.. cam sedap sangat hehehehe.. biasa2 aje kan..

Aku tak nak kata aku pandai masak.. sebab ada juga benda-benda yang aku xpandai nak buat.. cuma mungkin resepi aku berbeza dengan orang.. aku masak benda yang aku suka makan dan pakwe aku suka makan.. so bila dah kerap masak benda tuh.. mestilah kita dah pandai nak agak garam gula dan benda-benda yang nak bagi sedap.. takat kalau kawan-kawan nak makan tuh aku ok jek lagik masak..

Kejap dah ari jumaat.. nanti kejap jugalah dah hari ahad ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...