Showing posts with label Bicara Saya. Show all posts
Showing posts with label Bicara Saya. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Tersilap kira

 Ini adalah mug saya sering saya guna untuk minum. Bila isi dalam diari TBLC, saya selalu letakkan pengambilan air suam (tap water) sebagai 1 gelas untuk satu mug ini. Setiap hari saya paksa diri saya minum air sebanyak 8 gelas sehari (minimun) sekurang-kurangnya (jika tidak ke gym). Dalam bulan puasa lebih sukar sebab tempoh minum air adalah antara waktu bersahur dan waktu malam. Waktu sahurlah yang paling sukar sebab tempoh singkat tambahan pulak jika saya minum banyak maka setiap 5 minit saya akan ke toilet. Paling tension bila tengah drive nak pergi kerja pagi-pagi.....kat Kota damasara nie memang banyak trafik light dan jam kat jalan menghala ke Surian Tunnel so ketika tu memang mengigil tahan nak buang air kecil. tension je....tiba2 je jadi marah dan tak sabar.....sampai ofis kena lak berebut lif....aduhhhhh angin je bila lif berhenti setiap tingkat sebelum sampai ke tingkat saya iaiatu 17. Tiap-tiap pagi sepanjang bulan puasa saya alami keadaan begitu.

Pagi tadi lepas sahur, saya terfikir untuk sukat air dalam mug saya saya guna tu. 1 gelas adalah bersamaan 250ml air. Kalau minimum 8 gelas maka lebih kurang 2000ml air perlu masuk dalam tubuh kita sehari-hari. Jom tengok berapa sebenarnya sukatan air yang telah saya ambil sepanjang bulan puasa.


Ini mug Ikea yang saya sering guna (ini je yang ada kat umah tu....kalau tetamu datang ramai-ramai....memang masalah sbb ada 4 ketul mug aje)

Rupanya 1 mug tu mengandungi 400ml air. Jadi sebenarnya saya dah ambil 8 mug (termasuk milo) X 400ml =3200ml. Saya dah ambil 3200ml air dalam sehari sepanjang bulan puasa. jadi mulai sahur esok tak perlulah saya paksa diri minum 3 gelas air. Selesailah masalah saya yang asyik nak buang air kecil setiap 5 minit selepas sahur. Saya cuma perlu minum 1 mug milo dan 1 mug air suam.

Monday, August 1, 2011

Selamat berpuasa



Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Selamat berpuasa kepada rakan-rakan sekelian.

Wednesday, May 25, 2011

Terima kasih, mintak maaf

Percaya atau tidak, dua perkataan nie paling susah nak diucapkan. Saya timbulkan isu nie sebab keadaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dalam hidup saya menunjukkan betapa susahnya dua perkataan itu diucapkan.

Situasi pertama
Sudah jadi peraturan dipejabat saya, semua pegawai akan bertugas untuk membuka 3 tingkat ofis pada setiap pagi secara bergilir-gilir. Minggu nie menjadi giliran rakan sekerja saya, si A untuk ambil kunci dan buka pejabat. Sepatutnya pegawai bertugas akan datang lebih awal dari kebiasaan supaya tiada pegawai2 lain tertunggu2 depan pintu. Si A datang lewat, ramai pegawai menunggu pintu dibuka termasuk saya.
Bila Si A sampai dia bukan nak mintak maaf sebaliknya mengucapkan perkataan2 dibawah
1.            Pegawai lain yang dating awal mengapa tak ambil kunci, semua sanggup tunggu kat tingkat 17 sebab malas nak turun ambil kunci. Kalau macam nie lepas nie saya pun malas nak tolong (dia salahkan semua pegawai termasuk saya)
2.            Yang u pun kenapa turun ke tingkat 15 sedangkan dah tahu pintu tak bukak lagi (dia salahkan saya)
Senangkan salahkan orang lain….sedangkan dia yang buat salah. Susah agaknya dia nak cakap “maaflah saya lambat dan semua orang tunggu saya”. Susah sungguh nak ucapkan perkataan yang sepatutnya ini. Dia lebih rela menyalahkan orang lain dan menyakitkan hati orang lain daripada nak ucap ‘maaf’.  Anda rasa hanya Si A sahaja yang begitu….tidak…….. semua orang termasuk saya dan anda juga. Kadang-kadang kita tak sedar paling senang menyalahkan orang lain daripada mengaku silap sendiri.  Adakah keadaan akan bertambah baik jika kita menyalahkan orang lain.
Sebenarnya saya dah letih dengan situasi nie. Sejak kecil saya sentiasa disalahkan atas setiap perkara yang berlaku. Saya dah bosan dipersalahkan dan kadang-kadang saya terfikir kenapa saya selalu buat salah…..kenapa orang selalu menyalahkan saya. Saya marah rakan sekerja  rampas hasil kerja saya tapi akhirnya saya pulak yang dipersalahkan sebab tidak mengamalkan sikap berkerja dalam kumpulan akibatnya penilaian prestasi saya rendah dan saya tidak berpeluang jadi pekerja cemerlang walaupun hasil kerja saya cemerlang. Saya tahu dalam dunia nie ‘Keadilan itu Tiada” tapi saya dah bosan dipersalahkan.
Situasi kedua
Kita begitu susah nak ucapkan ‘terima kasih’ terutama kepada orang-orang terdekat kita. Susah untuk ucapkan kata-kata penghargaan tu. Bila kita berada di kedudukan yang tinggi, hargailah pekerja kita….ucapan terima kasih atau puji usaha dia sudah mencukupi.
Rakan sekerja saya nie minat dalam bidang computer dan dia sentiasa sukarela tawar diri jika ada kerja-kerja yang memerlukan kepakaran IT. Satu hari dia diminta oleh boss buat presentation guna show slide, dia Cuma ada 3 jam sebelum event sebenar akan diadakan. Dalam 3 jam tersebut dia bertungkus lumus untuk menyiapkan slide tersebut. Bila tiba masa event, persembahan slide tersebut ditunjukkan kepada tetamu. Rata-rata tetamu memuji kreativiti beliau menghasilkan slide yg cantik wp dalam masa yang singkat tapi apa kata boss “alah kalau saya tak suruh dan push dia nie….tak adanya nak buat, semuanya nak kena disuruh baru nak dibuat”. Lihat…kata-kata boss yang tidak peka nie telah menjatuhkan semangat rakan saya nie. Dia sukarela melakukan sesatu yang bukan dalam skop kerja beliau tetapi beliau telah diperendahkan dihadapan tetamu. Saya yakin dimasa hadapan, staff ini tidak akan offer diri untuk tolong lagi.
Perkataan simple ‘ terima kasih atas bantuan awak….bagus kerja awak nie” inipun boss saya tak mampu nak sebut. Ia bukan situasi asing kepada kita semua…..semua orang pernah hadapi perkara ini.
Kedua-dua situasi diatas hanyalah satu daripada ratusan peristiwa yang berlaku dalam hidup kita….berlaku disekitar kita. Sebelum kita menyalahkan orang lain….cuba cari dulu kesalahan kita yang membawa kepada perkara tersebut dan ucapkan ‘terima kasih’ sentiasa. Hargailah orang disekeliling kita tak kiralah dia hanya penyapu sampah atau pencuci toilet.

Thursday, April 14, 2011

Sembang diet di satu petang

Lamanya saya tak mengupdate blog nie. Sibuk sangat sekarang nie sampaikan diet saya dah tak tentu arah. Saya ambil pakej 6 bulan untuk thebiggestloserasia. minggu lepas adalah last day saya dalam program thebiggestloserasia. Setelah 6 bulan berdiet dengan mengunakan kaedah kiraan kalori dan juga mengunakan catatan diari so tiba-tiba bila berhenti dari program.....saya rasa seolah-olah hilang displin. Saya mula makan makanan bergoreng tanpa rasa bersalah. Wahhhhh.....susah jugak nak berdisplin tanpa bantuan nie ye. Saya akui nak berdiet nie memang kena ada semangat dan displin yang kuat sebab susah nak tahan godaan makanan tambahan pulak kat ofis saya nie kejap-kejap jamuan, majlis makan2, staff belanja dan macam-macam lagi.

Selama 3 minggu dalam bulan Mac saya berkursus dan duduk di asrama. Satu perkara yang menyeronokkan apabila ramai rakan-rakan sekerja dari cawangan2 lain bertemu semula setelah hampir 4 tahun kami tidak bertemu. Satu perkataan yang mereka akan ucapkan bila jumpa saya ' heiiii....u kuruslah'. Wah itulah yang seronoknya bila jumpa kawan lama. Kadang-kadang saya terfikir ' dulu saya gemuk sangat ke....sampai diaorang terkejut sangat bila tengok saya'.

Satu petang, ketika habis kelas saya dan beberapa orang rakan duduk berbual dikantin sambil menikmati kuih muih yang disediakan. Dekat meja tu ada 5 orang rakan termasuk saya. Salah seorang rakan tanya saya macam mana saya boleh kuruskan badan. Saya ceritalah berkenaan dengan makan ikut kiraan kalori. Salah seorang rakan menyampuk 'alah akak ada cara senang nak diet....tak payah nak diet2 nie gunalah produk jusxxx5, garenti kurus punya'. Saya tanya dia ' ye ke.....bukankah nak makan produk tu kena displin jugak, setahu saya ada seorang rakan yang turunkan berat badan sampai 20kg guna produk tu tapi dia tak ambil nasi dan dia displin bab2 makan berlemak nie'. So apa bezanya dengan diet saya....saya tak keluar satu sen pun beli produk cuma kawal sendiri.

Salah seorang rakan yang dari tadi diamkan diri mula bercerita. Si H dari Kuching bercerita tentang cara dia kuruskan badan. saya pandang dia dengan pelik.....mengapa orang yang mempunyai berat badan tidak lebih 50kg kata dia gemuk dan masuk pusat pengurusan badan. Saya tanya berapa kg dia turun....dia kata dia turun hampir 5kg dan sekarang berat dia 45kg. Dia secantik manis yang berbadan kecil.....merasakan dirinya gemuk dan sanggup habiskan duit sebanyak RM4 ribu hanya untuk kuruskan badan. Dia ceritalah pasal diet yang perlu diikuti ketika dipusat pengurusan badan terkenal yang dipromotekan oleh artis-artis terkenal tu. Pada minggu pertama diet, dia kena guna diet protein sahaja so apa2 makanan kabohidrat dia kena elakkan. That mean no rice ok. Makanan pula kena disukat dan hanya satu portion kecil sahaja dibenarkan. Tak boleh minum air bila melebihi jam 8 malam. Kena guna minyak zaitun sahaja bila masak. hanya makan telur rebus sebijik bila sarapan. Tak boleh excersice sebab takut lemak kat badan bertukar jadi muscle. Selama 4 bulan dia menjauhkan nasi.....jauhkan kabohidrat, lemak dan bermacam2 makanan lain yang dilarang oleh pusat tu. Akhirnya dia berjaya turun 5 kg. Satu cakap dia yang saya ingat sangat " lepas je saya habis program kat situ.....saya jadi phobia pada makanan. Saya hilang selera makan.....saya tak mampu nak telan nasi....semua makanan tak boleh nak telan.....sampaikan satu tahap saya menangis sebab saya dah hilang nafsu makan....saya beli aiskrim sebekas dan cuba makan jugak tapi saya muntah balik'. Dia kata pada saya ' rupanya siksa sungguh bila hilang nafsu makan....lama jugak saya nak pulih semula akak'.  

Saya jadikan cerita dia sebagai ikhtibar......buatlah secara bersederhana. yang engkau pergi habiskan duit beribu-ribu hanya untuk orang suruh berlapar buat apa. Betullah mereka ada buat rawatan balut-balut kat badan tapi tetap kena diet jugak kan.....bukannya buat rawatan terus kurus. Jadi saya rasa bersyukur sebab saya mampu kuruskan badan dan belajar makan makanan sihat tanpa mengabaikan nasi dan makanan lazat yang lain dan saya tak keluarkan duit begitu banyak hanya RM30 sebulan untuk program The Biggestloser asia. Ada yang free tapi saya prefer yang nie sebab ciri-ciri tambahan dia yang memberikan motivasi seperti ruangan chatting dengan peserta lain, graf perjalanan diet saya, menu makanan, jadual excersice dll. Kuruslah dengan cara yang betul dan tak ada shortcut bila nak kurus nie.

Thursday, February 10, 2011

Blog saya dah kembali semula


Lega rasanya bila email saya dapat dibuka semula. Bermula dari 23/1/2011 saya hadapi masalah untuk bukak id email saya. Semuanya disebabkan email saya telah di cerobohi, Warning: We believe your account was recently accessed from: United Kingdom (uk-noc.net:89.238.165.138). Memang seksa jugaklah nak dapatkan balik id email tu. Yelah blog nie guna alamat email tu.....memang sayang kalau blog nie hilang terus.

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak dapat balik id email tu tapi tiap-tiap hari saya akan terima spam email nie. Hari nie saja saya dah terima 139 spam email. letih nak mendelete tiap2 hari. kalau ikutkan email spam nie kan saya nie dah jadi billionaire......tiap2 hari menang duit. Manusia laknat nie ada saja idea nak menipu orang......sapalah yang percaya dengan email macam nie.


Ini Omar Hasan dari Dubai, dia nie dah nak mampus dah.....dah tenat dan nak dermalah harta dia kat orang.


Ada 139 spam email yang saya terima dalam minggu nie. Semuanya mengumumkan saya menang loteri, terpilih sebagai trustee harta mereka.




 Ini surat cinta yang paling romantik sekali. Hebat oooooo bahasa dia. Ex-BF saya pun tak seromantik ini malah tak pernah lagi saya terima email seromantik nie. Manusia laknat nie menyamar sebagai seseorang yang ingin cari cinta, bila dah ada orang yang jatuh cinta kat dia maka dia akan pura-pura hantar hadiah pastu suruh sipenerima bayar duit post.



Tengoklah macam-macam idea manusia untuk menipu. Paling ketara kat sekeliling kita adalah manusia yang tawarkan idea untuk kaya cepat. labur sikit, untung banyak. Jangan lah kita menjadi seorang yang terkena tipu helah begini. Moga anda dan saya akan terselamat dari tipu helah manusia laknat begini.

Wednesday, February 9, 2011

Kurus tanpa ubat

Masa balik cuti tahun baru cina yang lepas, my family memang agak terkejut tengok saya dah kurus sikit. cewah memang seronok rasanya bila orang dok kata kita kurus.....terluka hati kalau orang tegur kita gemuk kan. Bila orang tegur kita kurus....memang senyum jelah memanjang. Agaknya kan mak saya nie dok cari peluang je nak tanya macam mana saya kurus. Malam sabtu, masa dok makan sandwich gulung sosej yang dia buat sambil tengok TV yang kebetulan pulak masa tu disiarkan kisah badang wanita (wanita bina badan). hempeh betullahhhh..... masa-masa nielah dia nak siarkan cerita tu.

Mak saya tanya 'hang ada ambil ubat apa-apa ka nak kurus nie'. Saya jawap 'tak lah orang jaga makan je'. mak saya tak percaya....dia tanya lagi 'hang cakap betul-betul, jangan tipu mak. mak tak suka hang makan ubat-ubat nie....nanti sakit sapa nak jaga hang. hang tu dah lah dok sorang". Ishhhh lah macam mana nak cakap yang saya ni jaga makan dan senaman, pergi gym. Dah lah dalam TV (majalah 3) tunjukkan badan wanita bina badan, mak saya dok komen yang dia tak suka perempuan badan macam tu. Kalau dia tau yang anak dia nie pi gym....huhhhh panjanglah ceramah dia malam nie. Saya dah 4 tahun aktif di gym tapi saya tak pernah beritahu sesiapa dalam keluarga saya. Mereka tidak bersikap terbuka lagi.....bagi mereka gym adalah tempat untuk bina badan (tempat lelaki). Samalah ceritanya bila saya sebut yang saya menginap di hotel. Dia tanya saya pergi dengan sapa. Saya bagitahu rakan-rakan sekerja. Muka dia berubah sebab bagi dia hotel tu tempat maksiat hahahaha sabarjelah saya masa tu nak terangkan pada dia. Saya nie berkerja di bidang 'lelaki', rakan sekerja saya kebanyakannya lelaki.....jika ada tugasan luar memang kena ikut mereka. Alhamdulillah sekarang dia dah faham. Cuma jika bila dia tahu saya bertugas di luar dan tempat tu pulak agak 'mencabar sikit' dia akan telefon banyak kali. takut sangat saya kena tembak.

Saya nak fahamkan mak saya, gym tu macam mana memang problemlah sikit. Lain kalilah saya beritahu dia. Jika anda lihat sesiapa pun memang susah nak percaya bahawa kita boleh kurus hanya dengan jaga makan dan bersenam. Mentaliti kurus perlu ambil ubat atau ubat sapu pecah lemak dan macam-macam ubat lagi memang tebal dalam fikiran orang kita. Sebab itulah yang disogokkan oleh syarikat2 yang jual ubat-ubat nie.

Jika anda menonton Majalah 3, malam sabtu lepas berkaitan dengan badang wanita nie, anda janganlah ingat bahawa bila kita pergi gym dan angkat berat maka badan kita akan jadi seperti itu. Bukan ye.....dalam badan wanita tiada hormon testosterone yang boleh menaikkan muscle. Hanya lelaki yang ada hormon ini sebab itu lelaki lebih mudah kurus dan terbentuk muscle mereka berbanding wanita. Dalam seminggu saya join kelas angkat berat (body pump) sebanyak 2 kali. Latihan angkat berat nie lebih kepada weight training dan ia berbeza dengan latihan body building atau muscle building. Wanita bina badan menjalani latihan body building dan diet mereka pun berbeza. Saya masuk kelas body pump tu sebab saya hope (beranganlah ye) dapat badan macam gambar kat bawah nie.


atau macam Jessica Biel nie. Jessica Biel mempunyai bentuk badan athletic build. Berangan ajelah tak taulah boleh dapat ke tidak badan macam nie kalau setakat angkat berat seminggu 2 kali pastu angkat pulak hanya 15kg-20kg sahaja.....memang boleh berangan ajelah.

Sunday, January 16, 2011

Theory Lamont





Saya suka menonton filem @ drama bersiri yang berkaitan dengan penyiasatan jenayah seperti cerita ini The Risk. Saya bukan nak bercerita tentang filem ini tapi saya nak kaitan dengan apa yang berlaku dalam diri saya dan membuatkan saya tertekan dan kecewa kebelakangan ini. Saya ingin luahkan disini supaya beban di bahu saya ini ringan sedikit.

The risk berkisar berkenaan dengan seorang District Attorney iaiatu Mornique Lamont adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dibidang politik. Beliau ingin mencalonkan dirinya sebagai Gabenor, untuk merealisasi impiannya beliau mempergunakan orang lain. Beliau mencari publisiti dengan membongkar kes-kes lama dan memerangkap detektif Win Garano untuk menyelesaikannya dan kemudian dengan megah berdiri depan wartawan mengatakan beliau yang menyelesaikan kes tersebut. Diakhir cerita garano mengelarkan dirinya berada dalam situasi ' Lamont Theory", iaiatu orang lain yang bekerja keras tapi orang lain yang dapat nama dan kenaikan pangkat.

Inilah situasi saya sekarang. Di ofis saya ada seorang rakan sekerja yang amat bercita-cita tinggi untuk naik pangkat. Itulah yang beliau akan war-warkan tanpa segan silu.....sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan diri. Sebelum dia masuk ke jabatan kami, beberapa kawan telah memberitahu saya berkaitan perangai buruk beliau iaitu suka melaga-lagakan orang dan mempergunakan orang lain. Mereka berpesan 'berhati-hati dengan manusia nie". Keadaan bertambah buruk apabila saya satu kumpulan dengan beliau. Ketika kemasukkan saya dalam kumpulan beliau, beliau amat gembira sebab "ada orang boleh dipergunakan'. Kerja tak lah pandai sangat tapi mulut banyak manis punya.....bila bercakap gunung pun boleh runtuh. Hebat sangat.....kelebihan dia. Bila bercakap pasal politik, rasannya ahli politik yg dia pertahankan tu adalah kembar dia sebab dia tahu serba serbi......hebat sangat, bila bercerita gah gila....dalam kata lain jika dia nie bertanding jawatan wakil rakyat boleh menang punya.

Dia cuba pergunakan saya supaya dia cemerlang tahun nie.....yelah orang nak naik pangkat kan. Telahan dia meleset sebab saya bukan Garano. Saya menentang. Saya memperlahankan kerja saya......saya tak berkerjasama dengan dia. Bila gagal dengan matlamat dia maka dia jalankan strategi MEMBURUK-BURUKKAN saya. Dia memang pakar bab-bab memburuk2kan orang lain. Dia jadikan saya sebagai 'the ugly person' kat ofis. Macam-macam fitnah dia taburkan keatas saya.....semua cerita2 buruk yang disebarkan tentang saya...saya tahu.  Mula2 saya tak pedulikan sangat tapi beberapa hari lepas dia cuba untuk memperngaruhi rakan2 lain memboikot saya......dia berjaya dan dia gelak dengan kuat dalam bilik dia. Dia gelak sebab dia berjaya dalam misi dia. Ada saya heran ke.....saya tak heran dengan boikot dia tapi saya sedih bila kawan-kawan lain ikut terpengaruh dengan manusia ini.

Saya doakan semoga Allah berikan apa yang lelaki ini impikan. Tercapailah impian dia untuk naik pangkat dan permudahkan perjalanan dia untuk jadi what ever he want to be. Dia ni dah letih 'jilat jubur' orang....harap usaha dia tu berbaloilah. Supaya dia tingalkan pejabat kami secepat mungkin....Amin.

Jika diakhir cerita The Risk, Garano berdua bersama teman wanitanya menonton Lamont mendapat pengiktirafan atas usahanya menyelesaikan kes (Garano yang bergadai nyawa menyelesaikannya). Garano hanya ketawa. Kadang-kadang saya terfikir mengapa saya tidak sebaik Garano. Kenapa saya tak jadi seperti Garano. Garano menjalankan tugasnya sebaik-baiknya. Beliau tidak kisah tentang Lamont yang mempergunakan beliau. Kenapa saya tentang 'lamont' ini dan biarkan diri saya dalam situasi begini.....kan senang kalau saya jadi 'kuli batak' dia. Buat kerja.....kemudian biar dia bermegah-megah. tak perlulah saya bersedih dan tension kerana lelaki tak guna nie sehingga merosakkan diet saya minggu nie. Lelaki lebih teruk dari perempuan dalam bab mengumpat dan memburuk-burukkan orang.


Friday, January 14, 2011

U pakai girdle ke?

Gambar ini hanya sekadar hiasan sahaja, tiada kaitan dengan cerita ini.


Dalam perjalanan diet saya, kegembiraan utama adalah apabila ukuran waist berkurangan. Biarpun angka di scale tidak berubah tetapi jika tali tape berkurangan 1 cm, kegembiraan tidak terkata. Every women hendakkan perut yang kempiskan.

Beberapa hari lepas saya bersama seorang kawan wanita masuk lif....hanya kami berdua. Dia pandang saya dan berkata "u nampak kurus betul......perut u pun dah leper". saya cuma senyum aje. Dia sambung lagi sambil pandang ke arah perut saya " U pakai girdle kan". Saya jawap "tak adalah". "ye keeeee!!!!!!", mata dia asyik pandang ke arah perut saya.

Saya tahu dia tak percayakan cakap saya.....sebab dalam hati dia, dia harap saya cakap ya supaya dia tahu ada produk yang boleh dia pun cuba sama.......the easy way as usual. oleh kerana hari itu saya pakai kemeja maka saya angkat kemeja saya dan tunjukkan perut saya....."saya tak pakai girdle.....saya jaga makan dan bersenam". Hope dia puas hati.

Dan kemudian dia berkata " U tak apalah.....pergi gym sebab tu u boleh kurus". Pada tahap nie saya dah terdiam, dia letakkan halangan pada diri dia untuk kurus....dia bagi alasan sebelum mencuba pun. Tak guna saya bercakap panjang lebar tentang makanan sihat, jaga pengambilan kalori atau sebagainya sebab awal-awal lagi dia dah bagi alasan (alasan menolak). Pergi gym bukan alasan.....dulu saya pergi gym setiap hari jugak tapi berat saya bertambah sebab saya tidak jaga kalori saya. Lepas keluar gym lepas buat exercise sejam dua, saya melantak kat Secret Recipes. Sebelum hidangan utama sampai saya pesan brownie lepas tu ambil spageti dan order lemon tea. Secret Recipes adalah my favorite places.

Saya pernah pakai girdle (sebelum sy aktif gym). Saya beli girdle tu RM2500 u. Seksa oiiiiiii sakit kulit perut.....sampai merah, tulang belakang sakit dan memang rasa tak selesa sangat. Ini disebabkan kulit saya jenis sensitif.......ia cepat luka dan melecet. Tak sampai 2 minggu saya pakai....last sekali ia tersimpan dalam almari saya tu lepas my personal trainer minta saya jangan pakai lagi sebab sebenarnya girdle membahayakan tulang belakang wanita. personal trainer kata adalah lebih bermakna mengempiskan perut dengan usaha keras sendiri berbanding dengan bantuan produk.

Untuk pengetahuan anda semua, saya bekerja dibidang yang membolehkan saya tahu apa yang orang ramai tidak tahu (faham tak...tak boleh terang detail sangat) tapi tak boleh bagitahu sbb mulut kami telah dilekatkan dgn tape (akta). Produk girdle yang saya beli dengan harga RM2500 diatas sebenarnya hanya berkos RM300 dan semua benefit2 yang diwar-warkan adalah gimik belaka. Saya tidak perolehi maklumat ini dari cakap orang atau internet tapi dari mata sendiri. Tepuk dahi semua pegawai bila tengok angka-angka tersebut......sebab bukan saya saja yang dah terbeli girdle tu tapi beberapa pegawai lain dah beli penapis air yang hanya berkos RM300 juga tapi dijual dengan harga ribu-ribuan. 

So my friend, cuba lawat blog ini . Bacalah dengan hati yang terbuka kerana this person buat homework sebelum tulis dan belajarlah menerima pendapat dari pihak lain dan kemudian pertimbangkan dengan hati yang terbuka. Tiada sesiapa yang memaksa anda untuk bersetuju tapi anda sendiri yang harus menentukan sama ada ia benar atau tidak.

Thursday, January 6, 2011

Blogwalking

Saya mintak maaf sebab lama tak up date berkaitan dengan diet terutama diet saya sendiri. Untuk 2 minggu yang lepas, angka di mesin penimbang saya tidak bergerak. ia berada disatu nombor dalam tempuh 2 minggu berturut-turun. Ia buat saya sedikit kecewa dan bila itu yang berlaku maka saya semak balik MyDiary di TBLC dan dimanakan silap saya.

Masalah utama dalam diet adalah semangat.....kadang-kadang semangat kita pudar, motivasi kita menurun, displin kita sedikit terganggu. Mr Diary menunjukkan bahawa saya mula 'kurang displin' dalam 2 minggu yang lepas. Salah satu nasihat yang saya terima dari TBLC, hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri atas kejayaan menurunkan berat badan sehingga 8 kg dalam tempoh 3 bulan. Diri kita perlukan sedikit motivasi. Diri saya berhak untuk dihargai atas usaha dan kerja keras yang saya lakukan so saya ingat nak membelikan sesuatu untuk diri saya sendiri maybe baju baru....yehhhh hujung minggu nie gi shoppinglah.

Kadang-kadang bila saya kebosanan terutama sekarang awal tahun, banyak report kena hantar kat boss, banyak kertas kerja kena siapkan sebelum aktif kembali untuk tugasan luar. Time banyak kat bilik mengadap komputer, sekali sekala saya buat juga blogwalking. Saya suka baca blog salam2benua, baca tulisan LG....tulisan dia bersahaja dan menarik. This week ada satu entry beliau yang menulis berkaitan dengan komen Guest dan saya tertarik pada ayat akhir guest tersebut 'lucky u kawin mat saleh'.

Saya bukan hendak komen berkaitan dengan entry beliau tapi saya tertarik dengan pernyataan guest 'lucky u kahwin mat saleh'. Jangan sesekali membandingkan hidup kita dengan orang lain. You have no idea what their journey is all about. Saya ada kawan yang berkahwin dengan lelaki cina. Satu hari ketika dipantry ofis, saya, kawan yg berkahwin dengan cina nie dan seorang ofismate yg saya namakan Tipah. Si Tipah kata ' U bertuahlah dapat kawin dengan cina', My fren pelik dengan pernyataan Tipah dan saya menyampuk " Tipah, lelaki tetap lelaki tak kiralah apa warna kulit mereka, mereka tetap mempunyai ego mereka sendiri. yang membezakan mereka adalah cara didikan dan budaya persekitaran mereka bukan bangsa @ warna kulit. Lelaki melayu, India, Cina, mat saleh ke....sama saja". My fren tengok saya dan kata 'hebat jawapan kau'. Sebenarnya jawapan tu terkeluar selepas saya baca pernyataan Sarimah Ibrahim bila ada seorang wartawan tanya beliau ' Seronok tak kahwin dengan mat saleh". That jawapan yang Sarimah bagi (lebih kurang lah...tak adalah saya copy statement dia bulat2). So friend, janganlah mambandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Envy is a waste of time. You already have all you need....jadilah manusia yang bersyukur. My fren yang berkahwin dengan cina niepun ada dugaan yang dihadapinya. Bila dia balik ke rumah mertua time raya cina, dia terpaksa tanggal tudung sebab mak mertua dia tak bagi masuk rumah kalau bertudung. Seksanya dia diawal perkahwinan dulu nak memujuk keluarga mertua. So sebenarnya anda amat bertuah berkahwin dengan sesama bangsa sebab tidak menghadapi situasi begini dan anda lebih bertuah dari saya yang tidak bersuami nie so bersyukurlah hehehe......ayat terakhir tu yang tak tahan tu. Dan jangan bersimpati dengan saya sebab saya dah ada semua yang saya kehendaki dalam hidup......saya bersyukur untuk itu.

Dalam blogwalking saya juga saya terbaca entry menarik dari blog Catz iaitu http://catzscafe1.blogspot.com/2011/01/jonah-nak-kurus-episod-1.html. Cuba baca entry beliau nie. Semasa saya baca, saya asyik dok kira kalori Jonah dalam sehari dan kemudian saya ketawa sorang-sorang. Ada beberapa blog lain yg saya jenguk dan timbul satu persoalan yang saya akan bincangkan iaitu adakah makanan sihat itu sama dengan diet. Orang selalu kaitkan kalau diet kena makan makanan sihat. Kalau makan makanan sihat bererti dia diet. Betul ke ?????. Nanti saya kupaskan persoalan nie dalam entry seterusnya.

Tuesday, December 21, 2010

bertemu kawan lama

Semalam lepas balik dari gym, saya singgah jap kat Ikea untuk beli satu dua barang dan redem tiket parking. Bulan depan saya akan dapat kunci rumah baru so sekarang saya dah start beli sikit demi sedikit barang2 keperluan rumah baru.

Masa nak masuk ke Ikea, saya bertembung dengan seseorang kawan lama. Bila saya nampak dia, saya buat-buat tak nampak dan berharap dia juga tak nampak tapi dia boleh panggil nama saya....nama penuh saya. Ya allah, terpaksalah saya senyum dan berjalan berjumpa dengan dia dan family dia. Dia dah ada dua anak yang comel......lelaki ini yang dahulunya seorang yang sangat handsome (bekas pramugara Singapore Airline), kini begitu berubah. Dia kelihatan sakit dan memegang tongkat, rambutnya juga kelihat beruban putih....berubah habis....mana perginya lelaki handsome 10 tahun yang lepas. Oh ya lelaki nie bukanlah teman lelaki saya cuma seseorang yang saya kenal dimasa lepas.

Saya pandang isterinya.....kasihan sekali wanita ini. Wanita ini ketika berkahwin dengan kawan saya nie adalah seorang wanita yang lewat usia.....menerima lelaki ini wp tahu lelaki ini tidak bekerja. Selepas tinggalkan singapore, lelaki ini cuba mencari pekerjaan di malaysia dan akhirnya bertemu dengan wanita malaysia lalu berkahwin. Dimasa beliau bercinta dan berkahwin, wanita ini banyak membantu dari segi wang ringgit. Mujurlah wanita ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan jawatan yang bagus juga.....jika tidak teruk nak tanggung hidup bersama lelaki yang tidak bekerja. Saya berbual sebentar dengan mereka dan kemudian meminta diri dan masuk ke Ikea.

Saya tak semulia wanita itu. Saya adalah seorang wanita yang tidak akan bertolak ansur dalam hal sebegini. Sewaktu kecil dahulu, jiran sebelah rumah kami adalah lelaki yang tidak bekerja, berbadan amat gemuk, setiap hari duduk di beranda rumah tunggu geng main karom. Isteri dia bertungkus lumus mencari rezeki. Jam 5 pagi dah keluar rumah untuk menoreh, jam 11 balik rumah untuk masak bagi suami gemok dia makan lepas tu pergi ladang kelapa sawit. Balik rumah, kemas rumah, masak makan malam dan kemudian layan laki. Anak setahun seorang, sampaikan saya tak tahu berapa belas orang. Anak2 jiran saya nie sentiasa dalam keadaan comot dan tak berbaju serta kelaparan. Tiap-tiap petang mereka akan berada dibawah rumah saya sbb saya suka masak dan selalunya merekalah yang akan menghabiskan makanan yang saya masak tu.

Saya cakap pada mak saya.....Mak cik esah tu bodoh betul.....kenapalah nak hidup dengan lelaki tak guna macam tu. Mak saya cakap ' Jika mak cik esah reda dan terima ketentuan Allah tanpa mengeluh sedikitpun serta taat kepada Allah....syurga ditangan dia". memang betul mak cik esah tak pernah merungut sedikitpun tentang keadaan hidup dia. Dia hidup dengan suami seperti itu sehingga ke akhir hayat suaminya.

Saya tidak boleh menjadi wanita semulia mak cik esah atau semulia isteri kawan saya tadi. Saya ditakdirkan Allah, kerap kali bertemu dengan jenis lelaki yang tak guna sepanjang usia saya.....mungkin benar kata orang lelaki yang terbaik dah jadi milik orang hehehe. Teman lelaki saya dulu pun adalah salah seorang dari jenis lelaki tak guna ini. Terus terang saya katakan, sewaktu bersama teman lelaki saya......saya amat tertekan dengan sikap dia yang memilih pekerjaan dan malas berusaha....mengharapkan saya menanggung beliau tapi ketika tu cinta mengabuli mata saya....kerana cinta saya pendamkan sahaja. Syukur kepada Allah, ketika saya dalam kesusahan, lelaki itu tinggalkan saya. Saya benci dia ke......takkkk. mak saya kata masa saya sakit dan dibawa ke hospital, mulut saya tak berhenti panggil nama dia mungkin sebab saya terlalu rindukan dia.

Sekarang saya dah tidak memikirkan soal perkahwinan lagi. Jika inilah jenis lelaki yang saya temui, saya rela tidak berkahwin. Perkahwinan adalah sesuatu yang amat mulia bagi saya dan saya amat menghormati ikatan itu tapi bagaimana saya nak hormatinya jika lelaki yang menjadi suami saya tidak mampu saya hormati.

Sunday, December 12, 2010

Bila diet terganggu

 Siapa yang tak teringin nak makan makanan yang lazat seperti ini. Bila diet selalunya makanan seperti ini kita jauhi sebab kandungan kalorinya terlalu tinggi. Saya juga sudah lama tidak mendekati diri dengan makanan manis. Saya buat blog masakan tapi saya tak masak makanan yang sedap2 so kadang-kadang kekeringan idea untuk cari bahan untuk blog.

Tapi bila saya 'period', selalunya saya akan mengidam makanan manis macam kek atau coklat. Bulan nie saya betul2 teringin nak makan nak makan donat big apple. Bayangkan sampai termimpi-mimpi makan donat nie. Saya diet tapi tak bermakna saya kena hindari terus makanan ini. oleh kerana saya decide untuk makan juga donat nie maka saya adjust pembahagian kalori antara sarapan, lunch dan dinner. Sarapan saya hanya ambil herbalife chocolate yg berkalori 89 kalori, mid morning saya ambil secawan kopi dengan 1/2 sudu gula. Tengahhari saya makan 2 ketul donat big apple (kalori > 900 utk 2 biji) yang saya idamkan. Minum petang saya hanya minum air kosong sahaja dan malam barulah saya ambil mee sup dengan sayur dan buah sebagai desert. So kalori saya masih terkawal dan hanya terlebih sedikit dari yang ditetapkan tapi alhamdulillah ia tidak memberi kesan terhadap timbangan minggu nie sebab saya berjaya turunkan 1 kg dalam minggu ke 9 ini.


Ini satu lagi makanan yang selalu menganggu diet saya. Kelapa Pandan yang ditelah dikeluarkan dari kulitnya. Isi kelapa pandan nie berharga RM3.99 yang boleh dibeli di Tesco. Bila balik gym selalunya saya singgah sekejap ke Tesco untuk beli barang dapur tapi saya tak boleh terlepas dari lalu kat sini......nak kena ambil jugak kelapa pandan nie. Diet menu saya memang banyak kena adjust bila saya dah beli kelapa pandan nie.

Itulah kebaikan berdiet mengunakan had kalori. Kita boleh kontrol apa yang kita nak makan asalkan ia dalam lingkungan kalori yang dihadkan.

Friday, December 10, 2010

Nak membebel sikit

Dalam 3 hari nie saya mengikuti kursus menangani stress dan pemakanan sihat. Kursus dikendalikan oleh orang yang bukan berkelayakan dalam bidang tersebut......terasa amat-amat bosan dan stresssssss bila berada dalam kursus nie.

Saya nak bercerita berkenaan dengan salah satu ceramah yang diikuti iaitu gaya hidup sihat dan senaman. Penceramah tersebut adalah seorang lelaki yang underweight (spt gambar diatas tu) berceramah berkenaan dengan gaya hidup sihat dan senaman. Bagaimana nak terima cakap seorang yang tak pernah tahu bagaimana hidup bergelut dengan turun naik badan dan hidup sebagai seorang yang overweight. Awak tak pernah rasa bagaimana berkeadaan obes, tiba2 bercakap bagaimana nak kurus. Bukan semua manusia Allah jadikan bertuah seperti anda, boleh makan apa sahaja tanpa risau takut gemuk. Dia siap tanya kami macammana nak gemuk ye.....hampehhhhh ada ke macam tu.

Dia bagi ceramah berdasarkan semua nota yang diperolehi dari infosihat.gov.my. Dia tahu saya berdiet sbb salah seorang rakannya tegur saya ketika hari pertama "kenapa tak pergi makan" bila lihat saya hanya duduk main games hp bila time makan jam 10.30 pagi. 'tak nak sebab nasi lemak, saya dah sarapan tadi'. Ohhh U diet.

Bila hari kedua, dia masuk bagi ceramah. Sebelum mula dia tanya, siapa kat sini yang bersenam 2 hari lepas. Tak ada seorang pun angkat tanggan kecuali saya. Dia pandang saya...ohhh u ke yang berdiet tu. Dia mula perli saya.....sebab berlapar....kenapa nak kurus sampai sanggup berlapar, dia kritik aerobik. Dia kata saya pergi gym hanya bererobik. "saya tak sukalah kalau bersenam sambil menari nie". " saya tak suka gym sbb gym nie berbau sikit, saya tak suka bau peluh".

Dia sebenarnya tak layak untuk beri ceramah tentang gaya hidup sihat sebab nota yg diberikan adalah sebijik dalam infosihat.gov.my. Saya nampak banyak kekurangan dalam penyampaian beliau sebab saya banyak study tentang diet nie. Beliau tak pernah pergi gym tapi masih nak kritik berkenaan gym. Gym bukan tempat yang berbau....ia sebuah tempat yang luas dan bersih, ada sauna, ada shower, ada tempat persalinan yg lengkap, ada skrin plasma bila kita buat latihan kardio, kelas yg besar, bilik khas untuk yoga dan pilates, ada bilik khas untuk senaman basikal, ada instructor, ada sudut minum dan ada internet. Dangkalnya dia sebab tak pernah masuk gym tapi nak kritik tentang gym. Dia kritik yg saya hanya melakukan erobik dan bukan senaman......dia tahu ke apa maksud aerobik. latihan saya dekat gym bukan hanya menari ikut muzik macam yg dia lihat kat taman2 waktu petang tu atau tarian poco-poco. Saya buat latihan dengan memasuki kelas angkat berat (body pump), kelas art martial (body combat), kelas step (pergerakan laju atas papan step, ini utk dapatkan bentuk punggung dan paha yang cantik), kelas pilates (utk dapatkan perut yang leper), body balance (untuk ketenangan dari stress) dll bukan kelas poco-poco seperti tanggapan beliau pada saya.

Saya diperli diet dengan cara berlapar hanya kerana saya tak makan nasi lemak jam 10.30 pagi. How stupid penceramah tu, boleh perli saya macam tu. Nasi lemak kalorinya tinggi sedangkan saya dah ambil sarapan dengan kalori 300, kenapa saya nak tambah kalori lagi dgn begitu banyak sedangkan tengahhari nak makan lagi. Dia tak tanya saya langsung tentang apa jenis diet saya. Cepat saja buat conclusion.

Dalam ceramah beliau, beliau minta semua peserta senaraikan makanan harian yang diambil. Saya buat senarai saya begitu juga denga peserta yang lain. Dia pilih sesiapa yang kurus, kebanyakkannya adalah anak muda yang masih berusia awal 20an. Dah tentu mereka nie kurus sbb masih muda, metabolisma tinggi.....dia boleh cakap "ok jom kita lihat kawan kita yang kurus nie bagaimana dia menjaga badan beliau". Bila budak tu bacakan senarai pemakanan beliau.....semuanya penuh dengan pemakanan yang tidak sihat. Rasa nak tergelak saya dengan beliau.....yang pasti dia tak pandang pun saya wp saya ada angkat tangan untuk kongsikan teknik diet yang saya amalkan tapi beliau tak pandang. Saya semasa berusia 20an juga kurus, berat saya hanya dalam lingkungan 54-55 dengan ketinggian 5 kaki 4 inci. Nak pelik apa sbb metabolisma saya tinggi ketika tu....makan apapun tak risau gemuk.

Ketika ini saya bersyukur sebab disebabkan inginkan berbadan sihat dan mengurangkan berat badan maka saya banyak membaca, serve internet cari info so saya boleh nilaikan tahap pengetahuan penceramah nie.

Saturday, December 4, 2010

The biggest loser Asia Season 2



Anda mengikut The Biggestloser Asia Season 2. Saya tak pernah terlepas peluang mngikuti setiap episod tapi bukanlah pada malam selasa tapi siaran ulanganlah. malam selasa mana boleh kacau drama korea kesukaan saya kat channel 391 tu.

Minggu depan Raj, kapten pasukan biru akan tersingkir. nampaknya kedua-dua kapten telah tersingkir sebelum menjadi top 3. Top 3 minggu depan adalah Nai, Lori dan Genghis. Lori dan Genghis adalah dua peserta yang lemah dan kurang menonjol dalam episod2 sebelum ini telah berjaya menjadi top 3. So kesimpulannya top 3 bukanlah peserta yang paling kuat sbb yang kuat awal2 lagi dah tersingkir seperti Fish, shakira, peserta mat saleh tu...tak ingat pulak nama dia.

Di gym, saya berpeluang berjumpa dengan shakira....gadis yang cantik dan semakin cantik selepas berjaya menguruskan badan. Masalah Shakira adalah dibahagian pungung, hope dia dah berjaya mengurangkan inci dibahgian ini dan nampak hebat dimalam finale. Saya juga berpeluang berjumpa dengan Dave Nuku...memang hensome but bagi lelaki dia adalah dalam kategori lelaki yg agak rendah dan berbadan kecil cuma beza badan dia begitu fit dan tegap.

RALAT

Rupanya saya tertipu dengan papan keputusan yang dipaparkan kat gym. Dalam board tu gambar Raj di pangkah dan hanya tinggal gambar Nai, Lori dan Gengis. Pandai diaorang tipu kami.....rupanya tipah tertipu.

Thursday, December 2, 2010

Semangkuk soup dan secawan kopi

Saya tukar title blog nie dari Info Sihat kepada semangkuk soup dan secawan kopi kerana saya nak blog ini berkonsep santai bukan terlalu skema. Dalam blog ini saya nak perkatakan bukan berkenaan kesihatan sahaja tetapi juga dari segi perkara-perkara lain. Kepada anda yang menpunyai kisah diet tak kisahlah diet secara sihat atau crazy diet, anda boleh emailkan kepada saya di bdaria10@gmail.com. Saya akan siarkan kisah anda dalam blog ini untuk dikongsi bersama pembaca yang lain.

Semangkuk soup (info kesihatan) dan secawan kopi (borak-borak kosong). Saya tertekan channel 391 pada satu malam, satu rencana menarik disiarkan. Ia berkenaan dengan cubaan membunuh diri dikalangan rakyat korea..... saya bukan nak bercakap berkenaan mengapa mereka berniat membunuh diri tetapi kepada penyebab situasi tersebut iaitu kebimbangan atau kekecewaan hidup. Penyakit fizikal ada ubat tapi 'sakit' ini tiada doktor yang boleh ubat dan tiada ubat. Oleh itu kesihatan bukan sahaja untuk fizikal tetapi juga untuk rohani atau kejiwaan.

Saturday, November 27, 2010

Pengenalan

Malam nie ketika saya sedang mengemas dan membelek majalah-majalah dan buku-buku lama tersimpan, saya baca tips, petua, info kesihatan, resipi sihat dan segala informasi berguna yang berada dalam majalah dan buku tersebut. Info itu hanya berguna kepada saya seorang dan hanya berada dalam otak saya seketika sebelum saya lupa tapi bila saya tutup majalah @ buku tu maka info tadi hilang.

Saya terfikir untuk menghimpunkan semua info berkaitan dengan kesihatan dan simpan dalam satu medium yang mana memudahkan saya, anda dan sesiapa sahaja untuk membacanya dan kita berkongsi bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...