BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Showing posts with label Bedak Benang Sila. Show all posts
Showing posts with label Bedak Benang Sila. Show all posts

Monday, September 2, 2013

BEDAK PENAWAR BANTU JAUHKAN GIGITAN NYAMUK BILA DISAPUKAN PADA KULIT BADAN

Bedak Penawar Benang Sila













Selain Bedak Muntah Belut, satu jenis lagi
bedak di namakan Bedak Penawar Benang Sila
atau di panggil Bedak Penawar sudah bertahun2
saya bantu jualkan .

Antara khasiat Bedak Penawar ini ialah ia juga bantu
merawat masaalah2 kulit seperti sembuhkan ruam,
jerawat, gatal2 kulit selain boleh juga membersihkan
kotoran dari kulit seterusnya menyihatkan kulit .

Satu lagi khasiat Bedak penawar ialah ianya juga bila
disapukan pada kulit badan , insyallah boleh jauhkan
dari gigitan nyamuk.














Cubalah ye... 

Friday, March 2, 2012

BEDAK BENANG SILA - LAGI KEGUNAANNYA

Masaalah yang selalu kita hadapi semasa membeli
untuk mencuba sesuatu produk rawatan tu ( samada
moden ataupun tradisional ) ialah tidak mengetahui
apa sebenarnya khasiat dan kegunaannya.

Ini akan mengakibatkan pembaziran nanti akibat
menghadapi masaalah ketidaksesuain produk dengan
kulit selain kos produk yang ada mencecah puluhan
malah ratusan ringgit tetapi akhirnya dibuang begitu
saja.

Blog saya ini banyak berkisar mengenai produk2
tradisional yang saya , keluarga serta rakan2 , kerap
amal pakai dan akhirnya yakin akan khasiat kegunaannya.

Bedak Muntah Belut ( banyak info saya sudah
kongsikan dalam blog ini ) dan Bedak Benang Sila
punyai khasiat dan caraguna yang tersendiri.

Bedak Benang Sila sebenarnya sudah berzaman2
lamanya digunakan untuk rawatan tradisional. Selain
untuk rawatan kulit, ianya juga digunakan secara
bedak biasa yang di pakai seharian.

Juga dikenali dengan nama Bedak Batu Benang Sila dan
juga Bedak Nasila. Bahan asasnya pula adalah daripada
sejenis batu asli yang biasanya diambil dari laut . Rupa
struktur batu laut ini seakan2 kristal ,tidak bersinar dan
tidak pula jernih. Warna nya pula seakan2 kelabu.

Semasa di proses , ia boleh di bentuk dalam bentuk
ketulan dan juga cecair. Juga bauan harum boleh 
di masukkan semasa proses ni untuk menjadikan bedak
ni berbau wangi semasa digunakan.

Bedak Benang Sila sememangnya boleh digunapakai
sebagai produk penjagaan kulit wajah supaya lebih licin
halus dan berseri.

Antara khasiat Bedak Benang Sila....

- hilangkan kesan parut jerawat / ruam
- kurangkan gatal-gatal pada kulit
- pelihara kulit muka supaya halus dan licin
- Kurangkan masaalah2 kulit - jeragat / bintik2 hitam
- boleh digunakan untuk ubati masaalah resdung
- kurangkan masaalah kulit berminyak
- lindungi kulit dari terik panas matahari
- sembuhkan sakit tekak

- kurangkan panas demam

Selain khasiat2 ni, Bedak Benang Sila juga ada
pelbagai jenis dan warna antaranya :
Warna putih - boleh juga di minum airnya untuk sembuh
                    masaalah2 senak perut
warna ungu - bantu ubati masaalah resdung
Bauan harum - bedak wangi ini boleh digunakan seharian
                       secara bedak biasa


Bedak Benang Sila ini juga boleh digunakan oleh semua
lapisan umur termasuk untuk wanita selepas bersalin.

Banyak caraguna Bedak Benang Sila ni...

- untuk sembuhkan sakit tekak, kikiskan sedikit bedak
  ini dan larutkan dengan sedikit air asam jawa. Ambil
  larutan bedak ni dan sapukan pada bahagian leher tu

- untuk guna cara kering, ambil bedak ni dan sapu /
  gosokkan pelan2 kat bahagian kulit bermasaalah tu. Ini
  boleh bantu kurangkan masaalah kulit berminyak

- untuk merawat ruam pula, larutkan dalam air kemudian
  sapu kat kulit tu

- untuk kurangkan demam panas, minum air bedak benang
  sila serta gunakannya sebagai air rendaman kain di kepala.
 - untuk rawatan masaalah demam campak / pelentung,
  kikiskan sedikit bedak ni dan larutkan dalam air. Kemudian
  daun bambu yang telah di hiris nipis2 atau dihancurkan
  di campur dengan larutan ini. Ambil larutan ni dan sapu kat
  kulit bermasaalah tu.

Dengan kerap amal pakai, Bedak Benang Sila boleh bantu 
menyerikan wajah anda.

Insyallah boleh sembuh masaalah2 kulit tu tapi perlu sabar
serta yakin bila menggunakannya.

Bedak Benang Sila
( tanpa bauan wangi )

Warna ungu









Tuesday, July 12, 2011

BEDAK BATU BENANG SILA BANTU HILANGKAN KESAN2 PARUT DAN BINTIK2 HITAM DI KULIT

Diari alya banyak berkongsi perihal Bedak Muntah
Belut yang berkemampuan untuk merawat dan
menyembuhkan masaalah2 penyakit kulit antaranya 
Jerawat, Ruam, Bisul , Kayap, Demam Campak dan 
juga Kudis.

Jangkamasa untuk sembuh dari masaalah2 penyakit
kulit ini bergantung pula pada ke-serious-an tahap penyakit
itu , juga keadaan kulit seseorang serta disiplin cara pakai.
Jangkamasa sembuh ada dalam beberapa hari ke 1- 2 minggu.
Tapi apa2 pun, kena sabar pakai Bedak Muntah Belut ni
dan kesan rawatannya akan dapat di lihat sendiri nanti.


Selepas masaalah2 kulit ini sembuh secara beransur-
ansur, sudah tentu akan terdapat kesan2 parut daripada 
masaalah kulit itu. Tentu tak cantik kan kalau punyai
kesan2 parut ni di permukaan kulit kita.


 Kesan parut dari 
 jerawat








Jangan dibiarkan saja sebegitu.

Tentu ada caranya untuk menghilangkan kesan2 parut ini.
Tidak cantik pandangan jika pada permukaan kulit kita 
ada nampak kesan2 parut bagaikan permukaan bulan 
mengambang dan bintik-bintik hitam di merata tempat
pada permukaan kulit kita.

Wednesday, December 8, 2010

KEKUATAN NIAGA ONLINE ....DAN PROMOSI BEDAK BENANG SILA ( BERBAU HARUM ) UNTUK RAWATAN JERAGAT / BINTIK2 DIKULIT....

Salam rakan2 ,

Tahun baru 1432 H dah pun tiba dan azam saya untuk
majukan diri dalam niaga cara online produk2 tradisional jualan
saya ni semakin mencabar tapi semakin menyeronokkan.

Sebenarnya, sebelum ni saya tidak berapa yakin dengan kekuatan
niaga online ni disebabkan banyak perkara antaranya :

1. Risau dengan keselamatan diri
2. Risau dengan k
eselamatan transaksi bayaran
3. Risau samada barangan yang dipos akan sampai
    ke destinasi 
4. Risau kerana tak berapa pandai niaga cara ber 'internet'
5. Risau takut permintaan produk tradisional jualan saya ni tak
   diterima dan
6. Macam2 risau lagi....