Ramadhan sudah masuk ke fasa yang terakhir. Fasa keampunan. Kira dah peringkat kritikal. Perlu berjuang antara hidup dan mati. 20 hari sebelumnya seharusnya menjadi bekal untuk melalui fasa ini. Bahkan ada sesetengah ulama mengatakan untuk melepasi fasa kritikal ini bukan bermula dari 20 malam sebelumnya, bahkan sejak bulan rejab lagi persediaan perlu dibuat.
Bagi orang2 mukmin, inilah yang dinanti. Sayangnya jika apa yang ditunggu-tunggu dilepaskan begitu sahaja kerana tahun depan belum pasti bertemu. Wahai saudaraku, usah disibukkan diri dengan urusan-urusan remeh temeh persediaan hari raya hingga menyebabkan persediaanmu untuk malam harinya terganggu. Alangkah baiknya jika anak-anakmu dididik sejak kecil untuk menghidupkan 10 malam terakhir, mencintai akhirat lebih dari dunia. Untungnya, kamu sebagai ibu dan ayahnya.
Ayuh saudaraku....
0 comments:
Post a Comment