Showing posts with label autoshow. Show all posts
Showing posts with label autoshow. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

:: Alhamdulillah ..Rezeki ::

Ni sambungan cerita autoshow dekat Mydin Mall Parit Buntar 19/10/2014
Alhamdulillah rezeki KureSya menang tempat pertama kategori Hello Kitty dan paling tak sangka menang "Best Of The Best" macam tak percaya & macam bohong pun ada.
Sebab banyak lagi kereta yang teramat rare dan cantik....rasa macam takut sangat nak terima Best OF The Best tu....






Anyways trimas to all, trimas penganjur.








watermark

Monday, October 20, 2014

:: Rangkuman Autoshow Mydin Mall Parit Buntar ::

Let's enjoy the pictures from Autoshow Maydin Mall 19/10/2014
So far inilah autoshow paling best dah selesa pernah ai attend. Tahniah penganjur!
Tahniah all players...





Hat Yai punya gang....



mewah betul kat dalam kereta ni.....





cak cak cak kureSya!















sangat respect dengan mamat ni sebab lukisan dah la cantik
selamba je lukis atas kereta dia...perghhhhhhhhhhhhh cun habis!





colour champion!
lawa kot airbrush dia!





gang gang kereta hat yai




eh eh eh....macam kenal je yang atas pentas tu kan?
menang apa?
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~




watermark

Tuesday, September 2, 2014

:: Autoshow 3 hari berturut-turut ::


Assalamualaikum & Hi!
Penat tak habis lagi walaupun asalnya balik bercuti ke kampung incik pinky sambil berkenduri dan berautoshow........penat sangat tak terhingga nih!!!


29/08/2014
Gerak dari KL ke Taiping Subuh.


30/08/2014
Sampai Taiping jam 0730. Tak rehat pun..lap-lap kereta then bersiap nak pegi kenduri Hazea.
1200 Bertolak ke pantai remis. Tahniah hazea!!




balik dari kenduri hazea terus balik Taiping. Bersiap sedia untuk Autoshow RnR Bagan Ajam pulak. Maka bertolaklah kami ke Bagan Ajam. Sampai di sana jam 1800......setup semua


  autoshow kali ni memang agak mencabar minda bila Mimi asyik nak mengamuk aje. Tapi ai buat kawan baru termasuklah seorang mak cik dan pak cik.

Terima kasih buat Intan yang beriya sangat minat dekat kureSya


selesai autoshow pada jam 0000 - Merdeka Day. Alhamdulillah rezeki kureSya...ada jugak tempat di hati juri. Trimas GM Events!

Sampai Taiping dah kul 0130 macam tu la......rehat! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

31/08/2014
Disebabkan lama dah tak join konvoi kenduri kami pun decided nak join konvoi kenduri hari ni walaupun sebenarnya ada autoshow kat Tapak Ekspo Seberang Jaya. Tak larat sama nak ngadap panas tu......p kenduri la.

Memula kami p Pengkalan, Ipoh.
Tahniah Ajim....














Lepas dari Pengkalan, kami bergerak ke Sek Izzuddin pulak



Balik dari ipoh dalam jam lebih kurang 1600. Terus balik Taiping. Rehat sekejap, lepas Maghrib keluar semula sebab teringin pergi Taiping Mall yang baru dibuka. Sikit punya jem la!!!!!!

Lepas habis shopping, lepak makan yong tau fu bomba.
Sampai rumah semula dah kul 0000. Pack tak jadual ai so far????

01/09/2014
Pagi-pagi dah bangun setup KureSya untuk Autoshow Dataran Sungai, Parit Buntar.
Maka kami pun pergi la parit Buntar. Sampai je sana sikit punya lapar la.......seup semua, tinggai je kureSya kami p makan. Panas tapi berangin hari tu.....

Autoshow kali ni habis awal jugak la sebelum Maghrib. Alhamdulillah rezeki KureSya masih ada. Mungkin sebab Mimi tolong Mama dia lap kereta kot....hehehe









trimas organizer and tahniah kureSya..

kami sampai semula kat Taiping jam lebih kurang 0745. Rehat sekejap sebelum pulang semula ke KL. ?Bertolak jam 2030 nak tau kami sampai KL kul berapa? 0200!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Letih teramat ok.....tak tau dah nak kata apa....jem maha teruk!

apa-apa pun itulah kisah percutian kali ni yang super busy dan jammed!
sekian terima kasih!







Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, February 6, 2014

:: Autoshow - Karangkraf 8/2/2014 ::



Ciri2 pemarkahan Autoshow dan Audioshow anjuran GM Event Management..sekadar panduan asas...

interior
>kebersihan dan kekemasan 
>kreativiti
>dashboard ( fibre glass , cat , airbrush atau balutan fabrik , extra point )
>penukaran steering
>penggunaan gadjets dan Acc
>penggunaan TV & monitor 
>penggunaan Acc yg "rare"
>penukaran seat & balutan ( extra point )
>door trim ( fibre glass , cat , airbrush atau balutan fabrik , extra point )
>bumbung ( cat , airbrush atau balutan fabrik , extra point )
>Bonet belakang ( fibre glass , cat , airbrush atau balutan fabrik , extra point )

exterior
>kreativiti dan kekemasan bodykit
>kualiti cat ( 2K , crystal , tone color )
>sticker ( kreativiti ,kekemasan & design )
>airbrush ( kreativiti ,kekemasan & design )
>Rim , tayar ( kebersihan , design )

Engine
>kebersihan & kreativiti
>chrome parts & coloured piping

Audio 
>kualiti bunyi
>kekemasan wiring
>kreativiti
>semua spk mesti berbunyi seimbang ( woofer , mid & tweeter )
>bunyi Bass mesti padat
>pemadam api & fuse digital merupakan markah bonus
>woofer box dr fiber merupakan markah bonus
>gunakan lagu sendiri
>TV & Monitor TIDAK dikira dlm permakahan kategory audio( hanya dikira dlm kategory autoshow )
>size woofer sebiji 15" bersamaan saiz woofer 12" 2 biji
>size woofer 8" dikira sebagai woofer
>size woofer 8" 2 biji bersamaan dgn sebiji size woofer 12"

Spit fire ( penggunaan Gas TIDAK dibenarkan )

markah bonus
>penggunaan Air Suspension
>Lambo door
>sunroof
>convert engine
>airbrush
>wide body @ extreme bodykit design

Kategory extreme adalah
>penggunaan Air Suspension
>Lambo door
>airbrush luar body >70%
>wide body @ extreme bodykit design
>penukaran bodypart serta Acc meliputi hampir 100%

*Pihak GM berhak mengubah kategory kenderaan anda sekiranya perlu dan mengikut kesesuaian .
*Pihak GM berhak mengubah format serta syarat2 pertandingan sekiranya perlu



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, October 18, 2013

:: KureSya tu apa? ::



Haaa.....dah baca tajuk?

Ok...ada yang bertanya pada ai...AMENDA KURESYA tu?
Mungkin ada yang tak tau atau yang lupa atau yg masih BLUR tentang apa itu KureSya.

KureSya adalah sebenarnya nama kereta ai. Kereta yang mana satu?
 Kereta kelisa hello kitty ai tu la. Kereta mana lagi.

Kenapa bagi nama KureSya?
KureSya ni namanya tercipta atas sebab modifikasi kereta berkenaan dari KELISA kepada Daihatsu Mira Coure  (L700). 

Eh? Apsal macam tak sama?
Ok, begini. Dikalangan kaki-kaki Kelisa.. Coure juga di eja dengan ejaan Kurey (sebutannya begini ye kanak-kanak). Maka dengan itu nama Kurey telah diambil.

Mana pulak datangnya Sya?
Sya pula adalah nickname ai. So bila digabungkan Kurey+Sya....jadilah KureSya yang jugak membawa maksud "Sya punya Coure"

Ok...begitulah background nama KureSya ai.
Lepas ni tak mau blur2 dah bila ai sebut kureSya ye. 
Kbai..muaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!





(snap shoot dari fb bro KiKie...lawak la hangpa nih)



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, October 17, 2013

:: Autoshow Gerak Kerja Usahawan @ Politeknik Seberang Perai ::

Maaflah terlambat bercerita pasal autoshow nih...
Alhamdulillah autoshow berjalan lancar meskipun hujan datang kejap pergi datang balik...dengan padang basah dan lecak serba angin jugak agak kuat.

Sambutan sangat menggalakkan selain daripada dapat bertemu kawan baru dan jumpa reunion leh terjumpa kawan lama..yg sangat lama dah tak jumpa...jom layan gambo skit...


antara peserta2 autoshow kali ini..perghhhh boleh tahan jugak contestant..telan2 air liur jugak la sementara nak tunggu result keluar...hehehe (gambar kredit to FB abang krol)






Alhamdulillah rezeki KureSya bawak balik sedikit cash+trofi+hamper.
Cadangan untuk penganjur...rasanya hamper KW yg number 2 tu lagi best dari hamper number 1 heheheh apa kata next event kita tukar.. hehehhehe..anyway tq for the event organizer.

KureSya won 1st place



..and tahniah buat semua yang lain!
kita jumpa lagi di event akan datang...mungkin tengah bulan November pula....sebab saya dah start busy ni sampai november.......kudos all!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Top Post