Memaparkan catatan dengan label liburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liburan. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mei 2011

Di larang masuk

Salam pembuka bicara..

Once you enter, you will never get out. Tiada jalan keluar


Satu lagi filem yang baru saya tengok beberapa minggu yang lepas. Memang agak terlewat juga lah. Itu pun sebab adik saya yang belajar di UiTM balik bercuti rumah sekejap.

Pelakon filem ini:
Shiqin Kamal
Muniff Isa
Azma Aizal Yusoff
Isma Hanum Hussein

Sedikit sinopsis:
Empat sekawan (Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie) tersesat di dalam hutan. Semasa berusaha untuk mencari jalan keluar, mereka terjumpa sebuah banglo lama dan membuat keputusan untuk bermalam disitu.

Fatia yang masih bergantung kepada ubat mengalami pelbagai perasaan dan pengalaman aneh. Kekacauan itu juga membuatkan Fatia mengetahui satu per satu rahsia di rumah itu. Di rumah itu juga, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit dalam sebuah beg. Mereka juga menemui dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang penuh dengan peluru. Keadaan menjadi semakin rumit bila pistol tersebut hilang dan pertelingkahan mengenai wang yang mereka jumpai itu.

Akhir sekali, barulah ketahui bahawa banglo itu adalah pusat penjualan organ manusia.

Pendapat saya.
Permulaan filem ini agak lambat sehingga buat saya rasa bosan dan makin tak faham jalan cerita dia. Tapi sangat kagum sebab mereka merakamkan pengambaran hanya menggunakan kamera DSLR iaitu Canon 5D Mark2. Saya tak nak komen panjang-panjang sebab saya bukan orang yang mahir mengenai perfileman. Kamu mesti dah tengok kan?

xoxo

Sabtu, 21 Mei 2011

Just go with it

Salam pembuka bicara..

Sometimes a guy's best wingman is a wingwoman.

Sebenarnya saya baru saja layan movie ini. Just Go With It. Beli CD saja.

sumber: google

Pelakon cerita ini:
Adam Sandler
Jennifer Aniston
Nick Swardsom
Brooklyn Decker

Sedikit sinopsis. Ya, saya tahu saya memang antara yang terlewat tengok.
Danny Maccabee (Adam Sandler) terjumpa gadis impian nya (lakonan Brooklyn Decker) tapi terpaksa meminta bantuan pembantu setianya, Katherine (Jennifer Aniston) untuk menyamar sebagai 'soon-to-be-ex-wife' dia atas sebab untuk merahsiakan his careless lie. Tapi disebabkan terlalu banyak penipuan, anak-anak Katherine pun terlibat sama. Lastly, everyone heads off to Hawaii for a ridiculous, out-of-control weekend that tests the limits of how far we'll go for love.

sumber: google
Pendapat saya
Saya mengharap sesuatu yang menarik lagi menghiburkan dari Adam Sandler. Beliau kan terkenal dengan watak-watak yang kelakar. Tapi sayang watak beliau dalam cerita kurang kelakar melainkan lelaki yang seolah-olah desperate untuk mendapatkan seorang perempuan sehingga sanggup menipu. Alasan saya nak menonton cerita ini pun semata-mata kerana Adam Sandler. Nasib saya tak menonton di pawagam. Mungkin salah saya yang menganggap semua lakonannya mesti berbentuk komedi. Jalan cerita hanyalah sebuah jalan cerita yang biasa-biasa sahaja.

xoxo

Selasa, 26 April 2011

3 perkara yang buat tersengih

Salam pembuka bicara..

Ada tiga perkara yang menggembirakan saya hari ini.

Pertama
Cuti saya telah diluluskan. hek. Itu pun nak kecoh. Maka, weekend ini saya dapat berhoneymoon dengan kawan-kawan saya secara aman dan damai lah. Sangat rindu pada kalian. hu. Sebenarnya setiap hari sabtu, saya memang bekerja tapi kerja half day lah. Tapi kan 2 Mei tu sepatutnya cuti tapi kami tetap kena bekerja. Masa itu, saya masih berhoneymoon lagi, tetap nak cuti.

sumber: google

Kedua
Z naik gaji. yippie! Boleh paw. hukhuk. Nak minta handphone baru boleh? Confirm kena lempang laju-laju. Ok. Rezeki orang nak kahwin boleh? Baru semalam Z kata nak buat part time, sekali hari ini dapat tahu naik gaji. wettt

sumber: google

Ketiga
Rupanya hari sabtu ini, saya akan ke Penang bersama Hajar, Ili, Sherin, Nida dan lagi sorang adalah surprise untuk kawan-kawan saya. Balik dari Penang mesti kena basuh kaw-kaw dengan Z sebab dia dah banyak kali cakap tak payah pergi. hukhuk

sumber: google
xoxo

Ahad, 20 Mac 2011

Marathon movie

Salam pembuka bicara..

Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.

Pada saya ayat ini macam tagline pula.

Ahad yang lepas (huh, lambat sungguh cerita pasal ahad) saya bersama dua orang adik saya mencari hiburan di Kuala Selangor. Rasanya Kuala Selangor sahaja kot yang terdekat daripada Ipoh. Salah seorang itu pula demam tapi nak ikut juga. Alasannya, bukan selalu dapat paw kakak. cett

Ok. Kami tengok dua cerita hari tu.

Cerita pertama: Big mommas: like father, like son.

sumber: google

Overall cerita ini ok la. Tapi macam yang lepas-lepas punya version lagi best kot. Tak banyak pun aksi yang boleh diketawakan. Boleh lah kalau sekadar untuk mendapatkan mood sebelum menonton cerita seterusnya.



Cerita kedua: Hikayat Merong Mahawangsa

sumber: google

Cerita ini pada saya memang best. 5 star. Thumb up untuk KRU production. Belum pernah saya tengok cerita malaysia macam ni.



Minggu lepas dah marathon movie. Minggu ini saya mahu berehat sahaja di rumah. Semalam sepupu saya bertunang. Petang nanti saya perlu ke MRSM Trolak untuk hantar adik saya semula ke asrama. Cuti sekolah kan dah habis.

xoxo

Jumaat, 18 Mac 2011

Pesta belon panas

Salam pembuka bicara..

Minggu ini akan diadakan 3rd Putrajaya International Hot Air Balloon.

Tarikh: 17 -20 Mac 2011
Tempat: Monumen Alaf Baru, Persint 2, Putrajaya
Masa: 7 pagi - 9 malam

Tahun ini 29 biji belon panas. Tahun lepas berapa ea, lupe. Maklumat lanjut, sila klik sini.

Tapi malangnya, minggu ini saya memerlukan rehat yang secukupnya. Lagipun, sepupu saya akan bertunang sabtu ini. Nak pergi wedding kak iman pun saya terpaksa batalkan, lagilah nak pergi pesta ini. Nasib tahun lepas saya sudah pergi. he



Selamat berhujung minggu kamu semua.

xoxo

Jumaat, 25 Februari 2011

MATTA FAIR kembali..

Salam pembuka bicara..

Selepas habis promotion big sale dari Air Asia pada 27 Februari ni, MATTA FAIR pula akan kembali.

Pada kamu yang merancang untuk bercuti antara September 2011 sehingga Februari 2012, cepat-cepat grab tiket sekarang. Kalau agak-agak, ada kawan nak kahwin hujung tahun ini, boleh lah hadiah kan tiket penerbangan kat mereka. Saya pernah sekali je hadiahkan tiket penerbangan sempena perkahwinan kawan saya. Tapi hadiah ini tak boleh lah nak buat surprise sangat. Kena inform bakal pengantin sebab kita perlu nombor kad pengenalan mereka. hu.

Ada sesiapa tak nak hadiahkan saya tiket penerbangan bila saya dah kahwin nanti? he.

Kalau kamu suka berjalan-jalan seperti saya, kamu hars pergi MATTA FAIR. Sebab kat sini boleh dapat harga perlancongan dan pakej yang superb murah dari biasa. hu. Dengan syarat kamu harus pandai mencari!

sumber: ammboi.com

Yang tak berminat? Apa salahnya kalau anda berkunjung kesana terlebih dahulu. Kemudian tepuk dada, tanyalah minda.


Date : Mar 11 - 13 2011

Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Contact : Ms Aisya or Ms Salbiah
Phone : 60392876881
Fax : 60392876881
Email : salbiah@matta.org.my
Website : http://mattafair.org.my/

xoxo

p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

Khamis, 10 Februari 2011

Karnival WOW Putrajaya!!

Salam pembuka bicara..

Jom ramai-ramai kita gegarkan karnival WOW Putrajaya hujung minggu ini.


Tengok!! Banyak kan aktivit yang akan dianjurkan. Tahun lepas saya ada pergi ke Hot Air Balloon. Ingat tahun ini nak pergi karnival ini kalau tak ada apa-apa halangan.

Tiba-tiba, saya terfikir Putrajaya itu dekat sangat kot dengan Tanjung Malim sampai tiap-tiap minggu turun sana. Dulu masa belajar di UPM memanglah sakan nak pergi tapi sekarang dah lain.

Z kata tak payah pergi. Simpan duit untuk kahwin. Bukan bukan. Simpan duit untuk beli rumah. he.

xoxo

Selasa, 25 Januari 2011

Impian ku musnah

Salam pembuka bicara..

Saya sudah pulang berkencan masa entri ini ditulis. hiks. Saya nak bagitahu musnah semua angan-angan.

Z saya ini kedekut sikit. he. (jangan marah ea budak busuk). Plan yang konon nya nak makan di Seoul Garden tak jadi sebab kami ke Jusco Bukit Tinggi macam dalam post ini.



Saya pujuk nak makan kenny roger's macam hari itu tapi dia kata tak kena dengan selera dia hari ini.




Akhirnya, kami makan prosperity burger di Mc D. Tinggi lemak okeh.




Habis makan, saya merungut 'jom makan buah dan salad'. Merungut banyak kali confirm boleh dapat sebab Z tak tahan dengar saya sebut-sebut banyak kali. he. Tak lengkap hidangan saya tanpa sayur dan buah.

Then, sama-sama tengok wayang cerita khurafat. Kenapa saya rasa cerita ini tak seram ea? Tapi thumb up la sebab pengakhiran cerita dia menarik. Tak sama macam kebanyakan cerita melayu yang saya pernah tonton.




Plan nak pergi  taman botanic pun tak jadi sebab jauhnya Klang dengan Putrajaya. Dan Z nak balik ke Ipoh pula. Nak tengok baby baru pun tinggal mimpi saja lah.

Sebelum balik, kami berwindow shopping dulu. Jalan-jalan dalam jusco sekali ternampak ada tiffany & co. Tak sangka ada booth dalam jusco ini. Maka, kami cuci-cuci mata la dengan cincin-cincin dulu. Z berhenti pada cincin ruby.

Z: Nak yang mana?
D: Nak yang kecil.

Lepas itu dia tunjuk pada saya cincin yang berpotongan princess tapi batu dia dekat luar. Macam gambar kat bawah ni. Tapi warna batu warna merah lah sebab ruby kan?

Sumber: google

D: Tak nak yang itu. Saya tak suka. Tak cantik.
Z: Itu lah yang kecil. (Dasar betul)
D: Z, saya tak suka cincin yang batu dia terkeluar. (Tapi cakap dalam hati saja sebab nak jaga hati sale assistant (SA) yang ada kat depan tu)

Collegue saya cakap cincin yang saya suka macam sesuai untuk lelaki. Beria saya nafikan. Tak lah perempuan pun boleh pakai. Lelaki mana boleh pakai emas. he. Alasan lagi, nanti dah ada baby, dia nak gigit-gigit je batu itu. Kalau tertelan macam mana. hu. Collegue saya cakap 'pandai la dira. kahwin pun belum lagi nak cerita pasal anak'. hekhek.

Saya suka princess cut tapi kalau boleh nak minta yang macam ini.
sumber: google

atau

sumber: google

atau

sumber: google

atau

sumber: google

Muchuk, boleh kan?! hek. Jangan pengsan taw. 

xoxo

Rabu, 29 Disember 2010

Saya blogger Selangor

Salam pembuka bicara..

Memandangkan Blog Pilihan Malaysia (BPM) telah melanjutkan penyertaan Sahabat Blogger Mengikut Negeri sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Saya sengaja nak mengambil kesempatan juga. Kalau ikut kan saya dah terlepas dah peluang untuk join. he.

Kalau korang nak join blogger lain mengikut negeri asal korang, korang boleh masuk ke website BPM ini.

Apa yang perlu saya lakukan adalah:

1) Nama : dhiera tapi nama blog adalah .:miznogood:.

2) Status : bujang. he. (b sayang, ok kan letak bujang. hukhuk)


3) Cara hubungi: link facebook saya di tepi atau emel blog: nadz_ai13@yahoo.com

4) Daerah: Hulu Selangor

5) Tempat tinggal: Felda Gedangsa. Ada ladang kelapa sawit, ada ladang getah, ada lembu. hakhak

6) Tempat-tempat menarik:

Hulu Selangor ada banyak sungai tapi serius, saya tak ingat nama sungai-sungai ini paling famous di Batang kali dan Ulu Yam. Satu saja nama sungai yang saya ingat iaitu Sungai Inki di Kalumpang. Teruk betullah saya ni. Terdapat beberapa kolam air panas. Yang saya ingat adalah kolam air panas tujuh telaga. Sebab masa zaman mak dan ayah saya sekolah, mereka selalu pergi tempat ini. Ok, mak dan ayah saya satu sekolah. hu

Ok sebenarnya ada lagi. Korang bukak link ini untuk dapatkan tempat-tempat menarik disini lagi.

Bahagian bertanda merah adalah antara tempat-tempat yang saya sebut tadi. Bahagian bertanda hijau adalah tempat tinggal saya.


Terletak di Timur Laut bagi Negeri Selangor. Barat daya bagi Hulu Selangor adalah Kuala Selangor. Selatan bagi Hulu Selangor adalah Gombak. Juga bersempadan dengan negeri Perak (di utara) dan Pahang (di timur).

Hulu Selangor (Selangor) dan Tanjung Malim (Perak) dipisahkan dengan sebatang sungai. Sempadan Selangor dan Pahang terletak di  Bukit Fraser dan Genting Highlands. he. Betul ke? Maaf kalau salah.

Huruf A di peta adalah ibu daerah hulu selangor.


Saya memang mahir sedikit pasal geografi tapi tak mahir lagi banyak. he. Bagi pencinta alam, Hulu Selangor tempat mesti pergi. hu. Selamat datang!!

Nak tahu lanjut mengenai saya? Sila lihat sini.

xoxo

Isnin, 20 Disember 2010

serasi bersama

Salam pembuka bicara..

Siapa tengok rancangan 'serasi bersama'?

Saya..saya.. (Sambil angkat tangan. Collegue saya tengok pelik je)

Rasanya baru semalam kot baru ada rancangan ini. Sangat comel lah mereka. Buat saya tersengih-sengih sendiri. Maka, lepas menonton ini rancangan saya dengan my muchuk 'Z' pun jadi mereng sekejap.

Tapi bukan saya yang mulakan. Z yang mulakan dulu.

Z: Siapa paling degil? Erk, Z suka cakap saya degil.
Saya: Siapa suka marah-marah? Z memang suka membebel dan bising-bising kat saya.
Z: Siapa suka banyak tanya? Saya tanya sebab saya nak tahu. Kalau tak nak cerita, sila jangan start buka cerita.
Saya: Siapa suka serkap jarang tak tentu pasal? Z memang suka serkap jarang dengan saya. Jeles sangat padahal saya buat apa-apa pun oke!
Z: Siapa suka tanya soalan macam polis? Saya tanya banyak-banyak sebab saya tak puas hati. Sama macam kenyataan di atas.
Saya: Siapa yang nak pergi interview polis hari itu? Z nak pergi interview polis tapi tak malas sebab dia mata duitan untuk jual darah.
Z: Siapa suka paksa-paksa? Alasan saya sama seperti di atas. Z yang tak nak cerita sampai saya puas hati.
Saya: Siapa sayang sayang? Ok. Saya malas nak panjangkan cerita. Saya tahu soalan wajib dijawab oleh Z. Tak jawab, jangan harap nak tengok saya yang comel ini nanti. haks. Saya sudah impikan kemenangan di tangan saya. Tapi Z balas dengan

Siapa sayang B?

Hampes. Tapi kemenangan memang milik saya lepas itu. hahaha (gelak sin chan)

Tiba-tiba saya rasa blog ini banyak menceritakan kisah saya dan Z. Sorry ye kawan-kawan. Sharing is caring kan? kan?

xoxo

Jumaat, 17 Disember 2010

cerita tentang kek

Salam pembuka bicara..

Semalam ada suatu story rahsia telah berlaku. Hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Tahun depan saya cerita boleh? ha

Sebenarnya, saya takut tak sempat nak celebrate birthday Z tahun depan. hiks. Bunyi tahun depan macam lama lagi kan? Lebih tepat bulan depan. Hampir 33 hari kot. (Ini adalah anggaran kasar. Kalau salah, jangan marah ye laling). hu. Ada plan nak buat surprise tapi dah tak jadi kot sebab plan bertukar menjadi plan yang tidak disangka-sangka.

Idea gila datang lepas balik jumpa tutie. Nak balik lalu jusco. Maka, kami singgah lah kejap.Tekak saya masa itu gatal nak makan takoyaki. Z tak pernah makan takoyaki. Saya pula sibuk promote takoyaki. Siap kata yang mak saya pun suka. Ini hakikat okeh. Mak saya suka makan takoyaki. Maka, haruslah Z cuba kan. hak.

sumber: bing

Gambar di atas adalah takoyaki. Tapi bukan takoyaki ini yang saya bagi pada Z.

Sementara tunggu takoyaki kami masak, saya ada nampak La Boheme. Muncullah idea gila ini. Untuk pujuk dia (sebab saya kata takut tak dapat celebrate nanti), saya pun suruh lah dia pilih kek mana yang dia nak. Well, saya memang tahu dia suka kan kek coklat. Haruslah pilih kek coklat juga kan? Saya suka kek coklat tapi lagi suka pandan layer cake. Bila dah nampak, rasa nak juga. Maka, beli 2 kek. Tapi 1 slice je. Tak larat kot nak makan 1 biji berdua saja.


Kek dari La Boheme. Z pilih.

Tak ada gambar pandan layer cake saya pun. Z tak nak tangkap gambar pandan layer cake. huh.

Satu yang saya makin sayang dekat Z. Walaupun dia tak suka, dia tetap makan dengan lahapnya. lalala. Masa makan takoyaki, saya tanya sedap tak? Dia geleng kepala. Saya pun merungut lah. he. Soalan yang sama saya tanya dua tiga kali sebab dia memang makan dengan bersungguh. Habis dulu sebelum saya pula tu. Sama juga dengan pandan layer cake. Dia kata tak suka tapi saya tetap sumbat dalam mulut dia dan dia makan sampai tak lalu. ha.

Dari awal kami kenal, Z memang ada cakap dia suka kan kek coklat secret recipe tapi dia tak tahu nama kek itu. Dan saya tahu dia tak suka kek chocolate indulgence. ha. Z panggil kek aiskrim. Sebab Z tak tahu nama kek yag dia suka walaupun saya rasa kek yang dia maksudkan dia suka sangat tu adalah kek chocolate fudge. Saya tetap belikan kek chocolate indulgence untuk Z. Jahat tak? Tapi Z tetap makan. hu.


Ini la chocolate indulgence cake yang Z kurang minat tapi makan juga.

Belum pernah dengar orang cerita sambutan hari jadi dia ada 3 kek melainkan kek 3 tingkat. Tapi Z, saya belikan 3 potong kek yang berlainan. haks. Nota Z: Mana nak dapat awek bagi 3 kek sekali untuk celebrate becoming birthday? Bagitahu sikit.

xoxo

Selasa, 14 Disember 2010

Review: Ngangkung

Salam pembuka bicara..
Lambat saya publish post ini. Ini adalah penulisan saya hampir 2 minggu yang lepas. hu. Permintaan dari sahabat sekerja saya yang ajak tengok cerita ngangkung akhirnya saya tunaikan. ha. Mula-mula saya fikir berbaloi ke nak tengok. Dan akhirnya, saya berpuas hati cuma pengakhiran cerita masih boleh diolah untuk menjadi filem ini lebih menarik.

Budaya ngangkung ini saya tak pasti secara realitinya ramai atau tidak yang amalkan. Tapi yang saya pasti budaya membeli nombor ekor memang wujud. Setiap hari ada saja orang yang saya nampak pergi ke pusat-pusat nombor ekor ini. Malah, ada seorang mamak ini beritahu saya yang dia beli nombor ekor guna nombor pendaftaran nini dan didi. Berjaya ke tak. Saya tak mahu ambil tahu pun.

Cerita ini memang buat saya asyik tergelak saja. Rate: saya terhibur.

xoxo

Rabu, 8 Disember 2010

Hujung minggu saya..

Salam pembuka bicara..

Hujung minggu lepas banyak menghabiskan masa bersama Z. Kali ini tak ada istilah, Z ikut saya shopping macam post ini. Tapi saya yang ikut dia shopping sementara jusco masih dalam sale ini. Macam pelik saja kan? Z nak beli baju baru. Maka, saya pun ke hulu ke hilir. Dari tingkat 2 pergi tingkat 1. Dari 1 jenama pergi ke jenama lain. Last-last, saya pun tak ingat jenama apa dia beli. Apa yang saya beli? Hadiah kahwin untuk sahabat hujung minggu ini sahaja. Tak cukup cari baju, kami pergi ke tempat supermarket pula. Z nak beli air twister tropicana yang twin pack itu. Lepas nak beli sabun mandi la, ubat gigi la, minyak rambut la. Saya layankan sahaja. Tak jumpa dalam jusco nak pergi watson pula.

First time, ikut lelaki shopping rasanya sama macam perempuan shopping juga. Sama macam perempuan lalu depan kedai kasut dan terus masuk nak try-try kasut itu. Sebab Z nampak ada wallet ada less berapa percent saya tak ingat, dia kata nak beli juga. Dalam hati saya, orang tua ini biar betul. Sepantas kilat saya tanya wallet yang ada itu tak boleh pakai lagi ke? Z jawab dah rosak sambil tunjukkan pada saya. Tapi saya nampak kawasan yang berzip itu dia tak guna pun. Lagipun, compartment lain masih elok. Buat apa nak membazirkan laling. Tak payah.

Kononnya saya yang nak cari baju sepadan dengan kain pario saya. Tapi satu design pun saya tak tarik perhatian saya. Lagi-lagi masa itu perut saya masuk angin. Nak jalan pun larat. Kesimpulan: Z tak pandai jaga awek sebab tak bagi awek dia makan banyak-banyak. hu. *saya sedang bersedia untuk menerima kemungkinan yang akan dilemparkan kepada saya selepas Z baca post ini*

xoxo

Khamis, 2 Disember 2010

kamu ada kriteria ini tak?

Salam pembuka bicara..

Kacak, hensem, lawa, cantik, comel, manis?? Semua ini adalah sesuatu yang subjektif. Pandangan setiap orang juga berbeza. Dan pada saya, semua itu kurang penting tapi bonus. ha. Sebab mungkin luar cantik tapi ada sesuatu yang yang kita tak tahu. Apa yang kita tak tahu itulah boleh buat kecantikan atau kekacakan seseorang menjadi negative negative dan negative. Tapi yang nampak biasa, tak comel sangat, tak kacak sangat itu ada sesuatu yang boleh diberi bonus sampaikan positive positive dan positive. Semua orang suka, semua orang senang. ha.

Saya kategori yang mana, saya tak pasti. Tapi orang kata comel. Betul ke? hu. Bangga diri sendiri. adoi. Tapi saya rasa saya manis sebab saya suka senyum. Yeke? Well, kita kena tahu kelebihan diri sendiri juga kan. lalalala. Sila abaikan statement itu.

Ciri-ciri lelaki kacak mengikut buku panduan saya. ha.

1) Ada gigi taring.
Saya suka lelaki yang ada gigi taring. Nampak macam ganas. Tapi tak nak lah lelaki itu betul-betul ganas. hu

2) Tahu bawa kereta manual.
Barulah namanya lelaki kalau pandai bawa kereta manual. Sebab saya sendiri pakai kereta manual. hu. Macam manjalah tambah malas saja kalau bawa auto. Ee..tak suka lah.

3) Bulu mata lentik.
Memang terserlah kehenseman kalau bulu mata beliau lentik. Menjadi tarikan. Confirm saya nak tengok sampai juling biji mata. Semua perempuan pun sukakan. Dapat gene macam itu boleh bagi pada anak. ha. Bulu mata sahaja ok!

4) Selalu panggil-panggil nama saya.
Dah kata saya ini agak kemanjaan dan kegedikan sedikit, mestilah suka kalau lelaki panggil saya banyak-banyak kali. ha. Tapi bukan macam cerita Ulek Mayang hokey!

5) Merokok.
Nampak macam macho. Tapi jangan berani buat ok! Tak baik untuk kesihatan. Dan berdosa juga kan?! Tapi kalau calon suami saya amatlah molek tidak merokok. Walaupun, mereka yang merokok nampak macho tapi bila dekat euw.. Saya tak suka bau asap kamu lah!

6) Pukaukan saya.
Ok. Yang ini tak boleh cerita panjang melainkan kamu sudah bernikah. Dan saya pun tak pernah mencubanya. Tapi saya dapat bayangkan kalau ini terjadi mesti lelaki tersebut nampak sangat kacak (Berjangkit dari novel mana tah!!)

Itu sahaja buat masa ini. (ada lagi ke?erm...) Perhatian penting: ini adalah pandangan dari sudut pemikiran saya dan hiburan semata-mata. Jangan fikir kita serupa walau kita bersaudara. ha.

xoxo

Khamis, 25 November 2010

Post pukal agak terlewat

Salam pembuka bicara..

Hari ini saya nak buat post pukal. Ingat tak post ini. Saya ada bercerita pasal majlis perkahwinan sahabat saya. Saya ada niat untuk publish beberapa gambar kan? Maka, ini antaranya. Tapi gambar pasangan mempelai ini saja k!


Sumber: Hajar's facebook

Sumber: Cousin's pia facebook

Saya suka gambar yang kedua ini. Nampak sweet sangat dorang.

Saya teringin nak tahu apa yang korang semua buat masa raya hari itu. {post ini} Rasanya untuk raya haji, setiap orang ada cara sambutan yang berbeza. Di tempat saya, rayanya sama sahaja seperti hari-hari biasa. Tapi cuma yang kelainannya kali ini, Z datang ke rumah. Kami pun banyak habiskan masa di rumah dan selebihnya keluar berjalan sekejap.



Ini saya bersama didi. Sebenarnya, bukan nak tunjuk gambar saya tapi nak tunjuk background kat belakang itu. Bukti saya keluar masa hari raya hari itu. Patutnya gambar ini kena ada tarikh barulah orang nak percaya. Dan saya tak suka tagline kat ats itu kecil sangat. PC ini guna open office. File name dia tak ada jpg ke png ke gif pun tak ada juga. Maka, saya guna saja lah apa yang boleh diguna pakai.

Dan major complaint yang dapat pada hari raya itu adalah air yang saya buat tak manis. Saya harap nida yang baca post ini, 'Tolong support aku sikit. Z ini kata air aku buat tak manis. Padahal, aku dah rasa manis. Ang, orang yang paling faham kan kalau datang bab-bab manis kemanisan ini. ngeh'. Buktinya adalah perbualan ym kami.


Editing gambar ini hodoh juga. Tapi at least saya boleh baca tagline kat tepi itu. Buat Z: Jangan marah ea. Saya ter'save' pula. hu.

Alasan saya bagi:
1) Tak elok untuk kesihatan minum air manis-manis selalu
2) Saya ada deria rasa yang sangat sensitif kepada manis.

Ok la kan alasan itu. hu. Ini sesuatu yang Z perlu belajar dari saya. Kalau tidak, tiap-tiap hari saya bagi Z minum minuman manis dengan gula EQUAL. Mana satu nak? Berani nak kopak duit tiap-tiap bulan?!!



Selasa, 9 November 2010

Free seat kembali..

Salam pembuka bicara..

Semalam saya dapat emel dari Air Asia. ha. Jangan kata tak pernah dengar ea. Lepuk karang. Well, saya memang kaki jalan. Dan setiap kali ada promo dari air asia, saya antara orang yang pertama nak rebut-rebut beli tiket juga. Tapi kali ini, saya agak berlainan. Maka nya, saya cuba meneliti sendiri kenapa saya macam tak berapa nak excited? Jawapannya:

Company tempat saya bekerja memang kedekut cuti. Ya. Susah untuk minta cuti. Ini adalah pesanan dari orang yang lebih berpengalaman dari saya ok! Lagipun, hari sabtu memang hari bekerja untuk saya. Hanya ahad adalah off day saya. Fikirkan berapa banyak cuti yang perlu saya apply kalau untuk berjalan-jalan. Kemungkinan yang harus dihadapi adalah cuti saya di reject. huh. Saya pasti menangis terguling-guling.

Selain itu, saya belum ada annual leave. Budak baru belajar kan. Nak demand cuti banyak-banyak memang di larang. Belajar dari pengalaman. 3 hari unpaid leave saya sewaktu majlis konvokesyen tempoh hari bernilai RM 182.14. Makanya, kesimpulan yang saya dapat huraikan adalah sikit nya gaji saya bulan ini. arghhh. Stress kejap.

Saya rasa saya perlu secara serius untuk membuat simpanan. Secara official nya, saya masih tidak menerima sesiapa dan tawar hati dengan sesiapa. ha. Tetapi ada sesiapa telah membuat saya terharu. Saya namakan dia Z. Saya terharu dengan awak Z. Awak bersungguh tapi belum cukup untuk menyakinkan saya dan saya rasa seperti ada hati-hati yang perlu saya jaga. Kesimpulannya, saya akan menyimpan lebihan wang untuk kegunaan masa akan datang. Yeay.

Keputusan saya pada hari pertama promo: 'say no to fly'.

Isnin, 9 Ogos 2010

Selamat berpuasa semua...

salam pembuka bicara...



Rabu ini kita semua (bagi yang muslim) akan bermula puasa kan??insya4JJ1.. Jadi, selamat berpuasa laa untuk kawan-kawan semua.



Memandangkan bulan puasa dah dekat, NN dengan kawan-kawan banci mula lah merencana pelbagai aktiviti. Tapi tunggu gaji punya gaji tetap tak masuk jugk. Berbekalkan duit yang semakin kering, kami pun pergi juga menjayakan aktiviti tu. Nak tahu ape aktiviti kitorang?? Pergi mandi sungai la..hahaha



Mula-mula,kami nak mandi di Sungai Inki. Lokasi?? Di Kalumpang.. Kebetulan, untuk fasa 3 ni kami semua kena banci kat area Kalumpang ni. So, tak ada masalah sangat la. Lepas mandi terus pergi banci.. haha.. Tapi memang bukan rezeki kami untuk bermandi di situ. Kenapa?! Sebab ramai sangat orang kat tempat tu. Rasanya, dorang pun ada pemikiran yang sama macam kami jugak kot,puasa dah dekat. hahaha



Si Aizat yang dah berbulu nak mandi sungai jugak pun ajak pergi ke Batang Kali. Akhirnya, kami pun bermandi-manda di Batang Kali. Ala, jalan nak naik ke Genting Highlands tu.. Agak2 korang nak pergi Genting usha-usha la kat tepi tue, mesti korang jumpe..



Tempat mandi tue best.. Sebenarnya, ni kali kedua NN mandi kat situ. Konon nak mandi sekejap sebab nak pergi banci. Tapi, bila dah berendam dalam tu, rasa tak jadi nak berbanci. hahaha. Habis berseronok, NN tergaduh pulak dengan Aizat. Alasannya. Masing-masing tak nak drive. Nana buat muka tak reti sebab dia memang tak reti bawak pun. Tapi pergaduhan tu memang sekejap je sebab Aizat mesti mengalah punya. hahaha. Yang penting, memori tercipta antara kami bertiga.

Kalau ada masa lagi nanti NN upload gambar kami bermandi di Batang Kali tu ye.. NN nak sambung buat keje ni. Nanti manager pandang jeling-jeling pulak.

Khamis, 4 Jun 2009

Gunung Nuang

salam pembuka bicara...salam pembuka bicara...

aiyakk!!!arini tetbe windu nk g mandi sungai... n yg bez, tuk pertama kali yer mandi kt sungai yang dlm yer smpai my neck...gilak r... seyes, ak memg brani mati tym 2... sbb ak xpandai berenang tp mandi kt sungai cm2... memg sengaja cari nahas... gpn,, pagi 2 memg ujan kt area kajang n hulu langat 2... tp plan tetp plan...

momoe,, ko ble nk blk cn... ak hang out sme gn kamoo... g tgk teater skali k!!


cn cetek jer...jom msk dlm!!


ak yg xpandai berenang berpaut di kayu n ahcan 2 duduk dlm air tuh


photo by momoe


port kami jauh dr kaum keluarga bermandi-manda


d buzzie of mine


lepak2


"jejaka tampan malaya terakhir"

btw,, blk dr bermanda-manda kt gunung nuang ni...kami pn.....

ahcan berduet gn bajet


bukan senang nk tgk bajet nyanyi...jual mahal


pict b4 back home..


mereka kawanku

my next trip is go to kundasang...ak pasti datang...