Youth Intellectual Mind

Welcome to my blog.Your comments and feedbacks are much appreciated

Checkmate

Check out the popular posts for the best articles of all time.

Najib Maniac

I support the Transformation brought by YAB Datuk Seri Najib Razak.

Welcome

This is my page. The ideas are mine. You can hate it. Your rights

Showing posts with label Hannah cina india. Show all posts
Showing posts with label Hannah cina india. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Apa Motif sebenar Hannah Yeoh ??

Seperti yang kita tahu, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh yang baru mendapat anak menyeru JPN letakkan bangsa anaknya sebagai 'ANAK MALAYSIA' ... klik disini untuk mengetahui secara lebih lanjut !


Mari kita selidik sedikit  menyenai isu ADUN Subang Jaya ini :
i) Hannah berkhawin dengan lelaki berketurunan India dan dikurniakan dengan seorang bayi perempuan. 
ii) Hannah tidak mahu mendaftar anaknya sebagai berketurunan Cina mahupun India tetapi 'Anak Malaysia'  
iii)"Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini." -petikan dari MalaysiaKini.


Persoalannya :

PERTAMA

Mengapa Hannah tidak mahu anaknya didefinasikan dalam keturunan Cina atau India tetapi mahukan anaknya didaftar sebagai Anak Malaysia? Jika Hannah benar benar ikhlas atas perjuangannya ,beliau sepatutnya berjuang untuk semua bayi yang dilahirkan agar diklasifikasikan sebagai 'Anak Malaysia' bukannya untuk anak sendiri sahaja..kenapa beliau tidak menyaran Kerajaan Negeri Selangor untuk mengeluarkan/membuang semua ruang bangsa dalam semua borang rasmi negeri tersebut dan digantikan dengan 'Anak Malaysia'???
Maka jelas kelihatan bahawa perjuangan ini adalah untuk kepentingan sendiri atau boleh juga dikatakan untuk kepentingan politik beliau sendiri..

KEDUA

Apa yang dimaksudkan dengan : "Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini." ??
Kenapa tidak India(mengikut suami)?? Apakah 'kepentingan' yang dimaksudkan ?? Adakah Hannah MALU untuk mengaku bahawa anaknya berketurunan India???Bukankah ini satu diskriminasi kaum amat jelas ??Penulis percaya Hannah dan suaminya berkhawin atas dasar cinta yang kononya buta.. Cinta yang tak kenal warna,rupa dan bangsa kini bertukar menjadi rasis menolak hakikat bahawa anaknya keturunan India....bukankah ianya begitu?? 

KETIGA  

Sah perjuangan Hannah adalah untuk kepentingan diri sendiri apabila beliau gagal mendapat sokongan dari PKR mahupun PAS.... Kenapa Nurul Izzah,Ahli Parlimen Lembah Pantai tidak menyokong dan memberi apa-apa ulasan mengenai isu ini??Kenapa Nurul Izzah yang baru melahirkan anak tidak minta JPN agar anaknya didefinisikan sebagai Anak Malaysia ?? Bukti kukuh ini jelas menunjukkan Hannah cuba mencari publisiti murahan dan perjuangan ini semata-matanya untuk kepentingan sendiri!!

Apakah logiknya ruang bangsa dibuang??

Buku Jingga ,Muka 20 , ada mengatakan bahawa 'Hak Istimewa orang Melayu Terjamin' ..Ini bermaksud ianya hanya sah jika rakyat diklasifikasi berpandukan kaum . Jika tidak, Buku Jingga perlu diperbaiki usulnya..adakah Pakatan bersedia untuk melakukan pindaan dan mengaku bahawa Buku Jingga merupakan buku yang tak sempurna???

Maka penulis berharap, Hannah akan insaf dan tidak menjadikan anaknya sebagai pekakas politik murahan.. Maruah keluarga dijual semata-mata untuk mencari publisiti..

Fikir-fikirkanlah!!