Youth Intellectual Mind

Welcome to my blog.Your comments and feedbacks are much appreciated

Checkmate

Check out the popular posts for the best articles of all time.

Najib Maniac

I support the Transformation brought by YAB Datuk Seri Najib Razak.

Welcome

This is my page. The ideas are mine. You can hate it. Your rights

Sunday, May 27, 2012

Pendedahan Korupsi DAP : Roonie Liu Perlu Jawab!


Dibawah adalah dokumen yang di'scan' . Menurut sumber , Teoh , nama sebenar  ini adalah sebahagian dari dokumen yang menunjukan kontrak yang diberi YB Roonie Liu kepada Wong Chuan How dari kawasan DUN Sungai Pelek.


Dikatakan lebih 84 projek /kontrak bernilai lebih RM200,000.00 diberikan kepada kroni oleh Roonie Liu.
Kesemua nilai ini diberi kepada Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang ,  Perniagaan Seri Makmur,  Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan lain lain lagi yang dimilik/ketuai oleh Wong Chuan How !

Lihatlah dokumen diatas.
 Kesemua 84 projek/kontrak diberikan kepada ORANG YANG SAMA! Ini baru satu dokumen. Banyak lagi bakal didedahkan.Apa jawapan Roonie??

Baru 5 Tahun dah macam ni...nak lagi 55 tahun? Pigidaaaaah! 

Saturday, May 26, 2012

@HariBelia2012 : HBN 2012 Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Dan Matang




PUTRAJAYA, 26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.

@HariBelia2012 : Suara Belia Menyokong Najib Bergema Di Putrajaya


PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia. 
Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.
"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.
"Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya.
Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti "Kami sokong dasar kerajaan", berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

Gilaaaa beb!! Himpunan Sejuta Belia pastinya buat Anwar getar!! Hahahaha

Untuk keterangan lanjut  layari : www.hbn.gov.my 


@HariBelia2012 : Perhimpunan Sejuta Belia Bakal Jadi Realiti!!




PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.
Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.
Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.
Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.
Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.




"Saya dapat  rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.
Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.
Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.
"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.
"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.
Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.
Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia.
"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

Sudahkah anda ke Putrajaya? belum? Tunggu apa lagi? JOM GEGAR PUTRAJAYA!!!

Untuk keterangan lanjut : www.hbn.gov.my


Saturday, May 19, 2012

Papan Tanda Rasis di P.Pinang ?..Salah Siapa?

Rasis atau Hipokrit??

Penulis nak sangat tanya puak puak DAP ni... Jika sebelum ini DAP pernah mengutarakan isu papan tanda yang bertulis Jawi kononya tidak selaras dengan slogan Satu Malaysia ..kini ada soalan yang sama penulis ingin tanya kepada kumpulan biaDAP ini... terutamanya Tuan yang penulis sangat hormati dan sayangi, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sebelum itu , mari kita buat sedikit recap , 4 tahun yang lepas isu dibawah ini dibawa ke media oleh DAP ..


Monday, May 14, 2012

@HariBelia2012 : Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya ! Jom!



Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama
JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu
program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan
diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan
SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh
berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta
khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth
pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan
bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang
berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat
kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan
sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara
terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.
Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut
menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal
pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah
beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk
mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya
yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint
3 Putrajaya !!!

Untuk keterangan lanjut : sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)

Atau sila ke : http://www.hbn.gov.my/


Wednesday, May 9, 2012

@HariBelia2012 What Do We Have?? WOW!

DO YOU KNOW WE HAVE THIS ........















AND MANY MORE ... CLICK HERE , HERE and HERE FOR MORE INFO ...
ITS FUN AND EXCITING...DONT MISSED IT!!

Tuesday, May 8, 2012

@HariBelia2012 | Perkhemahan Pink Village #1Malaysia ! Jom!!


Perkhemahan PINK VILLAGE
TARIKH  :  23,24,25,26 DAN 27 MEI 2012
TEMPAT :  PADANG PERKHEMAHAN PUTRAJAYA




PINK VILLAGE 2

Perkhemahan kali ke 2 oleh Pergerakan Puteri UMNO
Selangor. Perkhemahan Puteri UMNO Negeri Selangor yang di namakan “
PINK VILLAGE”. Peserta terdiri dari Puteri UMNO di Bahagian Bahagian
di dalam Negeri Selangor. Peserta akan disertai Puteri dari 22
bahagian di dalam Negeri Selangor. Peserta dikalangan kaum India dan
Cina juga akan turut serta didalam Perkhemahan “PINK VILLAGE”.
Perkhemahan selama 3 hari ini akan diisi dengan Program Program
seperti Kebudayaan, Kesihatan, Sukan, Pendidikan dan Agama.

OBJEKTIF

  1. Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan untuk mencapai
      matlamat Himpunan Jutaan Belia.
  2. Menyemai semangat setiakawan dan tolenrasi
  3. Memupuk kerjasama dan persahabatan dari penglibatan pelbagai kaum.
  4. Mengenal dan mempelajari budaya pelbagai kaum
  5. Melahirkan Belia dan Beliawanis yang sihat, cergas, agresif dan ceria
  6. Membantu dan menjadi sukarelawan dimasa masa memerlukan.
  7. Mengenal pasti golongan Belia dan Beliawanis yang bersemangat
       tinggi dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi Pilihanraya.
  8. Membina semangat dan berwawasan Belia dan Beliawanis

PERKHEMAHAN "PINK VILLAGE 2012" KUMPULAN SASAR

  1. PUTERI UMNO NEGERI SELANGOR 2000 ORANG
  2. PUTERI MCA 100 ORANG
  3. PUTERI MIC 100 0RANG
  4. GERAKAN 100 ORANG
  5. PPP 100 ORANG
  6. NGO 600 ORANG


ATURCARA PROGRAM  PERKHEMAHAN
1. MAJLIS PERASMIAN
2. LAWATAN DARI VVIP KE TAPAK PERKHEMAHAN
3. PROGRAM AGAMA - Pertandingan Membaca Al Quran dll
4. PROGRAM SUKAN - Senam Tari , Marathon dll
5. PROGRAM KEBUDAYAAN – Malam Kebudayaan , Pertandingan Karaoke ,
Malan Unggun Api dll

MINI CARNIVAL
1. JUALAN MAKANAN BASAH
2. JUALAN MAKANAN KERING
3. PROGRAM KESIHATAN
4. TAPAK PAMERAN
5. BENGKEL KESIHATAN
6. KAUNTER SPR DAN KEAHLIAN PUTERI

Terdapat juga banyak Aktiviti Segmen yang lain. (klik disini)

Jadi jangan lupa 23 Mei!! Jom!!

Monday, May 7, 2012

Bersih 3.0 ,kini disekolah ..Tahniah @ambiga_s !

"Azmin , baliklah ke pangkal jalan ", begitu luahan Mak Tom, Ibu kandung YB Gombak yang menitis air mata apabila disoal mengenai YB Azmin Ali .


Diatas adalah contoh terbaik anak yang sanggup gadaikan ibu demi politik! Tetapi bagaimana pula ibu-bapa yang sanggup jadikan anak-anak mereka pekakas murahan politik ? Dibawah adalah gambar yang diambil rakan blogger Shizone :


Lihatlah dengan sendiri bagaimana perhimpunan haram sebegini mempengaruhi anak-anak muda dengan cepat?


Adakah kita mahu anak-anak kita jadi begini? Penulis setuju perbandingan diatas adalah tidak patut kerana perjuangan Palestin adalah demi negara tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah :

i) Apakah kita mahu anak-anak muda menanam perasaaan benci pada peringkat umur yang sangat kecil?
ii) Bukankah anak-anak ini sepatutnya belajar disekolah?
iii) Kita masih mempunyai pilihan,Palestin tidak.. jadi adakah kita akan mengorbankan masa depan anak-anak kita?
iv) Adakah ini satu teladan yang baik ditunjukkan ibu-bapa?


 Baca seterusnya disini (klik disini) ...

FIKIR-FIKIRKANLAH!




Anda mungkin juga meminati :  #Bersih 3.0 : Perusuh bawa pistol? Harap @PDRMsia siasat cepat!
                                              Cinta 3.0 : Aku ,Mereka dan Bersih ..
 

Friday, May 4, 2012

Mesti Baca! Kisah seorang pelajar India yang benci PM!

"Najib tipu orang India" "Najib berlakon demi undi' "Najib mahu nambikai,bagi tembikai"
 Berikut adalah ayat-ayat yang sering penulis dengar apabila berkongsi pendapat di laman Facebook dengan rakan-rakan online. Kebanyakkan daripada mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat dan bilangan atas pagar adalah sangat rendah.Dalam kebanyakkan ini, adalah seorang pelajar Tingkatan Lima dari Pulau Pinang yang baru baru ini menarik perhatian penulis dengan komennya.

Sebelum itu, penulis ingin menceritakan kepada pembaca siapa pelajar Tng.5 yang dimaksudkan ini. Waran, bukan nama sebenar , menambah penulis sebagai kawannya dalam Facebook. Penulis ynag tidak kenal akan beliau menerimanya sebagai kawan atas sebab untuk memulakan persahabatan baru . Lama-kelamaan , penulis sedar Waran merupakan seorang anak muda yang mindanya 'diperkosai' dengan sumber yang tidak tepat. Waran pernah beberapa kali mengutuk Perdana Menteri Najib Razak serta parti Barisan Nasional secara terbuka. <---- itu hak demokrasi Waran


Salah satu cetakan skrin dari FB Waran

Waran yang jelas kelihatan sebagai seorang Anti -Najib/BN ,membuat muatnaik status ini di facebooknya baru baru ini ----->



Waran menyatakan secara tidak langsung bahawa beliau telah mendapat tawaran ke Matrikulasi. Penulis membuat komen sindiran seperti berikut pada status beliau :

" I thought Matriculation only for Malays? How come you get? You must be kidding"
-komen ini dipadam Waran =) mungkin rasa serba salah 


Dan dibawah merupakan balas dari Waran :

"bro ..under Najib Trasnformation..Indians got more seat la..=D Thanks to Dato Seri Najib"



Waran juga berkata begini kepada rakan-rakannya :


Rakan beliau yang tidak dapat tempat di matrikulasi telah membuat rayuan. Waran memberi kata suntikan kepadanya :

"Shaun Singh sure get da..nambe datuk pathukuvaru mike"
"Mesti dapat Shaun Singh..Datuk kita akan 'jaga' saudara"


Datuk kita? wow! Kepercayaan terhadap DS Najib semakin kuat hari demi hari kerana beliau kotakan apa yang dijanjikan! Ini satu bukti yang amat bagus untuk katakan bahawa Datuk Seri Najib lebih disenangi rakyat! Beliau dilihat lebih serius dan cenderung dalam membina negara yang lebih baik untuk rakyat Malaysia! Komitmen serta cara beliau mendekati rakyat membolehkan beliau dipercayai rakyat! FITNAHlah banyak mana sekali pun, ia tidak pernah kurangkan morale beliau,sebaliknya dijadikan batu loncatan untuk terus berjaya! Tahniah Dato Seri!





Thursday, May 3, 2012

#Bersih 3.0 : Perusuh bawa pistol? Harap @PDRMsia siasat cepat! @HishammuddinH2O

Beberapa hari lalu laman FB rasmi Bersih 3.0 memuatnaikan sebuah gambar yang menunjukkan seorang pendemo memegang peluru yang kononnya digunakan polis untuk suraikan pendemo.


Kita semua tahu polis hanya menggunakan air dan gas pemedih mata selepas pendemo perusuh mula bertindak ganas. Tetapi puak Bersih ini mula mencari simpati dengan menggunakan peluru (hidup).
Nota : Dalam laman Bersih,admin laman itu sendiri mengaku ianya peluru hidup!

Persoalannya :
 Itu peluru hidup, kalau ianya ditembak polis... peluru itu mana lagi 'hidup'?

Contoh peluru yang sudah digunakan :


Kalau nak tahu lagi pasal peluru 'mati',  Google la sendiri ;)

Jadi sah ini adalah satu fitnah yang tak dirancang dengan betul! Hahaha..kantoi!.

Jadi sekarang isunya macam mana peluru hidup diperolehi oleh pendemo tersebut?  

Besar kemungkinan peluru ini adalah peluru bagi Revolver , yang sebenarnya mudah diperolehi melalui 'underground' .. Difahamkan oleh rakan, pistol ini boleh diperolehi dengan harga RM800.00-RM1200.00 mengikut grednya di Thailand sendiri ! Waaaaaah!!


Kembali kepada isu pokok, macam mana pendemo boleh memiliki peluru? adakah pembelian peluru dibenarkan dinegara kita? bagaimana dengan pemilik peluru tersebut? memiliki pistol? mempunyai lesen?

Harap Polis DiRaja Malaysia siasat hal ini secepat mungkin!!

Katakan tidak kepada keganasan! Cintailah keamanan!
Tolak BerSHIT! Tolak Pakatan!


Tuesday, May 1, 2012

[video] SMM Mengaku merempuh Polis!


SMM sendiri mengaku pendemo Bersih merempuh halangan Polis ? nak berdolah dalih lagi ke?? Ini video apa pula ??

Cinta 3.0 : Aku ,Mereka dan Bersih ..

Jam 8.30 pagi , sudah mula kedengaran bunyi bising. Ada orang teriaq 'Bersih'! Penulis membuka tingkap hotel memandang kearah Pudu, sudah dapat melihat puak-puak kuning berkeliaran sana-sini menjerit 'mantra' mereka. Yang penulis hairan , mereka sepatutnya berkumpul dekat dataran pada pukul 2.00pm , apa yang puak kunyit ni buat pukul 8.30 pagi ? Tak mengganggu?