Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Novel VS Drama

Sekarang memang banyak drama yang diadaptasi daripada novel. Mungkin sebab novel ni mempunyai jalan ceria yang pelbagai dan setiap novel dah ada peminatnya ersendiri. Tapi bagi saya, bila ada drama nak tayang baru saya kelam kabut cari novel tu.haha. Okay, ni adalah 2 drama yang saya tengah follow sekarang. Check it out :)

1. LOVE YOU MR ARROGANT

Drama ni ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis jam 7.00 - 8.00 malam. Saya baru je lagi ikut cerita ni dan rasa macam menarik pulak. Tapi saya tak sempat nak cari novel ni. Layan drama jela sebab minggu ni dah nak habis. 

Teraju utama drama ni. Hero handsome, heroin cantik.
Like Like Like
:)

2. JODOH ITU MILIK KITA

Novel ni saya dah beli online. Tapi tak baca lagi. Sibuk pulak dekat-dekat nak cuti sekolah ni. Apa-apa pun layan drama dulu. 

Teraju utama drama ni Tiz Zaqyah dan Farid Kamil.
Drama ni seronok tapi asyik sedih je hero & heroinnya.haihh..
Apa-apa pun, thumbs up :)

Saturday, May 18, 2013

Novel lagi..

Hai semua pembaca. Harap semua sihat-sihat aje. 2 minggu lepas kesihatan saya agak merudum. Diserang PMS yang tak pernah-pernah saya rasa. Hari pertama diserang Mrs P badan jadi seram sejuk. Awal-awal pagi biasa-biasa saja. Tapi dalam jam 9 pagi badan dah rasa tak selesa. Lepas makan terus rasa pening dan loya. Tak tunggu dah,terus pergi toilet dan keluarkan hasil. Haihh..jarang sangat saya PMS sampai muntah. Tapi bukan tak pernah. Rasanya last saya macam tu waktu zaman sekolah menengah. Tak pun zaman awal-awal study degree dulu. 

Tak habis dengan PMS, saya diserang demam panas pulak. Flu dan batuk bergabung dengan suhu badan yang tinggi. Memang menyiksakan. Tekak pun bengkak sikit sampai nak telan air liur pun sakit. Hazab Allah ye yang tahu. Seminggu jugak sakit tekak + demam + flu + batuk. Alhamdulillah sekarang dah beransur baik. Harap-harap boleh bertahan dengan kesihatan yang baik. Next week cuti sekolah nak ke Putrajaya pulak untuk satu lagi event besar :)

Ok. Saya tahu pendahuluan saya sangat panjang.hahaha. Tak pe lah kan. Janji i'olss bahagia. Balik kepada tajuk asal. Saya ni makin bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Hari khamis saya baring-baring baca majalah feveret.

 Ni lah majalahnya. Keluaran yang terbaru. Saya pun tak ingat sejak bila saya minat majalah ni. Banyak info yang saya dapat baik kesihatan, kecantikan, hiburan. Haa..complete set. Harga pun mampu milik. RM4 :)
  
Belek punya belek tiba-tiba ada satu muka surat yang letak senarai novel-novel pilihan untuk bulan ni. Tengok punya tengok ada satu novel yang menarik minat. Tajuk dia "Isteriku Romantik". Saya tak tunggu lama terus online cari sinopsis novel ni. Menarik jugak jalan cerita dia. 

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?


"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam


Hari tu jugak saya order online daripada Karangkraf.com. Esok novel-novel saya dah sampai. Eh, macam mana jadi novel-novel? Hehehe..masa tengah online di web Karangkraf tu, saya ada tengok lagi satu novel yang hotsale. So terus saya order. Tajuknya "Aduhai Mat Skema!". Tengok tajuk dah nak tergelak.hehe. 

Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?

“Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana!” ~ Fariz 


“Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya.” ~ Nur Hanna



Maka, inilah novel ke-2 dan ke-3 saya selepas novel Saya Sebenarnya Isteri Dia!.. Selamat membaca semua. Jadikan membaca amalan kita kerana Membaca Jambatan Ilmu!

Jumpa lagi.
:)

Wednesday, April 10, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri DIa!!

**Tajuk ni bukan statement ok!!

:)
Mulakan hari dengan senyuman. Akhirnya saya ada jugak perasaan yang ada seperti wanita-wanita lain iaitu perasaan teruja untuk beli NOVEL!! Jujur ya, saya tak minat langsung baca-baca novel ni. Novel ni tebal kot!! Bercinta nak habiskan satu cerita. Tapi sebab satu drama ni, saya jadi tak keruan nak tahu jalan cerita ni. Drama adaptasi novel la ni. 


Haa..ni teraju utama drama ni. IZZUE ISLAM & TIZ ZAKYAH. Giler uolss tak nak tengok.hahahaha. Saya sebenarnya tak plan pun nak tengok cerita ni. Tertengok je waktu episod 1 last 2 weeks. Bila tengok macam bes pulak sebab jalan cerita dia tak de la stereotaip sangat..ala macam kita dah boleh agak next scene. Saya ni biasalah. Tak reti sabar nak tunggu next episod.haha. Memang dasar fomfuan xminat drama panjang. Nak pulak drama ni seminggu sekali je. 

Atas desakan ingin tahu punya pasal, saya terus cari novel ni online.haha. Teknologi dihujung jari la katakan. Lepas 5 hari saya order, maka sampailah novel tersebut di tangan saya. Haaa..teruja punya pasal sampai tak sempat lah nak snap gambar ke apa ke. Terus gunting parcel then peluk cium buku tu.hahaha..over kan. Memang sangat over sebab first time beli novel. Sebelum ni pinjam je kalau rasa nak baca.  

Hak milik terpelihara!

Sebelum baca semalam, saya balut dulu buku ni dengan pembalut plastik jernih. Saya memang banyak stok plastik pembalut ni. Zaman study dulu saya kira macam pembalut buku rekod dan fail praktikum tak bertauliah..hahaha..sebab tu banyak stok. So dah settle balut buku, saya pun mengadaplaaaaaaa buku ni sampai habis satu novel!!! Nak taw duration yang saya ambil untuk habiskan novel ni???

Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia
897 muka surat
Masa mula : 3.15 petang
Masa tamat : 2.10 pagi
Jumlah masa untuk tamatkan novel : 10 jam 55 minit.
:)

Saya memang tahu saya bukan pembaca novel yang baik sebab saya memang TAK SABAR nak tahu ending. Malam semalam mata saya dah macam kena tongkat dengan kayu tapi saya tetap bertekad nak habiskan jugak.hahahaha..giler teruk habit. Tapiiiii..saya sangat berpuas hati dengan novel ni. Haihhh..tak rugi langsung beli. Oh ya, saya beli novel ni dekat sini http://jomlayanbuku.blogspot.com. Kalau berminat klik jela link tu.hehe. 

Thumbs up untuk novel ni.
Tak sabar nak tengok versi drama pulak.hahaha..again, TAK SABAR lagi!!
Ok, jumpa lagi,
Assalamualaikum.
:)