WAJIB untuk isteri BEKERJA zaman sekarang ni untuk membantu kewangan keluarga. ini hukum buat sendiri la, lelagi kalau kite isteri-isteri ni xnak terima seadanya kan. maksud aku, duduk rumah jadi suri rumah sepenuh mase dan terima ape saje yang suami beri. kalo suami balek bawak ikan kering je, itulah santapan hari tu.. kau nak? aku tanak! haha..
so, untuk memuaskan hati sendiri.. kenalah kite bekerja. selain dpt meringankan beban kewangan, kite jugak boleh memenuhi kehendak kite sendiri tanpa mengharapkan encik suami. betol x? maka dengan itu, encik suami jangan nak letak beban hal kerja-kerja rumah pada bahu isteri semata-mata okeh? kalau nak bagi kerja rumah pada isteri jugak, jangan bagi isteri anda bekerja dan mintak die jadi suri rumah sepenuh masa dan dalam waktu yang sama.. sila penuhi kehendak isteri anda.. jangan nak tuduh isteri anda materialistik plak.. sebab sekarang ni zaman moden.. MAMPU ke?
kalau tak mampu marilah anda bekerjasama dengan isteri anda dalam menguruskan hal rumah tangga termasuklah kerja-kerja rumah dan mendidik anak². ADA PAHAM?
syukur ALHAMDULILLAH chenta hati saya sangat memahami. bab kerja rumah memang die rajin menolong walaupun aku x bekerja buat mase skrg. hehe.. maklumlah tengah sarat.. kadang² aku rase kesian plak kat die sb macam orang bujang pulak kena buat semua sendiri.. hehe.. tapi bab iron baju memang die suke buat sendiri sejak dari mule kawen. kebetulan aku bab iron meng'iron' ni memangla malas bebenor. lelagi nak meng'iron' suar .. huhu... baju sendiri pon aku x iron.. aku masok dalam dryer je pastu gantung supaya x komot².. hehehe..
berbalik pade perbincangan asal.. (sejak biler plak aku berbincang ney) aku sangatlah kasihan melihat isteri² yang terpaksa buat kerja rumah sendirian sambil menguruskan anak² tanpa bantuan suami sedangkan same² bekerja mencari rezeki.. ehh.. HELLO!! isteri awak pon penat bekerja jugaklah! ingat zaman dolu-dolu ke awak sorang je bekerja isteri dok umah? tak kan? so.. tolonglah bangon then tolong isteri awak tu uruskan rumah!
untuk pengetahuan anda encik suami.. kewajipan menguruskan hal rumah tangga adalah kewajipan SUAMI. bukan isteri okeh! zaman dulu isteri tak bekerja, sebab tu die bantu suami uruskan hal rumahtangga.. zaman sekarang ni, suami isteri bekerja.. kewajipan tetap di bahu suami.. tapi isteri biasenye tetap akan membantu.. so, kenapa suami tak boleh nak bantu?
eh! emo sangat aku pahal ni!? haha.. bukan ape.. aku PANAS hati betul bile tengok isteri ni terkejar sane-sini nak memasak nak melayan anak menangis nak susu nak mandi, suami dia boleh rilek bace paper macam tade ape² yang berlaku. pastu bile tension dgr suara anak menangis, di marahnye isteri yang tgh terkial-kial kat dapor sb biar anak nangis.
YUP! ini serius.. masih ade lagi berlaku situasi macam ni. tolonglah sedar encik suami sekalian okeh. nanti biler bercerai-berai salahkan isteri sb tak pandai urus rumah tangga. sedangkan si suami tu yang keras kepala.. bodoh sombong.. tatau tanggungjawab sendiri.
udahlah.. sekian.. kang meraban pelik² lagi kang.. mujur chenta hati saye tak macam tu. semoga anda begitu sehingga ke akhir waktu. Aamiin~
saye bukan lah baik sangat, tapi saye tak lah jahat sangat,
sekadar nak meluah perasaan je.. bak kate tagline blog ak ni..
sukahati . layan jari . tengok hari . ikut stori