Kahwin 3 november.. then pregnant pastu due date 15 julai? Erk.... apesal aku amek kisah? Sb name same sikit ke? ntah la.. tp mmg aku agk musykil n terganggu.. bukan kiraan due date ni 40 minggu ke? Ataupon 9 bulan 10 hari?
Ha.. kan? 40 minggu kan? Then aku pon sibok lah mengire ntah bape kali ntah.. kire punye kira jawapan tetap same.. nov - julai baru 8 bulan.. ha.. kan aku da mengire lagi.. jom kire sesame..
3 nov - 3 dis = 1
3 dis - 3 jan = 2
3 jan - 3 feb = 3
3 feb- 3 mac = 4
3 mac - 3 apr = 5
3 apr - 3 mei = 6
3 mei - 3 jun = 7
3 jun - 3 julai = 8
3 julai - 15 julai = 12
Ha.. ade yg silap x? 8 bulan 12 hari ni kiraan baru ke? Haha...
Musykil x korang? Tapi pape pon semoga anak dorang sihat lah.. anak tu x bersalah...
Tapi kan.. aku nk tergelak bace satu komen kat blog abg nara tu.. katenye farid kamil dulu terover excited smpai terpost gmbr kat instagram.. pastu kalot ckp ank saudara..
Kesian la kat anak dia nnti kalo betol yg mule2 tu mmg ank dia.. yelah.. mesti konflik tarikh lahir nnti.. aku kompem ade yg menanti taon depan.. dorg msti nk buat birthday party ntok ank dorang kan... huhu.. same2 la kite tggu..
Kalo betol mereka salah terlanjur sblom kawen pon.. harap dorang dah taubat la.. kan..didik anak leklok.. jgn jd cam korang.. ops!!!
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
rindu mawar? ofkos la aku rindu.. tapi gamba kan ade.. tatap la setiap 10 minit.. haha.. camnilah rupenye bile dah ade anak kan.. so far, ok lah kehidupan aku.. cume aku x pandai manage nk wat keje rumah je lagi.. nasib baik duduk ngan family, kalo duduk sendiri.. hehari makan bungkus agknye..
aku dalam proses nak belajar jadi suri rumah bekerja jugak.. tapi tulah, bab masak ni mmg failed sangat la.. sian mawar dapat bonde tak pandai masak. hihi.. bukan semua orang sempurna kan..
mawar da nak masuk 4 bulan.. tapi da pandai makan nestum.. hurm.. orang kate 4 bulan ni awal lagi nak bagi makan, tapi kesian tgok dia marah² bile org makan x suap dia.. memula tu suap sikit² je buah pisang aritu.. pergh~ pelahap betol.. bagi 2-3 suap je stop la.. konon saje nk bagi rase.. mengamok dia bile stop bagi.. mulot nya dah terkunyah².. beria sungguh macam orang besar makan..
last² atuk nye suroh bagi makan nestum.. wan nye pon kate dia da pandai makan dah tu.. kalau tak, dia takkan mengamok camtuh.. lagipon orang zaman² dolu pon bagi anak makan awal ape.. kebetulan sebelum tu bawak mawar jumpe doc pakar kes cirit birit nye.. then doc cakap tade ape pon.. pastu doc tu kate perot mawar da matang, da boleh bagi makan kalau dia tak cukop menyusu..
hurm.. bab menyusu memang dia kuat.. stok aku yg sebanyak² nye pon da tinggal sikit.. aku dah la baru kumpul sebulan.. mane tak cepat abeh kalo sekali minom 5-6 oz... aku dulu bajet skali minom 3-4oz je bile tanye orang.. kebetulan pulak mawar ni bukan jenis banyak tidor.. kuat main jer.. lagi lah banyak menyusu.. nasib baiklah da makan nestum.. tu pon bagi sekali sehari jer.. x berani nak bagi banyak sebab kecik lagi kan walaupon dia berak ok je..
mujurlah aku amek produk shaklee.. dapat jugak aku buat stok.. aku ni mungkin kategori susu badan tak banyak kot sebab b4 amek shaklee aku x dapat nk wat stok langsung.. mawar pon x penah puas menyusu.. then Alhamdulillah pas amek produk shaklee, aku dapat la buat stok.. almost 2 month dah aku amek shaklee.. tapi tu la.. aku slalu dapat dalam 3-4 botol je sehari.. tu pon kalo mawar x bergantung.. kalo dia nak bergantung je.. kurg jgk dpt buat stok ni..
macam aku mention kan kat atas, mawar sangat kuat menyusu.. pulak tu dia setiap kali tidor mmg menyusu je.. maksud aku tidor malam la.. mmg aku dah terbiasa tidurkan dia dengan cara menyusu, kalo tak jangan harap dia nak tidor ngan aku.. kalo dah sebelah aku je mesti mencari nyonyot dia.. takkan la pagi petang siang malan nak bagi kat wan nye plak kan.. anak aku, mesti la aku nak ade masa ngan dia..
Alhamdulillah, bila aku tade gi kerja, mawar ok je.. tak ada masalah.. kate mereka la.. tak ade pon ngengade mcm bile time aku ade.. kunon nak berkepit je ngan aku.. hehe.. ummi aku kate tu biasalah.. ngan bonde jelah dia nak bermanje... plus ade tempat nyonyot.. haha.. its ok lah mawar.. everything for you..