Masa cukup pantas berlalu. Sekejap sahaja sudah masuk hampir pertengahan tahun. Sabtu 18.05.2013 Ihsan menunjukkan jadual waktu pepeiksaannya. Bermula hari ini Isnin 20.05.2013. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan tepat anakku...
1. DI WAKTU TURUN DARI RUMAH :
A. Membaca ayat kursiy dengan tenang serta niatkan untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
B. Turun dengan kaki kanan dahulu serta ucapkan Bismillah.
2. DI WAKTU MENUJU DEWAN PEPERIKSAAN :
Bacaan ini selain dibaca dalam perjalanan menuju ke masjid boleh juga digunakan keberkatannya untuk menghadapi peperiksaan.
Ertinya :
“ Wahai Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dan pada lidahku cahaya , dan jadikanlah pada
pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya dan di hadapanku cahaya,
Wahai Allah, kurniakanlah padaku cahaya”.
3. DI WAKTU MULA MENJALANI PEPERIKSAAN:
A. Bacakan Surah al-Fatihah, memohon pada Allah agar dibukakan segala ingatan dan fikiran.
B. Bacakan ayat al-Kursiy dengan niat meminta pada Allah agar Dia menghilangkan segala
kegementaran hati dan agar memperolehi kejayaan sekaligus.
4. DI WAKTU MULA MENJALANI PEPERIKSAAN :
Ertinya :
Segala pujian bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Salawat dan salam
kepada utusanNya Nabi Muhammad dan keluarganya.
5 .WAKTU TERLUPA SESUATU PELAJARAN :
Ertinya :
“Wahai Allah (tumpuan segala makhluknya)”
“Wahai Tuhan yang mengembalikan segala sesuatu”.
Ertinya :
“Wahai Allah, peringatkanlah kepadaku apa yang aku terlupa dengan sebab menyebut Engkau ya Allah s.a.w”
“Wahai Tuhanku, bukakanlah kepadaku pengetahuan orang-orang yang arif dengan hikmatmu.
Dan peringatkanlah aku apa yang aku lupa”.
Dan baca solawat berikut :
Ertinya :
“Wahai Allah, solawat dan salamkan ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Pada setiap kerlipan mata dan denyutan nafas menurut banyaknya bilangan
segala perkara di dalam pengetahuan Engkau”.
6. DI WAKTU SUSAH MENJAWAB SOALAN :
Ertinya :
“Wahai Allah tiadalah kemudahan itu melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah,
Sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki”.
Dan ulang-ulangkan ayat :
Ertinya :
“ Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”
7. SEWAKTU SELESAI MENJAWAB SOALAN :
Ertinya :
Segala pujian bagi Allah bagi setiap keadaan
Antara lainnya setelah dicari² melalui GOOGLE :
1) Fatihah
2) Selawat Syifa
3) Surah Al-Isyrah
4) Doa Penerang Hati N.Musa. (Rabbisrohli Sodri..)
5) Doa Penerang Hati. (Allahumaftah..)
Dari segi makanan pula, amalkan makan kismis. Ramai yang tahu kismis sememangnya dapat menguatkan minda. Tetapi teknik memakan kismis juga perlu betul utk menzahirkan kekuatan minda. Cara makannya seperti berikut.
1) Makan dalam bilangan yg ganjil.
2) Makan satu persatu.
3) Makan isi dahulu, kemudian baru kulit kismis.
(mula2 gigit kulit sikit2 dlm mulut, then baru kunyah isi)
InsyaAllah cara makan yg baik tersebut mudah-mudahan akan mendapat keberkatan.
Walauapapun jgn lupa berdoa.
“Ya Allah kasihanilah daku & permudahkanlah untukku menjawab soalan peperiksaan ini”