Aloha Chicken From Pizza Hut
Dalam zaman serba canggih ini, semua kerja jadi mudah, tambah - tambah bila nak makan kan, sekarang ini kalau rasa nak makan apa - apa saja, dah boleh order melalui telefon mahu pun secara online saja. Selepas itu, makanan tersebut akan dihantar ke rumah anda, paling best makanan itu masih panas - panas lagi. Antara makanan kegemaran aku pastilah Pizza yang ada di Pizza Hut itu, Ada banyak pilihan pizza disana, sampai susah nak pilih tapi dalam banyak - banyak Pizza yang ada di Pizza Hut itu, Pizza Aloha Chicken memang antara yang paling aku suka. Kalau ke Pizza Hut mahu pun order secara online di laman web Pizza Hut (Pizza Hut Delivery), aku memang selalu akan order Pizza Aloha Chicken ini. Selain Pizza ini, aku juga pernah rasa Pizza Island Tuna, sedap juga tapi aku lebih suka Aloha Chicken lagi. Teringin juga nak rasa Pizza - Pizza lain yang ada tapi tak berkesempatan nak order lagi sebab takut tak kena dengan selera aku pula. Selalunya kalau nak makan pizza ini aku akan order online saja, sebab kedainya agak jauh jugalah dari rumah. Tapi kadang - kadang ada juga pesan dekat orang lain suruh tolong belikan. Lagi pun kalau beli sendiri Pizza ini di Restoran Pizza Hut, harganya jauh lebih murah berbanding kalau korang order delivery.
Order Online Pizza ini memang free delivery tapi harganya memang mahal, tapi aku dah pernah beberapa kali order online saja. Kalau dulu harga Pizza secara online ini untuk pizza yang bersaiz biasa dalam RM25 saja, tapi bila aku check harganya yang terkini dah jadi RM27.90, manakala untuk Pizza Aloha Chicken yang bersaiz besar, harganya dah jadi RM37.90 dan harga Pizza lain adalah dalam RM 29.90 untuk regular saiz. Boleh tahan mahal juga harganya, tapi bila dah teringin nak makan tu, aku order jugalah hehe tapi tak boleh nak makan selalulah kan, hope Pizza Hut akan buat promosi nanti mahu pun bagi diskaun best - best, jadi harga semua Pizza akan jadi lebih murah sikit berbanding biasa. Walaubagaimanapun yang paling best adalah penghantaran Pizza ke rumah aku memang sangat cepat, dan Pizzanya masih panas - panas lagi. Kalau nak makan Pizza dengan harga yang lebih murah, aku sarankan korang makan di restoran Pizza Hut itu sendiri, sebab harganya murah sikit berbanding order online. Tapi kalau dah malas nak keluar rumah, boleh saja order online nanti. Bila tengok gambar pizza Aloha Chicken di atas ini rasa lapar pula hehehe.
Selain Pizz Hut, Mc Donalds dan KFC juga turut menyediakan khidmat penghantaran makanan ke rumah anda dan aku juga biasa menggunakan McDelivery dan juga KFC Delivery ini. Apa pun nanti di lain entry, aku cerita pula pasal McDelivery dan KFC Delivery ini okey. Pada yang akan makan Pizza nanti, aku ucapkan selemat menjamu selera ya.