Filem Inang (The Womb) adalah filem seram Indonesia yang release pada 13 Oktober 2022 dan diarahkan oleh Fajar Nugros serta diterbitkan oleh IDN Pictures. Antara pelakon filem Inang ini adalah Naysilla Mirdad, Dimas Anggara, Rukman Rosadi, Lydia Kandou, Nungki Kusumastuti, Pritt Timothy dan ramai lagi. Siapa yang pernah tengok sinetron / drama Indonesia ni mesti kenal dengan Naysilla Mirdad ni sebab dia banyak berlakon dalam sinetron berbanding filem. Antara drama atau sinetron lakonannya yang pernah disiarkan di Malaysia seperti Intan, Cahaya, Sekar dan lain - lain lagi. Filem Inang ini adalah filem keduanya dan merupakan filem seram pertama lakonannya. Lebih menarik bila dalam movie Inang ini Naysilla Mirdad dapat berlakon dengan ibu kandungnya sendiri iaitu Lydia Kandou.
Sejujurnya Movie Inang ni takdelah seram mana pun, tak takut pun, hantu pun gitu - gitu je, elemen jumpscare yang minimum saja. Ada review yang mengatakan filem ini kurang best, apa pun semuanya bergantung pada citarasa masing - masinglah kan. Tapi stil aku rasa filem ini ada tarikan juga sebab ianya memfokuskan tentang mitos Jawa bernama Rebo Wekasan dan ritual yang perlu dilakukan yang melibatkan si anak yang baru lahir dan si ibu yang melahirkan. Selain itu filem ini membuatkan penonton rasa dekat dengan watak Wulan yang malang itu, bila wataknya itu dikembangkan dengan baik. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Inang ini beserta sinopsisnya sekali okey..
Watak dan Barisan Pelakon Filem lnang (2022)
Naysilla Mirdad sebagai Wulan
Dimas Anggara sebagai Bergas
Rukman Rosadi sebagai Agus Santoso
Lydia Kandou sebagai Eva
Nungki Kusumastuti sebagai Bidan
Pritt Timothy sebagai Ki Ageng
Sinopsis Filem Inang Lakonan Naysilla Mirdad (2022)
Mengisahkan tentang kehidupan Wulan yang bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket. Wulan ditinggalkan oleh kekasihnya ketika dirinya hamil. Wulan hidup sebatang kara, setelah dirinya hamil dia hilang segala - galanya. Ketika merasakan dunianya sudah gelap, Wulan menjumpai satu group di Facebook yang membantu ibu - ibu yang sedang mengandung, Wulan menelefon mereka dan menceritakan masalahnya dan akhirnya Wulan ditemukan dengan pasangan suami isteri bernama Agus Santoso dan Eva yang ingin mengambil anak Wulan sebagai anak angkat mereka. Wulan kemudiannya bersetuju untuk tinggal di rumah Agus dan Eva sehingga dia melahirkan anaknya kerana Wulan sudah tidak ada tempat tinggal. Awalnya Wulan berasa gembira tinggal di rumah Agus dan Eva kerana rumah mereka besar, cantik dan selesa, malah mereka melayan Wulan seperti keluarga mereka sendiri.
Namun lama - kelamaan banyak hal aneh yang terjadi, Wulan sering mendapat mimpi - mimpi pelik selain itu, kedatangan Ki Ageng yang cuba membuat ritual pelik atas dirinya menambahkan sangsi di hati Wulan. Akhirnya Wulan nekad tidak mahu menyerahkan anaknya pada Agus dan Eva itu, namun Eva menyarankan agar Wulan menunggu sehingga anak itu lahir dan kemudian baru pergi dari rumah mereka.
Kehadiran Bergas yang baru pulang dari luar negara mengejutkan Agus dan Eva, mereka tidak menyangka anak tunggal mereka itu akan pulang di waktu ini. Agus dan Eva terpaksa menipu Bergas yang bertanya tentang Wulan manakala Wulan pula cuba memberitahu Bergas mengenai benda pelik yang terjadi di rumah itu. Awalnya Bergas tidak mempercayai Wulan namun setelah dia berfikir sedalam - dalamnya, dia sedar ada benda pelik yang terjadi sejak bertahun - tahun dulu. Bergas akhirnya berpakat dengan Wulan untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi dan bersertuju untuk membantu Wulan keluar dari situ. Adakah usaha mereka akan berjaya?
Scene - scene suspen di hujung cerita filem ini memang boleh tahan juga walaupun tidak melibatkan hantu. Apa pun ending filem Inang ini awalnya macam sweet tapi berakhir dengan tragedilah pulak. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk filem ini
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kampung People 3 Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3