Memaparkan catatan dengan label Gegar Vaganza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gegar Vaganza. Papar semua catatan

28 Nov 2022

Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert



GV9, Gegar Vaganza 9, Finalis GV9, Elly Mazlein, Kak Lina Kepom, Konsert Final GV9, Konsert Akhir GV9, Top 3 GV9,

Berakhir sudah Gegar Vaganza Musim Ke 9 yang menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara GV9. Walaupun kemenangan Jaclyn Victor sudah diramal dan bukan satu kejutan, namun semua peserta lain memberikan tentangan yang sengit terutamanya di Konsert Akhir Gegar Vaganza 9 ini. Namun tak dinafikan Jac layak menjadi juara GV9 kerana hasil usahanya dan juga persembahan memukau di kedua - dua pusingan iaitu pusingan solo dan juga Battle Round dengan kumpulan VE. Jac menyanyi lagu rap pun mantap gitu. Bob Yusof juga cemerlang di konsert final GV9 ini, tapi sayangnya di pusingan battle round ianya kurang menyerlah tapi tetap comel okey. Agak kesian juga dengan Shila Amzah kerana dia sakit tekak, masa dia bercakap di sesi sidang media, selepas konsert tu memang hilang terus suara dia, nak bercakap pun susah. Aku rasa persembahan semua finalis di konsert final Gegar Vaganza Musim Ke -9  ni memang best - best belaka. Elly Mazlein a.k.a Kak Lina Kepom memang penyeri GV9 ni kan..Apa pun jom tengok keputusan pemenang GV9 di bawah ini okey..




Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)

Juara GV9 - Jaclyn Victor
Naib Juara - Bob Yusof
Tempat Ketiga - Shila Amzah
Tempat Keempat - Tomok
Tempat Kelima - VE
Tempat Keenam - Hazrul Nizam

Keputusan Markah Peserta Konsert Final GV9

Juara GV9 - Jaclyn Victor (85.86%)
Naib Juara - Bob Yusof (76.28%)
Tempat Ketiga - Shila Amzah (76.02%)
Tempat Keempat - Tomok (75.83%)
Tempat Kelima - VE (72.39%)
Tempat Keenam - Hazrul Nizam (69.75%)

Senarai Juara - Juara Gegar Vaganza

Juara GV1 - Ayai Ilusi
Juara GV2 - Siti Nordiana
Juara GV3 - Azharina Azhar
Juara GV4 - Aishah 
Juara GV5 - Noryn Aziz
Juara GV6 - Naqiu dan Hady Mirza
Juara GV7 - Cliff Umar
Juara GV8 - Aliff Aziz
Juara GV9 - Jaclyn Victor

Jom Baca Ini Juga 👉👉  Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima

Read More

15 Mei 2022

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)



Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie, Telemovie Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra), Poster Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie, Bintang GV Dikejar Zombie Cast, Pelakon - Pelakon Bintang GV Dikejar Zombie, Suki Low, Bandi Amuk, Yassin, Telefilem Astro Citra 2022, Telemovie Astro Citra,

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie telah pun disiarkan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bintang GV Dikejar Zombie ini adalah Yassin Yahya, Suki Low, Bandi Amuk, Abang Gee, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc syahmie, Iman Aneesa dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Bintang GV Dikejar Zombie ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini, siap ada Suki berlakon lagi. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Bintang GV Dikejar Zombie di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie (Astro Citra)

Tiga bintang Gegar Vaganza, Yassin, Suki dan Bandi Amuk menuju ke sebuah kampung untuk membuat sebuah persembahan khas hari raya. Malangnya, segalanya berubah apabila 3 bintang GV itu dikejar zombie di dalam kampung itu yang berkeliaran. Mampukah mereka menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan - Cerekarama TV3


Read More

24 Jan 2022

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8)



Aliff Aziz, Bella Astillah, Aliff Aziz Menang GV8, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Kelapan, Senarai Pemenang GV8, Juara GV8 Milik Aliff Aziz,

Walaupun konsisten dalam kedudukan top 3 atau top 4 dalam setiap konsert GV8, ramai yang tidak menyangka Aliff Aziz akan muncul Juara GV8. Selepas beraksi cemerlang di konsert separuh akhir GV8, nama Aweera mula menjadi sebutan peminat untuk menjadi juara. Nama Nikki dan Suki turut disebut - sebut untuk menjadi juara kerana sentiasa konsisten dan memberi saingan sengit. Namun seperti yang dikatakan dalam sidang media selepas konsert, pemilihan lagu yang salah menjadi punca para peserta mendapat markah yang rendah daripada juri. Semua lagu sebenarnya dipilih oleh peserta dan dipersetujui oleh pihak Astro. Berbalik pada kemenangan Aliff Aziz ni, awalnya aku menyangka Nikki akan menjadi juara. 




Namun rezeki memihak pada Aliff. Aliff Aziz menyanyikan lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip kemudian menyanyikan lagu solo bertajuk Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir. Memang tak dinafikan kedua - dua lagu tersebut memang kena dengan suara Aliff. Kemudian dalam pusingan Battle pula Aliff Aziz akan berentap dengan Aweera menyampaikan lagu Bangun. Dalam battle round ni pun memang nampak Aliff lebih menyerlah sikit dari Aweera. Walaubagaimanapun dalam segmen battle tu aku lebih suka tengok battle di antara Adibah Noor dan Azan Scan menyanyikan lagu Kami Rappers nyanyian asal kumpulan 4U2C dan juga battle lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Suki dan Nikki. Apa pun semua peserta all out malam ini, tahniah untuk semua finalis GV8.

Keputusan Pemenang GV8 

Juara - Aliff Aziz
Naib Juara - Nikki
Tempat Ketiga - Suki
Tempat Keempat - Adibah Noor
Tempat Kelima - Azan Scan
Tempat Keenam - Aweera



Read More

24 Dis 2019

Gegar Vaganza 2019 Ada Dua Juara




Juara Gegar Vaganza 2019, Pemenang, Gegar Vaganza Musim Ke - 6, GV6, Hady Mirza, Naqiu Boboy, Gegar Vaganza 2019 Ada Dua Juara,
Hady Mirza dan Naqiu Boboy Juara Gegar Vaganza 2019

Tiada pemenang tempat kedua atau Naib Juara untuk musim ke-6 Gegar Vaganza 2019 ini. Naqiu Boboy dan Hady Mirza berkongsi kejuaraan kerana mereka juga berkongsi markah yang sama, sehingga melayakkan mereka berdua diangkat menjadi juara. Bak kata juri, dua - dua sangat bagus dan dua - dua patut jadi juara. Tapi diorang tak berkongsi hadiahlah kan sebab masing - masing dapat hadiah yang sama gitu hehe. Ramai juga netizen lain tak puas hati dengan keputusan ini, tapi bagi aku okey je, even juara pun tak kisah gitu bila sama - sama menang. Suka tengok pusingan battle antara Hady Mirza dan Naqiu Boboy tu, terbaik gitu. Manakala battle round antara Jatt Ali dan Sham Visa tu comel habis and kelakar hehe. Dalam GV6 ni actually aku sokong Naqiu, Nurfatima dan Roy gitu, tapi tak sangka Hady Mirza juga best gitu. Apa pun tahniah buat Naqiu, Hady Mirza dan semua finalis Gegar Vaganza Musim Ke - 6 ini.



Read More

14 Nov 2017

Review Konsert Ke -3 Gegar Vaganza 2017

Gegar Vaganza, Gegar Vaganza Musim Ke-4, GV4, Konsert Gegar Vaganza 2017, Minggu Ketiga, Bintang GV4, Raja Azura Tersingkir, Liza Hanim, Firman, Lan Kristal, Tia Jinbara, Aishah, Haida, Syura, Aqasha, Elyana, Hazami, Astro Ria, My Review, Review, My Opinion, My Favorite,
Review Konsert Ke -3 Gegar Vaganza 2017 : Raja Azura Tersingkir, Liza Hanim Memukau

Minggu Ketiga Konsert Gegar Vaganza Musim Keempat berlangsung meriah dengan temanya berani atau tidak, yang menyaksikan para peserta akan menyanyikan lagu  - lagu yang di luar comfort zone masing - masing. Dato Yusof Haslam menjadi juri jemputan untuk minggu ini dan di penghujung rancangan menyaksikan Raja Azura tersingkir, Elyana dan Aqasha turut berada dalam kedudukan bottom three. Liza Hanim memang terbaik, tak sangka dia boleh menyanyikan Lagu Untukmu nyanyian asal Meet Uncle Hussain dengan memukau sekali. Bagi aku, memang sukar nak menyanyikan lagu tersebut dan Liza Hanim turut mendapat standing ovation dari Hetty Koes Endang. Jadi dah masuk 2 minggu, Liza Hanim mendapat markah juri yang tertinggi serta berada di tangga teratas. Kalau Liza Hanim dapat maintain prestasi terbaiknya tiap - tiap minggu, tak mustahil dia boleh merebut gelaran juara itu. Apa pun peserta lain turut memberikan persaingan yang sengit sekali. Tema minggu keempat pula adalah Berdua Lebih Baik yang membawa maksud minggu seterusnya adalah minggu duet dan peserta akan berduet dengan artis - artis lain termasuklah Juara Gegar Vaganza Musim Kedua dan Ketiga iaitu Siti Nordiana dan Azharina.



Aku ingatkan minggu ini Dato Seri Vida tak datang ke Konsert Gegar Vaganza Minggu Ketiga ini, malah Hos Gegar Vaganza iaitu Nabil dan Jihan pun berasa lega hahaha tapi tak lama lepas itu, Dato Seri Vida muncul pula hehe, yela dia penaja tak kan tak datang pula, betul tak. Aishah memenangi Digi Star Of The Week untuk minggu kedua dan berhak memilih nombor giliran persembahan untuk minggu ketiga ini, jadi dia telah memilih untuk membuat persembahan pembukaan dengan lagu Yuna yang bertajuk Terukir Di Bintang. Sesuai juga suara Aishah dengan lagu Terukir Di Bintang ini, malah pakaiannya juga cantik siap ada crown lagi dekat atas kepala ala - ala gaya Dato Seri Vida dah. Firman pula membuat persembahan penutup dengan lagu popular masa kini iaitu Zalikha nyanyian asal Floor 88. Best juga persembahan Firman itu, lagu tersebut juga sesuai dengan suara Firman, jadi tak hairanlah bila Firman berada di tempat kedua selepas Liza Hanim. Nampaklah sisi berbeza serta versatile bila Lan Kristal dan Tia Jinbara menyanyikan lagu - lagu bergenre lain seperti lagu Sayang - Sayang dan juga lagu Bila Resah. Hazami pula menyanyikan lagu Joget Kenangan Manis nyanyian asal Sudirman, tapi tak berapa suprise bila Hazami pilih lagu ini sebab dah pernah tengok dia menyanyikan lagu ini ketika di Sidang Media Gegar Vaganza dulu.

Raja Azura pula menyanyikan lagu Perhaps, Perhaps, Perhaps dari Pussycat Dolls, aku hafal lirik lagu ini, jadi dengan aku sekalilah menyanyi lagu ini hehehe. Apa pun aku setuju dengan komen Tok Ram terhadap suara Raja Azura masa menyanyikan lagu ini. Manakala Haida pula menyanyikan lagu Kenangan Bersamamu nyanyian asal kumpulan Lefthanded. Aku rasa okey je nyanyian Haida ini, tapi rasa macam dia ambil risiko pula untuk minggu keempat nanti, bila dia akan menyanyikan lagu Memori Daun Pisang itu. Tapi mungkin ada kelainan yang akan dibuatnya dalam lagu itu nanti, siapa tahu kan. Syura pula menyanyikan lagu Knock Knock nyanyian asal Elizabeth Tan dan aku rasa best pula Syura menyanyikan lagu rancak ni, berbanding genre balada atau pun irama malaysia. Lagi pun jarang tengok Syura menyanyikan lagu - lagu rancak ini. Syura patut try menyanyikan lagu rancak lebih kerap. Elyana dan Aqasha pula menyanyikan lagu dangdut yang bertajuk Wulan Merindu dan Cinta Tak Keruan. Aku rasa okey je nyanyian Aqasha dan Elyana ini, sedap cuma dekat part Rap masa Aqasha nyanyi tu nampaklah macam kelam kabut sikit. Tak sangka juga diorang bottom three, hope minggu seterusnya, diorang akan buat lebih baik lagi.

Di minggu keempat nanti, semua bintang GV4 ini akan berduet pula dan pasangan duet masing -masing juga memang best - best belaka seperti Ezad Lazim, Hafiz Suip, Tomok, Misha Omar, Aweera, Epul dan lain - lain lagi. 
Read More

6 Nov 2017

Liza Hanim Terbaik, Ferhad Tersingkir - Gegar Vaganza 2017 (Minggu Kedua)

Review Minggu Kedua Gegar Vaganza 2017, GV4, Gegar Vaganza Musim Ke-4, Nyanyian, Lagu Best, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Artis Malaysia, Astro Ria, Ferhad Tersingkir, Peserta Gegar Vaganza Musim Keempat, Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman, Elyana, Raja Azura,
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik

Minggu kedua Gegar Vaganza Musim keempat (2017) berlangsung dengan meriah, rata - rata peserta GV4 ini memberikan persembahan yang terbaik. Liza Hanim yang menyampaikan lagu Aku Hanya Pendatang nyanyian asal Fransisca Peter mendapat standing ovation dari juri tetap Gegar Vaganza. Aku rasa Liza Hanim ini pasti akan ke Final Gegar Vaganza nanti. Selain itu Haida mengejutkan penonton dengan mutu vokalnya yang mantap dalam lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu. Aku sendiri pun suka lagu tersebut, aku suka Haida menyanyikan lagu sebegini berbanding lagu Irama Malaysia di minggu pertama itu. Manakala Hazami pula memang nyanyiannya sentiasa sedap dan aku teringin nak lihat Hazami ini menyanyikan lagu Rock pula nanti. Aku tak sangka Aishah dah berusia 52 tahun, tapi suaranya bila menyanyi memang sedap habis, maintain suara dia tu, tak berubah langsung. Minggu ketiga nanti Aishah akan menyanyikan lagu Yuna iaitu Terukir Di Bintang, tak sabar nak tengok Aishah nyanyi lagu Yuna. Apa pun aku rasa comel bila dengar suara Aishah ini bercakap, dah macam budak - budak pula hehehe.
Minggu Kedua Konsert Gegar Vaganza Musim Ke -4 - Ferhad Tersingkir, Liza Hanim Terbaik
Aku hope Aqasha akan kekal lama dalam pertandingan Gegar Vaganza ni, bukan apa, risau pula kalau dia tersingkir sebab kedudukannya di minggu pertama bottom three dan minggu ini nampak peningkatannya, manakala minggu depan pula dia akan menyanyikan lagu dangdut pula. Rasanya ramai yang tak terkejut Ferhad tersingkir minggu ini sebab aku rasa lagu Harus Terpisah itu agak susah nak dinyanyikan serta nampak Ferhad struggle nak menyampaikan lagu itu. Walaubagaimanapun nampak Ferhad dah bersungguh - sungguh menyanyikan lagu tersebut yang merupakan lagu nyanyian Cakra Khan. Berbanding minggu lalu, Firman berada dalam kedudukan Bottom 4 minggu ini, tapi aku tak sabar juga nak lihat Firman menyanyikan lagu Zalikha (Floor 88) di minggu ketiga nanti. Aku suka dengan gaya persembahan Elyana masa menyanyikan lagu dari kumpulan Kotak yang berjudul Masih Cinta, tapi rasanya lagu tersebut memang makanannya saja, teringin nak tengok Elyana nyanyi lagu - lagu yang lebih susah dan mencabar vokalnya. 

Raja Azura terselamat di minggu kedua ini dan berjaya meneruskan perjuangannya di minggu ketiga nanti. Aku agak terhibur dan suka pula dengan lagu yang dinyanyikannya itu, best juga lagu itu, sebab sebelum ini aku rasa Raja Azura ini dah salah pilih lagu tapi rupanya lagu itu sesuai dengannya. Minggu depan dia akan menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps nyanyian Pussycat Dolls. Aku suka lagu tersebut, entah macam mana pula gaya persembahan Kak Engku di minggu ketiga nanti. Apa pun Good Luck untuk semua peserta di minggu ketiga GV4 nanti.

Gambar - Gambar diatas credit to Pixabay.com
Read More

14 Okt 2017

Peserta Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4

Gegar Vaganza, Musim Ke - 4, 2017, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi, Artis Malaysia, Lagu Best, Senarai Peserta, GV4, Peserta Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Firman, Ferhad, Lan Kristal, Tia Jinbara, Aqasha, Hazami, Haida, Raja Azura, Syura, Elyana, Aishah, Liza Hanim,
Peserta Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4

Pertandingan nyanyian popular iaitu Gegar Vaganza Musim Ke -4 (2017) akan kembali bersiaran di Astro Ria bermula 29 Oktober 2017 ini. Program Gegar Vaganza atau GV4 ini disiarkan bagi menggantikan AF Megastar yang akan tamat tidak lama lagi. Program Gegar Vaganza ini sememangnya dinanti oleh ramai penonton untuk melihat penyanyi kesukaan mereka bertanding untuk merebut gelaran juara. Diam tak diam dah nak masuk musim keempat dah Gegar Vaganza ini, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai Ilusi, manakala musim kedua pula dimenangi oleh Siti Nordiana dan musim ketiga dimenangi oleh Azharina. Jadi musim ke- 4 ini siapa pula pemenangnya? kan sebab semuanya hebat - hebat belaka. Pembaharuan di musim baru ini adalah penyertaan peserta dibuka kepada peserta atau penyanyi dari negara luar seperti Singapura dan Indonesia. 

Semua peserta yang bertanding dalam GV4 ini semuanya best - best belaka, masing - masing mempunyai suara yang sedap dan lagu - lagu yang popular dan terkenal. Pertandingan itu pastinya sengit habis. Penyanyi Firman dari Indonesia dan juga Ferhad dari Singapura telah terpilih untuk menyertai GV musim keempat ini. Manakala peserta lelaki lain yang join GV4 ini adalah Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha dan Hazami. Dalam ramai - ramai peserta lelaki ini, aku paling excited nak tengok Aqasha menyanyi, dah lama tak tengok Aqasha ini menyanyi sebab asyik berlakon kan. Lagi pun Aqasha ini memang bermula sebagai penyanyi dulu dan kemudiannya baru berlakon, malah Aqasha juga pernah menyertai Bintang RTM dulu kalau aku tak silaplah dan berjaya menjadi finalis, cuma tak menang je masa itu. Aku harap Aqasha akan kekal lama dalam pertandingan dan kalau ada rezeki sampai ke final ke kan. 

Manakala peserta wanita pun tak kurang hebatnya, antara penyanyi wanita yang join Gegar Vaganza 2017 ini adalah Aishah, Elyana, Haida, Liza Hanim, Syura dan Raja Azura. Walaupun ramai yang mempertikaikan kenapa Aishah join Gegar Vaganza ini sebab dia dah dikira legend kan, tapi mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri. Penglibatan Aishah dalam pertandingan ini akan memberi persaingan yang hebat dan sengit pada peserta lain. Syura dan Elyana pula antara penyanyi seangkatan dengan Siti Nordiana, malah mereka juga bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Jadi kemenangan Siti Nordiana yang lalu sedikit sebanyak memberi inspirasi pada mereka untuk turut bertanding dalam edisi kali ini. Apa pun aku memang dah lama berharap Elyana join GV ini dan akhirnya tercapai juga, plus aku dulu pernah jumpa Elyana dan Siti Nordiana secara live masa diorang datang buat persembahan dekat tempat aku dulu, masa ini Elyana masih penyanyi baru lagi tau.

Haida pula terkenal dengan lagu duetnya bersama kumpulan Senario iaitu lagu Zapin Usik Mengusik dan ramai juga terkejut bila Raja Azura join GV kali ini sebagai peserta. Setahu aku Raja Azura memang pernah ada lagu sendiri dan juga album sendiri dulu. Jadi tak hairanlah kalau dia join Gegar Vaganza ini. Maybe ramai yang dah biasa tengok Raja Azura atau Kak Engku ini jadi pengacara kan, pelakon dan Deejay Radio kan, kali ini kita boleh tengok dia menyanyi live. Paling best sekali pastilah sebab Liza Hanim pun join Gegar Vaganza musim keempat ini. Ikutkan dari GV2 lagi aku nak Liza Hanim join GV ini, akhirnya di musim ke- 4 ini, dia join juga, ikutkan memang rindu nak tengok Liza Hanim menyanyi kan, plus aku memang suka dengan lagu - lagu Liza Hanim ini. Setahu aku Liza Hanim ini memang dah biasa join pertandingan masa dulu - dulu seperti HMI Penghibur. Apa pun tak sabar nak tengok Gegar Vaganza Musim Keempat ini.



Read More


My Random Post