Memaparkan catatan dengan label Drama Syurga Yang Kedua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Syurga Yang Kedua. Papar semua catatan

20 Mac 2018

Episod Akhir Drama Syurga Yang Kedua



Drama Syurga Yang Kedua, Final Episode, Episod 70 Drama Syurga Yang Kedua, Ending Drama Syurga Yang Kedua, Watak, Vivy, Sabrina, Daniel, Azril, Dato Sherry, Daud, Delaila, Astro Prima, Sinopsis Episod Akhir Syurga Yang Kedua, Pelakon, Syurga Yang Kedua Cast, Siti Elizad, Zarul Husin, Fasha Sandha, Beego, Azizah Mahzan, Dynaz Mokhtar,

Berakhir sudah drama 70 episod Syurga Yang Kedua ini, episod terakhir iaitu episod 70 telah pun disiarkan pada 19 Mac yang lalu, drama Monalisa akan menyusul untuk menggantikan drama ini. Berdasarkan komen di Twitter yang aku baca, ramai juga yang tak puas hati dengan Ending Drama Syurga Yang Kedua ini sebab tergantung, banyak persoalan yang tidak terjawab dan penonton perlu membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang berlaku pada watak - watak tertentu. Apa pun happy ending buat watak Sabrina dan Daniel, namun sad ending buat watak Vivy sebab dia akhirnya jadi gila, sayang betul pula, sebab Vivy tu cantik, doktor pula tu tapi akhirnya jadi gila, sebelum jadi gila, Vivy tu sempat bagi anaknya Alia pada Sabrina dan siap minta maaf pada Daniel dan Sabrina lagi. Rasanya kalau Vivy tu tak jumpa dengan Dato Sherry, maybe Vivy tu masih waras kot hahaha, tapi bila dia jumpa saja Dato Sherry terus mental dia tak stabil. Tak sangka juga Vivy jadi mcam tu, rasa kesian juga pada Vivy ni. Aku tak puas hati juga scene Vivy dengan Dato Sherry tu macam tergantung betul, tahu - tahu dah habis haha, baru nak suspen dah habis.



Selain itu, ramai juga yang memuji Azril sebab setia dengan Vivy walaupun Vivy dah jadi gila, aku ingatkan Azril akan tinggalkan Vivy selepas Vivy jadi gila, tapi rupanya tak, malah dia setia, cuma aku teringin nak tahu apa jadi dengan hubungannya dengan Delaila tu, dah bercerai ke?, anak yang Vivy kandung tu macam mana pula kan? dan adakah Vivy bercerai dengan Daniel?Tapi scene Vivy jadi gila tu comel pula hahaha. Bila dah tengok episod terakhir drama Syurga Yang Kedua ini barulah aku faham kenapa drama ini bertajuk Syurga Yang Kedua, awalnya aku ingatkan tajuk drama ini ada kaitan dengan watak Vivy sebab dia isteri kedua kan. Satu lagi aku agak terkejut bila Daud tu nak kahwin juga dengan si Rozie tu, seriously. Paling mengejutkan bila Shidah buat keputusan untuk redha dan menerima Rozie jadi madunya. Memang mengejutkan jugalah sebab Shidah ini awalnya memang garang dan tak suka dimadukan, tapi akhirnya terus berubah seratus peratus, siap boleh senyum dan beramah mesra dengan bakal madunya itu, nak tergelak pun ada juga bila tengok scene Shidah, Rozie dan Daud tu. Keluarga bahagia sangat okey haha.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu TV Alhijrah


Read More

18 Mac 2018

Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga 69

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga Episod 69,pelakon utama drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Dynas Mokhtar, Drama Melayu, Astro,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga Episod 69
Diam tak diam dah masuk minggu akhir dah Drama Syurga Yang Kedua ini, Isnin ini iaitu 19 Mac 2018 akan disiarkan episod akhir drama Syurga Yang Kedua ini. Apalah agaknya kesudahan drama ini ye?. Dalam banyak - banyak scene dalam drama ini, aku tak boleh terima betul dengan bapa Sabrina iaitu Daud yang nekad sungguh nak berkahwin lagi dengan Rozie, geram pun ada juga. Takkanlah dia tak tengok penderitaan Sabrina yang dimadukan tu, ni dia nak madukan pula isterinya si Shidah tu. Aku pun curious juga nak tahu apa yang akan terjadi pada hubungan Shidah dan Daud ini, adakah Shidah akan mengikut prinsipnya yang tak akan berpoligami atau pun redha sajalah serta mengizinkan Daud berkahwin dengan Rozie. Kisah yang paling ditunggu pastilah tentang Sabrina, Daniel dan Vivy, apa yang akan jadi dengan diorang bertiga ini kan?. Adakah Daniel masih berpegang dengan janjinya tak akan menceraikan mana - mana isterinya atau pun sebaliknya berlaku. Hope tak adalah kejutan kan, mana tau tetiba diorang matikan watak Sabrina tu, mahu marah netizen nanti haahaha.  Antara pelakon utama drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua yang berada di bawah ini dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh juga taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 65 Hingga episod 69.



Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64
Sabrina seperti biasa sentiasa mencari peluang untuk menyindir Vivy, manakala Vivy pula hanya bersabar bila berada di depan Sabrina dan mula mengamuk dan marah pada Sabrina ketika berada di biliknya seorang diri. Vivy juga marah dengan tindakan Daniel yang terlalu manjakan Sabrina ketika Sabrina tengah sarat mengandung berbeza dengan dirinya dulu ketika mengandung. Vivy merasakan hal tersebut tidak adil untuknya. Sabrina mula rasa sakit nak bersalin dan semua orang di rumah Dato Sherry kelam - kabut untuk menghantar Sabrina ke hospital, manakala Vivy pula langsung tidak peduli mengenai hal tersebut. Manakala Rozie pula menyuruh Daud untuk mendapatkan izin isterinya iaitu Shidah, sekiranya ingin berkahwin dengannya, malah Rozie juga turut berhenti kerja dan ingin membantu perniagaan anaknya Mira. Daud berasa berat hati untuk melepaskan Rozie pergi dari syarikatnya. Shidah pula melayan Daud dengan dingin dan dalam masa yang sama berasa tertekan dengan hal suaminya itu. Sabrina akhirnya selamat melahirkan anak lelaki dan anaknya itu dinamakan Darwish. Semua orang sudah melawat Sabrina di hospital cuma Vivy saja yang belum pergi melawat. Sabrina pula berazam untuk mencari tahu siapa ibu bapa kandung baby Alia setelah dia sihat nanti. Daud pula pergi ke butik Mira dan berkongsi berita gembira tentang kehadiran cucu lelakinya yang baru lahir. Rozie pula sengaja mengelak untuk berjumpa dengan Daud. Dato Sherry berat hati untuk berpindah ke rumah baru kerana terpaksa menjual rumahnya sekarang. 

Sabrina pula menghabiskan masa berpantang di rumah ibu bapanya. Daniel pula berjanji tak akan menceraikan Vivy mahu pun Sabrina, sekiranya rahsia perkahwinan mereka itu pecah. Azril pula berjaya mendapat maklumat sebenar tentang baby Alia dan telah berjanji akan berjumpa dengan Sabrina tak lama lagi. Azril memberitahu Vivy yang dia telah mengetahui segala rahsia Vivy termasuklah rahsia mengenai baby Alia itu. Vivy berpura - pura seolah - olah tidak kisah dengan rahsianya yang terbongkar itu. Walaubagaimanapun setelah Azril pergi dari situ barulah Vivy mula panik, risau dan takut serta tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dato Sherry telah selesai berpindah ke rumah baru dan Vivy turut tinggal bersamanya. Danial berasa curiga dengan tindakan Sabrina yang keluar rumah tanpa izinnya serta pergi berjumpa dengan lelaki lain, Daniel kemudiannya mengupah seseorang untuk pergi menyiasat dan mengekori Azril kerana Daniel syak Sabrina berjumpa dengan Azril. Sabrina kemudiannya pergi berjumpa dengan Azril dan Azril memberitahu tentang hal sebenar mengenai Baby Alia pada Sabrina dan membuatkan Sabrina menjadi marah dan ingin membongkar segalanya tentang Vivy pada Daniel. Sabrina kemudiannya terkejut melihat Daniel telah menunggunya pulang di rumah mereka. Daniel kemudian bertanyakan pada Sabrina tentang kenapa Sabrina bertemu dengan lelaki tersebut. Sabrina kemudian mendedahkan yang dirinya dah tahu mengenai rahsia perkahwinan Daniel dan Vivy, seterusnya meluahkan rasa kecewanya pada Daniel yang telah menipunya selama ini dan seterusnya membuatkan Daniel terkejut dan terdiam.

Sabrina juga mendedahkan yang baby Alia itu sebenarnya adalah anak kandung Daniel dengan Vivy. Manakala Mastura pula bertemu dengan Dato Sherry dan mendedahkan rahsia tentang baby Yusof. Hal tersebut membuatkan Daniel dan Dato Sherry marah dan Dato Sherry bertindak menghalau Vivy keluar dari rumah tersebut. Vivy terkejut apabila semua rahsianya telah terbongkar namun cuba berlagak tenang dan keluar dari rumah itu kemudian menangis. Sabrina turut menceritakan segalanya pada ibu dan ayahnya sekaligus meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Azril mengetahui yang Vivy kini tersepit dan tiada tempat bergantung cuba mengambil kesempatan tersebut dengan menghulurkan bantuan serta mengajak Vivy untuk lari. Dato Sherry bertemu dengan Delaila di hospital, kelihatan Delaila telah sembuh sepenuhnya. Delaila turut menceritakan yang dia tahu apa yang berlaku di rumah Dato Sherry itu dan mengatakan semuanya berpunca dari Dato Sherry sendiri. Dato Sherry insaf dan sedar semuanya berpunca darinya, malah dia juga meminta maaf dan berbaik - baik dengan ibu Sabrina iaitu Shidah. Manakala bapa Sabrina iaitu Daud melamar Rozie untuk menjadi isterinya dan akhirnya Rozie setuju. Ketika Shidah membawa baby Alia bersiar - siar di taman, Vivy kemudian datang dan memaksa Shidah untuk bagi anaknya itu padanya. Sabrina yang sedih menelefon Daniel dan menyuruh Daniel untuk pergi mencari Vivy dan mengambil baby Alia semula.

Daniel menemui Vivy dan menegaskan yang dirinya tak akan menceraikan Vivy, dia juga membiarkan Vivy menjaga baby Alia itu. Sabrina hilang sabar kerana terlalu lama menunggu dan Daniel masih belum mengambil baby Alia daripada Vivy sebaliknya Daniel meminta Sabrina memberikannya sedikit masa lagi. Selain itu, Delaila telah keluar hospital dan tinggal di rumah Dato Sherry, malah Dato Sherry turut menceritakan segalanya pada Delaila mengenai siapa ayah kandungnya dan juga Sabrina. Delaila juga telah mula berbaik - baik dengan Sabrina malah dirinya juga turut berjumpa dengan ayah kandungnya iaitu Daud. Delaila berasa gembira kerana dapat bertemu dengan ayahnya itu. Daniel juga telah mengetahui segala rahsia mengenai Delaila itu yang merupakan kakak tirinya dan juga kakak iparnya. Daniel juga telah berbaik - baik dengan Delaila. Vivy akhirnya menerima pertolongan Azril yang ingin membantunya, malah Vivy juga sempat bertemu dengan Sabrina dan menegaskan yang dirinya tak akan bagi baby Alia pada Sabrina. Hal tersebut telah membuat Sabrina menjadi marah pada Daniel lalu memberi kata dua pada Daniel sama ada mengambil baby Alia tu semula atau pun menceraikan Sabrina. Daniel terkejut dengan keputusan Sabrina, malah Vivy turut melihat, mendengar dan mengetahui apa yang terjadi. 19 Mac ini adalah episod terakhir untuk Drama Syurga Yang Kedua ini iaitu episod 70, selepas ini drama Monalisa akan menyusul untuk menggantikan drama ini.
Read More

13 Mac 2018

Episod 60 Hingga 64 Syurga Yang Kedua

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Syurga Yang Kedua Cast, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Sherry Ibrahim, Watak, Sabrina, Daniel, Vivy, Dato Sherry, Ellis, Daud, Shidah, Rozie, Fazira, Azril, Mastura, Poligami, Episod 60 Hingga 64,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64

Wah sekejap saja dah masuk episod 60 dah Drama Syurga Yang Kedua ini, tak lama lagi tamatlah drama ini sebab drama ini hanya 70 episod saja. Ini bermakna Drama Syurga Yang Kedua dah nak hampir tamat, jalan cerita pun hampir sampai ke kemuncaknya. Segala rahsia makin terbongkar satu persatu, cuma aku harap bapa Sabrina tu tak jadilah kahwin dengan Rozie tu hahaha. Tak sabar nak tengok reaksi Dato Sherry apabila mengetahui yang baby Yusof tu bukan cucunya yang sebenar serta nak tengok juga reaksi Vivy bila semua rahsianya pecah. Selain itu bukan main bersungguh lagi si Azril tu jadi penyiasat untuk korek rahsia Vivy tu hahaha dan di episod 60 dan 61 agak sedih sikit sebab Ellis mati kan, baru saja nak bahagia tapi tak kesampaian. para pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Siti Elizad yang membawakan watak Sabrina dalam drama ini sempat promote drama ini di Gegar Lawak, dia cakap minggu ini iaitu 12 Mac -16 Mac adalah minggu terakhir drama Syurga Yang Kedua ini bersiaran. Manakala 19 Mac ini adalah episod akhir drama ini. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh juga taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 60 Hingga episod 64.



Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64

Ellis agak terkejut dengan apa yang dikatakan Sabrina sebelum ini mengenai dirinya yang hampir keguguran disebabkan suplemen yang Vivy bagi dan bertanyakan lagi hal tersebut pada Sabrina. Namun Sabrina hanya mengatakan hal yang baik - baik mengenai Vivy pada Ellis. Tak lama kemudian Ellis terdengar perbualan Dato Sherry dengan Daniel lalu menyebabkan Ellis mengetahui yang Vivy juga adalah isteri Daniel. Walaubagaimanapun Ellis hanya berdiam diri dan tidak bertanyakan hal tersebut pada Daniel. Ellis kemudiannya meluangkan masanya bersama Daniel dan mengingati memori mereka bersama dulu. Ellis kelihatan gembira dapat keluar dengan Daniel, namun keesokan harinya Daniel terkejut apabila mendapat tahu Ellis sudah meninggal dunia dalam tidurnya, Daniel dan Sabrina sedih dengan pemergian Ellis. Mak Sabrina iaitu Shidah yang awalnya bergaduh dengan Fazira sebab Ellis berkahwin dengan Daniel, mula lembut hati serta kasihan pada Fazira kerana satu - satunya warisnya iaitu Ellis telah tiada, lalu pergi berjumpa Fazira dan mereka berbaik semula. Hubungan Sabrina dan Vivy makin dingin, Sabrina sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyindir Vivy manakala Vivy dapat merasakan Sabrina sudah dapat tahu mengenai perkahwinannya dengan Daniel.

Sabrina kemudiannya sengaja menyuruh Daniel untuk tidur di rumah Dato Sherry dan hal ini menyebabkan Vivy happy kerana dapat meluangkan masa bersama suaminya. Namun Sabrina sengaja membuat kejutan bila dia juga turut muncul di rumah Dato Sherry. Semenjak itu Sabrina kerap bermalam di rumah Dato Sherry untuk membuatkan Vivy sakit hati. Sabrina juga cuba mempengaruhi Dato Sherry untuk membenarkan Vivy keluar dari rumah tersebut supaya dapat hidup lebih privasi dan bebas. Dato Sherry mula berfikir mengenai kata - kata Sabrina itu dan merasakan ada benarnya kata - kata Sabrina dan kemudiannya menyuruh Vivy untuk berpindah. Vivy mula tidak puas hati, kerana dia suka tinggal di rumah Dato Sherry, jika dia keluar dari rumah tersebut maka lagi susahlah untuk dia bertemu dengan Daniel lagi. Daniel kemudiannya tidak bersetuju dengan rancangan Dato Sherry untuk membenarkan Vivy berpindah dan menyuruh Vivy tinggal di rumah tersebut seperti biasa saja. Vivy merasa lega dan gembira kerana rancangan Sabrina tidak berjaya. Manakala Azril pula cuba menyiasat segala rahsia Vivy termasuklah tentang siapa ibu bapa Alia yang sebenarnya serta dimanakah anak kandung Vivy yang sebenarnya. Azril hampir mengetahui semua rahsia Vivy manakala Mastura pula masih keliru untuk mengikut cakap siapa, sama ada mengikut cakap Vivy atau pun mengikut rancangan Azril.

Hubungan Daud dan Shidah makin dingin, Shidah juga yakin yang Daud dah jatuh cinta pada perempuan lain iaitu Rozie. Walaubagaimanapun Shidah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan cuba pergi bercuti dengan Daud namun usahanya itu tidak berjaya kerana hubungan mereka masih dingin. Shidah juga turut marah apabila melihat Daud berjumpa dengan Mira dan Shidah makin buntu kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Rozie dan Daud sedar yang mereka saling mencintai namun Rozie tidak mahu melukakan hati Shidah. Azril kemudiannya pergi berjumpa dengan Sabrina untuk memberitahu Sabrina mengenai info baru yang dia dapat. Namun dia terpaksa beredar pergi apabila melihat Daniel turut berada di situ untuk makan. Daniel kemudian pergi pada Sabrina dan bertanyakan pada Sabrina mengenai kawannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 
Read More

6 Mac 2018

Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga 59

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga 59, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Episod 55 Hingga 59, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Amanda Misbun, 2018, Poster Drama Syurga Yang Kedua,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga Episod 59

Macam biasa hari ini aku nak share sinopsis Drama Syurga Yang Kedua yang disiarkan di Astro Prima dan Maya HD untuk episod 55 hingga episdo 59. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Dalam episod 55 - 59 ini, agak terkejut juga bila Daniel berkahwin lagi dan sekarang ini ada 3 isteri gitu hehehe. Tapi rasanya nanti mesti isteri Daniel jadi dua balik sebab isterinya yang ketiga itu iaitu Ellis kan sakit, jadi kemungkinan besar Ellis tak dapat hidup lama. Apa pun aku juga suka tengok hubungan Ellis dan Sabrina yang sangat baik dan mesra tu. Manakala Vivy pula boleh terus makan hati hehehe. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 55 Hingga 59 di bawah ini ye..

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga Episod 59

Sabrina bertindak meminang Ellis untuk suaminya Daniel manakala Azril pula cuba menghasut Mastura yang merupakan ibu kandung pada baby Yusof untuk mengikut rancangannya. Ellis berterus - terang tentang perasaannya pada Daniel dan memberitahu tentang Sabrina yang ingin menyatukan mereka. Daniel kemudiannya pergi berjumpa dengan Sabrina dan terkejut apabila mengetahui Sabrina mengizinkan serta menginginkan Daniel untuk berkahwin dengan Ellis, Sabrina juga cuba menyakinkan Daniel yang dirinya ikhlas membenarkan Daniel berkahwin lagi. Fazira awalnya agak ragu - ragu dengan sikap Sabrina yang terlalu baik serta membenarkan Ellis menjadi madunya. Namun setelah berborak panjang dengan Sabrina barulah Fazira yakin yang Sabrina memang baik orangnya serta ikhlas menerima Ellis. Setelah puas berfikir, Daniel mengikut saja permintaan Sabrina untuk melihat dia berkahwin dengan Ellis. Manakala Rozie pula merasakan yang Daud ada hati padanya, anak Rozie iaitu Mira menyakinkan ibunya. Setelah Daniel bersetuju, Sabrina menjemput ibu bapanya untuk datang ke rumahnya untuk membuat pengumuman mengenai perkahwinan Daniel dan Ellis.



Shidah sangat terkejut dengan keputusan Sabrina dan mula menyalahkan Daniel. Akhirnya Sabrina berjaya menenangkan ibunya itu dan kemudian Ellis dan Fazira sampai di rumah Sabrina. Daniel kemudiannya memberitahu rancangannya untuk berkahwin dengan Ellis pada Dato Sherry dan Dato Sherry sangat terkejut dengan keputusan Daniel itu dan membantah. Namun Dato Sherry mula bertukar fikiran apabila mengetahui yang Ellis adalah satu - satunya waris pada segala harta Fazira dan sekiranya Ellis mati, harta tersebut boleh menjadi milik Daniel. Dato Sherry juga turut pergi berjumpa dengan Sabrina dan tidak mahu masuk campur urusan Daniel nak berkahwin lagi itu. Manakala Sabrina pula snagat excited merancang majlis perkahwinan Daniel dan Ellis, malah Sabrina turut keluar dengan Ellis untuk membeli barang - barang kahwin. Vivy pula serabut memikirkan pasal hal Mastura yang menginginkan baby Yusof semula. Vivy kemudiannya sangat terkejut serta marah apabila mengetahui yang Daniel ingin berkahwin lagi dari Sabrina. Vivy kemudiannya pergi berjumpa dengan Dato Sherry dan meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap sikap Daniel. Dato Sherry hanya memberi alasan tidak mampu berbuat apa - apa.

Ellis akhirnya berkahwin dengan Daniel manakala Fazira mula risau apabila Shidah seolah - olah memberi bayangan yang Daniel mempunyai ramai isteri. Vivy pula tertekan dan memutuskan untuk keluar dari rumah dna pergi berjumpa dengan Nina. Vivy kemudiannya berkongsi masalahnya dengan Nina manakala Azril sentiasa memerhati gerak - geri Vivy. Kemudian Vivy berjumpa dengan Daniel dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana Daniel berkahwin lain. Sabrina turut menerangkan sebab dia menerima Ellis sebagai madunya pada ibunya kerana dia inginkan Ellis gembira kerana Ellis sekarang sedang sakit. Tak lama kemudian Sabrina sengaja mengajak Ellis, Daniel dan Vivy makan bersama - sama di rumah Sabrina. Dato Sherry kemudian membuat pengumuman rasmi mengenai Ellis yang kini merupakan isteri kedua Daniel. Hal tersebut membuatkan Vivy sakit hati dengan keputusan Dato Sherry kerana ianya tidak adil buat dirinya. Vivy juga hampir - hampir nak memberitahu tentang statusnya yang merupakan isteri kedua Daniel pada Ellis namun sempat di halang oleh Dato Sherry.

Ellis juga sedar yang Vivy kelihatan tidak sukakan dirinya manakala Vivy pula dapat tahu mengenai Ellis yang sakit dan membuatkan dirinya sedikit gembira dengan berita itu. Vivy turut mengesyorkan supplemen yang bagus untuk kesihatan Ellis, namun Sabrina menyuruh Ellis berhati - hati dalam mengambil supplemen tersebut tanpa nasihat doktor pakar. Sabrina turut memberitahu Ellis mengenai dirinya yang hampir gugur ketika mengambil supplemen yang disyorkan oleh Vivy itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

26 Feb 2018

Episod 50 Hingga 54 Syurga Yang Kedua

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 50 Hingga 54, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Episod 50 Hingga 54, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Amanda Misbun, 2018,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 50 Hingga Episod 54

Diam tak diam, drama Syurga Yang Kedua ini dah sampai ke kemuncaknya, apabila setelah lama menunggu akhirnya Sabrina tahu juga akan kebenarannya, mengenai perkahwinan Vivy dan Daniel. Paling best bila personaliti dan perangai Sabrina mula berubah dari lemah - lembut menjadi seorang yang berani dan penuh agenda, gaya penampilan Sabrina juga berubah secara mendadak. Apa pun aku memang suka dengan perubahan Sabrina tu hehe sebab dah malas tengok dia ditipu dan diperbodohkan. Plus dengan perangai Vivy yang tak sedar diri jadi isteri kedua tapi lagaknya seperti Sabrina pula yang rampas suaminya tu. Memang patut Sabrina tu bagi pengajaran pada Vivy supaya dia rasa sakitnya dimadukan. Plan Sabrina nanti adalah dengan menggunakan Ellis untuk menyakiti hati Vivy hahaha. Episod 50 hingga episod 54 drama Syurga Yang Kedua ini memang best bagi aku. Selain itu aku agak menyampah pula dengan perangai bapa Sabrina iaitu Daud gilakan perempuan lain iaitu Rozie yang merupakan pekerjanya. Perangai Mira yang merupakan anak Rozie yang asyik menggalakkan maknya couple dengan Daud tu juga membuatkan aku makin menyampah.

Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Jadi hari ini, aku nak buat rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua dari Episod 50 hinggalah ke episod 54. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. So jom tengok sinopsis drama ini dari episod 50 hingga 54 di bawah ini ye, Selamat Membaca okey.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 50 Hingga Episod 54

Vivy kecewa kerana menyangka Daniel telah lupa akan birthdaynya manakala Fazira pula risau dengan kesihatan Ellis yang tidak menentu. Malah Sabrina juga turut tahu yang Ellis sakit selepas Ellis pengsan ketika keluar dengannya. Selain itu, ada seseorang telah mengirimkan gambar kahwin Daniel menerusi handphone pada Sabrina manakala Azril masih cuba menganggu Vivy dan meluahkan rasa sayangnya pada Vivy. Delaila yang ternampak kelakuan Azril itu mula mengamuk sambil mengacukan pisau pada Azril dan Vivy. Mastura merayu pada Vivy untuk berjumpa dengan anak kandungnya Yusof. Sabrina akhirnya tahu yang Vivy adalah madunya selepas menerima gambar - gambar kahwin Daniel dan Vivy di handphonenya dari pengirim misteri. Manakala Azril dan Dato Sherry akhirnya bersepakat untuk menghantar Delaila ke hospital mental. Walaubagaimanapun tak lama kemudian, Dato Sherry bertindak menghalau Azril keluar dari rumahnya kerana Azril sudah tidak ada kaitan dengan keluarganya, ini ditambah lagi Delaila juga tiada di situ. Hal tersebut telah membuatkan Azril berasa amat marah dengan Dato Sherry dan ingin melihat kejatuhan Dato Sherry suatu hari nanti. Selain itu, Sabrina sengaja mengajak Daniel dan Vivy untuk makan bersamanya, di samping memerhati gerak - geri Daniel dan Vivy.



Sabrina kemudian ke tandas dan menangis di sana kerana kecewa dan sedih dengan perbuatan Daniel dan Vivy padanya. Rozie ingin berhenti kerja kerana bimbang akan memusnahkan rumahtangga Daud, namun Daud telah menghalang Rozie dari berhenti kerja. Sabrina kemudiannya pergi berjumpa dengan pengirim gambar misteri itu yang kemungkinan besarnya adalah Azril. Sabrina memutuskan untuk tunggu dan lihat permainan Vivy dan Daniel itu. Azril juga mengajak Vivy untuk berjumpa dan memberitahunya yang dia tahu rahsia Vivy mengenai baby Yusof namun Azril berazam untuk mencari bukti. Manakala Vivy pula sedikit terkejut namun akhirnya tidak mempedulikan ugutan Azril itu kerana sedar Azril tidak ada bukti. Sabrina makin rapat dengan Ellis dan berbual panjang dari hati ke hati mengenai Daniel. Tak lama kemudian Vivy datang ke rumah Sabrina untuk bertemu Alia kerana Sabrina dah lama tak bawa Alia ke rumah Dato Sherry. Sabrina melayan Vivy seperti biasa namun tiba - tiba menghalang Vivy dari naik ke atas untuk melihat Alia yang tiba - tiba menangis. Berdasarkan layanan Sabrina terhadapnya, serta perangai Sabrina yang sedikit pelik, membuatkan Vivy syak yang Sabrina dah tahu mengenai rahsia perkahwinannya dengan Daniel namun Vivy masih tidak pasti, Vivy juga turut memberitahu Daniel mengenai hal ini.

Sabrina kerap keluar rumah tanpa beritahu Daniel, malah Daniel juga pernah nampak Sabrina bertemu dengan seorang lelaki. Tak lama kemudian Sabrina ke rumah Dato Sherry dan membawa Alia bersamanya dan menyuruh Vivy untuk menjaga Alia, malah Sabrina juga ingin masuk ke bilik Vivy dan Daniel itu tapi dihalang oleh Dato Sherry. Sabrina makin kerap berjumpa dengan Ellis manakala Shidah pula dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan suaminya itu. Tak lama kemudian, ketika Daniel pulang ke rumah, dia amat terkejut melihat Sabrina sudah memotong rambutnya menjadi pendek seperti Vivy. Hal tersebut telah membuatkan Daniel berasa tidak sedap hati dengan perangai Sabrina yang makin pelik dan syak Sabrina telah tahu sesuatu tapi dia masih tidak pasti. Kemudian Sabrima berjumpa dengan Ellis dan bertanya pada Ellis sama ada Ellis masih cintakan Daniel, Ellis menafikannya namun Sabrina mengatakan yang dirinya tidak kisah jika Ellis rapat dengan Daniel. Ellis mula berasa serba - salah, pelik dan keliru dengan perangai Sabrina yang seolah - olah merestui jika dia menjadi isteri Daniel. Selain itu, Azril berjumpa dengan Daniel dan Daniel meluahkan masalahnya pada Azril mengenai Sabrina, Azril juga sempat memberi nasihat pada Daniel.

Selepas itu Azril pergi berjumpa dengan Mastura pula, manakala Sabrina pula telah pergi keluar makan dengan Ellis. Ketika mereka sedang makan, Vivy telah menelefon Ellis dan dari situ Sabrina mengetahui yang Ellis turut mengenali Vivy. Ellis juga turut terkejut mengetahui Sabrina berkawan baik dengan Vivy. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

18 Feb 2018

Syurga Yang Kedua Episod 45 Hingga 49

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga 44, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Episod 40 Hingga 44, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Amanda Misbun,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 45 Hingga 49

Drama Syurga Yang Kedua ini dah nak masuk episod ke 50 dah, tak sabar tunggu drama ini sampai ke kemuncaknya dan segala persoalan terjawab. Aku juga agak terkejut dengan sikap bapa Sabrina iaitu Daud yang nampak macam sukakan Rozie. Entah apa yang akan jadi bila Shidah tahu nanti hahaha. Minggu ini aku akan buat rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua episod 45 hingga episod 49, jadi selamat membacalah pada yang rajin nak membaca tu hehe. Kalau nak baca sinopsis episod - episod awal tu bolehlah search or klik saja kat ruangan sitemap di menu bar di atas ini okey.
Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. 

Sinopsis Syurga Yang Kedua Episod 45 Hingga 49

Azril masih menggangu Vivy dan mengajaknya untuk lari manakala Delaila pula terus - terusan menuduh Vivy cuba menggoda suaminya Azril. Dato Sherry cuba menyelesaikan salah faham Delaila terhadap Vivy dan Azril. Ketika Vivy keluar bersama Daniel dengan membawa baby Yusof, ada seorang wanita misteri cuba menggangu mereka, wanita tersebut asyik ingin memegang Yusof dan membuatkan Daniel cepat - cepat pergi ambil keretanya manakala Vivy menunggu disitu. Kemudian wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebagai ibu kandung Yusof dan menginginkan anaknya semula, namun Vivy mengatakan yang mereka sudah ada perjanjian dan wanita tersebut boleh disaman jika melanggar perjanjian mereka. Selain itu Shidah masih sibuk dengan urusan perniagaannya manakala suami Shidah iaitu Daud pula makin rapat dengan pekerjanya yang bernama Rozie serta anak Rozie yang bernama Mira itu. Sabrina pula teringin untuk berjumpa dengan Ellis yang telah menyelamatkannya dan Alia sebelum ini. Ketika Ellis berada di pejabat Daniel, Sabrina juga turut datang dan akhirnya Daniel memperkenalkan Ellis pada Sabrina. Kemudian Sabrina dan Ellis pergi keluar minum, dan Sabrina mengucapkan terima kasih pada Ellis atas pertolongannya sebelum ini. Walaubagaimanapun ada timbul sedikit keraguan di hati Sabrina mengenai hubungan Daniel dan Ellis.

Akhirnya Daniel berterus - terang pada isterinya Sabrina mengenai Ellis itu dan akhirnya juga Sabrina tahu yang Ellis adalah bekas kekasih Daniel dulu. Dato Sherry berbincang dengan Azril mengenai kesihatan Delaila, Dato Sherry risau dengan keadaan Delaila yang tidak dapat dikawal disebabkan sikap Delaila yang tidak mahu makan ubat. Kalau keadaan ini berterusan, Delaila perlu dimasukkan ke hospital mental. Selain itu Shidah dan Fazira berpakat untuk membeli salah satu syarikat kepunyaan Dato Sherry dan membuatkan Dato Sherry terkejut dan curious tentang bagaimana Shidah dapat duit untuk membeli syarikatnya itu. Manakala Vivy pula mengadu pada Auntie Som mengenai ibu kandung Yusof yang datang menganggunya. Daud pula makin rapat dengan Mira yang merupakan anak Rozie. Mira sentiasa meminta pertolongan dari Daud manakala Daud pula tidak kisah untuk menolongnya. Rozie pula serba salah dengan Daud kerana anaknya telah banyak menyusahkan Daud. Ketika Vivy meninggalkan baby Yusof seketika di ruang tamu, Delaila telah datang untuk bermain - main dengan Yusof. Namun Delaila agak terkejut bila tiba - tiba Yusof menangis dna buatkan Delaila panik dan menutup mulut Yusof. Vivy yang nampak keadaan itu menyangka Delaila cuba mencederakan Yusof lalu marah dan terus pergi berjumpa dengan Daniel.



Walaubagaimanapun Sabrina turut berada di pejabat Daniel dan membuatkan Vivy terpaksa berpura - pura di depan Sabrina. Daniel juga agak panik dan marah lepas mendengar cerita Vivy mengenai Delaila itu dan membuatkan Sabrina sedikit pelik dengan kelakuan Daniel. Selain itu, kewangan Dato Sherry makin meruncing sehingga disarankan untuk menjual banglo yang didudukinya sekarang. Sabrina pula makin sarat mengandung, sebab itu Daniel banyak meluangkan masa bersama Sabrina berbanding Vivy. Manakala Shidah pula cuba berbaik - baik dengan suaminya Daud, walaubagaimanapun Daud masih lagi rapat dengan Mira dan juga Rozie. Daniel telah ternampak Vivy berjumpa dengan Auntie Som dan mendesak Vivy untuk menceritakan siapa wanita tersebut, Daniel dan Vivy kemudiannya bergaduh. Sabrina mengajak Ellis untuk makan malam di rumahnya dan Ellis bersetuju untuk datang. Manakala Shidah pula syak yang suaminya ada perempuan lain dan cuba menyiasatnya tapi tidak menjumpai apa - apa bukti. Delaila kemudiannya mengamuk besar dan menuduh Azril dan Vivy ada hubungan, Daniel turut berada disitu. Namun Azril dan Vivy tidak mengaku yang mereka ada hubungan. Tak lama kemudian, Delaila turut mengamuk dengan Dato Sherry kerana dia tahu Dato Sherry akan menghantarnya juga ke hospital mental nanti.

Dato Sherry menelefon Daud untuk berbincang pasal Delaila namun Daud tidak mahu ambil tahu. Manakala Azril pula berjanji dengan Delaila untuk tidak menghantarnya ke hospital mental itu. Vivy pula berjumpa dengan Auntie Som dan Auntie Som menyuruh Vivy untuk meneruskan rancangan mereka untuk meracun Sabrina, namun Vivy agak ragu - ragu serta serba - salah. Azril telah mengekori Vivy dan cuba mendengar perbualan Vivy dengan Auntie Som itu. Daniel pula keluar makan dengan Ellis, setiausaha Daniel iaitu Nina sengaja menelefon Sabrina untuk membiarkan Sabrina melihat kemesraan Daniel dan Ellis. Sabrina kemudian cuba berbual mesra dengan Ellis dan turut join sekali untuk makan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Read More

12 Feb 2018

Episod 40 Hingga 44 Syurga Yang Kedua

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga 44, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Episod 40 Hingga 44, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, asha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Amanda Misbun,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga Episod 44

Diam tak diam, drama Syurga Yang Kedua ini dah masuk episod 40 lebih dah, tapi yang stress tu asyik menunggu bilalah Sabrina nak tahu perkara sebenar kan. Watak Sabrina lakonan Siti Elizad ini merupakan seorang wanita yang baik dan sentiasa berfikiran positif serta sering bersangka baik pada orang, sebab itulah sampai sekarang pun kebenaran masih belum terbongkar disebabkan sikap Sabrina tu sendiri dan yang lain pandai menyimpan rahsia. Nampaknya ada beberapa watak baru telah muncul dalam episod 40 Hingga episod 44 drama Syurga Yang Kedua ini, antaranya adalah watak bekas pekerja Daud yang cantik serta ibu kandung baby Yusof yang menginginkan anaknya semula. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Jadi dekat bawah ini aku akan share rangkuman sinopsis  Drama Syurga Yang Kedua Episod 40 Hingga 44. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye. Selamat Membaca ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39

Vivy mula rasa tak sedap hati bila Nina yang merupakan setiausaha Daniel memberitahunya tentang Daniel yang berjumpa dengan model baru yang bernama Ellis. Manakala Sabrina pula rasa tak sedap badan, dan tak sihat lalu menelefon Daniel untuk balik ke rumah, Vivy melepaskan Daniel pergi kerana bimbang pasal Alia. Tak lama kemudian, Vivy datang ke rumah Sabrina dan membawakan makanan untuknya. Daniel pula berkongsikan kegembiraannya dan gambar Sabrina serta Alia pada Ellis. Selain itu, Daniel juga merayu pada Dato Sherry untuk menerima Alia dan menjaga hati Sabrina, namun Dato Sherry enggan dan buat Daniel kecewa, marah dan terasa hati dengan sikap ibunya itu. Manakala Dato Sherry juga berasa sedih dan terasa hati dengan sikap Daniel dan meluahkan rasa hatinya pada Pak Majid. Atas nasihat Pak Majid, Dato Sherry akhirnya mengalah dan pergi melawat Sabrina, serta menasihati sabrina supaya menjaga kandungannya itu.





Sabrina gembira bila ibu mertuanya itu datang melawatnya, malah dia makin gembira melihat Dato Sherry dapat menerima Alia
. Selain itu, Azril masih menggangu Vivy dan kemudian turut mengugut Vivy yang dia akan bocorkan rahsia Vivy. Delaila pula teringin nak mengandung dan ada anak, hal ini membuatkan Dato Sherry pening kepala dengan kerenah Delaila itu. Selain itu, Delaila juga ternampak Vivy yang terjumpa Handphone Azril dan sibuk check handphone tersebut dan buatkan Delaila rasa curiga dengan Vivy. Sabrina pengsan ketika membawa Alia keluar, nasib Ellis terjumpa sabrina itu dan membawanya ke Hospital, malah Ellis turut menjaga Alia. Doktor memberitahu pada Daniel ada sedikit masalah dengan kandungan Sabrina, sebab ada racun dalam badan Sabrina. Doktor turut mengesahkan suplemen yang diambil oleh sabrina itu mengandungi racun. Mak sabrina memang syak, itu semua angkara Vivy, Walaubagaimanapun kandungan sabrina selamat. 



Manakala Vivy pula meminta maaf pada Sabrina kerana dia kononnya tidak menyangka supplemen tersebut mengandungi racun. Mak Sabrina iaitu Shidah berasa geram bila Daniel membawa Alia balik ke rumah Dato Sherry dan Alia akan dijaga oleh Vivy. Kelihatan juga Dato Sherry dah boleh menerima baby Alia. Shidah pula makin sibuk dengan businesnya dan selalu keluar dengan Sakinah dan Fazira, dan hal ini membuatkan Daud kesunyian. Kemudian Daud pergi ke satu restoran dan terjumpa semula dengan bekas pekerjanya. Malah Daud juga mengambil bekas pekerjanya itu untuk bekerja semula dengannya. Sejak dari itu, perangai Daud makin berubah, selalu balik lambat dan makin bergaya. Selain itu Sabrina juga makin pelik dengan perangai vivy yang terlalu sayangkan Alia yang merupakan anak angkat Sabrina. Auntie Som memberitahu Vivy pasal mak Yusof yang asyik minta duit.

Delaila berasa sunyi apabila Azril pergi bekerja, malah dia juga rimas bila baby Yusof menangis, dan bertambah rimas bila Sabrina datang ke rumah dengan membawa Alia sekali sebab keadaan akan bertukar jadi bising. Delaila kemudian memarahi sabrina dan menyuruh sabrina dan Alia keluar dari rumah, Daniel yang mendengar Delaila marah pada Sabrina mula memarahi Delaila dan Delaila kemudiannya mengamuk besar. Manakala Sabrina pula berasa risau jika Daniel bergaduh dengan Delaila sebab Alia, Dato Sherry akan jadi tak suka pada Alia lagi. Kemudian ada seorang perempuan yang berdiri di pintu masuk rumah Dato Sherry, Vivy mula tertanya - tanya siapa perempuan tersebut, rupa - rupanya itu adalah mak kandung baby Yusof. Apa yang bakal berlaku seterusnya.

Read More

4 Feb 2018

Sinopsis Episod 35 Hingga 39 Syurga Yang Kedua

Drama Syurga Yang Kedua, Sinopsis Episod 35 Hingga Episod 39, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Drama Bersiri, Drama Melayu, Astro, Poligami, Cinta, Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Watak, Plot,
Sinopsis Episod 35 Hingga 39 Drama Syurga Yang Kedua

Seperti biasa, untuk entry ini aku akan buat rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, episod 35 hingga episod 39 yang disiarkan pada minggu lalu. Terdapat juga watak baru yang diperkenalkan dalam drama ini iaitu watak Ellis yang dilakonkan oleh Sherry Ibrahim. Nampaknya Daniel memang menjadi rebutan wanita gitu, sampai ada lagi yang nak try nasib mengorat Daniel ini, Ini ditambah lagi Ellis itu pula adalah ex - girlfriend Daniel dulu. Tapi tak mungkinlah Daniel nak beristeri tiga pula, yang dua isteri pun, dia dah pening kepala, ini kan pula nak tambah satu lagi. Aku juga harap kandungan Sabrina tu selamat, sebab Vivy macam merancang sesuatu kan, plus penonton juga dapat melihat Sabrina dan Daniel bergaduh besar buat pertama kalinya. Tapi nasib diorang baik balik selepas itu. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu Drama Syurga Yang Kedua ini disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Pada yang tak pernah tengok drama ini, boleh juga try baca sinopsis drama ini yang aku gabungkan semua episod dalam seminggu. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye. Selamat Membaca ye.
Drama Syurga Yang Kedua, Sinopsis Episod 35 Hingga Episod 39, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Drama Bersiri, Drama Melayu, Astro, Poligami, Cinta, Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Watak, Plot,
Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 35 Hingga 39

Vivy yang terlalu merindui anak kandungnya Alia datang ke rumah Sabrina untuk menemui Alia, namun mak Sabrina iaitu Shidah juga turut berada di situ. Kelihatan Shidah tidak menyukai Vivy datang ke rumah Sabrina dan mula menyindirnya. Akhirnya disebabkan marah, Vivy berlalu pergi. Delaila menjumpai gambar Vivy dan Daniel dalam handphone Azril dan membuatkan Delaila marah serta turut mengadu pada Dato Sherry. Kemudian Dato Sherry menanyakan tujuan Azril mengambil gambar Daniel dan Vivy lalu mengarahkan Azril untuk memadamkan gambar tersebut serta merta. Azril kemudian mengekori Vivy dan melihat Vivy berjumpa dengan seorang perempuan yang tidak dikenalinya iaitu Auntie Som. Selain itu, Vivy sangat gembira, apabila Sabrina membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry, jadi dapatlah Vivy melepas rindu pada Alia. Vivy juga turut menghalang Sabrina untuk pulang awal. Walaubagaimanapun Delaila tiba - tiba menyampuk dan hairan melihat tindakan Vivy yang menghalang Sabrina pulang. Malah Delaila juga menyuruh Sabrina untuk cepat - cepat pulang kerana tiada siapa di rumah tersebut yang suka dengan kehadirannya di situ.

Shidah yang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan business partnernya iaitu Sakinah dan Fazira terserempak dengan Dato Sherry dan Daniel yang tengah makan di kawasan tersebut. Shidah menegur mereka dengan ramah namun Dato Sherry meragui dan memperkecilkan kemampuan Shidah untuk menguruskan businessnya nanti. Shidah akhirnya dapat berjumpa dengan Fazira buat pertama kalinya, Suami Shidah iaitu Daud mengesahkan yang Fazira adalah bekas isteri pada Syed Mansor yang merupakan suami pada Dato Sherry dan kini dalam cubaan menuntut harta yang diwarisi oleh Dato Sherry. Malah Daud juga turut menasihati isterinya itu supaya tidak rapat dengan Fazira kerana Fazira seorang yang pendendam. Azril kemudiannya terserempak dengan Vivy di dalam rumah dan Vivy terus bertanyakan sebab Azril menyimpan gambarnya dalam handphone Azril itu dan menyuruhnya untuk delete gambar itu dengan segera. Delaila tiba - tiba datang dan memarahi Azril manakala Vivy pula berlalu pergi. Sabrina meminta Daniel untuk menemaninya membawa Alia pergi check up di klinik namun Daniel memberi alasan, sebaliknya Daniel menemani Vivy membawa Yusof dan Dato Sherry juga ikut serta.



Sabrina kemudiannya ternampak Daniel mendukung Yusof, Vivy dan Dato Sherry turut berada di situ, Dato Sherry kemudian memberikan alasan yang Daniel cuma menemaninya. Sabrina kemudian meminta diri untuk pulang dan Daniel ingin mengikut, tapi Sabrina mengatakan Daniel tak perlu nak menghantarnya pulang. Walaubagaimanapun Vivy yang risau dengan Alia, bertegas menyuruh Daniel menghantar Alia dan Sabrina pulang. Dato Sherry hairan melihat kelakuan Vivy yang melepaskan Daniel pergi dengan Sabrina. Selain itu, Dato Sherry juga turut berbincang dengan peguamnya tentang tuntutan harta yang di buat oleh Fazira itu, malah Fazira juga turut berbincang dengan peguamnya. Sabrina terdengar Daniel menggelarkan dirinya ayah ketika bermain - main dengan baby Yusof namun Daniel menafikan dan mengatakan Sabrina telah tersalah dengar. Manakala Delaila pula bergaduh dengan Azril kerana Azril masih tidak membawanya pergi berbulan madu / bercuti, lalu Delaila keluar rumah pada waktu malam bersendirian. Azril sedikit panik bila Delaila tiada di rumah dan keluar seorang diri pada waktu malam lalu Azril bertindak untuk pergi mencari Delaila bersama Pak Majid.

Delaila yang berjalan seorang diri telah diganggu oleh 2 lelaki dan membuatkan Delaila takut, tapi nasib Azril dan Pak Majid datang tepat pada masanya. Delaila terharu Azril sanggup mencarinya serta datang menyelamatkannya. Selain itu Shidah telah meluahkan perasaan marahnya serta ingin membalas dendam pada Dato Sherry dekat Fazira. Manakala Sabrina pula rasa sedih dan kecewa akan sikap Dato Sherry pada Alia dan juga pada dirinya. Fazira pula cuba mengorek rahsia dan hal - hal peribadi Dato Sherry dan keluarganya dari Shidah. Sementara itu Shidah berasa rimas apabila Fazira sering bertanyakan hal yang berkaitan Dato Sherry padanya, malah Shidah juga turut menerima panggilan misteri yang mengajaknya untuk berjumpa. Fazira dan Dato Sherry akhirnya terserempak lalu berjumpa, mereka kemudiannya saling sindir - menyindir antara satu sama lain. Selain itu Shidah berasa marah dan geram pada Daniel kerana telah mengabaikan Alia dan juga Sabrina, Shidah bertambah geram apabila ternampak Daniel keluar dengan Vivy serta baby Yusof. Manakala Sabrina pula telah bergaduh besar dengan Daniel, Sabrina kecewa dengan Daniel kerana tidak mengambil berat pasal dirinya dan Alia, sebaliknya melebihkan Vivy dan juga anaknya Yusof saja.

Tak lama kemudian, Daniel terserempak pula dengan Ellis yang merupakan bekas kekasih Daniel dulu. Ellis gembira dapat berjumpa dengan Daniel semula, malah dirinya juga sanggup menjadi model untuk produk syarikat Daniel itu. Ellis juga mengajak Daniel untuk keluar makan, ketika sedang menunggu Daniel di restoran, dia terserempak dengan Vivy dan mereka berbual mesra. Daniel yang nampak Vivy bersama Ellis itu menelefon Vivy dan menukar tempat untuk berjumpa dan setelah Vivy pergi, Daniel datang bertemu dengan Ellis. Kelihatan Ellis mempunyai rancangan tertentu dengan Auntienya Fazira. Ellis juga ingin kembali semula pada Daniel. Sabrina meminta nasihat dari mak dan ayahnya berkaitan apa yang perlu dilakukannya selepas bergaduh dengan Daniel. Mak dan ayah Sabrina memberikan pandangan yang berbeza dan membuatkan Sabrina ketawa melihat kelakuan mak dan ayahnya itu. Sabrina kemudiannya meminta maaf pada Daniel, malah Daniel turut membuat kejutan pada Sabrina dan meminta maaf padanya juga. Manakala Vivy pula berjumpa dengan Auntie Som, malah Vivy juga turut memberikan ubat tertentu pada Sabrina yang kononnya bagus untuk kesihatan Sabrina.

Ellis kemudiannya datang ke pejabat Daniel dan akhirnya mereka berdua keluar bersama, setiausaha Daniel iaitu Nina yang juga merupakan sepupu Vivy terus menelefon Vivy bagi memberitahunya tentang perkara tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.
Read More

29 Jan 2018

Episod 30 Hingga 34 Syurga Yang Kedua

 Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Maya HD, Sinopsis Berepisod, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Cinta, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Isnin ini, Drama Syurga Yang Kedua ini dah masuk episod ke - 35 dah, cepat masa berlalu kan, tapi entah bila Sabrina akan tahu pasal perkahwinan suaminya dengan kawan baiknya itu. Dalam episod 30 hingga 34 drama Syurga Yang Kedua ini, kelihatan Azril cuba nak mengkantoikan Vivy dan Daniel pada Sabrina tapi tak berjaya pula hehehe. Selain itu ada watak baru yang diperkenalkan untuk minggu ini iaitu watak Fazira, aku tak tahu apa yang Fazira ini akan buat, hope watak ini juga boleh bagi impak yang baik pada drama ini. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, selamat membaca okey. Pada yang tak pernah tengok drama ini, boleh juga try baca sinopsis drama ini yang aku gabungkan semua episod dalam seminggu. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Sabrina dan Daniel telah mengambil Alia menjadi anak angkat mereka manakala Dato Sherry pula telah membenarkan Delaila berkahwin dengan Azril juga akhirnya. Malah Dato Sherry juga turut menaikkan pangkat Azril ke jawatan yang lebih tinggi dalam syarikatnya. Sebelum bernikah, Dato Sherry turut membawa Azril untuk berjumpa dengan wali Delaila yang sah iaitu Daud yang juga merupakan ayah pada Sabrina. Kelihatan Azril sangat terkejut mengetahui mengenai Daud yang juga merupakan ayah kandung pada Delaila. Sabrina yang keluar dengan Daniel turut terlihat bapanya bertemu dengan Dato Sherry dan Azril dari jauh. Kemudian Sabrina bertanyakan ayahnya, jika ayahnya ada menyimpan rahsia selama ini dan akhirnya Daud berterus - terang pada Sabrina mengenai Delaila. Sabrina sangat sedih apabila mengetahui perkara yang sebenar, malah dirinya juga terpaksa menyimpan rahsia tersebut daripada Daniel. Shida turut mendengar perbualan suaminya dan anaknya itu dari luar pintu. Vivy yang merindui anaknya Alia menelefon Sabrina dan menggesanya untuk membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry. Akhirnya Sabrina dan Daniel membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry.



Vivy dapat melepaskan rindunya pada Alia, namun sikap Dato Sherry yang terlampau pilih kasih serta melebihkan baby Yusof berbanding Alia membuatkan Sabrina sentap dan sedih, lalu bergegas pulang. Vivy menyuruh Dato Sherry supaya tidak melebihkan baby Yusof di depan Sabrina. Selain itu, bekas isteri pertama Syed Mansor iaitu Fazira ingin menuntut haknya dalam harta Syed Mansor yang diwarisi oleh Dato Sherry dan anak - anaknya. Peguam telah memaklumkan hal ini pada Dato Sherry dan membuatkan Dato Sherry sedikit terkejut. Azril yang telah berkahwin dengan Delaila terpaksa bersabar melayan kerenah dan perangai Delaila yang cepat marah itu. Selain itu Azril juga cuba mencari peluang dan kesempatan untuk berdua - duaan dengan Vivy. Manakala Delaila pula telah menampar Vivy kerana menyangka Vivy cuba menggoda suaminya Azril. Daud pula terkejut apabila mengetahui yang isterinya juga sudah mengetahui mengenai Delaila. Vivy keluar dari rumah untuk pergi bertemu dengan Daniel serta berbincang mengenai hubungan mereka. Bagi Vivy, Daniel bersikap tidak adil padanya dan kemudian Daniel dan Vivy mula marah dan bertengkar. Kemudian Azril menasihati Daniel supaya membawa Vivy pergi bercuti dan akhirnya Daniel mengikut nasihat Azril itu.

Vivy pula berasa sangat gembira kerana dapat pergi bercuti dengan Daniel, Vivy juga berazam untuk membuat Daniel mencintainya. Delaila juga mengajak Azril untuk pergi bercuti seperti Vivy dan Daniel itu. Daniel yang merancang untuk pergi bercuti dengan Vivy itu, memberi alasan pada Sabrina yang dirinya kena pergi outstation selama seminggu. Azril sebenarnya sengaja menyuruh Daniel membawa Vivy pergi bercuti supaya senang untuk dia mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan Vivy dan Daniel pada Sabrina, sebab itu jugalah Azril turut mengajak Sabrina untuk pergi ke tempat Daniel itu untuk membuat kejutan. Sabrina akhirnya bersetuju untuk mengikut cadangan Azril itu setelah mak ayah Sabrina turut menggalakkan Sabrina untuk pergi bertemu Daniel, sekaligus meluangkan masa berdua. Azril gembira apabila Sabrina bersetuju untuk mengikut cadangannya itu. Sementara itu, Vivy kelihatan sangat gembira dan bahagia dapat bercuti dengan Daniel. Manakala Dato Sherry dan Pak Majid pula bersedih kerana sangat merindui Puteri yang kini berada di luar negara. Kawan Shidah mengajaknya untuk menjadi rakan kongsinya untuk membuka restoran. Shidah awalnya menolak tapi akhirnya bersetuju, malah dia juga teringin untuk bertemu dengan Fazira.

Sabrina dan Azril akhirnya sampai di hotel tempat Daniel menginap, Azril menunjukkan bilik Daniel pada Sabrina dan Sabrina menuju ke situ, tapi akhirnya salah bilik, Daniel menginap di bilik lain. Sebenarnya Vivy telah pun mengetahui rancangan Azril itu dan berjaya mengelak bertemu Sabrina. Azril tidak berputus asa, dia akhirnya dapat menangkap gambar Daniel dan Vivy dalam telefon bimbitnya itu. Vivy terpaksa pulang lebih awal kerana Sabrina telah berada di situ, namun Vivy tetap gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Daniel walaupun sekejap. Sabrina juga gembira dapat bercuti bersama Daniel namun percutian mereka tidak lama kerana Sabrina ingin pulang segera kerana terlalu merindukan Alia. Dato Sherry risau dengan perniagaannya yang makin merosot sejak kebelakangan ini, dia dan Daniel terpaksa bekerja lebih keras selepas ini untuk memajukan syarikat mereka. Azril terus membuat rancangan untuk mengenakan Vivy dan Daniel. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.
Read More

21 Jan 2018

Sinopsis Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga 29

Syurga Yang Kedua, Drama Syurga Yang Kedua, Astro, Drama Melayu, Drama Best, Drama 70 Episod,  Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod 29, Watak Pelakon, Vivy, Sabrina, Daniel, Dato Sherry, Delaila, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod 29

Diam tak diam dah masuk episod ke 29 dah Drama Syurga Yang Kedua ini, highlight utama drama ini untuk minggu ini adalah pasal anak Vivy dan juga anak angkat Sabrina. Makin complicated drama ini, aku tak boleh bayang macam manalah reaksi dan tindakan Sabrina apabila mengetahui semua orang menipunya hidup - hidup hahaha. Aku juga tak sabar nak tengok reaksi Dato Sherry apabila mengetahui baby Yusof itu bukanlah cucu kandungnya yang sebenar hahaha. Aku rasa perwatakan dan personaliti Vivy juga dah mula berubah dari lemah - lembut menjadi makin berani. Manakala watak Sabrina pula memang maintain baik saja. Lakonan para pelakon drama Syurga Yang Kedua ini iaitu Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar memang terbaik. Apa pun jom baca Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod Terkini iaitu episod ke 29. Selamat Membaca ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 25 Hingga Episod 29

Vivy yang menghilangkan dirinya secara tiba - tiba membuatkan Daniel menjadi pening kerana tidak menjumpai Vivy walaupun telah mencarinya di merata tempat. Sabrina turut risau dan susah hati memikirkan keadaan Vivy yang sedang sarat mengandung. Vivy akhirnya telah selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakannya Alia. Vivy sukar nak berpisah dan menyerahkan anaknya itu pada Auntie Som namun terpaksa juga menyerahkan Alia pada Auntie Som itu. Manakala Dato Sherry masih gagal memujuk Delaila supaya tidak berkahwin dengan Azril. Bagi Azril pula, dia sengaja ingin berkahwin dengan Delaila untuk mengenakan Dato Sherry itu, hakikatnya Azril hanya mencintai Vivy. Setelah berfikir panjang, Vivy akhirnya menelefon Daniel dan menyuruh Daniel untuk menjemputnya pulang. Dato Sherry begitu gembira kerana impiannya untuk mendapat cucu lelaki tercapai. Azril pula cuba untuk mengajak Vivy lari dari rumah itu, namun Vivy enggan melayan kerenah Azril itu. Sabrina turut melawat Vivy dan anaknya itu yang bernama Yusof, selain itu, Puteri pula secara tak sengaja melihat Daniel memeluk Vivy dan mula bertanyakan tentang hal tersebut.

Dato Sherry pula memarahi Sabrina kerana membawa anak angkatnya Adam datang ke rumah berkenaan. Bagi Dato Sherry, Adam bukan cucunya kerana tidak tahu asal keturunannya. Sabrina berasa sedih dan kecewa dengan sikap Dato Sherry pada anak angkatnya itu. Selain itu, Dato Sherry juga bercadang untuk menghantar Puteri bersama dengan Diana untuk belajar ke luar negara iaitu di London. Manakala Vivy pula mula merindui anak kandungnya itu manakala Dato Sherry pula sering mengawal serta menjaga baby Yusof dan menyukarkan Vivy untuk meluangkan masa dengan Yusof. Sabrina mula sedih dan terasa hati dengan sikap Daniel yang melebihkan anak Vivy berbanding anak angkat mereka Adam. Namun Daniel pandai memujuk dan mengambil hati Sabrina kembali. Tak lama kemudian Sabrina membawa Adam ke rumah Dato Sherry untuk melawat Vivy yang tengah berpantang itu. Sabrina meninggalkan Adam di ruang tamu dan pergi ke bilik Vivy, Delaila turut berada di ruang tamu itu dan merupakan orang terakhir di ruang tamu itu sebelum Adam dijumpai mati disitu. Namun Delaila menafikan yang dia bersalah dan dia tidak tahu apa yang berlaku pada Adam itu. Sabrina berasa sangat sedih dengan kematian Adam.



Auntie Som mendapat idea yang bernas untuk mendekatkan Vivy dengan anak kandungnya itu, iaitu dengan menjadikan anak Vivy itu sebagai anak angkat Sabrina dan Daniel yang baru
. Auntie Som dan Vivy kemudiannya bertemu di klinik lalu auntie Som menerangkan ideanya itu pada Vivy. Selain itu, Azril pula membawa Puteri untuk berjumpa Sabrina, Puteri tak mahu berpisah dengan Sabrina, malah Sabrina juga sanggup untuk menjaga Puteri jika Azril membenarkannya. Namun Azril pula sudah nekad untuk mengikut cakap Dato Sherry untuk menghantar Puteri belajar ke London. Akhirnya Sabrina memujuk Puteri untuk mendengar cakap ayahnya itu dan menyakinkan Puteri yang mereka masih boleh berhubung, walaupun Puteri dah ada di luar negara nanti. Auntie Som pula telah menghantar anak kandung Vivy iaitu baby Alia ke rumah perlindungan dan Vivy pula boleh melawat baby Alia pada bila - bila masa saja. Kebetulan Sabrina juga sering singgah ke rumah perlindungan tersebut untuk membuat kerja - kerja amal dan akhirnya Sabrina berjumpa dengan baby Alia itu. Sabrina tertarik dan suka dengan baby Alia itu manakala Diana pula sedih apabila mengetahui kekasihnya itu akan berkahwin tak lama lagi.

Sabrina menceritakan tentang Baby Alia pada Vivy dan teringin untuk mengambil Alia itu menjadi anak angkatnya tapi dia risau dengan penerimaan Daniel dan juga Dato Sherry. Vivy berjanji akan memujuk Dato Sherry bagi pihak Sabrina. Tak lama kemudian Vivy cuba menyakinkan Daniel dan Dato Sherry untuk bersetuju dan membenarkan Sabrina untuk mengambil baby Alia sebagai anak angkatnya yang baru. Manakala Sabrina pula menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Daniel tentang layanan Dato Sherry yang berlebihan pada anak Vivy iaitu baby Yusof. Tapi Daniel berjaya memujuk Sabrina untuk berfikir positif saja. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.

Read More


My Random Post