Followers

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Udang Padang Goreng Kunyit

Udang padang ni mmg susah nak dpt... dulu masa zaman kanak2 selalulah pi cari kat alur2 sungai ataupun pasang tangkul kat dlm sungai baru dpt. Budak2 ari ni mungkin ada yg x kenal apa itu tangkul..... org dulu cukup kreatif... nak tangkap ikan dan udang ada mcm2 cara... bukan mcm ari ni... depa tau guna pancing aje.....Udang padang ni buat masak ape pun sedap.... Sekarang ni 1 tin susu udang ni dijual dgn harga RM3.00 ok lah tu bukan senang nak dapatkannya... Lagi pun dah malas nak pi cari... beli lagi senang... semasa dibeli udang ni masih lagi hidup.... balik rumah goreng kunyit aje... sedap dimakan begitu saja....


Bahan-bahannya:
Udang padang - dibersihkan dan toskan
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong serong
sedikit minyak utk menggoreng
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan udang, kunyit dan garam secukup rasa.
2. Kacau rata. Bila hampir garing masukkan bawang besar dan cili merah.Masak hingga garing.
3. Angkat dan hidangkan...

Monday, August 30, 2010

UDANG CELUP TEPUNG


 Ni resepi yg paling simple buat berbuka ptg semalam selain kari ikan dan sayur peria goreng.  Dah x  tau nak masak apa..... sbb selera masa bulan posa ni berbeza sikit. Lagi 15 minit nak berbuka baru buat udang celup tepung ni krn makan panas2 baru best.... resepi ni amat sesuai utk anak2. Aku masak x lah byk sbb nak mkn 3 org saja . Janji apa yg dimasak waktu berbuka mesti habis dimakan dan waktu sahur masak lauk yg lain pulak.....jom kita tengok resepi ni...

Bahan-bahannya:
12 ekor udang sederhana besar (buang kepalanya)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung tempura
1 sudu besar rempah kari daging
sedikit air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, tepung tempura, rempah kari dan garam.
2. Masukkan sedikit air dan bancuh campuran tersebut. Kacau rata bancuhan sehingga likat dan sesuai untuk menggoreng.
3. Panaskan minyak dlm kuali dan celup udang dalam bancuhan. Goreng hingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan....... mudahkan.....

Sunday, July 25, 2010

Masak Lemak Udang + Belimbing Buluh


Sekarang ni klau pi pasar ke pasar tani ke pasar malam ke....  buah-buahan   tempatan sana-sini. Teringin saja nak beli tpi serba-salah juga.... sbb si kecik ku x berapa sihat...... batuknya masih x lega lagi..... badannnya pulak sekejap panas sekejap ok.... dlm pada kempunan nak mkn buah terutamanya buah dokong..... terpandanglah  mak cik jual buah belimbing buluh..... kesian pula bila tengok dia....  Nampak gayanya inilah rezekiku hari ni...... buat masak lemak tentu bestkan...... Jom kita layan resepi ni....

Bahan-bahannya:
300gm udang sederhana besar (dibuang kepalanya dan dibersihkan)
belimbing buluh (byknya ikut suka - jika besar belah 2)
1 batang serai dititik
2 cawan santan
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk:
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan, serai dan panaskan dengan api yang perlahan.
2. Masukkan belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan daun kunyit.
3. Akhir sekali masukkan udang dan garam serta gula secukup rasa. Bila udang telah masak, tutup api dan sedia untuk dimakan.....

* Pastikan dimasak dgn api yg perlahan.
* boleh juga dimasukkan daun limau purut jika suka
* Jika inginkan pedas boleh masukkan lebih cili api.
SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, June 30, 2010

JAMUAN NASI LEMAK

Ari ni aku kena bangun awal pagi masak nasi lemak utk anak sulungku..... nak buat jamuan kat staf tempat dia buat pratikal di Hospital Sultanah Bahiyah....... esok ari last dia kat sana....Jadi  sebagai tanda ucapan terima kasih tak tertingga pada staf kat sana aku cadangkan buat sikit jamuan....Dia tanya aku... pasai apa kena buat jamuan.....aku kata nak bagi orang ingat dan menghargai mereka2 yg dah byk tolong tunjuk ajar kat kita semasa latihan.. Tu lah budak2 muda masa kini.... kurang mengetahui dan mempelajari ilmu menghargai orang.... kitalah yg perlu bertindak sebagai  tuan penasihat...... betoi tak?  Ok setuju....... dari byk2 menu nasi lemak yang dia pilih..... Layan ajelah.... 

Ni lauk-pauk yang sempat dimasak........ macam mana ok tak?

Udang goreng berempah                                                                 nasi lemak
Ayam masak merah


Untuk makan kat rumah, aku gantikan udang goreng berempah dgn daging goreng kunyit krn. nak masak daging ada kalangan staf tak makan daging dan ada yang berbangsa India.... Jadi kitakan 1 Malaysia kena menghormati kaum lain...... betoi tak?....

Di sini aku berikan resepi nasi lemak, daging goreng kunyit dan udang goreng berempah.....


 
NASI LEMAK

Bahan-bahannya
500 gm beras (dibersihkan dan ditoskan)
1 cawan santan
5 cawan air
1 sudu kecil halba
3 ulas  bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
2 helai daun pandan
1 batang serai
Garam secukup rasa

Cara membuatnya.
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
2. Masak hingga masak.


 
DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya
Daging dipotong nipis ( dibersihkan dan ditoskan)
Bawang merah , bawang putih dan halia dikisar atau ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
Sedikit minyak
sedikit air

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau...
2. Masukkan daging dan kunyit serbuk.
3. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Masak sehingga pekat dan bolehlah diangkat..


 
UDANG GORENG BEREMPAH.

Bahan-bahannya

1 kg udang saiz sederhana
2 labu bawang besar dipotong nipis
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan perap:
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar bawang putih kisar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Udang dimasukkan kedalam bekas dan diperap dengan bahan2 perap selama 20 minit @ lebih..
2. Panaskan minyak dan tumiskan udang yang telah diperap..
3.Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat.
4. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan daun kari.. Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan wangi.
5. Masukkan Udang yang digoreng tadi.
6. Masak sehingga udang masak. Angkat dan bolehlah dimakan........
MUDAHNYA........















 
Related Posts with Thumbnails