Semalam mood nak buat apam pulak sudah mari..walaupun sampai kat rumah lepas ambik si tecik Aliff dah dekat pukul 9.30, tapi masih gigih nak mengukus apam dinosour ni.
Sebenarnya nama komersil apam ni apam polkadot, aku je yang panggil apam dinosour..hmm..mungkin takde kaitan lah..tapi sebab blog aku suka hati lah aku nak bagi nama apa pun kan....
Anyway, resepi apam ni bersepah-sepah dah kat Internet ni so aku cuma mencuba dan ku kopipes je kat sini.
Bahan Binaan :-
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
Cara Pembinaan : -
- masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Since guna papercup besau, maka dapatlah dalam 20 biji.