Salam semua,
Wah, makin lama makin malas nampaknya tuan tanah nak menghapdet blog ni kan. Aktiviti memasak pun semakin kurang sekarang ni sebab keadaan tuan tanah yang tak berapa nak stabil kebelakangan ni. Neway, kali ni kita share resipi kek chiffon pandan dari dapur Rinnchan.
Actually, kek chiffon ni memang lah kek kegemaran ah kak akan tetapi ah kak ni memang agak lemah bila bab nak membuat kek2 yang ringan ala2 angin ni sebab kalau tersilap gaya bakal menjadi santapan cik Tong Sampah. Akan tetapi juga, disebabkan tekak ni tetiba rasa teringin sesangatlah nak makan kek chiffon ni, maka ku gagahkan juga lah mencari resipi kek yang mudah2 dan resipi dari Rinnchan ni nampaknya yang paling sesuai.
Ok, jom tengok resipi.
KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Rinnchan
Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder
Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus
Bahan C
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air
Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar
Cara Binaan :-
1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.
2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg
bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B).
4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul.
5. Putar sehingga kembang.
6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan
lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan
spatula kacau setakat tepung hilang
dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
10. Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang.
Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus
memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar
putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam
bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi..
12. Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau
kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu
yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
13.Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi
separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi.
14.Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
15. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam
oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel.
lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
* Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu
dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih.
Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang
di dalam proses mengembang-naik.
Kek yang dah siap dibakar dan di potong. Alhamdulillah, cubaan kali pertama ni menjadi nampaknya dan kek pun sangat gebus. Yang paling tak tahan aroma pandan yang menyucuk2 hidung masa kek di bakar. To note : kek ni tak sampai 1/2 jam habis licin di kerjakan dik bebudak kat rumah ni *wink*.
Selamat mencuba.