Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

PUDING KARAMEL JAGUNG





BAHAN-BAHAN:
Tepi roti
4 biji telur
2 sudu tepung kastard
2 sudu tepung jagung
sedikit esen vanilla
1 tin susu cair
1/2 tin krim jagung
4 sudu besar gula (kalau suka manis boleh lebihkan)
3 Sudu besar gula utk karamel


Cairkan gula utk karamel dalam loyang..(Biarkan betul2 sejuk)
Panaskan kukusan
Susun tepi roti atas karamel yg disejukkamn
Telur, gula, susu cair, tepung kastard dan tepung jagung + esen vanilla di blend
Kemudian tuangkan dalam loyang roti tadi
Masukkan jagung sedikit demi sedikit






Kukus selama 20 minit

Thursday, July 7, 2011

TRIFFLE JAGUNG KOKOKRUNCH



BAHAN-BAHAN:
Lapisan bawah (based)

1 mangkuk kokokrunch
1/2 bungkus biskut digestive
1/2 buku butter
1/2 cawan susu segar

Lapisan kastard
1 tin susu cair
1 tin air
4 sudu tepung castard
2 sudu tepung jagung
4 sudu gula
1/2 tin jagung krim
kokokrunch

Jelly (masak ikut arahan dibelakang kotak)

CARA-CARA MASAK
Cairkan butter
biskut dan kokokrunch dihancurkan (masuk dalam plastik kemudian tumbuk)
Kemudian gaul bersama butter dan susu segar dgn api perlahan
Apabila kering..angkat dan mampatkan dalam loyang
Kemudian bekukan dalam peti sejuk utk 10-15min

Butter+biskut+kokokrunch dimampatkan

utk lapisan kastard
Campurkan susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula
Kemudian masak sehingga betul2 betul pekat
curahkan atas lapisan pertama yg telah dibekukan
Kemudian letakkan jagung dan taburkan kokokrunch
Sejukkan lagi dalam peti sejuk utk 10 minit

Kastard + jagung

Kemudian lapisang atas sekali
tuang jeli yg dimasak mengikut arahan belakang kotak..
Sejukkan sehingga betul2 keras


Boleh dihiaskan dengan buah-buahan atau sos coklat



Sudip berlaga:
Puding ini sangat sedap, lapisan bawahnya krunchy

Wednesday, June 29, 2011

PUDING ROTI KARAMEL


BAHAN-BAHAN
1 TIN SUSU SEJAT
1 TIN AIR
KULIT ROTI
4 BIJI TELUR
2 SUDU MAKAN GULA
SEDIKIT GULA MELAKA
SEDIKIT PEWARNA HIJAU

4 SUDU GULA UTK KARAMEL

CARA-CARA;
Rendam kulit roti dengan 1 tin susu sejat selama 10min
masukkan gula, gula melaka, telur, dan air dalam rendaman tersebut.
kacau hingga rata

3/4 daripada adunan di blend hingga halus.
Manakala bakinya diwarnakan hijau

Dalam loyang, cairkan 4 sudu gula hingga perang. kemudian sejukkan.

Panaskan kukusan, kemudian masukkan loyang yg mengndungi gula hangus.
(pastikan gula hangus betul2 beku sebelum tu)

Kemudian, masukkan adunan yg di blend.
Akhir sekali masukkan, adunan yg di warnakan hijau secara perlahan2, 
sedikit demi sedikit...

kukus selam 45 min..



Sudip berlaga:
sangat enak di makan sejuk...
boleh dihias dengan topping coklat sos

Monday, April 11, 2011

TRIFFLE STRAWBERRY COKLAT


BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

KEK GULUNG COKLAT
1 TIN SUSU CAIR
1 TIN AIR
4 SUSU TEPUNG CASTARD
4 SUDU GULA
ESEN VANILLA
SERBUK JELLY

STRAW BERRY 
SOS COKAT 

CARA BUAT:
kek gulung di potong dan disusun dalam bekas

kebetulan tiada kek gulung..kek biasa pun boleh.

Utk Lapisan kastard:
Didihkan susu cair dalam periuk
Tepung kastard di bancuh dengan setin air 
kemudian masukkan dalam periuk
masukkan 1 sudu kecik esen vanilla dan gula
(kacau hingga betul2 pekat)

Kemudian curahkan atas kek...


Utk lapisan jelly:
Masak jelly mengikut aturan di belakang kotak.
Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit dengan perlahan2 ke atas bancuhan kastard

kemudian hiaskan dengan Strawberry 
Sos coklat bo;eh di hiaskan apabila hendak di hidangkan

Sedap dihidangkan sejuk


Sudip berlaga:

Boleh tgk cerita lanjut:

Saturday, April 2, 2011

PUDING MANGGA





BAHAN-BAHAN:

(Bahan Kastard)

2 cawan susu segar
4-5 sudu tepung kastard
1 gelas air
5 sudu gula

Fruit cocktail utk lapisan tengah (ditoskan airnya)

(Lapisan Jelly)
Serbuk puding Nona 

Mangga segar dan sos coklat sebagai hiasan

CARA BUAT:
Didihkan susu segar bersama gula..
Apabila sudah mendidih masukkan tepung kastard yg telah dibancug dgn segelas air
Masak sehingga betul2 pekat..

(Masukkan dalam bekas)
Kemudian taburkan fruit cocktail yg telah ditoskan airnya

Masak Serbuk puding Nona mengikut arahan di kotak.

Tuangkan perlahan2, sedikit demi sedikit ke atas kastard
Sejukkan seketika..

Apabila jelly hampir2 keras...hiaskan dengan hirisan mangga

sejukkan lagi puding...sehingga betul2 sejuk dan keras
Sos coklat di letakkan semasa menghidangkan puding

Kalau ada bekas kaca lut sinar yg leper tu lagi cantik
yg ni amat ler lambat utk sejuk sebab tebal sangat




Sudip berlaga:
Sangat mudah dan simple sebenarnya...best di makan sejuk


Lagi cerita kat entry 
http://violetgloves.blogspot.com/2011/04/puding-mangga-yumyum.html