KOUPUSANKU SOGIGISOM
Wednesday, January 22, 2014
Monday, January 20, 2014
Ini bukan mengidam, ini nafsu namanya..
Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Minggu lepas kalau boleh hari2 nak hadap takoyaki. sanggup tu malam2 paksa suami pergi beli. abang pulak layan kan aje apa yang bini dia ni nak makan. hehe. Bila dah dua kali aku makan takoyaki, kali ketiga tu dia dah mula bagi alasan, tak bagi aku makan, sebab katanya saiz badan aku tang bawah lagi besar dah dari tang atas. haikkk!!... Lepas kena buli, dia cakap nak keluar tengok game bola, keluar lima minit tetiba bunyi orang ketuk pintu bagi salam. rupa2nya ada delivery takoyaki sampai rumah kita uolls! hehehe. patah balik rumah semata2 nak hantar takoyaki, pastu sambung balik tengok game bola kat kedai mamak. sob.sob. iollss tacing sangat taw!! terharu dapat suami yang memahami perut ini. Aagagagga~
Takoyaki depan GIANT dalam taman perumahan jea. Walaupun tak sesedap Takoyaki Aeon Cheras Selatan, tetap habis ditelan jua (>_<) |
Minggu ni pulak menggelupur nak makan burger. dari hari Jumaat hari tu lagi duk teringat kat burger. Sampai tido pun kalau boleh nak mimpikan si burger. Tak sangka pulak malam ni dapat makan burger, selepas berhari2 aku duk mengadu domba nak makan burger. hakhak.... Akhirnya aku berjaya! dia berjaya digoda..yes! yes! kah3.
Kita kann, kalau makan burger. tak main ahh single2 nih, double terus. hhehehe |
Tapi kan, serius cakap, macam tak cukup jea burger double nie, aku siap cakap lagi kat abang, kalau abang beli sebijik burger lagi pun saya boleh telan sampai habis. hurm. mesti esok aku akan menggelupur lagi nak makan burger. huwaaaa~
Gambar yang tiada kaitan dengan cerita diatas. hihihihi :) Credit to encik google |
eh? kata nak diet sihat?????
TQ for reading! k bai~
Sunday, January 19, 2014
Kelas Penyusuan Susu Ibu (3 jam) - Lunatots Putrajaya
Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Seronok sangat bila dapat join kelas ni. Lagi berkobar2 dan tak menyabor nak menyusukan anak sendiri nanti. Lagi seronok bila ada kawan-kawan yang betul2 support breastfeeding ni. serius best!
Alhamdulillah. tercapai jugak hajat aku nak join kelas penyusuan ibu sebelum bersalin. Special thanks to sis Azian a.k.a blogger: Ibu Najla sebab ajak kita join sama kelas hari ni. Macehh taw! TQ jugak buat sawo tertayunk sebab sanggup menunggu berjam2. hihi. Real Men Support Breastfeeding! ceeewahh gittew :)
Sebelum join kelas di putrajaya ni, ada la jugak aku usha2 kelas penyusuan yang PumpOnTheGo buat. Tapi disebabkan beberapa kekangan, tak dapatlah aku nak join kelas kat sana (kelana jaya). Alih2, rezeki aku disini.
I'm HERE!!! Lunatots Putrajaya!! 3 Hours Breastfeeding class :) |
Macam mimpi pulak. hihi. mimpi masuk kelas menyusu weh. macam tak caya aku ni bakal jadi mak2 yang akan bagi susu kat anak. fuh. macam berat jea tugas tu kan. *ihiks*
First impression, aku ingat penceramah laktasi tu bujang taw, rupa2nya anak dah tiga orang. ketiga2 anak dia semua breastfeeding, ada tu sampai 4 tahun still lagi breastfeeding. Kagum sangat dengan Pn. Haza ni. cara dia talk pun best, yea lah, orang yang banyak pengalaman kan, kaunselor laktasi pulak tu...
Ada tiga benda yang paling utama yang aku dapat hari ni, iaitu Asas penyusuan, Teknik Breastfeeding dan penyusuan bagi ibu bekerjaya.
Dalam sesi pertama Asas penyusuan. benda yang paling penting yang aku dapat serap ialah berkaitan dengan "Anak disusukan seawal 1 jam kelahiran". lagi awal, lagi bagus. Sebab kebarangkalian untuk anak tu menyusu lagi dan lagi tu akan tinggi. Dia ada tunjuk satu video berkaitan dengan bayi yang baru lahir. Keluar jea dari perut ibu, lepas buat apa yang patut, diaorang letak baby tu atas dada ibu. Subhanallah. bijak sangat baby ni rupanya. tak payah disuruh, dengan sendiri dia cari sumber makanan untuk perut dia. bila dah jumpa terus hisap tanpa diajar. pandai pulak tu dia hisap. hehe. ajaib kan baby ni?
Ilmu berkaitan dengan kolustrum, foremilk hindmilk dan sewaktu dengannya pun dapat jugak lah diserap dalam sesi pertama tu. Lepas tu ada jugak dia cakap berkaitan dengan *STRESS*, jangan stress kalau awal2 tu susu sikit. memang cukup untuk bayi walaupun dimata kita susu tu sikit jea. jangan risau katanya. perut baby sebesar guli jea pun.. So, aku akan set dalam kepala sekarang. *jangan stress yeaaa* jangan stress. kerapkan menyusu dan menyusu dan menyusu. :)
*Formula menyusu*
DEMAND = SUSU AKAN KELUAR
Dalam sesi kedua pulak banyak dia share pasal breastfeeding teknik. Pasal prolaktin, oksitosin, teknik lekapan bayi, posisi penyusuan dan macam2 lagilah. Apa yang aku dapat dalam sesi kedua ni, as usual.. Ibu yang menyusu sila jangan stress. kalau kita stress, ianya akan menggangu proses pengeluaran susu ibu. Selagi ada demand = susu akan digenerate. So, jangan risau dan jangan stress ok!!
Pasal milk booster pulak, meh aku share dengan korang makanan apa yang boleh menambah susu (InsyaAllah). Tapi zaman sekarang kan dah moden, belambak milk booster yang jual kat kedai tu.. korang boleh pilih nak yang mana. Asalkan $$ hadoo. kalau macam aku nih, rasanya nak try yang manual jea kot. Makan makanan yang boleh menambah susu + minum horlicks banyak2 + minum shake banyak2. haha. InsyaAllah. Doa banyak2 jugak. huhu :)
Pegaga, Tenggek burung, Laici, Jantung Pisang (ini memang fevret aku, cicah budu semestinya), Lobak putih, Longan |
Sesi last pulak penting bagi aku sebab dalam sesi last tu dia banyak share pasal penyusuan bagi ibu bekerjaya. Alhamdulillah, dapat jugaklah ilmu berkaitan dengan pemilihan pam, apa itu let down reflex, susu perahan, cara nak simpan susu perahan, perahan susu dipejabat dan dapat belajar macam mana nak keluarkan susu dengan cara mermet. hikhikhik. kot2 la pam tertinggal, susu dah bengkak bagai so teknik mermet ni kita kena tahu yea ibu2. haha. especially ibu baru macam aku ni lah. Zero knowledge :)
Ada satu slide yang suka aku nak share dengan korang pasal latihan pemberian susu ibu perahan kepada bayi. Macam aku, InsyaAllah konon nak ambik cuti bersalin 90 hari (wow, lamanya.. tak sabar maks nak goyang kaki. haha), Pn Haza cakap, seawal 2 minggu sebelum kita nak masuk kerja, kita dah kena start ajar baby minum dalam botol (Susu perahan ibu - SIP). Masa nak bagi baby tu susu dalam botol, biar orang lain yang bagi (mak kita ke, laki kita kea). Jangan diri sendiri yang bagi nanti baby tu akan confuse dan Otomatik dia akan melalak tak nak minum susu dalam botol tu. hehe. macam tu lah lebih kurang yang aku paham.
Ini slide yang aku nak share dengan korang:
Nampak tak kekdah dia? hari 10-12 tu SIP dari pagi sampai ke petang. Sebab hari ke-13 tu kita dah nak masuk kerja. Slow2 la ajar baby nanti. Be a good baby yea dear :) |
Okeh. Tue jea lah kot apa yang aku dapat share dalam entri kali ni. Alhamdulillah. semoga ilmu yang aku dapat hari ni bermanfaat untuk diri aku nanti. Yeah! Jom support breastfeeding! winkwink :)
Breastfeeding is a mother's gift to herself, her baby and the earth.
- Pamela K. Wiggins-
A newborn baby has only three demands:
1) They are warmth in the arms of its mother.
2) Food from her breasts.
3) Security in the knowledge of her presence.
Breastfeeding satisfies all three...
- Grantly Dick-
Speechless...
TQ for reading! k bai~
Saturday, January 18, 2014
Result minum air gula (2nd MGTT) & Dos kedua suntikan ATT - Diari Kehamilan
Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Kalau diikutkan, appoinment aku dengan Klinik Kesihatan (KK) untuk minum air gula kali kedua 7hb hari tu. Tapi, sebab aku malas nak menunggu lama2 (trauma menunggu dari jam 7.30 pagi - dekat jam 2 petang), tambah2 pulak 7hb tu ada mesyuarat panitia, awal2 kerja memang skema tahap belon, konon tak mau ambik MC *mata keatas*, so disebabkan mesyuarat itulah yang menambahkan lagi kemalasan aku untuk ke KK hari tuu *alasan*. Aku buat senyap jea lah. buat tak tahu kononnya. KK sampai dua tiga kali call, aku tak angkat. bukan apa, aku tak tahu nak kelentong apa dan aku tak reti nak cakap yang aku dah tak nak buat check up kat situ dah. Uwaaaaaa...
Isnin lepas (15.1.14) aku buat check up biasa dekat klinik alam damai. Check up untuk 33 minggu.
Picture: credit to GOOGLE |
Baby:
Berat: 1.9 kg
Ukuran kaki/tangan/kepala: Normal
Degupan Jantung: Normal
Air ketuban: Cukup kata doktor
Fetal Movement: Good. Alhamdulillah. baby sangat aktif, Masa tengah scan, baby tengah gerak2 kaki, hisap jari, baby memang tak reti duduk diam. hihi
Ibu:
Berat: 66.7 kg (hahaha, doc cakap dah cukup dah berat yang patut naik. dah 12kg dah ni, dah tak boleh naik lebih dari ni. haha. Tapikan, esoknya aku timbang pagi2, berat aku 65.2kg jeaa. tak de lah sampai 66 tuu. uhuks!)
Tekanan darah: Normal
HB: Normal
Urine: Nil/Blue
Placenta: Kedudukan uri atas, kepala baby dah masuk laluan bawah. laluan yang sepatutnya. Alhamdulillah
Lepas siap scan semua, aku cakap la kat doktor yang aku belum ambik suntikan ATT untuk kali kedua (anak first memang kena suntik dua kali, bila dah anak kedua sekali jea) dan minum air gula untuk kali kedua. Risau gak kann, sebab KK suruh minum dua kali, walaupun result aku sebelum ni doktor kata OK, tapi dah KK sana memang buat macam tu, aku kena ikutlah kan. Lagipun air gula jea pun, kalau suruh minum 3,4 kali pun aku tak kesah. Tekak aku dah biasa sedut benda manis2 nih. haha.
Esoknya (14.1.14), nak dijadikan cerita padahnya aku tak angkat call dari KK. Pagi2 buta pintu rumah aku kena ketuk. kuat pulak tu. dah la sound nama penuh aku. Aku ni, sapaaalaa kan pagi2 buta datang rumah. Tanjat taw! dengan muka mak jemahnya aku bukakla pintu. kecut perut aku tengok nurse kat depan pintu. Haha. Tak sangka pulak aku sampai kerumah dia cari aku.
Belum sempat aku buka mulut, terus dia tanya: awak tak datang appoinment minggu lepas kan? kenapa tak datang? pergi ambik buku merah, saya nak bagi tarikh baru untuk awak datang appoinment. Erk. menonong jea aku cari buku merah.
Bila dia tengok yang next appoinment aku untuk minum air gula kat alam damai, nurse terus tanya aku: Awak buat check up dekat alam damai kea? aku angguk. awal2 pegnent lagi saya dah buat situ. Aku cakap kat dia yang bulan depan InsyaAllah aku dah nak balik Kelantan. lepastu dia cakap kalau macam tu, saya transfer awak ke klinik alam damai terus jea lah, nanti bila dah balik kelantan buat checkup dekat KK kelantan. kelantan kat mana? aku cakap nanti kat kelantan nak buat dekat KK gunong kot. tetiba dia cakap, ohh gunong. sayo ni ore gunong ahh.
HUK ALOHHHH. ORE seKAPUNG RUPONYO. hahaha. *fuh, nasib baik aku dah deal dengan alam damai untuk next check up. selesai masalah, tak payah aku nak kelentong banyak2. !*
Alhamdulillah. lega rasa bila dah settle semua. tinggal lagi check up biasa jea. Air gula dah minum khamis (16.1.14) hari tu. Suntikan ATT untuk kali kedua pun dah suntik hari tu. Result pun dah dapat. Doktor cakap result normal dan OK. winkwink. Happy maks.
Result 2nd MGGT:
Fasting: 4.3
2 HPP: 6.4 (haritu 6.6, turun 0.2. kihkihkih)
Hari ni terus melahap dengan bergayanya. sekeping roti canai boom, sekeping roti canai telur, sekeping roti canai biasa (total 3 keping roti canai sekali hadap). dan dua ketul aiskrim yang sedap. hahahha. sori baby, ibu kamu memang oversssnessssss overload. kah3.
Amacam? terliur tak? kihkihkih #my baby inside #34 weeks |
TQ for reading! k Bai~
Friday, January 17, 2014
Pistachio Halawa
Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Awal2 kenal dulu, sekali tengok benda alah ni, kecur air liur. Mana taknya, dari luar bekas, aku tengok kacang pistachio berkepul2. Terus set dalam kepala, ni mesti banyak kacang ni... Sekali bila dah sodok dengan sudu, dekat luar jea berkepul2, dalamnya nan hadooo. hakhak. Sesuai la dengan harganya kann.. demand pulak aku ni, macam lah kacang pistachio tu murah!..
Aku memang suka makan halawa ni. yang biasa aku makan, yang jenis kosong jea, tak de letak kacang apa. Tu pun orang yang bagi. nak harap aku beli memang tak lah. tuu dulu. sekarang ni aku dah pandai beli sendiri. siap ada kacang lagi taw!
Pistachio Halawa. Makan sekali pasti nak lagi. :P |
Ada setengah orang cakap benda ni manis. Tapi bagi aku, biasa2 jea. tak ada lah manis sangat. kira boleh telan lagi lahh. setakat satu bekas ni, sehari aku boleh habiskan. Tapi sebab sekarang ni aku dah sebumbung dengan encik suami. Apa yang aku makan mesti kena pantau. makan dua tiga sudu, terus kena suruh tutup bekas, simpan sudu. haih. sayang bebenor kat bini dia. sangat menjaga kesihatan. hakhak
First time aku beli halawa ni, dengan akak kat tempat kerja. dia ambik stok dekat kedai arab area KL. Aku pun tak tahu kedai mana. Balik Kelantan hari tu, aku jumpa benda alah ni dekat kedai Jaffar Rawas. Satu bekas RM15 jea. mak aku pun suka makan halawa pistachio ni.
Aku pun tak pasti apa kebaikan/khasiat halawa ni. Yang aku jumpa, keburukan halawa boleh menyebabkan obesiti. hahahaha. seram maks. Kalau betul lah kann. eloklah jangan diamalkan selalu makan halawa ni.... Tapi..., benda sedap. mesti hari2 nak hadap. haih!
TQ for reading! K bai~
Wednesday, January 15, 2014
HOTLINK: SURFING's FREE AT LAST!!
Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Petang tadi punya cerita, suami aku tak pasal2 kena saman parking dekat jalan imbi. adei~ dia ingat dia masih berada di Sarawak kot. suka hati jea boleh letak mana nak letak motor. Dah la minggu lepas baru kena rembat helmet. Ingat tak yang aku duk membebel pasal kasut sukan dia kena rembat hari tu? Lepas aku pos jea ENTRI tu, helmet dia pulak hilang depan rumah. Dan2 hari tu jugak.
Memanglahh... dekat song tu, letak kunci motor dekat motor pun tang situ jugak motornyaa, tak gerak kemana2 selagi tuan sendiri tak ambik, kasut bergelimpangan depan pintu rumah pun diaorang tak layan. Kat sini, memang kena beringat la kan. memang jauh bezalah song & kuala lumpur. hikhik. *beza ssangat*
Hari ni kitaorang dah memang nekad la kononnya nak terminate postpaid celcom yang kitaorang duk pakai almost 1 year ++ nih. Dari bulan lepas lagi nak terminate sebenarnya, duk tangguh2, sampai kesudah tak buat apa2. Last2 hari ni baru nekad nak buat. Tak payah laa aku cerita sebab apa aku nak terminate, kejam pulak kannn. tak baik cerita aib orang nih. *adeh. apa kaitan?* haha.
Lepas settle terminate tadi laa, suami aku masuk bandar kononnya nak survey nak tukar line mana lepas ni. maxis ke, digi kea, umobile kea apa kea. last2 kena saman parking pulak. haha. kesian dia. kwang3.
Aku sebenarnya tak berapa nak paham awal2 tu. Kenapa nak cari line lain? kang kita cakap hari tu just terminate postpaid tukar ke prepaid jea? *buat muka blur*. Aku sebenarnya malas ahh nak main tukar2 nombor ni. bajet retis kann. kang susah orang nak cari aku. nak kena deal dengan bank lagi, nak kena tukar maklumat2 staff bagai. aishh! leceh laaaaa.. Dah la pasal settle bill sebelum terminate tu aku tak paham2 kenapa. padahal tak pernah over date pun. ontime bayar.
Sekali aku dah nampak dah bengang jea muka laki aku. haha. Aku memang jenis yang payah nak paham. Lagi2 bab2 yang canggih2 nih. Sebab tu kalau nak explain kat aku, kalau tak cukup 10x memang aku tak paham. Kalau orang yang kurang sabar, dah lama aku kena lempang. HAHA
OOOOO.. bila aku dah cakap ooooo tu maknanya segala maklumat dah masuk laa dalam kepala otak aku nih. Baru aku tahu, sekarang ni.. Nombor handphone yang akan aku guna still lagi sama.. cuma yang bezanya 'linenya' (maxis,celcom,digi.. bla..bla..bla..) BOLEH ek sekarang ni macam tu? ok. dah sedikit maju kedepan.
Dan satu hal lagi, masa awal2 guna postpaid hari tu, sebulan kitaorang pakai free, so bila nak terminate, kena bayar la berapa hengget yang dah guna sebelum ni, dan selagi tak tukar simkad, selagi tu bill tu boleh masuk, dan akan ada satu lagi bill last untuk bulan nih. fuh! panjang kekdahnya baru aku paham.
So, survey punya survey tadi, suami aku cakap dia berkenan dekat maxis. Ada pakej hebat katanya. Hebat tang mana aku tak tahu. Aku sekarang ni tak kesah la apa benda sekalipun, yang penting aku nak pakai prepaid jea! dah bosan guna postpaid. Sebab aku rasa membazir sangat. Dalam sebulan 2,3 kali jea kott aku buat call, tapi still kena bayar harga caj yang sama. Lain pulak halnya dengan suami aku ni. rajin dia duk survey2 tang pakej2 nih. Aku sebagai isteri yang solehah, ikut jea laa apa yang dia nak. *IHIKS*
Tetiba nak tanya, KORANG PAKAI MAXIS jugak kea?? hehe.
Nieeeelah pakej hebat yang suami aku cakap tu. *hebat kea??* |
Sekali imbas, aku tengok macam pakej postpaid jeaaa.. Tapi bila tenung lama2, aah.. prepaid la kot. Yang aku paham, RM30 dalam sebulan mesti ada dalam talipon. Kira ok la kan. memang rm30 tu untuk jangka masa sebulan kann?? lepas tu dah expired kan? lepas tu kita kena topup lain kan?? betul tak? whatever. malas aku nak pikir. Janji talipon aku berdering. sudah!
Oh ya! lupa nak update pasal pakej internet yang aku ambik sekarang ni. hikhik. TQ taw korang yang sudi bagi2 idea dan cadangan dekat ENTRI aku hari tuu. terharuuu sangat! nanti2 lah aku share dengan korang pakej mana yang aku ambik. setakat ni no problem ahh. puas hati.
TQ for reading. K bai~
Tuesday, January 14, 2014
Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435H
Firman Allah swt dalam Al-Quran (maksudnya): "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah Al-Ahzab:21)
kredit to : google |
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
Semoga, dengan memperingati dan menghayati perjalanan hidup Rasulullah SAW.. akan menyemaikan perasaan cinta kita kepada baginda.
Sabda Rasulullah SAW: " Belum sempurna iman seseorang daripada kamu, kecuali aku lebih dikasihinya berbanding keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya. " (Riwayat Muslim)
Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam
Sunday, January 12, 2014
Persiapan Sambut Baby (Part 3) - Baby Care & Grooming
Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Geram betul kalau tengok barang2 baby ni. semuanya jenis secoet jea! putik kapas pun kecik oitt. eiii. geram.geram.
Part untuk cari barang baby care ni aku main hentam beli jea. Biasa aku memang suka pakai apa2 jea brand Johnson & Johnson, tapi kali ni untuk baby aku lebih suka brand pureen pulak. hikhik.
Ingat mak baby jea kea nak cantik berlipstik, mekap tebal 1 inci bagai? baby pun nak kena tacap jugak taw! barulah fair & lovely.
Entri kali ni aku khususkan untuk persiapan baby care & grooming baby. Jom kita tengok apa yang patut ada yea!!!
List untuk Baby Care & Grooming:
- Bedak baby
- Lotion baby
- Minyak baby (baby oil)
- Putik Kapas
- Cotton Ball
- Minyak Telon
- Nappy Cream
- Grooming Kit
1) Bedak baby, Lotion baby, Baby oil
Aku beli time expo children dekat Midvalley. Aku ingat nak ambik yang kecik2 jea, sekali semua yang jenis gedabak jea yang ada. So, aku bedal jea lahh.
Orang kata, tak elok sapu bedak kat baby, lagi2 newborn. hikhik. Aku tak pasti pulak sejauh mana kebenarannya tuh. Tak pe, kalau baby tak ngam pakai bedak ni, aku sapu jea seluruh badan aku nanti. Bau baby lahh aku nanti. Ahaks!
Yang ni saja nak try. sebab botol dia kiut sangat. hihi
Baby hair & Body Oil Bau Lavender lagii (Head to Toe) |
2) Putik Kapas & Cotton Ball
JAPLO - Baby Cotton Buds Shrink Pack 100% Cotton |
Mende alah ni aku beli time nak habiskan kupon masa shopping di Fabulous Mom. Kecik molek jea kan. sesuai la dengan telinga baby yang cute tue.
Cotton ball pulak aku tak pasti berguna kea tak. Asalnya aku nak beli, lepas tu aku tanyala salesgirl dekat Fabulous Mom tu, dia cakap kalau dah pakai wet tissue, tak payah dah guna cotton ball bagai nih. So, aku pun tak belilah cotton ball tu. erm. Agak2 perlu kea aku buat stok hah?
3) Minyak Telon
Aku pun konfius pasal minyak telon ni. Ilmu tak cukup. Aku ingat minyak telon ni sama jea dengan minyak yuyi cap limau tu. Rupa2nya dia macam2 pesen jugak yea.
Masa pergi expo baby kat midvalley tahun lepas, aku ada jumpa minyak telon versi virgin coconut oil ni. Aku tak pasti la ok kea tak. Dia cakap mak baby ngn bapak baby pun boleh pakai sekali. Dia try test kat tangan aku. erm. rasa macam sejuk2, nyaman plus berangin2 jeaaa.
So, aku pun tergodalahhh. ambik 1 set sekali dengan mandian (masa tu ada promosi apa ntah!). Harap2 ok lahh mende alah nie.
4) Nappy Cream
Aku ada terbaca pasal nappy cream, yang diaorang cakap ada macam2 jenis brand, dan ada sesetengah tu bahaya pada kulit baby. Wallahuallam. Yang tu aku tak boleh nak komen lebih, sebab aku tak pasti, aku tak pernah guna dan ni kali pertama aku beli nappy cream. haha.
Ada blogger yang buat review pasal brand BUDS nie. Nappy cream yang 100% organik. Kalau dah namanya organik, bagus la kot kan?
BUDS - Nappy time change cream (With sunflower oil, Vitamin E & Bisabolo) 98.8% from Organic Farming Beli di Fabulous Mom |
5) Grooming Kit
Sekali pandang beg kecik ni, terus aku jatuh cinta taw! gggggrrrr. geram tengok barang2 yang ada dalam beg ni. dah la kecik2 comel, warna putih bersih pulak tu. uhuuuu
Grooming kit by Tommee Tippee ni ada:
Termometer
Nasal aspirator (penyedut hingus)
Gunting (boleh guna time cukur jambul, haha)
Sikat rambut (senang nak buat rambut pacak macam daddy, hakhak)
Berus gigi (yang ni kena tunggu baby ada gigi dulu..)
Berus badan (guna untuk mandi kot)
Pengepit kuku yang cute!
Emery board (kerrrlasss gitu baby, siap set lengkap manicure pedicure tuh! kalah ibu taw!)
Grooming kit ni aku beli online jea, thru instagram. Ada cari jugak dekat fabulous mom dengan mybbstore, tapi diaorang tak de jual benda alah ni, pastu kalau dekat shopping online yang lain ada jea yang jual, beza harga dalam 10 hengget. hikhik.
So, better aku beli dengan babiesmall, jimat 10 hengget aku. hakhak
Okeh. Nie jelah kot persediaan untuk baby care & grooming untuk my baby nanti. hihi. Harap2 baby sukalah yea! Wangi2 jeaaa baby ibu selalu... kikikikikih
ALHAMDULILLAH.... Anak ibu dah 33 minggu!! wahhh. cepatnya masa berlalu :) dup.dap.dup.dap #mybabyinside |
TQ for reading!! K bai~
Subscribe to:
Posts (Atom)