KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sawoku di Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sawoku di Sarawak. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Pengalaman POS motor dengan MASkargo (Sibu-Kuala Lumpur)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalam jenuh duk pikir macam manalah husby nak pergi kerja nanti. Motor (Si Merah) tak sampai2 lagi. Aku sekolah petang, dia pulak sekolah pagi. kalau sama sesi tu lain hal. no problem. 

Punyala pening duk pikir benda yang remeh cam tu. padahal teksi bas belambak kann. Naik teksi jealah. settle. tak payah pikir2. hikhik.

Tapi, nak dijadikan cerita rezeki, tup tup dapat call dari MASKargo yang si merah dah sampai. Aku ingat tahun baru MASkargo tak kerja, rupa2nya kerja jugak diaorang yea. Alhamdulillahh. tak payah nak pening2 lagi. hehe 

Jauh bebenar journey si merah ni sebelum sampai betul2 dalam pagar rumah kami. 

Yea laa.. Bermula dari Song, dah kena naik Bot Ekspress.. Naik bot ikat tepi jea. Naik bot saja dah kena upah RM30.


Bila dah sampai sibu, baru pening sikit. banyak step yang kena buat. 

1) Bawak motor + Geran original + photostat IC + roadtax + RM30 ke Marvellous (belakang bank Islam sibu) - untuk pendaftaran dan pengurusan dokumen penghantaran/kastam 

2) Bawak motor ke MASkargo Sibu - Hantar borang dari Marvellous 

3) Buang minyak petrol sampai habis, pastikan korang bawak sendiri wayar hos (untuk sedut minyak - kalau tak nak pakai ejen) - suami aku buat sendiri jea, pakai ejen mahal wooi dalam RM250 ++ kottt. Lepas korang sedut habis minyak tu, start motor sampai motor tu tak hidup/mati 

4) Buang bateri - ni pun buat sendiri jea. Bateri tak boleh bawak naik kargo 

5) Cabut plat number belakang + side mirror - letak dalam raga motor baik2 

6) Kalau motor korang ada leaking 4T, tu pun kena buang jugak. Kalau tak leaking, boleh la kautim dengan pekerja sana 

7) Declare dengan pegawai kastam (sign semua benda yang berkaitan - bayar RM463

8) Kalau korang nak balut motor, range harga dalam RM50 - better korang balut laa, si merah kena bungkus elok2 pun pecah jugak coverset nya. calar balar jugak.. apatah lagi kalau tak kena bungkus langsung :(


Kesiann Merah. calar balar :(

9) Dalam masa 3-4 hari (bergantung kepada keadaan), InsyaAllah motor korang akan sampai. hehe. Macam suami aku, 6 hari baru sampai motor. sebab masa dia pos motor hari tu, banyak sangat motor yang tengah dalam proses pengeposan. :)

Alhamdulillah, selamat sampai :) 
Esok si merah akan berkhidmat untuk tuannya. 
Please be nice to us yaaa... :) 

Yeah! Selamat malam uolls. Esok dah mula kerja. setelah sebulan lebih berehat bersama KITKAT. hikhik  

TQ for reading! k bai~       




Thursday, March 21, 2013

Ole2 Sarawak mari

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kalau dah namanya PJJ.. tak sah kalo tak menghitung hari kan... hukhukhuk.. inilah yang dikatakan lumrah hidup berjauhan. Hahaha. Bukan semua orang boleh rasa tawww... aku antara salah seorang yang tergolong dalam kategori ini. So, bersyukurlah korang erkkk... boleh tengok suami depan mata hari2. Ahaks. *aku jeles*. 

33 hari dah berlalu. Tinggal sehari jea lagi nak jumpa my sawo. Hohohoho. Happy weehhh. Mana taknya tak hepi. Mama pun datang KL jugak. Nampak gayanya, aku tak balik kampunglaah cuti kali nih. Sori yea kawan2 yang invite aku untuk ke majlis kawin. Heeeee. Aku bercuti kat KL jea. Orang kay-el lah katakannn. Hahaha. 

2 Minggu lepas abang ada bawak budak sukan ke kapit. Kalo dari tempat abang, kena naik bot sejam baru sampai kapit. Seminggu kot abang kat sana. As jurulatih dan juruletih kot. Haha. Kesian.kesian. tapi nak buat macam mana. Dah memang itu yang abang nak. Minat sangat sukan gamaknya. Sampai aku sekali terrrminat sukan jugak. Tapi indoor jea la yang aku minat. Indoor tu maksud aku lompat2 dalam bilik. Lompat bintang. Aerobik. Dan sewaktu dengannya. Hihihi. 

Oh ya.! Walaupun umur dah meningkat, tapi abg still dapat pingat emas untuk acara 4×100m. Tahniah la yea. Siap dapat pakej *sunburn* lagi.. haha. Tulaaa. Orang suruh pakai sunblock tak nak. Kan dah bertukar warna tuu. 

Part yang paling best sekali bila abang cakap nak beli hiasan untuk rumah. Jumpa kat kapit. Murah pulak tu. Tak sampai rm150 kot. Hohoho..bulan lepas bawak balik ole2 daging rusa, bulan ni abang bawak balik ole2 tanduk rusa pulak.. haha. 2 bulan lagi ekor rusa ke kaki rusa?? 


Ok uolls. Jom tido. Esok bangun dengan semangat sekali ok! 1 day to go. Fuyyyohhhh!!!. :)

Tq for reading. K bai!!



Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum... Halo readers! Have you had your SHAKE today????

Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah. Terima Kasih ALLAH kerana masih lagi memberikanku peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.

Alhamdulillah, puasa tahun ni adalah puasa yang pertama aku dengan HERBALIFE. Tentu sel-sel dalam badan aku melompat2 gembira. Semoga Nutrisi sihat yang aku masukkan dalam badan aku sepanjang Ramadhan ini memberikan aku tenaga untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru dan semestinya tugas sebagai Hamba ALLAH di muka bumi ini. InsyaALLAH.

Selamat berpuasa untuk semua.. Istimewa buat insan yang teristimewa yang jauh dimata, Semoga dirimu cekal dan tabah mengharungi dugaan di bulan Ramadhan, Semoga diberkati dan dirahmati oleh yang Maha Esa. Sama-sama kita tingkatkan amalan secara istiqamah kerana ALLAH. Selamat beramal! :)

JOM PUASA DENGAN HERBALIFE!! :)




Tuesday, June 5, 2012

Hobi Baru Tanakwaguku..

Assalamualaikum... Halo readers!! Have you had your SHAKE today???

Orang laki memang tak boleh dipisahkan dengan motor.. Macam motor tu bini no dua mereka lah.. Betul tak apa yang aku cakap? hangguk2.. sokong laa tuu... :)

Danish ni peminat tegar motor2 berkuasa besar.. bukan motor yang ada power macam motor dalam cerita ghost rider tu.. tapi CC motor tu yang besar... hahaha.. aku pun tak paham sangat pasal motor2 ni....

Ni baru 50% daripada motor impian dia yang dia dah dapat.. lagi 50% lagi tu.. lagi besar dari ni lah kot.. adededeiii... Larat kea nak angkat motor ni oiiii... aku nak alih motor ni pun berpeluh2 aku tolak.. kalau yang lagi besar macam mana tu???

Tapi, bila dah sampai Sarawak, sayang pulak dahhh dia nak bawak motor tu ke sana.. Jalan tak elok katanya.. takut motor tu rosak.. Nak tak nak, kena la beli motor lain.. takkan nak jalan kaki kot ke sekolah.. walaupun SONG tu kecik jea, tapi, jenuh jugak nak jalan kaki.. kan?kan?..

Hensem tak sang merah ni..?? naik bot lagi tu...


Alhamdulillah.. nampak jugaklah ke mana duit Herbalife mengalir.. nampak motor dua biji depan mata,..

Seronok pulak aku tengok hobi baru dia kat sana.... Teringin pulak aku nak join sama.. sebelum ni hobi dia main game jea.. asal free jea main game.. masa kat upsi dulu, dia suka tangkap ikan guna tangan.. malam2 buta pulak tu.. sekarang ni hobi baru dia mancing udang..

Termenung JAUH nampak.. hehe


Ngangaaaa... tu diaaa.. macam nak kena ngap jea udang tu


Lepas mancing, masak, makan ramai2.. seronok kan macam ni.. Tak pernah pulak aku merasa.. selalu mancing udang kat pasar jea..muahahahaha :D

Lapar pulak aku tengok makanan ni.. Apalagi, jom buat SHAKE.. Lazat dan berkhasiat!!

Papai!!




Sunday, June 3, 2012

"Jaga diri baik-baik yea..."

Assalamualaikum.. Halo readers!! Have you had your SHAKE today??

Awal2 masa dapat tahu bond dapat posting SARAWAK.. Mak aiiiii.. terkedu kejap aku. Dah la masu tu kami baru lepas habis kursus. Tak de mood langsung aku nak tapau makanan bawak balik rumah, padahal banyak makanan lebih gara2 kursus yang tak mendapat sambutan. SERIOUS! down kejap aku.. wawawawawawa...

Bond pun muka seposen jea.. nak kata happy dapat kerja, yes! kami bersyukur, tapi... tempat yang ditawarkan membuatkan kami keberatan.. huuuu.. mana tak nyaa... tak pernah berjauhan.. ceh! lebih2 pulak.. hahaha

Pernah dia naik KPM, konon nak buat rayuan dan tukar suka sama suka. tapi hampeh! tak layan.. yea laa.. kami ni bukan anak Jutawan mahupun angkasawan.. kami ni biasa2 jea.. sape la nak layan.. by hook, or by crook.. kena terima jugak laa kan.. sob..sob.. sedih wwoooooo... kalau aku tadah baldi, mahu satu perigi ni air mata.. :P

23 Mei 2012 : Awal giler kot aku bangun.. cepat2 bersiap.. semangat ni nak hantar bond pergi orientasi. Tak maw redah jem + tak tahu mana letaknya Pearl hotel (jalan klang lama taw, hotel xtaw ) so, pukul 6 pagi aku dah keluar rumah. tup,tup.. dekat jea hotel tu,, tak sampai pukul 7 kami dah parking keta depan hotel.. heee.. semangat tak kami??

Ramai giler cikgu2 dari semenanjung dapat posting Sarawak.. 800 orang kot.. ada sorang tu, aku tengok perut dia buncit (pregnant), cekal + tabah betul.. huhuhu.. tentu dia pun sedih kan nak berjauhan dengan suami tercinta,, lagi2 tengah mengandung.. huuu.. Sabar jea lah.. Setiap apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya (sedapkan hati)

Bond dan rakan2 seperjuangan yang sama2 akan naik belon! yeay!

Malam tu aku pergi lagi ke hotel, terus bersiap2 utk ke KLIA, sebab jam 4 pagi diaorang dah kena ada sana. Agak lama aku tunggu di lobby hotel, entah apa la yang dibebelkan dalam orientasi tu.. sempat jugak aku interbiu keluarga2 yang sedang menunggu anak mereka.. bila diaorang tanya, "adik ni, tunggu sape?"... heee.. takkan aku nak jawab, tunggu anak jugak kot,, nampak benor nipunya.. "saya tunggu tunang saya..".. hahahahaa.. yea la kau.. bila dah jawab macam tu.. bertubi2 soalan diaorang tanya.. tak sedih kea kena jauh ngn tunang?.. nanti bila dah kawin macam mana? nak ikut p sarawak kea? bla..bla.. ADEH~ rileks mak cik, rileks,, bertenang.. dia ada lagi dalam hotel ni.. tak sampai sarawak lagi (dalam hati).. hahahaha

Kami terus menuju ke KLIA dalam jam 12 tengah malam.. Lepak2 dulu dekat rnr Dengkil, pastu baru terus ke KLIA.. hurm, bila dah sampai sana.. tetiba rasa.. Inilah saatnya... aku kena hadapi dengan tenang dan tabah.. ceeeewaaaahhhh gitu!

pukul 6 pagi dia dah kena masuk.. sebak semacam jea aku ni.. nak cakap babai pun dah tak terkeluar.. boleh senyum jea.. lagi2 bila pesanan ringkas darinya yang berbunyi... : " Jaga diri baik-baik yea... tunggu abang balik taw..".. waaaaaaa... lagi parah aku,, aku mampu angguk jea.. huhuhuhuhu.. sadis2... tapi pura-pura senyum.. mata rasa dah panas semacam dah... cepat2 aku lambai.. terus keluar...

Tengah layan mood sedih.. tetiba tukar jadi mood nak marah pulah.. kebaboommm punya traffic.. aku tengah sedih2 ni, ko pergi saman pulak keta aku.. rileks doe,, baru jam 6 pagi.. awal lagi kottttt... phiuww.. tak pe.. tak pe.. Anggaplah ini cabaran.. hehe..

Ok.. sekarang ni pun dah dua minggu bond kat sana.. saman pun aku dah settle bayar.. hehe Langadon gilerrrr kottt.... nasib ada bbm.. boleh bb hari2... time dia p mancing kat Katibas yang tak de line handphone tu.. berhubung melalui facebook jeaaa kami.. line internet ada pulak kan?.. pelik kan? hahaha.. Dia pun happy dengan kehidupan baru dia di sana.. Aku pun happy untuk dia.. ALHAMDULILLAH..

Papai!!