KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30, 2014

Makanan Pejal untuk Daffa: Cara untuk panaskan makanan beku bayi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


Dalam entri pertama yang aku buat berkaitan dengan makanan pejal ni - Avocado Puree, aku ada share berkaitan dengan macam mana nak cairkan makanan yang telah dibekukan. Masa tu aku hanya guna kaedah double boil biasa jea ( tak letak atas dapur) dan masa tu juga aku guna kaedah ice cube (puri dalam bentuk kiub yang comey lote). Ngeee. 

Kali ni pula aku nak share macam mana nak cairkan puri beku - masih lagi guna kaedah double boil, tapi letak atas dapur dan puri beku pula didalam freezer storage bag

Kalau korang ade beli warmer, selain panaskan EBM, korang boleh juga guna warmer untuk panaskan puri,. Tapi, aku lebih suka panaskan puri atas dapur jer. kikiki.  Lets cekidout!






1) Bubur nasi yang aku bekukan dalam storage box tu aku rendam dulu dalam air supaya senang bendelah tu keluar dari bekas. Dalam freezer storage bag tu ada puri pisang + epal + blueberry. Aku simpan puri tu dalam keadaan slim (walaupun aku fat - motif?), supaya senang nak handle bila nak cairkan puri tu. Kalau simpan dalam keadaan fat, susah bagi aku nak patah2kan puri beku tu. Betul tak? Ngeeeee... 

2) Masukkan bubur nasi dan puri yang korang patah2kan tu dalam bekas. Aku guna barang yang sedia ada kat rumah jea. Bekas besi tu kitaorang guna untuk buat air tea dan macam2 jenis air.. panaskan makanan anak pun boleh!. kikiki 

3) Kaedah double boil. Masukkan puri dalam 'cetong besi' (kata ore kelate) tu tadi ke dalam periuk berisi air - panaskan 

4) Makanan bayi anda sedia untuk dimakan! wink2





Ni masa mula2 aku bagi Daffa makan puri combo ni. hehe. Muka tak boleh blah. Suapan pertama 'ngetak bulu' (bahasa kelate), suapan kedua 'eiiii apa ni ibu???'. Suapan ketiga, 'erm, sedap jugak ni'. Last2, 'ibu! nak lagii (sambil pegang bekas)'.. bahahahaha!!~ 

Hari ni sudah hari ke-4 daffa makan combo set ni. Alhamdulillah. Tiada apa2 alergik mahupun alahan, u'uk pun keluar blueberry uollsss.. hahahahha. *statement geli, sori!!* kikiki. Alhamdulillah. He love it! and me of course happy overloadddd! ehehehee.



Anak ibu sekarang... 8 bulan. 
7 bulan dah pandai berdiri berpaut pada objek (tak kira objek apa, kaki daddy ker, perut ibu ker hapa ker, janji dia boleh berdiri. 
Sekarang! sedang berusaha untuk bangun berdiri sendiri. 
Ibu dulu 9 bulan dah jalan taw Daffa! 
cayok daffa cayokk!!! Anak ibu mesti sama macam ibu. kikiki... 
  

Ok korang!!. Daffa dah bangun tidur, jommmmm 'berperang'.. hehe

TQ for reading! K bai!!~     



Monday, October 27, 2014

Jambu Asam Boi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak Mangga Asam Boi menjadi HOT dan menjadi viral dilaman-laman sosial, aku hanya mampu untuk menengok saja. Sikit pun rasa tak ada perasaan untuk buat sendiri mangga asam boi tu, cuma, perasaan nak makan memang membuak2 dan setiap kali aku tengok mangga asam boi, tiap kali itulah air liurku merembes keluar. teeeeheee!!! Jahat taw uolss! buat i terliur. huh! 

So malam ni! terbuatlahhhh asam boi versi jambu batu special by aku. hakhak. Stok asam boi ada lagi separuh plastik besar, tahun lepas punya stok. hahaha. Tahun lepas aku suka buat ikan/ayam stim bubuh asam boi., tu yang beli satu plastik besar tuh. Hadap lah asam boi sampai pengsan. 

Senang jea sebenarnya nak buat bendalah ni. Tak sampai seminit dah siap, dan tak sampai seminit jugaklah licin. Tak sempat nak simpan lelama dalam peti oi! Kejap2 laki aku pergi dapur, kejap2 pergi dapur. Nampak jea dia nak kedapur, dari jauh aku tanya, NAK KEMANA BANG OI!!! CARI JAMBU LETTEW! SABOoooo lerrrr!!!. 

Last2 bila tahap kesabaran diluar batasan, aku ambik bekas jambu dalam peti tu, letak atas meja hadap sesama. hahaha. seminit lesap. Memang sedap weh! serius sedap. Tak caya korang cubalah sendiri yea! hehehe. 

Jambu + garam + gula + belacan + cili + asam boi + air masak (sedikit).




Masuk semua bahan tu dalam bekas, Gaul2 sekali harung, biar betul2 sebati. Lepastu simpan dalam peti ais. Pastikan peti ais dikunci dengan mangga supaya jeruk tadi dapat disimpan lama, kalau tidakkk, tak sempat nak peram dah licin oi! haha




Ada rasa air liur keluar tak? Kalau ada, wajib cuba buat! kikikiki. 

SELAMAT MENCUBA!~  

TQ for reading! K bai!~   




Makanan Pejal untuk Daffa: Great Combo - Banana | Blueberries | Apple | Potato | Sweet Potato | Carrot | Cauliflower | Butternut Squash

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


Since Daffa dah masuk 8 bulan, ada beberapa makanan baru yang aku perkenalkan pada dia : Epal, Pisang, Kobis Bunga, Blueberry dan Butternut Squash. heee. Kira banyak jugaklahkan. 

Epal dan pisang bagi aku ianya tergolong dalam kategori buah yang manis. Daffa memang tak suka makan yang manis-manis. Dulu aku ada buat puri betik untuk bagi dia makan, sudahnya... puri betik tu berjaya diperam dalam perutku jua. haha. 

So kali ni, aku cuba campur pisang dan epal dengan buah dan sayur yang lain dengan harapan anak aku dapat makan dengan jayanya. heee. Bukan nak ajar dia supaya suka dengan 'manis', cuma aku nak train dia supaya suka dan tak memilih bila diberi makanan. 'Manis' buah katanya. Tapi ingat yea ibu2, untuk stage umur baby2 sekarang, NO SALT, NO SUGAR, NO Perisa tambahan. heeee. 

Semalam aku ajak sawo singgah GIANT dekat rumah. Semata nak beli stok makanan untuk Daffa. Asalnya aku just nak beli BEET ROOT, tapi betul2 aku terkejut bila jumpa BUTTERNUT SQUASH dalam Giant tu. Warghhh... Dah lama aku cari bendalah squash ni! akhirnya jumpa jugakk... Bila dah tersengih2 jumpa Butternut, terus hilang ingatan untuk beli beet root. hahaa. last2, benda lain yang aku beli!.. Tapi aku rasa tak de kot beet root dalam giant yang kecik secoet tu..



Sebelum ni aku dah pernah cuba bagi daffa puri pumpkin biasa tu. So aku rasa dia suka la jugak dengan butternut squash ni sebab tekstur dan rasanya lebih kurang sama jea (adik beradik pumpkin juga). Cuma yang bezanya, dulu aku buat LABU BAKAR, sekarang aku hanya KUKUS sahaja. YES! beza rasanya. Bagi aku, yang BAKAR lagi sedap!!!! hehe dan lagi satu, aku ada baca yang butternut squash ni lebih tinggi kandungan nutrisinya kalau nak dibandingkan dengan labu biasa :D 

Makanan pejal untuk Daffa kali ni aku rasa lebih meletop dari yang aku pernah buat sebelum ni. hehehe. memang betul2 GREAT COMBO! Memang sedap uolss! Aku pun rasa macam nak makan jea. Sambil2 buat untuk Daffa, sambil2 aku cuba sesudu dua tiga. haha. Cepat2 simpan dalam freezer takut habis masuk dalam perut mak dia :P 

Stok makanan yang WAJIB aku buat untuk daffa sekarang ni adalah bubur nasi. hee. Makanan rutin dan rugi :) 

Untuk semua buah dan sayur tu aku guna kaedah KUKUS. kecuali blueberry & Pisang (NO COOK)




BUBUR NASI / White Rice Puree 

Aku guna 'beras wangi' untuk buat bubur Daffa. Hanya ambik dua genggam beras dan masak dalam periuk atas dapur macam biasa. Bubuh air sampai nasi tu jadi bubur (beras ni senang untuk nasi menjadi bubur. hee). Blend dan masukkan dalam bekas untuk disimpan 

Puri Pisang




Puri pisang ni benda paling senang nak buat. Basuh pisang, buang kulit. potong2 pisang lepastu masukkan dalam freezer bag. Ziplock dan tekan2kan sikit pisang. Pisang kan lembut, so senang nak purikan. :) 

Combo Set - Puri Pisang + Puri Blueberry + Puri Epal 




Basuh Pisang, Blueberry dan Epal. Kukus Epal sahaja. Kisar Epal + blueberry + pisang (purikan) 

Combo Set - Puri Epal + Puri Butternut Squash + Puri Kobis Bunga (Cauliflower)




Basuh epal (buang kulit), kobis dan butternut (tak buang kulit). potong epal dan kubis. kukus semua. Butternut tu aku ambik isi pakai sudu, blend semua dan simpan  

Combo Set - Puri Kobis Bunga + Puri Epal + Puri Ubi manis 



Basuh Kobis, Epal (buang kulit) dan Ubi manis (buang kulit). Potong2, kukus. Blend dan simpan. 

Combo Set - Puri Lobak Merah + Puri Epal + Puri Ubi Kentang 



Basuh Epal (buang kulit), Kentang (buang kulit) dan Lobak merah (buang kulit). Potong2 kemudian kukus. Blend. Simpan  

Stok makanan Daffa kali ni aku simpan dalam freezer bag sahaja. Kaedah cuba jaya. Saja nak cuba adakah ianya praktikal ataupun tidak. heee. Selalunya aku KIUB kan sahaja dan simpan. So kali ni Aku guna Food Storage Bag (freezer & storage) brand GLAD. Ada jual di giant. murah jea. hee




Ekceli, ini adalah kerja orang malas. haha. Kalau orang yang rajin, boleh le purikan satu2, simpan. Bila nak makan, baru campur puri tu. Kerja aku sekali harung. haha. Rajin kan aku ? *mata keatas*.  

Hari ni aku dah start bagi daffa Great Combo (white rice + apple + bunga kobis + butternut)! wink2. Memang praktikal guna Storage bag ni (bagi aku laaa. hahaha). Senang jea nak guna, Patahkan jea banyak mana yang kita nak dan cairkan macam biasa. heee..


See! Sikit dah patah. bagi daffa breakfast hari ni. heee. senang jer!



Alhamdulillah. Daffa love it! like it!! Ibu Win! hehe


OK uolss! Hari ni dah bukan hari holiday. Mohle kita bersiap pergi kerja.Anak pun dah kenyang. Ibu pun senang. haha. kwang3.   

TQ for reading! K bai~   




Saturday, October 25, 2014

Daffa swim like a boss!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Awal2 masa anak aku lahir dulu, kemain tak suka budak ni bila kena air. Asal time nak mandikan dia jea wajib aku berdebar2. Berdebar2 sebab takut plus risau, walhal bukan aku yang mandikan pun. hehe. Mana taknya, menangis bagai kena pelempang 2 das time mandi. hadoiiii. Daffa,daffa. 

Tapi sekarangggg... hah! time mandi memang time feveret. Mandi pulak dalam baldi. Tak rendam dalam baldi tak sah, bisingggg jea dia dengan bahasa yang dia sorang jea yang paham. membebel lah kononnya. Nak tak nak, aku bubuh jea dalam baldi, baru senyap. haha. mandilah dalam baldi kau nakkk. :D 

Plan untuk bawak daffa berendam dalam pool ni dah lama sebenarnya kitaorang plan. Last2, cuti deepavali ni jugak baru ada chance nak pergi. Short Vacation lahh lebih kuranggg. Dalam KL jea punnn... nak pergi swim dekat Maldives tak mampu uollss. bahaha

 
Muka tak puas hati sebab holiday dalam KL jea. kikikiki. Daffa with his fevret toys. turtle and cowWatch :P


OOTD Daffa Ezra: Swimming Suite (Jusco MidValley), 
Swimming Pampers (beli masa pergi Hippopo Spa, RM4 sekeping), 
Neck Float (Toy R us), 
Ducks toy (Toy R Us)

My Son excited! Ready to SWIM!!!

Welfie before swim!



Pool dekat Swiss Garden Residence ni ada 3. 1 untuk kanak2, dua lagi untuk dewasa. Memula daddy dia letak dalam pool kanak2. rendam kaki daffa dulu sebab anak aku ni selalunya kalau mandi aku memang mandikan dengan air suam. So takut dia terkejut maks! bagilah dia rendam kaki dulu. air kolam pepaham jelah sejuk dia macam mana kan. hehe. 

Lepas tu baru masukkan daffa dalam neck float. Tapi! punyalah membebel macam mak nenek plus goyang2 dalam air plus geleng2 dia punya float. Guess what??? Sebab dasar pool tu boleh dia pijak dengan kaki. So, tak sukaaalah diaaa!!! hadoiii... Daffa, daffa.

Kaki boleh sentuh dasar pool. ahaks!


Nak tak nak, bagilah dia masuk dalam pool dewasa. hehe. Barulah bertenang dengan enak sekali. Kaki pun dah boleh hayun sikit2.. yeay!! Gooooodddd boy Daffa! Nanti boleh le daffa ajar ibu swim2 pulak. kikiki :)


Daddy ajar  water confident. hahaha. Kelako giler tengok muka daffa time ni. hahaa

Swim dengan penuh bergaya. Like a boss. Tak suka orang dekat2 dengan dia. Bajet macam Pandalela lettewww!

Kesayanganku. Daffa with his lovely Coach :P



Second day, pagi2 buta lagi Daffa turun swim. Memang betul2 tak reti sejuk. hehe. Kali ni daddy masukkan dalam pool yang lagi dalam dari semalam. Kemain happy anak ibu. kaki dah kuak terlentang, tangan dah pandai kais2, sebelah kais sebelah pegang pelampung. haha. Masih lagi nampak kurang keyakinan disitu!! cayokkk daffa cayokkk!!





Daffa with his aunts and uncle and of course his coach! :)




Muka tak puas hati, orang lain dalam pool, dia dah naik atas. 



Memang betul2 short vacation. Agenda full dengan agenda anak sahaja. kikiki. Mohle kita kumpul duit duapuluhsen sehari menabung untuk bawak daffa swim di Maldives yea daffa. Lagi siokkkkkk!! 



Selfie. My family. Ibu Daddy Daffa. LOVE


OK uolls!!! eh jap, mana lagi pool yang menarik untuk dikunjungi ek selain private pool di lexis? mohle sharing.. hehe 

TQ for reading! Kbai~     



Thursday, October 23, 2014

Makanan Pejal untuk Daffa : Combo Set - White rice + Carrot + Potato | White rice + Sweet Potato

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Macam makan KFC pulak bila sebut pasal Combo Set nih. waduh22. kecur air liur gua bila teringat Peha ayam Crispy KFC. gulp! 

Kali ni aku nak share pasal combo set solid food untuk anak terunaku itu. Kalau korang nak tengok pasal solid food yang lain (my entry) bolehla click dekat label Solid Food for my Son dekat bawah sekali entri ni yea. kalau laa. kalau nak tengok. haha. iolss memang bajet poyo macam ni :P. 

White rice + Sweet Potato 


Sweet Potatoes Fresh dari Ranau. Nenek daffa yang tanam. hehe


Untuk combo set ni, aku masak sekali harung. Masak nasi dulu separa lembut lepastu masukkan ubi manis (kupas kulit, basuh bersih2). Masak sampai ubi dan nasi tu betul2 masak. Lepastu blend, simpan macam biasa. :) 


White rice + Carrot + Potato 




Untuk combo set ni pun sama  jugak. Aku masak sekali harung jugak. Masak nasi, bila dah separa lembut, masukkan lobak merah dengan ubi kentang dalam nasi tu tadi. Masak sampai semua bendalah tu masak. Lepastu blend, simpan :) 

Daffa memang sukaaaa ya amat dengan ubi kentang. Siap tepuk2 tangan aku lagi kalau lambat suapkan dia. hehe. Ok daffa. Noted. nanti ibu buatkan potato wedges untuk daffa yea. mesti daffa lagi suka. kikiki. 

Ok uolls. Daffa dah bangun tido, layan anak kejap. zaaazzzssss. 

TQ for reading! K bai!!~
   

Hippopo Baby Spa: Anniversary Promo (8 Oct - 8 Nov 2014)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ini kes terpengaruh dengan blogger femes awesome meletop (Irine Nadia) yang bawak anak dia pergi spa tahun lepas lahh ni. Masa tu daffa dalam perut lagi. hehe. Anak dalam perut, tapi mak yang over excited nak bawak anak berSPA bagai kat sini. hehehe. Syok giler tengok anak irene swim2 cute dalam tab time tu. :D 

Bila daffa dah keluar, masa umur dia 4 bulan terus aku menggelupur pujuk husband aku bawak daffa pergi SPA. Husband aku ni jenis yang tak suka bertab2 berenang dalam kolam kecik berSPA bagai ni, kalau nak swim, better terjun sungai katanya, puas hati. Tapi agak2laa, anak baru 4 bulan kot. 

Goda punya goda, akhirnya setujula dia bawak daffa pegi SPA. hihihi.





First time berSPA, umur Daffa 4 bulan. Masa tu anak aku tak kenal orang lagi. Mak Pak dia pun dia tak tahu yang mana satu. haha. Orang lain ambik buat rilex chill jea,.. Rendam dalam tab pun buat muka tak bersalah. Muka redho dan pasrah. Time massage pun sukaaa jea dia. Gaya macam orang kaya baru tengah bermassage. haha. 

Tapi sekarangggggg...... krik.krik.krik. 

Sekarang ni Hippopo Baby Spa tengah buat Anniversary promo taw!!! Murah berbaloi gile kalau nak dibandingkan hari-hari biasa.




Harga biasa untuk swim & massage RM86. Untuk promo ni, masih lagi RM86, cuma yang bezanya, untuk second baby cuma tambah RM1 jea. So total akan jadi RM87. hehe. Korang boleh laaa SHARE2 dengan BFF baby korang! wahwahwah. Cuma syaratnya, baby couple tu kena datang sama2, itu jea. Ngeeee~ 

Semalam sempatlah aku bawak daffa berswim2 lagi untuk kali kedua di Hippopo. Ada promo kottt. tu yang terhegeh2 bawak tu. kikiki. 

Kalau dulu Daffa rilex chill jer dengan orang yang tak kenal. Tapi sekaranggggg.... Siap menangis keluar air mata lagi. haha. Kesiannn anak ibu, nangis yea nakkkkk!!

Selfie Ibu dan Anak



Daddy: Daffa nak swim yea? nak swim yea? Kat sini tempat swim sempit jea taw, kat laut lagi luas. kekekeke

Anak aku memang macam ni, Bila jumpa orang tak kenal, memang dia perati jea. Badan pun automatik kaku keras semacam, mata tu macam nak tersembul keluar tengok orang. haha. 2 minit perati, lepastu apa lagi, meraung kuar air mata la dia. huwaaa.huwaaa

Tengok. Kaku semacam. haha. Mula2 diaorang letak baby dalam float yang jenis duduk ni dulu. Kasi baby bertenang.. Biar dia biasakan diri dulu. 

Haaaa. Lepas bertenang, dan nampak terlebih tenang, sampai kaki angkat dan bola nak masuk mulut macam ni baru diaorang tukar float lain. kikiki

Masa nak tukar float, sekali lagi Daffa meraung, sebab dia segan dengan hakak2 SPA yang cun2 tu kot. Daffa kan tak berbaju. hahaha. Neck Float memang sesuai untuk baby2 yang baru nak belajar berenang. :D

Muka Daffa yang tak boleh blah bila bertukar float. Cuba perhatikan kaki dan tangannya yang keras kaku semacam. Kahkahkah

Daffa bersama BFF nya. hehe. Naqeeb :)


Ekceli, mak Daffa jea yang excited tengok anaknya berswim (swim ke? berendam jea kot. haha) dan bermassage bagai, Daffa redho dan pasrah jea lahh dia. hehe. Tapi part bermassage tu memang nampak dia enak bangat sekali! hehe.


Masa umur 4 bulan haritu bermassage sambil meniarap. Sekarang ni nak meniarap memang tak ahhh. bermassage sambil duduk la pulokkks. Teeehee~
  

Anniversary promo ni masih lagi berbaki beberapa hari taw! uolls yang rasa nak berhippopo dengan baby tu boleh laaa terjah sekarang! Jangan lupa bawak partner yea! :D


My Son. Daffa Ezra. 8 months Old. 22/10/2014 :)


FB: Hippopo Baby Spa & Wellness 
Web: Benefit Spa for Baby 

TQ for reading! K bai!~