Salam
Hi, mungkin dah terlambat untuk aku baru nak menulis tentang PKP dan Covid19. Hm, It's ok lah kot. Nukilan aku untuk kenangan aku bila aku baca semula di masa hadapan. okeh mana nak mula??
18 Mac 2020, tarikh keramatlah bagi aku. Semua rakyat Malaysia macam culture shocked masa ni. Buat julung kalinya kita semua kena duduk rumah, tak boleh keluar. Hanya ketua keluarga saja yang dibenarkan keluar. Itu pun untuk beberapa urusan tertentu. Setiap hari pun semua orang setia menonton berita, mengira-ngira statistik naik turun jumlah mangsa covid, kematian dan kawasan-kawasan yang diperketatkan. Hm, pada awalnya aku agak perkara ini memang mencabar bagi semua orang. Rata-rata dari kita semua merasakan ini adalah perkara sukar, especially bagi mereka yang mempunya cabaran dirumah seperti masalah keluarga, kewangan dan beberapa masalah lain.
Now PKP dan berada di tahap matang, kita semua dah sedia maklum dengan bahaya dan cara mencegahnya, kerajaan pun dah sikit-sikit bagi kita untuk pergi kerja. Sedikit-sedikit buka kedai, perniagaan office dan premis. Aku harap kita tahu lah tanggungjawab masing-masing.
Kita dah makin mula adapt, dengan WFH, dah mula adapt dengan aktiviti apa nak buat dirumah. Banyak sebenarnya. Makin tahu menghargai masa bersama family dan anak yang mana kita tak dapat semasa sebelum PKP. Aku sendiri dalam masa dua bulan ini dapat lihat sendiri gerak membesarnya anak aku, bagaimana dia belajar dan perkembangan pelajaran dia (dah pandai cakap dan buat akal). hm, kalau dulu malam saja aku dapat tengok dia sebelum dia tidur. PKP ini juga aku luang masa untuk masak, mengemas dan melaksanakan kerja-kerja surirumah dengan suami aku. Ya itu dari sudut hikmah.
Bagi aku ini teguran keras Allah untuk kita. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan. Terlalu banyak saat yang kita buang especially masa untuk mengenang dan memahami kuasa Allah. PKP juga buat aku memang berfikir dalam-dalam tentang betapa pelbagainya cara Allah tunjukkan kuasa dia buat kita. Aku mula makin sedar dengan segala masa yang aku bazirkan. Aku juga mula dekatkan diri aku dengan Allah, alquran dan mudah-mudahan taqwa aku bertambah. Hikmah besar sangat buat kita. aku mula fikir apa saja yang aku cari diluar sedangkan semua ada di dalam. Tiada apa yang perlu aku cari selain daripada Allah.
Korang ada rasa begini tak? hm aku tak pasti apa rasa aku. Tapi terlalu banyak hikmah yang aku dapat lihat daripada dugaan ini.
Ok lah. Aku tak pasti macam mana aku nak tamatkan post ini. So aku end kan macam ini saja lah ya. Okebai!
1 comment:
Salam kak, saya ada baca entri blog akak berkaitan dengan program/course Human Resource akak sebelum ini. So saya baca blog akak and saya minat nak teruskan program degree ini. At first, saya ditawarkan program banking dekat uitm semasa first intake tetapi saya menolak permohonan and saya pursue filming under uitm. Tapi tak dinafikan saya memang ada passion dengan subject accs, human resource related ini sebab saya score Account semasa SPM dan dapat A-.
Sekarang saya merancang habis diploma ini, degree nanti saya nak pursue HR since requirement dia lepasan UITM. Tapi pendapat akak, akak rasa impossible ke saya boleh pursue ke course yang lebih jauh time degree? Lagipun mak saya pun kerja under HR, and bila dia cerita tentang kisah kerja dan department - buat saya lagi seronok nak apply benda ni.
Post a Comment