For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2013

Jimba mamba dengan Budak tomei tomei..


Haluuu...Haluuuu... Assalammualaikum.
Senyap sunyi blog mak kan?
Mak busy menyendok uolls.
Haha..tak kelaka kan?
Ni pulak anak sedara senduk.
Kalau duduk kat rumah bukan main susah nak tidur nya.
Sekali masuk kereta , kengkonon nak bawak tengok binatang binatang..
Sekali pandai pulak tidur lena.
Turun naik escalator pun senyap ok.
Lena berlepas ke angkasa lepas pada hal hiruk pikuk nyah kat sana..
Haih...la anak buah...


Happy belated birthday untuk aku..
Kat blog jer aku malas nak update.
Kat luar...18 kali makan kek.hohoho...ayat sedapkan diri korang..
Badan usah cakaplah kan.
Macam tempayan...hehehe.
Sabtu lepas sambut birthday dengan Mama Rayyan kat Sunway Pyramid je.
Laki?
Owh...laki mak penoreh getah uolls.
Susah nak cuti kalau hari sabtu.
Jadi, acara berjimba rama dengan Sister in law je lah.
Yang lain lain bukan ada kat rumah pun.
Semua balik kampung coz cousin iolls buat kenduri arwah.
Kebetullan pulak rayyan tak berapa nak sihat.
Flu dia. kesian pun ada jugak.


Mula mula kitorang mentakedarah kat Ayam Penyet Express.
Aku minggu lepas asyik makan ayam penyet je kot.
Lepas tu macam tak tahu nak makan apa.
Aku fastfood memang kureng sikit.
Tengok mood.
Titiba mood makan ayam penyet pulak minggu lepas.
Lepas ronda ronda tu, singgah mengopi kat Delicious.
Tak cukup mengopi tapau sekali.
Terima kasih SIL sebab belanja kek kek comel dan sedap.
Terharu sebab boleh makan kek dengan seronoknya hari tu.
Kalau dengan Abam?
Hahaha...melintas pun tak nak ok.
Huhuhuhu...
Abam tak kejam ok.
Cuma hint SUPAYA ingat kau dah gemok....
jangan makan yang boleh tambah gemok...


Inilah hasil tangkapan petang itu.
Valvet cake memang tersedap terbaik kat Delicious ni.
Siap ada macaroon kecik kecik kat atas tu.
Sedap bangat uolls.
Lepas tu beli scone & Pavlova.
Sumpah itu pun terbaik jugak..
Lepas tapau semua tu terus balik kepangkal jalan.

Sampai rumah pun tak makan lagi.
Sembang sembang dulu tunggu Abam datang rumah mak iolls.


Abam sampai rumah tak lama lepas tu family aku pun sampai dari kampung.
Lepas tu terus open table cake yang cenonet tu.
Disebabkan dorang masih kenyang..
Aku yang baham kek banyak.
Untung dorang kenyang.
Abam makan dua tiga suap jugak rasanya.
Sebab rasanya tak berapa nak manis kan.
Kalau manis...eh..mintak tangan kau...aku nak luah kat tangan kau...
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................................

Budak busyuk yang sentiasa susah nak senyum
Aku pun tatau lah kenapa sombong nau mukanya.
Hazab nak bagi gelak.
Aku macam biasalah...buat lawak bangang pun belum tentu rayyan nak senyum.
Gelak apatah lagi.
Abah cakap hari tu abah terbersin.
Sekali Rayyan boleh kekeh kekeh gelak.
Sakit jer hati aku dengar.
Bersin ok...bersin pun lawak rayyan rasa..


Gambar pengubat rindu dikala aku tak joint dorang dating sefamily.
Aku dengan Abam dating tempat lain.

ok babai..

XOXO,

Daela.

Selasa, 26 Mac 2013

Ke Ikea kita bawak Kembar Durian Crepe.. eceh...!!!


As Salam.
Kali ini entry aku sangat penuh dengan gambar.
Bukan warna warni.
Sebab lokasi berwarna samar.
Then aku gatal gatal tangan pergi edit sampai muka jadi putih melepak.
Jadi, segala product pemutihan yang glamer  di pasaran tidak digunakan.
Hahahahhaa.

Ok, Saturday lepas, aku , Farano , Anjan , Rayyan & Alili berjimba rama.
Apsal Abam x der?
Ok, Abam menoreh waktu pagi sampai waktu senja.
Apsal Acik atau adik aku azrul x der?
Ok, Azrul kerja sekarang ni sama level dengan bangla. Sabtu /Ahad kerja non-stop. kakakakaka
Apsal Anjan tak bawa isterinya?
Ok, Kak cik a.k.a Mak su kerja. Dia kerja lagi hebat. cuti hari biasa sahaja.
Jadi, kitorang yang cuti sabtu/ahad ni...terpaksa berjalan tanpa pasangan.
Bunyi macam aneh jer kan??


 Destinasi  utama adalah makan meatball.
Nak bagi lemak bertambah.
Meatball tembun yang paling best kat ikea kan?
Selalu aku makan rasa biasa jer.
Tapi hari tu over syok pulak.
Sebab kalau dengan Abam, muka dia muncung jer kalau aku nak makan meatball nih.
Sebab tekak dia tekak melayu.
Nak makan nasi.
Aku pulak semua pun makan.
Rasa rugi kalau tak reti makan.
Kecuali Sushi .
Korang campak sushi ke, yg gulung gulung sushi tu ke?
Heeeeee....mampuih aku tak boleh nak telan.

Abam usah cakaplah kan.
Melintas depan sushi pun dia tak mau.
Belum lagi ajak..
Pernah aku try nak makan kat Shogun.
Baru jer cakap restoren jepun..terus cakap tak payah lah.
Walaupun tempura kat shogun sedap kan?

1st time ever aku makan tempura kat shogun.
Itu aku boleh makan.
kahkahkah.


 Ewah....jangan nak sengih sampai nampak gigi sangat si tudung coklat.
Nampak macam dagu runcing sangat.
Tu sebab syok perasan.
Padahal...badan...macam tempayan.
Yang tudung merah tu....kuruih.
Dalam gambar nampak besar kot.
Sebab happy dah ada baby..
Ke..kuat makan kot?
Tapi...tak kisahlah...janji happy.
Owh...Rayyan muka macam tersepit jer kan?
Padan muka...
Ahahahaha...


Plan asal aku , farano & Rayyan jer yang nak pergi.
Malam tu dah tekad cakap kat Abam..
Kalau rayyan nangis nanti, pandai pandailah kitorang pujuk.
Abam kan selalu pujukkan rayyan kalau dia menangis.
So, perasaan cuak tetap ada...
Hapa hapalah perangai kan?
Esok tu, lepas abam selamat pergi menoreh,
Aku terus landing kat rumah mak.
Dalam pukul 11 am tu baru siap siap.
Tengah siap siap, anjan cakap dia macam bosan duduk rumah.
So dia amik keputusan nak ikut jugak.
Tengah kecoh kecoh nak kunci rumah, Alili pulak datang.
Dia pun cakap nak ikut.
Nak di tinggal...mak aku tengah busy tolong orang memasak.
Jadi, siapkan alili pulak.
Nasib ada baju kat rumah mak.
Kalau tidak....hahahaa...isi tempat kosong please.


Dah penat berdukung, time untuk kasi susu pulak.
Sekali uols, Rayyan sangat good boy.
Aduh...rasa macam sanggup bawak pergi jenjalan lagi.
Dah la baik, sengih sengih bila di agah.
Kemain lagi.
Langsung tak merengek.
Maybe happy kot dapat melihat keramaian umat manusia kat Ikea.
Yer...memang ramai orang kat sana.
Dalam setengah jam jugaklah baru dapat table nak mencekik.


 Barulah terasa macam mana ada anak kecik.
Time Farano makan, aku tolong pegangkan Rayyan.
Begitulah sebaliknya.
Nasib baiklah Rayyan belum boleh makan.
Kalau tak...confirm meatball yang aku beli tu tak cukup.
Kakakakaa..


 Alololo...comeinya muka Rayyan.
Yang tolong dukung tu memang comel dah lama.
Rayyan sekarang kuat main belon.
Mulut sentiasa jer ber belon.
Tu yang mummy Rayyan asyik cakap rambut tinggal sikit.
Rayyan kuat menyembur...


Ha...sapa nak makan durian crepe..?
Sekarang ni durian crepe ada.
Tapi, taklah macam hari tu.
Fenomena melanda. Aku pun terjebak seh...
Kitorang kat rumah dah ada kembar durian crepe.
Tapi tak boleh makan.
Gigit gigit sudah.
Lengan rayyan dengan durian crepe pun susah nak beza.
Ketak ketak uols, tangan anak buah aku tu.


 Muka macam tak happy je.
Kenapa eh rayyan?


Sikit lagi kaki Rayyan masuk dalam kuah meatball.
Jenuh tarik kaki rayyan agar tak tercelup kat kuah meatball.
Tu yang sampai terbujal perut rayyan terkeluar.
Comel?
Comel sangat bila nampak perut..


Aku Rayyan. Kau ada masalah??

Ini Gambar peberet Uncle Abam rayyan.
Siap buat wallpaper kat henpon garu.

Lepas berjimba, terus pergi KL pulak.
Nasib baik aku bawak pakar cilok jalan KL.
Kalau tak...menaya jer..
Lepas beli belah terus otw balik.
Tengah nak menyampaikan area rumah..
Farano pulak mengidam nak minum coconut shake.
Sory, gambar tak der.
Yer uolls, kedai tu buka time sabtu/ahad jer.
Isnin sampai jumaat tutup.
Isteri anjan teringin nak coconut shake jugak.
Terus tapau kan then buat delivery kat Sunway Pyramid.
Woahhhhh.....

Sungguh panjang perjalanan hari tu.
Lepas sampai rumah
Agah agah Rayyan kendian terus mamat tu menangis manja nak tidur.

Ok dah. babai

XOXO,

Daela

Selasa, 5 Februari 2013

February Challenge #05.02.2013 (Dinner)

 As salam..
Yehuuuu....Selamat petang uols.
Woah...aku sebenarnya dah nak Boooo kat diri sendiri dah tadi.
Maklumlah...busy sangat katanya sejak dari tadi kan...
So, inilah dinner aku malam tadi.
Amacam?
Nampak sedap tak?
Aku memang rajin sangat kalau buat makanan macam gini.
Senang , mudah & ringkas.
Bab Atkin tu...hurmmmm..abaikan..kekeke

Aku makan roti & daging ayam cincang home made.
Mood rajin terlampau datang pulak malam tadi.
Harus...tengah baring baring sambil tengok berita..
Perut pulak berdansa mintak diisi.
Tu yang laju jer kreatif di minda tak boleh nak jangka.

Abam punya lauk pauk aku dah settle kan lepas mahgrib tu.
Aku tekak malam malam nak makan western food yer.
Sangat mengada.
Nak makan nasi sebenarnya...tapi nak tunggu Abam balik dari menoreh cadangnya.
Last last malam tadi,
Abam sorang jer yang makan nasi.
Aku makan benda alah ni.

Paling tak boleh blah...lepas siap roti burger aku tu,
Aku still tak der perasaan nak makan dulu.
Sampailah Abam balik arround 11.45 malam tadi.
Terus berselera nak makan.
Abam aku masakkan sambal tempoyak udang,
Telur mata goyang & timun untuk ulam.
Sengihlah...sampai pagi tadi...kekeke

Ini adalah hobi baru aku.
Hari hari balik singgah rumah mak pun tak per.
Selalu cepat cepat balik dari offc pun kerana budak ini...
Woahhh...rindu...
Rayyan dah besau tau.
Dah dua bulan lebih.

Nanti aku rajin aku update cerita cousin aku bertunang.
Adalah terselit gamba aku dengan rayyan.

Oklah.
Baiii...

** morale of the story...jangan nak booo cepat sangat!!!! hehe

Rabu, 16 Januari 2013

Macam mana aku tak gemok uolls??? ngeh ngeh..


As salam...
Semalam abam membebel.
Dia cakap...
"Orang pakai tv baru kau pon nak tv baru"
"Orang pakai kereta besar..kau pon nak kereta besar.."
Huh la sangat uolss.
Cuba korang tukar pada makanan sebenarnya.
Dia asyik cakap mengada ngada nak makan itu ini.
Sebab malas nak melayan bini kuat makan.
Itu jer...Alasan konon konon tak nak kasi sakit hati.

Ok, demam durian crepe sudah berheni.
Aku sensorang jer baru upload.
Masa demam durian crepe melanda...
Aku pun ambil kesempatan membuat durian crepe sendiri.
Hasilnya cukup cantik & sedap...(matilah...puji masakan sendiri sedap)
Tapi sediki tebal.
Kata first time kan..
Haruslah....janji rupa ada, rasa ada...its ok....
Durian crepe ni aku buat penat penat..
Aku ingat Abam nak makan.
Bersemangat dia tolong aku tebar nak buat kulit crepe hari tu.
Namun...dia makan segigit jer.
Owh.....bagus bagus...tak suka..aku boleh makan sorang.
Lepas tu korang boleh tahu sekarang berapa KG berat aku..
kahkahkah...
Resepi? Sila Google sendiri.
Aku ikut resepi kak Azlita .Thanks you kak. 

Lepas tu aku cipta sendiri demam Kebab hand made.
Hari hari makan kebab buatan sendiri pun tak pe.
Abam sekali dia sukalah.
Masuk hari kedua, dia cakap boleh tak goreng kan dia telo mata goyang 1?
Haa.....nampak kan?
Siapa yang suka berkira pasal makan sekarang ni...
Kebab ni bukanlah ayam yang golek macam kat kiosk tu uolls.
Aku ni bab bab mengubah, meniru nombor satu.
Aku ubah jer, dari nugget di goreng, hiris hiris sikit,
lepas tu, campak dalam roti tu.
Campak pulak bawang besar sikit, timun jepon sepotong dua...
Last sekali mayonis dengan cili sos..
Hah...Nampak? Kantoi Atkin lagi....


Pavlova ni bukan aku buat.
Yang ni aku belum lulus ujian lagi.
Ini jiran aku yang beria suruh aku rasa Pavlova dia buat.
Sedap uolls.
Tak manis.
Tapi...Abam korang aku bagi rasa sikit...
Terus buat muka tak happy.
Bukan dia nak cakap tak sedap.
Tapi bagi dia makanan macam gini tak healthy.

Aku dulu macam peliks la...
Apsal Abam tak jadi doctor ek??
Bising dia bila aku nak habis kan Pavlova ni.
Macam manalah tak gemok macam tempayan???
Adoi...terus esok tu aku diet atkin sampai pukul 9am.
Lepas tu aku tertewas dengan segelas Nescafe panas..
Kantoi lagi...


Aku paling malas nak buat Popia.
Apa kenalah dengan kemalasan yang bersarang dalam jiwa aku ni.
Sebab...aku nak perabis kan duit poket dengan beli Popia Kak Raja.
Sangguplah beratur panjang demi 3 ketul popia.
Padahal aku bukan tak boleh nak buat sendiri.
Jadi, dengan niat yang tulus ikhlas...

Aku pow abam beli kulit popia instant
Lepas tu baik punya lupa...beli sengkuang.
Alih alih buat popia berhintikan kentang dan isi ayam hancur.
Wahh....resepi inti kentang korang boleh tiru cara buat inti karipap.
Sama.
Lepas tu da siap masak boleh gulung atau buat bentuk samosa.
Aku buat 2 kali terkoyak kulit popia bila melipat.
Tu yang titiba jadi bentuk popia.

Yang ini menu lepak lepak kat Pannaz.
Sedap memang sedap.
Nak nak orang yang belanja.
Cabonara apa tah namanya.
Walaupun tak der cerita pasal cabonara ni..
Tapi saje jer nak letak gambar ni.
Bagi terliur....

Jahat budak jahat....heeeeee...

**Cubalah untuk mencuba sesuatu...sebab, demi kegagalan tiada kejayaan.

Rabu, 15 Ogos 2012

Feeling ber STEAMBOAT kat YUEN. Padahal kat rumah jer....

 Haii...Assalammualaikum...Perghhhhh....
Dendam kesumat mencekik seafood melanda rumah mak iolls.
Hari hari pulak mak aku sediakan food yang sedap sedap untuk kitorang.
Sebab itulah montel-montel & gemok gemok..kahkahkah
Akukan mengendeng kat rumah mak .
Memang boleh kira dengan jarilah berbuka dengan Abam kat rumah sendiri.
Bukan malas.....tapi tak meriah kalau aku tengok abam makan, then abam tengok aku makan.
Kahkahakah...
Adik aku Arol baru balik dari Outstation area Kuala Selangor.
Haaa...dialah yang beli bagai bagai seafood kat sana.
Nak kata murah sangat pun tak juga uolls.
Mungkin murah dua tiga kupang jer.
Tapi...semua segar bugar dari laut.
Udang sambal petai tu feberet Abam.
Mak aku cukup faham lauk pauk yang anak anak nya suka atau tak.
Aku seafood seafood kalau last choice baru makan..
Yer..aku kurang la ketam, udang...
Ikan pulak aku hanya makan ikan laut jer.
Ikan sungai....belum pernah nak cuba lagi...
 Bila sentuh bab bab makanan ni kan..
Aku tak sangka adik aku Arol ni pandai masak.
Abam korang masak air pandailah.
Tapi sekarang dah cekap sangat masak maggi.ngeh ngeh ngeh
Kepak ayam bbq sebijon rasa kat Yuen.
Sedap sangat sampai nak makan pun sayang. hehe
Sebelah kepak ayam tu, my SIL yang masak.
Kuah kacang almond.
Woah....dasyat akak ipar iolls.
Suka hati dia jer tukar kacang yer.
Tapi...sedap gak. first time rasa tau.
Paling tak sedap mata memandang...muka iolls keluar jerawat seketul seketul.
Comel??? puiii....atas dahi satu.
Bawah bibir satu.
Besarrrrrrrrrrrrrrrr............!!!!ni gara gara makan kuah kacang nilah..
Eh..salahkan kuah kacang pulak.
Ni...esok esok nak beraya kat rumah maklang aku...nak makan kuah kacang kerang lagi..
hai...penuh la jerawat kat pipi lepas ni...adoii laaa...
 Ha...sebenarnya, makanan kat atas tu selingan jer uolls.
Menu utama adalah steamboat berkuah tom yam & sup.
Hah..penuh makanan dalam bekas mak aku ni.
Kebetulan adik aku pun jemput keluarga mertua nya sekali.
Aku dengan Abam tak payah jemput pun aku tetap datang jugak.
Macam macam ada kot.
Siap ada kangkung bagai.
Paling best, abang aku siap belikan kuah yong tau foo.
Nak beli kuah tu Rm10.
Tapi taukeh tak mahu jual.
Lepas bersilat dengan taukeh tu abang aku cakap...dia nak jual rm2  jer.
Ha...sikitnya...dapat kuah tu.
Tak cukup dengan bagai bagai yang ada..
Ada lagi yang kitorang letak untuk steamboat.
Memang meriah  uolls.
Segala kerang merang semua pun ada.
Sama macam kat Restauran Steamboat.
Hermmm....nasib baik semuanya tak membazir.
Sebab time nak menghidang makanan semua ni,
Mak iolls dah menapaukan untuk jiran sebelah menyebelah.
Lepas tu, time keluarga mertua adik aku dah nak balik pun mak aku tapaukan.

Aku usah cakap lah..
Orang belum siap makan, aku dah laju laju tapau untuk diri sendiri.
Haa...mesti korang ingat aku  tapau banyak kan kan?
Tak baik uolls..not good..not good.
Aku tapau ketam dua kerat dan sedikit tomyam.
Ketam masak lemak untuk Abam.
Kuah tomyam untuk aku.
Subuh subuh hening aku nak makan pun bercinta.
Apatah lagi nak meratah ketam.
Memang lahhhhhhhhhh...takkkkkkk!!!

**Rezeki sentiasa murah ketika di bulan Ramadhan kan...Al-Hamdulillah

Jumaat, 9 Disember 2011

Seharian tak makan, lepas order...Ada pulak tak kena..huuiisssshhhh

 Hai korang..Assalammulaikum..:) Selamat petang..

Akhirnya...selesai juga entry sambung sambung aku tu kan?
Rating naik banyak juga...tq pembaca yang kusayang.
Hari Ahad tu, adalah hari megemas rumah sendiri pulak.
Setelah berhempas pulas kat rumah mak kan.
Laundry kain baju yang berlambak lambak.
Sapu sapu sawang..hahaha..mesti korang bayangkan kesepahan rumah aku kan..?
Tinggal dengan seorang yang sangat pembersih...mampukah...hidup dalam bersepah??
Memang nak makan sound-an pedas mengalahkan cili padi cubalah...kah kah
Dah kata weekend kan..
Letih tak larat nak masak.Alasan:)
Lagi pun semua barang barang basah semua sudah aku angkut buat pesta kat rumah mak.
Nak masak apa pun tak ada. Bihun nak goreng dengan ikan bilis mungkin lah.
Tapi...kemalasan lebih menguasai..
Jadi..Kami ke Sebuah pasaraya di Jalan Klang Lama.
Sorry, pasaraya tu nama macam pelik sikit.
Aku malas nak ambil pot pun nak mengingat apa kenamanya..
Bila masuk...korang tahu je lah.., pasaraya baru.
Separuh sesat mencari food courtnya.
Last last jumpa dekat dengan Area Tesco.Dalam tu ada tesco ok..besar jugak..

 Nak makan apa pun tak tahu kat situ.
Pusing pusing tengok ada Subway. Itu jer yang best.
Tapi..tekak aku teringin makan Pizza Hut.
Since bulan puasa hari tu terbabas nak makan Pizza Hut.
Padahal..Dominos ngan Papa Jones tu sama spesis jugak aku rasa.
Dua dua jual Pizza.
Lepas tu abam cakap jom la kita g Midvalley.
Kat situkan ada Pizza Hut.
Aku yang selalu rasa semak nak kesana terus berbunga cinta.
Sebab kebuluran. Seharian tak makan.
Mak suruh bawak tapau pun aku tak ambik.
Kengkonon nak pergi breakfast lah hajat nya.
Namun hharammmm...Yes..parking pun macam memahami.
Senang jer dapat tau...mak senyum gumbira.
Yeyehh...dapat makan pizza.
Tapi, pizza yang di order sumpah kureng sedap.
Order yang Masala Pizza kot.
Ouiii...rasa kari la pizza ni.
Aku makan sekeping tapi dua kali.
Lebih..abam habis kan..Ha...nak sangat order masala kari ni kan?
Haha..Lepas tu mulalah shopping mata.
Semua tengok macam nak beli.
Bila rasa nak beli..macam tak berkenan pulak..
Tak per..tak per...Isnin(lepas) cuti..
Kat mana kita nak ukur jalan lagi ea Abam?

** Cemburu dalam diam sangat bahaya. Jangan selalu ikutkan cemburu..nanti lesu.

Rabu, 23 November 2011

Perut meragam...sob..sob..

Assalammualaikum yaww...!!!

Adehhh...perut mak meragam pulak pagi ni.
Ni semua gara gara dating ngan Abam malam tadi kat kedai makan tutt..
Sorry sebab tak boleh tulis kat sini..kang korang boikot pulak kedai tu.
Lagi pun bukan salah tukang masak..
Memang salah aku.
Malam tadi aku tak masak.
Sebab Abam cakap nak belanja aku kat kedai Uncle Sam.
So...aku dengan happy happy masuk tidur selepas menonton cerita Cinta Elysa.
Sanggup tak makan apa..aku kan gemok, kang lepas makan then makan lagi...
memang lah bertambah gemok lepas tu kan?
Abam minggu ni dia menoreh waktu petang sampai lewat malam. hahaha

Kebetulan masa Abam balik rumah malam tadi,
aku tengah berselimut sensorang. Sejuk sebab hujan.
Mata dah lah berat nak tidur, aku dengar Abam balik sebab dia bagi salam.
Sebab dia bagi salam kat hujung telinga aku kuat kuat.
Tanjat boboi tau.Lepas jawap salam aku sambung tidur.
Sebab Abam keluar dari bilik. Aku rasa Abam nak mandi.
Dalam mamai mamai tidur tu, aku terbau maggi kari.
Alamak...bertambah lapar perut aku..mesti jiran aku yang masak maggi kan..
Aku mengelamun..zup!!! terus aku terduduk.
Ya Allah..Abam yang masak. haaaa...
Terus aku sapa abam manja manja sebab aku buat salah.
Yer..buat salah sebab kalau ikut perjanjian, lepas abam sampai nak terus keluar dating pergi makan.
Abam buat muka merajuk sambil makan maggi tanpa pelawa aku.
Lepas tu, aku cakap lah..yang aku pun langsung tak makan..
Namun abam terus makan..lepas tu buat muka yang kelakar suruh aku sambung makan maggi dia.
Huh...lega aku...hahaha...aku ingat dia nak merajuk..

Lepas siap siap makan maggi tu, arround 1am gak keluar meredah hujan.
Nak melepak makan kat Unlce Sam lah konon nya.
Titiba abam cakap dia memang dah sangat kenyang sebab makan maggi yang sebungkus tu berdua.
Jadi...mood nak makan yang ringan ringan.
Jadi..meneruskan perjalanan ke tut...
Punyalah lapar, sampai nak makan apa pun tak boleh nak fikir.
padahal..punyalah aku suka makan roti canai terbaik kat kedai tu.
Last last ambil nasi goreng Meletop.Abam pulak tah hapa tah...
Western pulak dia layan malam tadi.
Okey, aku memang perasan dalam bracket ( pedas terlampau) dalam menu tu.
Tapi..malas nak fikir lah masa tu.
Perut aku ni semenjak dah 3 series ni memang mengada ngada.
Pedas sikit jer termakan..mula lah memulas.
Bila nasi goreng meletop tu sampai,
Aku dah nampak cili padi berterabur kat nasi tu.
Okey, aku cuba jugak.
Sedap..tapi mak aiii..pedas yang melantun lantun.
Meleleh gak air mata nak menghabiskan.
Memang tak habis. Abam macam kesian pulak sebab aku dah la tak makan pedas sangat.
First time tak dengar abam suruh habiskan makanan..
Jadi, seperuh jer aku suap. Tapi memang pedas terlampau u all.
Boleh terkeluar buasir wei tahapnya.

Balik malam tadi..memang tak sakit perut.
Tapi..pagi pagi lepas siap siap nak pergi office mencicit ke tandas.
Perut usah cakap lah sakitnya.
Sampai kat office pulak, 2-3 kali ulang alik dah ni.
Nak bangun dari kerusi pun malas sebab sakit sangat.
Memulas mulas...arggghhhh...nak balik..nak balik...
sob...sob..sob...
Teringat abam suka cakap kalau tak reti makan pedas, baik jangan mengada ngada nak makan..
cissss.....

Jumaat, 18 Jun 2010

::Montel- Gebu- Gemok::

 
 Salam Jumaat kawan- kawan...today, aku nak cerita pasal makan lah..lama tak cerita pasal makanan dalam blog aku kan?Tajuk kat atas tu memang la agak menakutkan kan..nak-nak aku dah nak dekat mendirikan rumahtangga x lama lagi...:), but ni semua gambar lama...heee....Korang penah makan pancake durian ni tak?huii...sedap boliau ko...menggagau aku meroyan mintak Cik Abg merayau  dalam Garden tuk cari benda alah ni..Siap sms kawan-kawan untuk cari lokasinya...huhuhu..akhirnya..dapat jugak makan pancake durian ini..dan sangat sedap:))korang nak tau lokasi nya kat mana dalam Garden?hurmm...ground floor antara Midvalley & Garden ..alah, dekat ngan restoran Tony Roma's , Apple donuts tu la...korang cari la ea...stall kecik-kecik..Ada pancake cempedak jugak tau..Harganya 6pcs Rm10 & Cempedak Pancake 6pcs for Rm8..cubalah..

Hurmm..terlior?Nak makan murah?Kat area umah aku ada 1 kedai yg agak murah bila makan tengahari...Cer korang pikirkan bersama..kenapa aku gemuk..hahaha...Ini food aku..tapi separuh jer aku makan, yg lebihnya adalah aku masukkan dalam pinggan tunang aku..heee...ai like..tak membazirkan..?mkn mcm ini adalah Rm5 package ngan air teh -o ais ea..murah kan?bagi aku murah sangat..coz area offc aku adalah mahal n up sikit harganya..tapi kita keje untuk mkn..so...kita makan ajer apa yg kita nak..x yah nak sekat2 apa yg kita nak makan..Macam aku sendiri..adalah sudah lebih makan, tu pasal gebu+montel+gundu...so..meh kurangkan makan..:(
 
Owhh...kalau lepas makan minum teh tarik, sure dapat bebelan percuma from my fiance..Dia marah betul sebab aku suka minum teh tarik lately ni...Punca suka teh tarik?hahahhaa..tah la...kalau dulu aku angin minum teh tarik tau..tapi, aku paksa jugak..hahahhaa...So, orderlah air limau atau lemon setiap kali lepak kat oldtown ni..kengkononnya dapat memotong lemak badan aku sebab citrus dalam lemon & limau tu kan...tapi nan ado ok...tgk ais batunya pon melambak...buat lemak perut terbujal lagi adalah kan...huhuhu...

"jumpa lagi.." 

Selasa, 8 September 2009

::LAUK BERBUKA PUASA EDISI MAKAN KAT KEDAI::

Salam kawan2...anda teringat pada makanan skrg ni??ker..korang x bangun sahur pg td??jangan kecik hati..ni aku sediakan jamuan mata tuk korang layan jap...air tembikai ngan air teh tarik, mmg seswai tuk menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa kan...??ni la hidangan aku ngan Amy berbuka ari sabtu lepas..kami lebih suka makan nasi dari mkn fastfood gitu..aku teringin makan kat flamingsteamboat kat sunway tu...bila nak g eh laling???Selasa ni...ada yang nak joint x??hahahaha....
Aku mmg jarang2 order yang bukan2 kalau dinner kat luar tau..lauk2 aku ni semua bf aku yg orderkan...Aku selalu makan kat umah jer..mana reti nk makan hidang2 bagai ni..telur bungkus ni dah jadi feberet aku lately ni...sbb ni jer yg buka selera aku nak makan kat luarkan..ada lagi 1 lauk lupa nk snap..ermmm...sup campur..tp aku x suka kalau ada daging...sbb kadang2 dorang x cukup lembut tuk masak daging tu...so...aku ketepikan...lain2 bahan...licin kami kejakan...

Ini adalah lauk kegemaran bf aku...Udang Petai...Petai???ooo..katakan tidak untuk aku..Y???coz aku mmg x boleh telan petai ni...sok2 kot jual jus petai aku cuba la try kot...tekak aku ni mmg x penah try petai..sbb masa aku kecik2 mak aku x bagi anak2 nya melantak petai...kecuali adik aku arul...weeee...dia suka petai...dalam famili aku dia sorang jer yang jadi waris mak & abah aku sbb kuat melantak petai...sama macam amy jugak..hari2 makan petai pun dia suka kot.. x per...1 hari nanti aku pelan2 belajar mkn r...bukan susah pun...telan jer kan???

Ahad, 19 Julai 2009

::Sedap mkn Pannaz::

Halo...Selamat hari minggu...Ni 1st time aku upload n3 time ari ahad..selalu kedaung jer kan...okies...tatau nak cerita ape...yang penting...Aku nak kuarkan n3 makan kat pannaz..huiii mmg sedap..!!!so....soon ok!!!

**mood tengah happy coz kekasih nak dtg!!!!

(TT)