Wednesday, November 11, 2009

nota

sudah lama tidak singgah di sini.
sudah bersawang agaknya.
aku tidak ke mana.
masih di sini.
tidak ada apa yang berubah.
cuma hidup ini makin dipenuhi aktiviti.
juga makin kurang kesempatan untuk berulit dengan mimpi.
semuanya harus realiti.
kadang aku penat.
kadang aku mahu berhenti.
tapi ada yang harus aku tepati.
janjiku pada diri.
biar jiwa ini meronta.
tetap akan aku tahan.
dengan sedikit kekuatan.
dengan sedikit kepercayaan.
pasti semua akan berbaloi nanti.
insyaAllah.

No comments:

Post a Comment