N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan

29 Jun 2011

N3 Sekali Harung : Majlis Kahwin Sepanjang Bulan 6

Salam Semua

Emmmm selamat pagi Khamis..
mood agak ok skit dari sebelum2 ni..
walaupun perasaan seperti tidak menentu...
apapun kena terima kenyataan
yg aku kini telah 'dibenci' oleh sesetengah blogger...
terima kasih di atas penilaian 'KAMU...KAMU...KAMU...KAMU.. KAMU... 'tentang diriku...
cuma kat sini...(aku tak rasa mereka2 tu akan masuk ke blog ni lagi..)
aku nak menyampaikan... jangan la suka2 hati nak buat penilaian
sekiranya tak tau situasi sebenar...
kata kawan2 kan... erti kawan2 tu.. memahami la situasi kawan2...
jangan nak main komplen mengikut sesedap rasa...
klu betul penilaian tu tak apa la gak..
ni lari dari penilaian sebenar....
takpe la... apapun aku tetap terima....
tuhan tu maha adil kan... mungkin hari ni, hari aku...
mana tau esok2 mereka2 tu merasa apa yg aku rasa kini...
aahhhhh... klu ikutkan macam2 yg nak diluahkan...
tapi takmo la... takut nanti... aku teremo yg lebih..
ok... tutup bab tu....
**************************************
Kali ni nak story mory pasal majlis perkahwinan yg berlangsung sepanjang bulan 6..
emmm maklum la... ni kan dah pengakhiran bulan 6..
sib baik la gambo2 ni dlm kamera...
klu tak... takde la gambo2 gitukan..
actually kat dlm draft pun ada gak n3 yg aku smpt upload gambo2
sebelum lappy aku hilang tu...n ada gak yg sempat aku masukan kat dlm pendrive...
klu tak.. alangkah ralatnya... byk gambo2 kat dlm tu...
isshhh.. takmo di kenang dah...

Okies straight to tajuk... :D

ni adalah majlis kahwin adik ipar kepada kakak ipar aku..
Lokasi : Kg. Pt. Londang, BP
Tarikh Majlis : 28 Mei 2011
Tema : Pink

Ni majlis sepupu my cik abg...
Lokasi : Kg. Pt. Lapis Sempadan
Tarikh Majlis : 29 Mei 2011
Tema : Blue Turqoise
masa ni tk sempat ambik gambo pengantin...
sebab masa ni ada 2 lagi jemputan kawin...berlainan tmpt...
satu kat BP, satu kat Moakil...
gambo2..?? hah 2 majlis tu.. ambik gambo ngan hp yg dah missing tu..
sebab masa tu.. kamera dah full
so hp tu dah missing... makanya takde la gambo

Yg ni plak majlis kahwin sepupu aku...
sepupu aku yg lelaki tu...
Lokasi Majlis : Taman Johor Jaya, JB
Tarikh Majlis : 4 June 2011
Tema : Orange

ni segala lauk pauk n situasi masa majlis sepupu aku tu...

yg ni plak gelagat sepupu2 yg lain merangkap pakcik2 sedara Mirul...
masa ni konon2 ala masing2 kepenatan
sementara nak tunggu pengantin naik pelamin...

okies ni majlis adik ipar pada kakak ipar aku yg kat Pt.Yusof, Muar
Lokasi : Kg. Pt. Benu, Pt. Yusof Muar
Tarikh Majlis : 5 Jun 2011
Tema : Hijau
masa kami sampai tu...
hujan lebat sgt....
kira mengiringi dengan rahmat la kan...

Pada 11 ; 18 ; 25 Jun 2011 ada gak jemputan kawin..
tapi takde gambo la ya...
almaklum la... masa tu.. aku takde kamera n hp tuk snap gambo...
tak de mood pun yg bebenornya nak ambik gambo...

So kira2 setiap ujung minggu tu.. full ngan aktiviti jemputan kawin je...
makanya setiap hujung minggu tu.. gantung periuk belanga la...
emmm tu la n3 sekali harung...
pada yg sudi menjengah sini.. terima kasih diucapkan..
pada yg tak sudi... korang blh tekan je butang merah kat atas...
dan lenyapakan terus blog ni dari listing korang...
sekian terima kasih...



17 Dis 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Salam Semua...

Okies tadi dah gembira2 kan..
ngan berita terima hadiah + berita Mirul tersenarai as top 25
so ni nak ucap kan Selamat Menyambut Awal Muhharam kat semua umat Islam yg berkunjung ke sini..


esok akan bermula tarikh baru dlm Bulan Islam kan..
makanya segala apa jua yg telah dilakukan pada thn yg sudah..
akan disimpan sebagai kenangan..
Esok akan bermula kisah yg baru plak k...
ni nak story mory skit pasal Awal Muharam yg aku terima dari email

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus.Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata,

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.



Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431 H

P/S: walaupun Johor kira hari ni adalah public holiday.. tidak bagi co aku.. makanya sok aku keja cam biasa lor..


3 Dis 2008

BULAN TERSENYUM

Salam Semua..

Ni nak kongsi satu cerita kat korang ni.. tentang kejadian pelik yg berlaku pada 1/12/2008 dan kejadian pelik tu berlaku lebih kurang pukul 8.30 malam.. dan hanya beberapa minit je..Nak tanya kat korang ni.. ada sesapa tak dapat menyaksikan kejadian pelik tu.. utk pengetahuan korang selama 30 tahun aku lahir ke dunia ni..pada malam itulah 1/12/2008 pertama kalinya aku dapat saksikan kejadian keagongan ALLAH yang dipertontonkan kepada makhlukNYA.. aku betul2 rasa bertuah sgt dapat menyaksikan kejadian tu..pada masa tu aku nak kekedai ngan cik abg aku.. waktu tu aku berada diatas motor.. aku hanya sempat pandang dan cakap kat cik abg aku..eh..tgk bulan tu tersenyum.. memang cantik pemandangan tu.. tapi aku tak dpt nak snapkan gambo "BULAN TERSENYUM " tu.. sebab bila nak ambil pakai hp..gambonya blur.. dengan ini kita semua harus la sentiasa mengucapkan syukur kepadaNYA..atas setiap nikmat yang telah dikurniakan...

gambo ni aku dapat dari email aku.. klu dari rumah aku.. nampak jelas sgt kelihatan bulan tu tersenyum....Begitu indah setiap kejadian ALLAH...
ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR..ALLAH MAHA BESAR..
SUBHANALLAH....
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR..