Showing posts with label AWET MUDA. Show all posts
Showing posts with label AWET MUDA. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

SERI WAJAH

Bahan2 :
- Kunyit Muda (Segar)
  1. Bersihkan kunyit dan potong nipis2.
  2. Jadikan ulam sewaktu makan nasi.
  3. Jika tidak biasa dengan baunya yang mentah, boleh juga diambil ulam lain sebagai sampingan.
  4. Jika rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan.

SERI WAJAH

Bahan2 :
- Segenggam Daun Inai (Tua)
- 3 Cawan Air
  1. Rebus daun inai bersama 3 cawan air hingga mendidih.
  2. Kemudian , minumlah air rebusan tadi.
  3. Amalkan minum 3x seminggu.
  4. InsyaAllah wajah akan sentiasa berseri.

TEKNIK URUTAN WAJAH

  1. Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun dari tidur.
  2. Sebenarnya, itulah masa yang sesuai untuk mengurut wajah.
  3. Gunakan jari telunjuk kedua2 belah tangan.
  4. Mula2, letakkan kedua2 tangan di bawah mulut (dagu).
  5. Pusingkan jari ke pipi , pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  6. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya dengan cara menurun kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah.
  7. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Bahan2 :
- 4 Lebar Daun Kubis
- 1 Sudu Madu Lebah
- Sedikit Air
  1. Kisar/Blender daun kubis sehingga halus.
  2. Tuang daun kubis yang sudah dikisar halus tadi kedalam mangkuk.
  3. Gaulkan bersama dengan madu lebah dan sedikit air.
  4. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit.
  5. Semasa hendak membersihkan wajah, seeloknya digunakan kapas lembab.
  6. Bersihkan dengan lembut.
  7. Anda akan dapati kulit sentiasa lembab dan tegang.

MELICINKAN KULIT

Bahan2 :
- Sebiji Epal / Sebiji Tomato
  1. Gosok epal/tomato perlahan2 pada wajah dan leher.
  2. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru.
  3. Biarkan 20 minit, barulah di cuci dengan air suam.

* Sangat sesuai bagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat atau mempunyai kesan parut.

Tuesday, June 2, 2009

MEMUTIHKAN KULIT

Bahan2 :
- Nenas
  1. Ambil bahagian dalam nenas yang keras lalu gosok pada kulit badan.
  2. Bilas badan sebersihnya.
  3. Amalkan setiap kali mandi pagi dan petang.

MENGHALUSKAN KULIT TANGAN

Bahan2 :
- Uncang Kopi/Serbuk Kopi (Yg Telah Digunakan)

  1. Masukkan uncang/serbuk kopi kedalam mangkuk yang berisi sedikit air.
  2. Kemudian, sapu/lumurkan ke seluruh tapak tangan dan biarkan selama 10 minit.
  3. Kemudian, cuci tapak tangan hingga bersih. Anda akan merasai tapak tangan anda selembut sutera.

SERI WAJAH

Bahan2 :
- Segenggam Daun Inai
  1. Tumbuk daun inai sehingga halus.
  2. Kemudian, dibulat2 kan kecil.
  3. Simpan didalam peti sejuk semalaman. Kemudian, bolehlah dimakan.
  4. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah ia membantu wajah anda bertambah seri dan kemerah merahan.

Monday, June 1, 2009

MENYEGARKAN WAJAH

Bahan2 :
- Kulit Orange
  1. Kisar halus kulit orange bersama sedikit air suam.
  2. Gosokkan bahan yang dikisar tadi sebagai skrub muka.
  3. Gosok wajah perlahan2 selama 5 minit, kemudian cuci dengan air yang bersih.
  4. Hasilnya, kulit yang kusam akan kelihatan lebih segar dan berseri.
  5. Kulit buah orange mempunyai banyak vitamin selain dari asid buah semulajadi yang sememangnya baik untuk kulit.

RAHSIA ALAM UNTUK KULIT YANG CANTIK

Bahan2 :
- 2 Helai Pucuk Betik
- 2 Inci Kunyit Hidup
- 2 Inci Lempoyang
- 2 Inci Cekor
- 1 Cawan Air Masak
  1. Kisar semua bahan ini lalu ditapis untuk mengambil airnya.
  2. Minumlah ramuan ini setiap hari untuk mendapatkan wajah yang lebih berseri dan kulit yang lebih cantik.

MELEMBAPKAN WAJAH

Bahan2 :
- Sepotong Tembikai (Yg Sudah Masak+Sejuk)
  1. Perah tembikai untuk mendapatkan jusnya.
  2. Tapis dan simpan jus tembikai didalam bekas.
  3. Pupuk perlahan2 hampas tembikai keseluruh wajah dan leher.
  4. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk.
  5. Petua ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

KULIT CANTIK & PUTIH

Bahan2 :
- 1 Cawan Kelopak Bunga Mawar
- 1 Cawan Kelopak Bunga Melur
- 1/2 Cawan Oatmeal
- 1 Cawan Susu Putih
- 1/2 Cawan Badam
  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Campurkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa.
  3. Kemudian, bersihkan tubuh dengan menggunakan air suam.

WAJAH CANTIK DAN MENAWAN

Bahan2 :
- Buah Betik (Yg Masak Ranum)
  1. Buang biji betik terlebih dahulu.
  2. Kemudian, ambil isinya dan ramas sehingga hancur.
  3. Sapukan diwajah sebagai masker dan biarkan sehingga kering.
  4. Cuci wajah dengan air suam agar wajah terasa bersih dan segar.

KULIT CANTIK + AWET MUDA

Bahan2 :
- 3 Helai Daun Sirih
- 3 Helai Daun Pegaga
- 1 Inci Halia
- Madu
  1. Cuci bersih semua bahan2 dan rebus hingga mendidih.
  2. Minum air rebusan tadi dengan mencampurkan sedikit madu.
  3. Petua ini bukan sahaja mencantikkan kulit, tetapi jika di amalkan setiap hari. ia dapat menyingkirkan angin dalam badan dan juga menghilangkan parut2 kudis serta awet muda.

Saturday, May 30, 2009

MELICINKAN KULIT

Bahan2 :
- Cuka Makan
  1. Masukkan sedikit cuka mandian pada bekas mandian (tab/baldi).
  2. Kemudian mandi menggunakan air yg dicampur bersama cuka tadi tanpa menggunakan sabun.
  3. Amalkan setiap pagi dan petang untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Friday, May 29, 2009

PEMERAH PIPI SEMULAJADI

Bahan2 :
- Hampas Teh (Yg Telah Digunakan)
  1. Sapukan hampas teh ke seluruh wajah.
  2. Biarkan selama beberapa minit.
  3. Kemudian bilas dengan air suam.
  4. Amalkan selalu.

KULIT GEBU DAN AWET MUDA

Bahan2 :
- Sehiris kunyit Hidup
- Asam Jawa (Besar Ibu Jari)
- Sedikit Gula Merah
  1. Masukkan semua bahan ke dalam gelas yang berisi air panas.
  2. Biarkan Sehingga air itu suam.
  3. Setelah suam, air itu bolehlah di minum.
  4. Amalkan setiap pagi, ia bukan sahaja mencantikkan kulit wajah malah menjadikan wajah awet muda.

Tuesday, May 12, 2009

MEMUTIHKAN WAJAH

Bahan2 :
- 1 biji telur ( ambil putihnya sahaja )
- Susu tepung
  1. Campurkan putih telur dan susu tepung dalam 1 mangkuk.
  2. Gaul sehingga pekat ( macam masker ).
  3. Setelah siap digaul, sapu pada wajah ( macam pakai masker )
  4. Biarkan selama sejam.
  5. Bilas dengan air suam.
  6. Hasilnya, anda akan rasa kulit wajah anda halus dan cerah.
  7. Amalkan 3x seminggu.