Photobucket Photobucket
Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Inilah sekolah tempat Siti mengajar..^^

Siti dah mula mengajar kat sini sejak Februari tahun 2008 sampailah sekarang. Banyak pengalaman pahit manis selama mengajar kat sini. Sekolah kecik je.. Yang paling best, dekat dengan rumah Siti.. 10minit je kalau jalan kaki..^^

Gambar ni Siti ambik masa cuti, sebab tu lengang.. ^^


Sekolah Rendah Agama Ghufran

Lokasi: Kampung Shaari blok 3, Simpang Renggam, Johor.
Mula dibina: Tahun 2001
Jumlah guru: 12 orang
Jumlah staff: 6 orang
Jumlah murid: 182 orang
Jumlah kelas: 6
Sesi sekolah: 7:25am - 4:00pm
Peperiksaan: UPSR, UPKK (tahun 5), SDEA, PRAI


Saturday, November 20, 2010

Photogenic or Photogedik..?

Dah lewat malam, tp mata Siti masih segar.. huhuu.. tula.. sape suruh minum kopi banyak2 kan? Sbb tu Siti tulis satu entry baru utk harini...^^

Siti suka tengok gambar wanita yang cantik-cantik.. terutama sekali yg pakai selendang, tak kesahla style ape pun. Kdg2 terfikir, kenapelah dorg ni pandai sgt bergambar?? atau istilah yg lebih advance - photogenic. Ambil gambar sendiri pun dh nmpak cantik, ape lg yg siap buat photoshot tuh... ishhh... tak puas tengok sekali dua je... Kalau dulu, cuma model-model dan cameraman je yg ade photoshot2 nih, tp skrg.. sape2 pun dh boleh pegang kamera besar gedabak tu, dan sape2 pun boleh bergaya ala-ala model, walaupun bukan model...

Then, gaya selendang/shawls yg sgt 'berani'. Kenape Siti katakan berani?? Yela, dgn warna yg terang.. pastu warna-warni, ada yg letak reben, bunga2 besar, brooch lip-lap.. Hanya mereka yg berani mencuba dan ada keyakinan tinggi je yg boleh buat. Siti?? Heee... terus-terang, Siti tak seberani tu... Tp Siti suka gaya dorg dan teringin sgt nak cuba...(seriously.. Siti mmg jealous tgk gaya dorg yg confident tu..)

Tak perlu mekap tebal-tebal dan gaya yg seksi-seksi.. cukup sekadar gaya dan keyakinan, semuanya jadi indah dan cantik.. mungkin itulah ciri-ciri photogenic. Siti ade ke ciri2 tu?? Hahaha... mungkin Siti layak dapat tittle 'Photogedik' kot.. ^^

Ingat lagi, masa belajar kt IPT dulu, Siti pernah masuk majalah utk makeover. Eeee...!! Sgt malu bile tgk muka sendiri kt majalah tu... nampak kekok, keras kematu.. Itulah yg pertama dan terakhir Siti pergi photoshot.. pastu serik dh... tak sanggup nak malukan diri sendiri lagi... Lebih senang Siti ambik gambar sendiri je, rasa lebih senang nak senyum, dan lebih selesa nak bergaya? Kenapa ye? Pemalu sgt Siti ni agaknye... heheee....

Dan dengan tak malunya Siti nk tunjukkan gambar-gambar Siti yang mmg langsung takde ciri-ciri photogenic..^^

Suatu masa dulu:

Ni mmg langsung terkeluar dr istilah Photogenic!

Lebih kpd 'pose' tak sabar nak makan.. ^^

Hmm.. renungan mata tu memainkan peranan.. haha!

Tudung yg dh tak pernah dipakai lagi..

Cian.. 'pose' berdiri dpn cermin je..

Tgh fikir nak buat 'pose' photogenic @ photogedik??

Dah semakin kerap tak pandang kamera...

Cermin mata yg lebih besar dr muka.. huhuu...

Sambil makan kt kantin skolah pun boleh...

Jarang pakai merah mcm ni..

Kenape tu?? Letih? Ngantok?

Gaya sakit leher kot.. haha!

Bulatkan mata k.... ^^

Ops! Lubang idung yg x dpt nak dicover...:p

Sekarang:

Suruh 'posing' sendiri mmg menjadi je..

Tu pun ikut keadaan.. silap2, jd syok sendiri je..

Susah jgk nak jd photogenic ni kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...