Memaparkan catatan dengan label MAKEUP REVIEW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKEUP REVIEW. Papar semua catatan

Ahad, 25 November 2012

Tempahan Makeup


Salam semua jika , Siti ada buat part time makeup service tau, kalau korang berminat jangan segan untuk contact Siti .. 


Ni antara wajah-wajah yang Siti Makeover , kening tidak cukur ye :D . Siti makeup guna Karyolan,Laura Mercier, Mac,Shu Emura,Revlon Dll.. Kalau korang ada komen bleh drop kat bwh , Really appreciate it !
Pada yang nak buat tempahan boleh contact e-mail Siti ^_^



 Makeup Tunang  : Rozie 


Makeup Nikah : Hanisah 

Makeover : Noly 

Al-Wahidah (model Dresskami Online Shop)

Makeover : Siti Fatimah

Makeover : Norizan Abd Rahman

Quote Harga Untuk Tahun 2013


Makeup Shj : (Harga ini hanya untuk sekitar Meru Klang shj)
luar kawasan add cost transportation 
 Dinner/Photoshoot: RM120
Dinner Untuk Student : RM 70
  Pre Wedding: RM170
Bertunang: RM170
* Nikah/Sanding/Bertandang/Majlis Berinai: RM220

Hubungi Siti : shoppingwithsiti@gmail.com

.
 my latest touch... pic not edit dan kening tidak di cukur :)

Selasa, 15 November 2011

Siapa nak Beli produk Etude House? -SOLD OUT-

Salam Siti ada 2 makeup nak letgo, sebab hari tu Siti Beli 2 Set . Satu pun tak abes pakai lagi so rasa nak jual yg lagi satu , Semua Brand New tidak pernah guna dalam Kotak lagi . Pada yang berminat boleh e-mail Siti : shoppingwithsiti@gmail.com
-SOLD OUT-
Etude House Magic BB Cream
Harga Siti Beli : RM39.90
Let Go Price : RM 20( excluded postage)
Untuk rujukan: http://www.musingsofamuse.com/2008/11/etude-house-magic-bb-cream-review.html

-SOLD OUT-
Etude House Golden Ratio( yang warna gold tu)
Harga Siti beli : RM49.90
Let Go Price : RM 29( excluded postage)
Untuk rujukan:http://whitechoco17.blogspot.com/2011/03/etude-house-golden-ratio-face-glam-1.html

Selasa, 26 Julai 2011

Etude house

Seminggu sebelum puasa En. Nazim, amik cuti untuk teman saya pergi shopping kat OU. Thank you tau EN. Nazim :), susah-susah je :P

Hari ni Siti pakai heel 4 1/2 inci , haha sebab EN Nazim ni tinggi saya pulak rendah kunun nak tinggi la jugak, sejam pertama okey lagi, lepas tu amik ko jalan pun dah macam ayam je.

Hajat saya tercapai nak makan bagels ni , kiteorang makan kat AUNTIE ANNes . Asik duk tengok AFC channel wat benda ni teringin la pulak, Muka En. Nazim pelik tengok bendalah tu haha, rasa dia cam gabungan doughnut dan roti ada rasa madu dengan butter , sedap gak tau.

Okey saye sangat hepi , dapat beli produk yang dah lama saya usha kat internet : ETUDE HOUSE( Korea Brand)

Hari ni singgah makan kat A&W, sedap betul cawangan ni masak kalau compare kat seksyen 7 nye cawangan :P, cuma service sangat lambat sebab diorang shortage perkerja.

Ni la antara barang-barang yang berjaya di beli tadi.. dengan kiss tint( untuk bibir) tertinggal pulak. Golden ratio tu untuk buat muka kite glowing n bercahaya , since Siti memang exited untuk dapatkan kulit yang glow so Siti pun beli la :P

Yang Siti Boleh recommed korang ialah dia punya cleansing form yang yogurt peel tu, SANGAT TERBAIK tu, bila pakai ni muka jadi sangat bersaih, jerawat susah nak naik,lepas pakai je muka lembut sangat dan yang paling Siti suke dia buat muka sedikit Glowing dan shining (kesan lebih kurang mcm kalau kite makan inner shine ).Sangat sesuai untuk kulit saya, I LIKEE!!

Siti guna : Golden Ratio, BB cream dan blusher Etude House

Ni hasil menggunakan produk Etude House, muka memang shining dan glow gitu ( bleh feeling-feeling artis korea sekejap). Tapi kan maybe BB cream memang tak sesuai dengan my skin la, dulu pernah gak beli brand lain, lepas pakai tumbuh jerawat halus, produk Etude ni okey la, cuma after few hour warna bedak tu akan bland ikut warna kulit asal (Tak suke la,sebab waran kulit kte tak sekata, siti prefer ikut warna asal bedak tu) dan kulit jadi cam berminyak la ish..ish. so Siti akan pakai bb cream bila nak keluar dekat-dekat dan tak lama je.

Walaubagaimanapun, siti okey dengan bb cream ni , since bila pakai dia macam improve my skin, since i have dry skin. Lepas pakai ni kulit jadi moist sikit :) so saya pakai bb cream kat rumah je untuk rawat kulit muka( pernah gak terbaca bb cream ni perawat wajah) . Tapi kalau nak keluar lebih 2 jam , tak boleh pakai nanti jadi orang minyak kang..

Adakah saya akan beli lagi product Etude House ? .. ya untuk pencuci muka dan tidak untuk BB Cream

Selasa, 5 Julai 2011

Day OFF

Hari ni pergi jenjalan dan dating-dating , bagi la chan rehat sikit kan ..asik keje je ^_^, ada ke kiteorang oder pizza extra meet dia bagi extra cheese, dah la dua-dua pun bukan penggemar chees sudahnye bungkus tak abes sebab malas nak complain . Kiteorang pun tengah terkejar-kejar nak tengok movie .

Owh lama tak pergi datting :P , tadi tengok cerita SEKALI LAGI , nak tengok Lisa dengan Mia cute tu berlakon hihi. Cerita boleh tahan sedih, touching-touching gitu. cuma tang endding cam mudah sangat :) tapi okey la , Siti jarang tengok wayang cerita Melayu sebenarnya .

Currently tengah mabuk pakai gel linner (sebab sebelum ni selalu pakai pencil dengan liquid eyeliner je)..

Mula-mula Siti beli LOREAL nye harga dalam range RM54 kut, exited bebenor yelah first time gitu. Balik rumah bila tengok balik rupenya salah beli warna, terbeli warna dark brown .. huhu sedih betul.. rasa mata den kalau pakai warna chokelat tu cam tak pakai ape-ape je.. tapi okey gak la , Siti guna eyeliner ni untuk bawah mata so mata nampak cantik dan tak galak sangat :P. So far warna nye cantik mcm ada shining halus-halus, cepat kering dan tahan lama.

Lepas tu pergi DIY beli gel liner Hitam , tak puas hati nye pasal sebab salah beli hari tu . Brand China harga pun murah tak sampai RM10 pun , tapi memang best . Warna cantik,berus best dan tahan lama ,pakai sampai malam pun still cantik lagi :) disadvantage lambat kering masa apply so bila mata berkelip-kelip chomot la siket.But Overall Not Bad!

Semalam try beli Maybelline harga RM31.90, Berus lebih kurang macam loreal punye , Warna hitam dia pekat (i like), cepat kering, Semua Best! cuma lepas 5 jam pakai dia cm kembang sikit tp still okey :)

Gel liner memudahkan kita bentuk line kat mata, pemakaian lebih tahan lama. Kalau pakai pencil eyeliner warna biasanya warna akan jatuh atau kembang lagi-lagi kalau berpeluh or menangis huhu terus macam mate hantu. Kalau guna liquid pulak, not bad senang nak bawak sana-sini nak pakai pun senang just dari segi lasting lebih tahan guna gel,lagipun liquied liner selalunya bila lama-lama dia kering tercabut-cabut . :)

Tada.. mate menjadi besar dan segar dengan eyeliner ehcheche....


Tadi Sempat gak borong skincare kat SASA , punye la pandai Salesgirl tu promote product ,sampai shaye pun terbeli macam-macam ish-ish nafsu-nafsu :P

Isnin, 23 Mei 2011

MIDIE :)

Ni antara koleksi makeup feverat siti .. walau pun makeup murah je tapi best sangat! kalau makeup yang brand biasa-biasa ni Siti akan make sure apply foundation Naturactor untuk cover kulit muka supaya tak rosak.

Sebenarnya ni untuk eyeshadow Siti guna untuk blusher, kreatif la sikit kan haha . Siti beli Semua warna light shimmery : Purple light,pink light,peach light,brown light, dan white :) harga dia sangat murah dalam RM5/each..

Siti pakai untuk highlight tulang pipi, bia nampak glow dan shining-shining (buleh berangan makeup ala-ala pelakon Korea siket) . Siti rasa makeup ni bagus untuk Light kan blusher je tau, untuk pakai blusher@eyeshadow Siti tak recommed langsung sebab warna dia tak pekat(macam tak pakai ape) dan tak tahan .

Untuk kesan yang best Siti just apply blusher brand lain dulu, lepas tu sapu sikit makeup ni untuk highlight :) Nice!

Khamis, 19 Mei 2011

REVLON :)

Okey Kite stori sikit eh, semalam Siti pergi Jusco dengan angah tengok cerita fast and furios yang orang cakap best sangat tu !(aku rasa biasa je cite tu muahaha). Lepas mencekik kat MCD pergi Shopping makeup siket . Kebetulan kios Revlon ada sale , Siti pun rembat la eyeshadow dengan lipstik satu :)

Sebenarnya sebelum ni memang siti pernah pakai pun produk ni, yang mak hadiahkan dari London tempoh hari . Kat sana murah sangat uolls , my mon beli lipstick,eyeshadow , dengan bedak baru RM60++ . wahh rugi tak kirim banyak-banyak. Sebab bila Siti calculate balik harga kat malaysia= Lipstik (RM39), eyeshadow (RM49), Base (RM50-lebih kurang la xingat haha).. so cuba korang total ???

So semalam ada sales Eyeshadow tu harga = RM38.90 (warna earth colors bajet nak buat smokey eyes, tapi tak reti pun ) dengan Lipstik =RM29.90

(Siti pakai base,eyeshadoe,lipstick REVLON. Blusher guna AVON dan bedak Powder PIXY. = sesuai untuk my daily makeup. Sejak dua menjak ni rajin bermakeup, kalau dulu tak de makne nye :P )

I really love eyeshadow dia, sebab tahan lama tau, Siti pakai banyak kali pun tak abes-abes warna dlm platelet dia tu dan berus yang dia provide tu pun sangat best okey! love it . Dan antara lipstick brand favorite siti ni, sebeb long-lasting dan warna sangat cantik :), Problem siti ialah lipstick cepat hilang (tak tau la aku telan ke ape kan , wawawa sila jangan bayangkan :P). Bila pakai brand ni , boleh tahan sampai petang ! memang best. Base Revlon ni tak tebal sangat, bila pakai tak de la mcm make up pengantin kan, so kalau suka natural look sesuai kot pakai brand ni .

Owh lagi satu nak story, sebelum ni bertahun-tahun Siti pakai bedak powder IN2IT 2 way kit (memang sangat sesuai dengan my skin), best sebab bedak halus dan tahan sampai petang harga dalam RM49.90 lebih kut- . Now I discover (che ingat discovery chanel ke?) bedak yang lebih kurang kualitinya tapi harga jauh lagi murah. PIXY : korang google la ye lupe nak snap picture tadi, dia manufacture kat Indonesia . Kalau beli Online harga range Rm25 , semalam dekat Guardian sales harga dalam RM15++ je okey! sangat murah, okey sesape nak beli baik beli sekarang . :)

Isnin, 9 Mei 2011

Cuba Make Up Baru " MISS ROSE"

First time guna makeup ni, survey-survey dari blog makeup dengan Youtube. Namenye MISS ROSE Makeup DUBAI tapi Manufacture kat Hong Kong. Siti beli Online je, baru sampai hari ni , siti terus cube (exited tau )

Ni la hasil guna Miss Rose : Eye shadow,blusher,eyeliner, lipstick cuma untuk foundation Siti guna Naturator . Yang siti paling recommend korang ialah Khol Kajal sebab pekat ,senang nak apply dan terbaik untuk buat smokey eye :P . Lipstik dia ada bau wangi ler, den tak berapa minat sangat tapi colour dia cantik menarik tertarik :P. Eyeshadow dengan Blusher pulak warna dia pekat dan mix well, just berus yang dia bagi sekali ni tak best keras (tapi okey je, korang boleh guna berus lain kan). Bertambah la koleksi Makeups den :)