tabung bella

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, August 22, 2019

Sarawak Trip


Masa mula-mula family ajak pergi sarawak, terdetik dalam hati.Nak wat ape lama-lama kat sarawak πŸ˜‚. Google punya google jumpa la tempat yang wajib di lawati jika ke sarawak. Jom tgk cane NISS spend 7 hari di sarawak.


Percutian di Sarawak. (7 Hari 6 Malam)
2 Aug - 8 Aug 2019


 Day 1
Gerak dari rumah 10pagi.
Sampai KLIA2 11 pagi. Kami parking kat KLIA2. sebab bila dah tolak campur bahagi darab cara ni lagi save.
Flight 1.40ptg, tapi settle check in beg semua jam baru 12 lebih. Lama gak lah kene tunggu.
Sampai di KCH 3.30ptg.Cuaca ok.
Terus call kereta sewa untuk maklumkan yang niss dah sampai. Kereta sewa ni Niss dah booking seminggu sebelum. Niss sewa dengan ikramtransports.com . Niss ambil Perodua Bezza sebab bonet nye yang luas dan harga yang berpatutan.
*Recomended sebab kereta bersih,wangi dan respond pantas.★★★★
Briefing  dari owner pasal kereta. Dia informed Sarawak ni polisnya rajin πŸ˜‚.Dia minta jangan bawak lebih dari 90kmh.
Ingat dia bergurau je.Ngam-ngam keluar airport lepas turun dari fly over. Niss jumpa speed trap.Berhuhuhu la kitaπŸ˜ƒ.
Selepas 40 minit perjalanan sampai la kat hotel.Niss stay di hotel Damai beach Resort Santubong.Hotel ni area Pantai Damai dan Gunung Santubong. 10 minit je dengan Sarawak Cultural Village.
Malam Niss & Family mkn di Damai central.Kira-kira 400m jln kaki dari hotel.
Damai central ni ada food court, restaurant, escobar,7 eleven dan juga tempat untuk backpacker bermalam.


Day 2

Plan hari ni ke Pasar Serikin .Jarak perjalanan dari hotel lebih kurang 1 jam 50 minit. Pasar ni hanya di buka pada hari sabtu dan ahad sahaja.Kedudukanyan yang terletak di garisan khatulistiwa dan sempadan Indonesia buatkan tempat ni panas😰.Parking di sediakan dengan charge rm2 sekali masuk.

Pasar ni panjang tapi bila dah rambang mata tengok barang tak terasa pon dah jalan jauhπŸ˜ƒ.Pelbagai barangan di jual kat sini. Antaranya barang-barang rotan,tikar sarawak, kekabu,lada hitam dll.

Time ni faqeha lapa sebab dari hotel kite org lapik perut ngan sandwich je.Jalan punya jalan jumpa kedai makan jual bakso,ayam penyet.Kite org pon brunch la kat situ.Niss bagi★★★.. Boleh la mkn tapi biashe-biashe je.Kedai die bersebelahan dengan org jual mesin, tersorok sikit ke dalam.

Tips
  • Pakai  baju nipis dan topi 
  • Bawak air minum + payung
Lokasi seterusnya Gua pari @ Fairy Cave. Dari Pasar Serikin lebih kurang 10 minit.
Kemudian ke Gua Angin, ada 2 pintu masuk kat sini.Masa ni niss parking tepi jalan ingat mmg xde parking.Rupenya bila jalan depan sikit time balik jumpa pintu utama dekat situ ada kawasan untuk parking. 

Singgah di Tasik Biru kat sini ada masjid jadi kami berhenti utk solat zohor.Air Jernih dekat tasik biru ni.Aktiviti yang boleh di lakukan kat sini adalah naik boat dan paddle boat.Untuk melihat keindahan Tasik Biru dengan menaiki boat harga RM10 per person.

Kami teruskan perjalanan ke Telaga Air. Terdapat jeti yang menyediakan perkhidmatan river cruise di sini.Hajat datang sini nak mkn seafood.Tapi parents Niss kata mereka tak lapar lagi.So kite mkn goreng pisang  dan minum coconut shake sambil melihat keindahan ciptaan ALLAH.Sebelum balik ke hotel kami singgah solat di surau di sini.

Semua dah letih jadi niss tapau makan malam di kedai pak din.Kedai ni berdekatan dengan kampung buntal. Kira-kira 15 minit dari hotel kami.Macam-macam jual kat sini Masakan panas,western dan juga makanan sarawak.Harga berpatutan ★★★★πŸ‘



Day 3

Awal kami gerak ke pasar satok.Kami breakfast di Benteng tempat ni bersebelahan dengan pasar satok.Lepas tu jalan-jalan tgk org jual sayur,buah dan ikan.Segar dan murah.Geram je tengok.Kat sini pon ada org jual kek lapis ye.Tapi niss xbeli kat sini.

Tetiba ternampak buah yang memang niss nak rasa kat sini.Buah Matoa @ Kristal.Tapi sbb xyakin tu buah matoa niss jalan dulu.Bila pusing balik nak beli.Buah da abis 😭.Teruskan misi mencari ikan terubuk masin.Owner kedai mtk kami order je dulu time balik mereka akan delivery ke airport.

Next location.
Muzium kucing
Entrance Fee : Adult-RM 3 , Child- Rm 2
Dalam muzium ni penuh dengan barang dan cerita berkaitan kucing.Muzium ni atas bukit jadi kita boleh nampak pemandangan sekitar Kuching.

Kemudian Niss ke Taman Orkid
Entrance Fee: Free

Solat zohor di Majid Baru Bandar Kuching atau lebih di kenali  dengan nama Masjid India.Terletak tak Jauh dari waterfront.

Melawat kawan abah Niss yang tinggal kat sini.Kami di jamu dengan nasi budu.Masakan kelantan di Sarawak. Memang terbaik. Bertambah-tambah kami makan.Sambung perjalanan ke India street, sebab hari Ahad so tak berapa menarik banyak kedai tutup.

Kami pergi ke Friendship park.Tempat org tempatan berjoging. Sini view macam kat China.Cuaca panas,badan pon da letih.So kami decide untuk balik ke hotel berehat.Sebelum balik kami singgah Mydin bandar baru samariang sementara menunggu baju yang di basuh di dobi berdekatan.Solat Magrib di surau area taman bandar samariang and lastly makan di food court di bandar samariang juga.



Day 4

Hari ni aktiviti jalan-jalan area hotel.Sejak datang xberkesempatan nak jalan sebab keluar pagi balik dah malam.πŸ˜„ .Pagi swimming dekat pool hotel.Petang tengok Sunset dekat pantai.Malam pegi makan dekat Restoren Teluk Nipah.★★★★πŸ‘

Balik kite org pusing-pusing area kg.Buntal.Tapi xnampak ape sebab dah malam.Cuma nampak rumah dan kedai makan je.huhuhuhu..Niat nak datang waktu siang lain kali tapi sebab aktiviti padat dan yang lain pon mula dah tunjuk simptom tak sihat xsempat nak datang waktu siang.


Day 5

Oleh sebab perjalanan agak jauh, pagi lagi niss dah keluar menuju ke Borneo highlands.Jarak perjalanan dari hotel kira-kira 2 jam.Jalan agak mencabar untuk sampai ke atas.Borneo Highlands kawasan tanah tinggi yang terdapat di Kuching.Kawasan sejuk dan pemandangan yang cantik. Di atas terdapat kalimantan viewpoint. Borneo highlands ni adalah border Kalimantan.Dekat sini ada hotel untuk sesiapa yang ingin menginap.

Untuk org luar entrance fee -RM10 per person
Untuk setiap check point - RM10 per person.

Semua guna duit ok. So  sebab kami berlima  dan ini percutian bajet xkoser la niss nak habiskan duit begitu saja. Ambil gambar di beberapa view yang menarik dan turun semula.


Seterusnya kami menuju ke Annah Rais  Hot spring yang terletak di kaki bukit borneo higlands ni.Semangat nak pegi rendam kaki yang lenguh-lenguh ni.Bila kami sampai tak seperti yang di gambarkan. Kolam ni kecil dan terdapat beberrapa buah kolam di sepanjang sungai.Masa kami datang kolam xpanas pun dan airnya pon xberapa bersih.

Entrance Fee - Adult (RM5) Child (RM3)

Singgah Solat di area semenggoh dan terus ke semenggoh wild life centre untuk melihat pak atan si orang utan.Kami sampai on time mase petugas feeding org utan ni.Nasib kami baik banyak org utan yang keluar.Mengikut petugas tu masa feeding pagi xde sekor pon yang keluar.Orang utan kat sini liar ye.Bukan yang di bela dalam sangkar.So die akan keluar pon ikut mood.

Entrance Fee - Adult (RM5) Child (RM3)

Terus ke area bandar utk lunch+dinner kat My village Barok.Kedai bukak 4.30 ptg. Tepat 4.30ptg kami dtg.Kat sini ada jual local dish. Niss nak try ayam pansuh tapi waiter tu cakap lambat sikit.So kite org order dulu, solat asar dan jalan area situ. Kat situ ade org jual ikan terubuk dan kek lapis.Kedai kek lapis yang popular dayang salhah dan Mira kek lapis ada dekat sini.Survey-survey harga dulu.Esok baru decide beli.Banyak sangat rambang mata.


Day 6

Hari ni lawatan ke Sarawak Cultural Vilage.5 minit je jalan kaki tapi nak gak naik kete.huhuhuh.Sis cantik belanja masuk SVC haruslah terkejut.Sebab die sejenis kemane-mane tinggal beg duit.huhuhuhu.Anyway thanks sis,semoga murah rezeki.Almost half day jugak kat sini sebab nak tunggu show mereka.

Entrance Fee - Adult (RM60) Senior citizen & Child (RM30) Student Card (RM15)

Makan tengahari dekat teluk nipah restaurant lagi nak try buffet lunch. Alhamdulilah sedap dan berbaloi.Nama pon buffet kalo xcukup boleh tambah lagi.Terbaik★★★★πŸ‘

Buffet lunch = rm6.90 per person .

Otw nak ke kg boyan untuk beli kek lapis yang dah di survey semalam, tetiba batu terbang kene cermin kete.Ya Allah bederau darah time tu, dah la kereta sewa.Terus terbayang berapa la nak kene bayar ni.Hilang sekejap mood nak menyoping kek lapis.😣 Deal dengan owner nak confirm ada extra charge yang perlu di bayar atau tak.Maybe owner tak pernah dapat kes macam ni so amik mase lama utk die inform semula.Mood shoping datang semula.Beli kek lapis yang kwn2x kirim.Sedar-sedar 2 jam kat kedai kek lapis je.huhuhuh. Singgah solat Masjid Kg___ sebelah je dengan kedai dayang salhah.

Jam tunjuk pukul 5.00.So dengan pantas kami bergerak ke sarawak river cruise.Sarawak river cruise ni beroperasi 1 hari sekali je. Waktu Operasi pukul 5.30 ptg-7.00 mlm.
Entrance fee - Adult (RM60) Child (RM30)
Sebab nak merasa naik juga lahkan.Bukan selalu datang sarawak.Harga tiket termasuk dengan mini show dan free refill air orange & kek lapis.

Solat Magrib di Masjid terapung@India yang tak jauh dari cruise.Jalan kaki dalam 10 minit.Lepas solat kami jalan ke waterfront.Naik Jambatan Darul Hannah. Tapi jalan separuh je sampai tengah sebab masing-masing dah penat.πŸ˜‰.Turun dan tunggu depan waterfront utk musical fountain yang akan start pukul 8.30.Sementara menunggu niss pegi beli aiskrim gula apong.Kedai die memang area waterfornt tu.Sedap yakmat.

Habis show kite org gerak pergi UTC untuk makan dekat Topspot.Tempat wajib pegi bila ke sarawak untuk rase seafood.Sempena anniversary parents niss kite org buat suprise kat sini.Alhamdulilah suprise berjaya dengan pertolongan kawan adik niss.Seafood sini memang murah.

Day 7

Last day..😭.Hari ni plan nak santai-santai je tapi end up xsantai sangat la.huhuhuh.Pagi gi Mandi kat Pool atas bukit.Nice sinery.Mandi-mandi sedar je dah pukul 11.00. Balik bilik siap utk pegi laundry and basuh kereta .Kotor sangat melekat daun org mesin rumput tepi jalan.

Siap cuci kerta and basuh baju pukul 2pm. Lame menunggu turn cuci kereta.Sempat makan tengahari dulu pon xsiap lagi.Barang xpacking lagi. Rushing balik packing barang solat asar dulu.Kemudian terus ke Cat statue.Pukul 5pm gerak dari Hotel.Tempat wajib bergambar Cat staue tak pegi lagi.terus kami gerak ke sana. Dah tangkap gambar Mak niss singgah pulak KFC yang tak jauh dari situ.Dia dah lapar sangat.KFC pon lame nak siap.Risau dah terlepas flight ni.

Otw gerak ke Airport boleh pulak waze "hang" .Sabo je la.Google Maps pon xmembantu. Jalan Jem lak tu.Ayah Niss dah start cakap nanti terlepas flight macam mane? Niss cuba berlagak cool walopon dalam  hati cuak.huhuhuh.

Alhamdulilah selamat samapai airport pukul 7pm. Call kereta sewa untuk returned kereta.Dia inform cermin kereta yang pecah tu xpe die claim insuran.Fuh lega dengar tapi die suh bayar utk tinted.RM150πŸ˜₯.Sebab dah ada deposit tambah RM70.Maka terbang la RM150 begitu sjaπŸ™Ž.Then tunggu ikan masin sampai baru kami check in.

Sampai KLIA2 pukul 10.30.Solat kat Masjid KLIA.Sampai rumah pukul 12a.m.Sekian cuti-cuti Malaysia.

























Wednesday, May 7, 2014

Destinasi bajet ker???Pulau perhentian besar.






Holiday..sebut pasal holiday semua orang suke holiday kan?Yeay kali ni nak share cerita holiday kat perhentian bulan lepas.Holiday kali ni lain macam siket sebabb fully duit sendiri.no pama sponsor..huhuhu.Plan pon dalam mase singkat je and paling best pegi ngan bff.


Pulau perhentian ni mcm yang korang tau ade dua.Satu kecik satu besar.Pulau kecik ade penduduk tetap dan ada kemudahan asas macam sekolah,masjid,klinik dan lain-lain.Orang kate pulau kecik lebih hapening.Pulau besar lebih privasi .Niss pegi perhentian besar  stay kat bayu dive lodge.

So bermula la percutian bajet kami or boleh consider sebagai hanimun kali ke berapa ntah or anivesary treat..;p.Niss pergi berenam bersamaan 3 couple.


Hari pertama


Niss gerak dari rumah pukul 7.30 pagi.Flight pukul 10.40 pagi.Singgah rumah kawan yang pegi sekali then gerak ke putrajaya sentral utk park kereta kat sane.Dari putrajaya sentral park ke LCCT rm5.50 sorang.Buat 1st time nye niss naik ERL.dalam 10 minit utk ke LCCT shuttle.Sampai LCCT ngam-ngam je .tapi flight lak delay.Selepas 1jam kite org sampai la kat kota baru airport.Sampai terus ke kaunter yang jual tiket teksi dan boat.Mule-mule  plan nak sewa van sebab van takde terpaksela sewa dua teksi.1 teksi =rm78. 


Sampai dekat jeti pukul 1 lebih .Sebab ari jumaat so boat jalan pukul 2.30ptg.Sementara tunggu, niss beli barang sikit utk mkn2x kat chalet.Ingatkan beli kat darat harga murah le  siket.Rupenye lebih kurang macam kat pualu juge.Niss beli roti sebungkus,sardin,air 2 botol and biskut.

Boat muat 12 orang . Kite org berenam +   6 org sepupu..(sepupu=mat saleh..;p).Perjalanan dalam boat tu sangat la mencabar.Tips untuk org yang mabuk laut boleh la duduk dekat belakang boat ye..sebab kat situ kurang hentakan.


Perjalanan jeti ke pulau mengambil masa lebih kurang 45 minit.Di sini la adventure pertama bermula dimana korang kene berpindah daru boat besar ke boat kecik.Bayangkanlah kalo terjatuh tak ke haru..;p.


Masa time nak amik kunci bilik baru tau kene deposit rm 100/bilik.Agak terkezut gak sebab bilik semua dah bayar full.Management chalet kate rm100 deposit utk kunci bilik and remote aircond.Terpaksela redha walaupon agak geram sebab kuar duit cukup-cukup.


So 1st lesson : bawak duit cash lebih .Perhentian besar takde ATM okay??


Sampai bilik makan dan terus solat siap-siap..tukar baju untuk “beraksi”..jgn pikir bukan-bukan ek..tukar baju utk mandi pantai je tau..Sebelum mandi haruslah guna monopod dulu kan..baru beli tau...sambil jln sepanjang pantai usha kedai makan murah.


Lepas magrib kite org  terus pegi kedai yang kawan niss suggested.Namae kedai tu Flora..makanan takde la mahal sangat  and yang penting banyak okay.Western dish selalunya boleh makan berdua utk satu plate.Yang perlu korang tau kat sini ade tax okay..6%. tapi makanan die dengan memang bebaloi bagi niss. 





Hari Kedua

Pagi-pagi lagi dah dapat morning call dari ketua rombongan..;p.Ajak pegi breaakfast.Masing-masing breakfast pakai baju mandi semalam yang separa basah..kene tiup angin fuh. Memang syiok..sejuk giler.Breakfast include dalam package untuk 2 hari.Breakfast omputih okay..no nasik-nasik lemak..;p.


Lepas breakfast mandi sambil plan nak buat hari tu.Niss mmg niat nak gi snorkelling.Kat perhentian besar ni die org turun snorkelling pukul 10pagi dengan 2 ptg je.Tak pasti kenapa..sebab xtanye pon.;p.Sebab keletihan teramat niss tertido and terjage kul 2 and terlepas waktu yang kedua.Sedih nye.Rase macam rosak mood holiday.


Encik bee memang kekadang sweet like honey..Die gigih tanye banyak tempat semua  die org kate dah tak amik untuk snorkel untuk hari tu.Tetibe encik bee jumpe makhluk allah yang baik hati,carikan org yang sanggup bawak kite org apalagi seronok gile la NISS.


Kite org pi berempat je.Pengantin baru xmo join..org 1st time hanimun gitu le..;p.1st kite org di bawak kat satu tempat  untuk praktis guna alat snorkelling.Die org panggil “water confidence”.Mase praktis ni en.bee nampak okay je.


Next kite org di bawa ke turtle point.Ramai juga org snorkelling kat sini.Brader boat yang bawak kt org tu tolong usha dulu kat mane tempat yang ade turtle.Dalam 10 minit gak la cari turtle tak jumpe.Sekali tetibe brader boat tu suh lompat.Niss cuak sebab tempat tu dalam gile .Niss tak pandai berenang..En Bee tunjuk hero terus lompat ,niss takut nak lompat.So niss turun slow-slow guna tangga..;p.


Best gile dapat tgk turtle live dalam air..Turtle tu macam paham je orang nak tgk die.Die tak lari pon.wat derk je..Walaupon dapat tgk kat surface je tetap best.Dah puas tgk nurtle kami di bawa pi check point seterusnya iaitu nemo point.Kat check point ni paling best sebenanye sebab ikan die manje-manje..untuk korang imagine tempat tu  dekat jeti taman laut.Tapi kat sini korang kene hati-hati if snorkelling area jeti sebab lantai area tangga jeti ni sangat licin dan bahagian tepi dia penuh dengan kerang yang melekat kat situ.Kerang tu tajam..en.bee luka sana sini sebab terkena kerang-kerang tu.


2nd lesson: Bawak hansaplast,ubat luka,ubat demam,pening and sakit perut.


3nd lesson : Bawak roti banyak-banyak dan sila beli kat darat.sebab niss beli roti gardenia pendek yang biase rm2.40 tu kat sini rm4.00 hokay.


Lagi best kalo korang stay kat area situ. Pagi petang siang malam boleh snorkelling ngan ikan manja-manja tu..Next check point adalah shark point.tapi malangnye air begelora sangat.Kite org pon tak pandai berenang so takmo amik risiko.


Last check point Lata Berani.Air kat sini sejuk gila dan  dipercayai siapa yang minum hajat boleh termakbul.Ceh Kurafat.ALLAH je yang boleh memakbulkan.Sila jangan berangan tempat ni macam air terjun hokay..lata berani ni kolam kecik yang die buat utk tadah air lata berani.Air keluar dari pasir.



Sampai chalet pon dah dekat magrib bila dah berkubang lama perut terasa lapar.Dinner kat tempat semalam sebab nak try menu lain pulak.
Balik dari makan En.Bee sakit perut pulak.Niss dah risau sgt..kat situ takde klinik.Niss beli air teh pekat bagi En.Bee minum.Masih tak ok .Alhamdulilah esoknye dah nak balik..


Hari ke -3
Lepas breakfast ajak en.bee pegi kedai beli pil cheki teck Aun,and air vitagen tapi air vitagen takde ganti dengan yogurt.Petua sendiri untuk legakan perut en.bee.Kul 12 check out.Trus naik boat ke jeti kuala besut.Pukul 1 lebih sampai jeti.

Cari Van untuk jalan-jalan sekitar kota baru.Van available pukul 4.Makanye bertapa la kite orang kat jeti tu.Makan kat area jeti tu best gak..Bile dah balik baru tahu rupenye surau dekat je dengan jeti tu.Solat dulu pastu jalan-jalan usha sorvenier.Sourvenier kat jeti ni harga semua boleh tahan..

Dalam pukul 3lebih van datang jemput kite org.1 van =rm120.Kite orang plan nak pegi basar siti khadijah.Otw ke pasar siti khadijah kite org singgah satu pantai ni.Niss lupe name die.Kite org mkn sotong celup tepung kat sini.Ada banyak kedai kat sini..Kedai yang niss beli tu mahal sekor sotong=rm12..sebab masing-masing da penat takdelah nak bejalan kat pantai lagi...huhuhuh.

Teruskan pejalanan ke pasar siti Khadijah seperti yang di plan tapi malangnye sebaik sampai je pasar dah tutup.Sempat la jalan-jalan area pasar tu  lepas magrib trus gerak ke airport sebab flight pukul 9.50.Sampai LCCT pukul 10lbh.Berakhirla percutian kali ni..Korang mesti nak tau overall bajet untu ke perhentian ni kan?


Okay ni adalah bajet sepanjang percutian ke pulau perhentian besar kali ni:-

Flight – rm310 ( 2 0rg)
Chalet 2 hari –rm270
Return Boat – rm140 (2 org)
Teksi ke jeti dari airport –rm78
Van ke Airport –rm160
Jajan- rm25.00
Sourvenier-rm50
Snorkelling-rm 80 (2 pax)
Makan- rm100
--------------------------
Total= RM 1163.00
--------------------------

So,korang rase bajet ke tak..??huuhuhhu.tapi takpe yang penting dapat tengok keindahan ciptaan ALLAH s.w.t

 

Tuesday, December 24, 2013

Family Day kat pangkor yang Awesome




Bila hujung tahun otomatik dalam otak niss akan pikir cuti sekolah,vacation and Year End Sale..Oleh sebab da xsekolah lagi so cuti sekolah tu tak pikir sangat la..tapi yang bestnye selalu abah akan ajak pi jalan-jalan time cuti sekolah..terbaik....

Tapi percutian kali ni bukan abah yang ajak tapi yang pasti ia akan jadi percutian yang awesome sebab semua waris ata akan join..Bukan destinasi yang akan tentukan keseronokan tapi dengan siapa kite pergi bercuti..

Day 1
Semua waris berkumpul di Jeti lumut pukul 12 tengahari sebab akan ade tour guide yang akan jemput.Niss and En.Bee gerak pukul  7.30 and kite org sampai pukul 12.00 tengahari.Sebab En.Bee da kangen sama bundanya die decide untuk singgah sat kampung die..tapi MIL xde sebab MIL pi kenduri..12.45 kite org gerak dari rumah MIL ke jetti lumut yang amik masa dalam 10 minit.Sampai sana cuma ada 2 org je makcik niss yang lain makan dan ada yang belum sampai lagi.Oleh sebab tiket ferri dah termasuk dalam package ,kite org decide untuk tunggu semua sampai..Finally  semua sampai dalam pukul 1.30.Oleh sebab cuti sekolah dan org ramai masa yang di ambil untuk naik ferry 2jam..letih beb..dalam kepala dah pikir tilam dan bantal empuk.  


Sampai pangkor nak dekat pukul 4.Org lain semua naik teksi pangkor.Niss dan En.Bee decide naik motor sebab senang kite org nak dating berdua..hik2x..feeling honeymoon gitu..family yang lain semua dah gerak pergi challet.Niss and En.Bee singgah jumpe member En.Bee yang memang tinggal Pangkor.Borak-Borak  kejap terus gerak nak balik challet.Baru gerak dalam 20 meter tetibe minyak habis..wat de heck..kat situ  xde org lak tu..tunggu org lalu untuk mtk tolong.10 minit kemudian ade gadis pangkor lalu terus tahan depa mintak tolong belikan minyak..tanpa ragu-ragu gadis ni tolong kite org.Alhamdulilah masih ada org baik di malaysia ni.

Dah ada minyak terus gerak pegi challet.Fuh lega dapat tgk bilik.Baring-baring kejap ,solat and mandi.Pukul 5 ada sukaneka..budget xnak join tapi nak tgk..Alih2x..macam syok je macam best je..Antara aksi-aksi di sukaneka kat pantai..chek it out....

Day 2
Break fast pukul 8.30 pagi..semua bersiap untuk next activity..island hopping...yeay!!!..Satu bot besar 2 bot kecik untuk kami semua..Bot kecik untuk yang nak adventure lebih..sebab xde bumbung ooo.Kite org di bawa melawat ke pulau-pulau yang berdekatan..sampai pulau yang terakhir driver boat tu tinggalkan kami untuk bermandi-manda kat situ..dah puas mandi manda kami call driver biat untuk pick up kami..
Balik challet rehat-rehat turun makan tengahari  terus gerak untuk pergi melawat sekitar pulau pangkor .Niss dan En.Bee buat tour sendiri.Lepas pegi kilang makanan laut terus pergi rumah sepupu En.bee. Isteri Sepupu En.Bee ada buat kraftangan ikan buntal.Memang sejak niss datang niss perasaan ada banyak rumah yang gantung ikan buntal ni.Barulah niss tau yang die org proses ikan buntal untuk di jadikan kraftangan.Sebab niss asyik tanya je pasal ikan buntal tu.wife sepupu En.Bee tu pon adiahkan kite org ikan buntal tu sebagai kenangan.




Balik Challet letrik takde ajak kawan En.Bee pegi piknik..Kawan En.Bee yg baik ni masakkan kami Laksa mi,Mee goreng and nugget memmg syok la sambil tgk sunset..Balik challet semua org ade kat bawah dengan muke xpuas ati semua pasal elektrik yang xde lagi..Sepatutnya malam ni ada aktiviti karaoke.So Kite org pon barbeque la dalam suasana “candle light” dinner..Aktiviti dah terbantut,badan dah panas.Masing-masing guna motor yang niss sewa untuk amik angin secara gilir2x..Niss,En.Bee decide untuk jln-jln tepi pantai sebab kat sana banyak kedai dan ada cahaya..Dari atas nampak ada sekumpulan budak memancing.Niss ajak En.Bee tengok ape yang die org pancing..Rupenya die org pancing sotong..Besar okay rase nya setiap sekor tu dalam 500grm.


Apa lagi..En.Bee eksaited nak tunjuk kehebatan die.Sewa lah pancing 1jam =rm 10..tggu punya tunggu xde sotong yang En.Bee dapat.xpela xde rezeki kami.Balik Challet still xde letrik.Kite org decide untuk tido je dalam gelap dan panas..Dalam kul 12a.m letrik da okay..Baru la dapat tido ngan lena.

Day 3
Aktiviti Bebas .Sebab semalam niss mandi sekejap je dekat pulau tu.So nak mandi lagi ,kali ni depan challet je..En.Bee xjoin sebab penin kepala.pembawakkan katanye..;p.Kul 12 p.m kite org chek out.


Dulu dan Sekarang