Thursday, October 25, 2012

rahsia tahi lalat

Rahsia Tahi Lalat

1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah


5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

P/S: ini hanyalah berdasarkan kajian...ditegah untuk percaya 100%...hanya sebagai panduan...

Jiwa yang sakit...

hari terus berlalu dan berlalu.....
semester kedua telah melabuhkan tirainya....semester ketiga membuka lembaran baru..pada semester kali ini kami juga telah diberikan tugasan untuk membuat lawatan sambil belajar ke pusat perubatan UKM (PPUKM). pada semester kali ini kami telah mengambil subjek PSIKOLOGI ABNORMAL. bersempena dengan pengambilan subjek tersebut maka kami telah membuat lawatan ke wad pesakit mental ataupun jiwa. pengalaman ke PPUKM ini amat berharga dan telah merubah diri saya dan pendirian diri ini. saya lebih berminat untuk meneruskan Ijazah Sarjana di dalam bidang psikiatri...setelah mempelajari subjek ini juga saya jadi semakin berminat untuk mendalami dunia orang yang mengalami masalah jiwa.. sebenarnya masalah jiwa ini seperti penyakit diabetis yang boleh diubati dengan memakan ubat sepanjang hidup..bukan seperti sangkaan masyarakat yang penyakit ini tidak boleh sembuh. sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya keluarga sangat diperlukan...
pensyarah dan pegawai di PPUKM

kami yang cute

comel x saya?

bilik khas tuk chilhood disorders

kami kaunselor AMAZING!!!

semester 2~raudatus sakinah...

bermulalah alkisah....setelah tamat semester satu maka bermulah episod semester dua...hehe...pada semester  ni, kami telah diberikan satu tugasan untuk membuat lawatan ke Raudatus Sakinah bagi melengkapkan tugasan subjek Kaunseling Personaliti. Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Objektif

  • Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup.
  • Membantu remaja membina semula keyakinan diri.
  • Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Khidmat & Bimbingan

  • Bimbingan Kerohanian
    • Fardhu Ain
    • Al-Qur’an
    • Hadith
    • Bimbingan Mukmin
    • Akhlak
    • Aqidah
    • Doa
    • Sirah Nabi
  • Bimbingan Bina Diri
    • Kaunseling Individu dan Kelompok
    • Motivasi
    • Jati Diri
  • Riadah, Rekreasi dan Kesenian
    • Senaman
    • Rehlah
    • Outdoor Games
    • Nasyid
  • Kemahiran Diri
    • Komputer
    • Masakan
    • Jahitan
    • Kraftangan
  • Aktiviti Sampingan
    • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada remaja yang memerlukan
    • Program Outreach:
      • Mengadakan siri-siri ceramah di Sekolah, IPTA dan IPTS.
      • Menyebarkan risalah-risalah bimbingan kpd masyarakat sbg usaha pencegahan.

Syarat Kemasukan

  • Remaja perempuan berumur antara 12-25 tahun.
  • Beragama Islam dan warganegara Malaysia.
  • Mangsa gejala sosial seperti: penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
  • Bebas dari kes undang-undang dan penyakit kronik.
  • Bersedia merubah diri dan menjalani bimbingan sekurang-kurangnya selama setahun di RS.
ini ada sedikit cenderahati...hehe