Petang selesai solat kami ke Bilik Jejawi di
Training Building untuk belajar tentang
Ammonia Plant bersama Pak Tamren (orang indonesia - SV kepada Baha ni). Pak Tamren sangat
best and sporting. Seronok belajar tentang
reactants, products, processes and operations..kalaulah la belajar semua ni sebelum ambil PPD,
confirm boleh buat
Project Urea Plant Revamp tu! Waktu menerangkan tentang
lean dan
semi-lean carbon, Pak Tamren bertanya
"Macam mana awak masak ikan masin?" Erk~!
"Rendam dalam air dulu...?". Pak Tamren jawab
"Salah tu..haa...tak pernah masak ni!" . Haha, tak pasal-pasal kena balik. Sepatutnya kena rendam dengan air yang diletak sedikit garam dahulu...ala-ala semi-lean la ni. Kenapa letak garam sedikit? Ada kena mengena dengan
diffusion from high concentration to low concentration over diffusion gradient rasanya (huhu,
science in the kitchen). Ada minum petang lagi di tengah-tengah tu..makan lagi.
Tak sempat nak belajar tentang
Urea and Methanol Plant. InsyaAllah di lain waktu kata Pak Tamren. Banyak yang Pak Tamren pesan kepada kami. Jangan sombong, bergaul dengan orang. Kalau tiada kerja kena minta...jangan jadi goalie tunggu je bola datang..kena jadi striker sentiasa kejar bola (analogi sempena World Cup kot). Kalau tak faham, tanya..jangan malu nanti rugi. Kena sentiasa senyum..buat kerja dengan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab supaya apa yang kita dapat itu diberkati.
Hari 3: Penat tahan mengantukPagi ini semangat pakai
complete PPE, ingatkan kami semua dapat masuk plant terus. Rupanya pagi ini dihantar ke
department masing2. Berpisah lah kami bertujuh. Memulakan hidup sendiri di
department baru. Agak segan. Masuk HSE (
Health, Safety and Environment) Department...alhamdullilah dapat
workstation with PC. Diperkenalkan kepada SV dan rakan2 sekerja. Ada 4 perempuan sahaja di situ...yang lain semua lelaki ya! Cabaran sungguh. Meja saya di luar bilik SV di depan kaunter klinik berdekatan dengan lobi
department. Nasib baik ada abang di meja sebelah.
Kalau tak dah jadi gaya receptionist duduk situ sorang2. Oh, saya ditempatkan di Environmental Section...tetapi nanti akan didedahkan juga tentang Fire and Safety dan Occupational Health/Industrial Hygiene. 8 bulan itu satu tempoh yang panjang..banyak boleh belajar.
Mungki ada yang tertanya-tanya dari awal...PFK itu apa? Ini dia:

Saya pula bertugas sebagai...?

SV meninggalkan saya untuk dibrief oleh Encik Shafiee. Macam-macam dia cerita. Kadang-kadang bila kena tanya cuak juga. Tak ingat dah apa yang belajar waktu HSE dulu2. CIMAH, USECHH, CPL dan lain-lain akta ni macam ingat-ingat lupa je. Hampir sejam juga dia bercerita tentang kepentingan HSE, akta yang ada dan general process di PFK ini. Kemudian saya ditinggalkan :'( Sirius tak tahu nak buat apa dari pukul 10.30 pagi sampai 5 petang tu. Membelek bahan-bahan yang ada untuk dibaca. ID untuk menggunakan PC tidak diberi lagi jadi agak boring dalam bilik yang sejuk tu. Tersengguk-sengguk tahan ngantuk sampai Kak Ija perasan "Dik, kalau ngantuk pi la pantry tu buat2 air". Malu :"). Apa yang dibaca pun dah tak ingat...tak sabar-sabar nak tunggu pukul 5 untuk balik.
Kira-kira jam 4.40 petang, pakcik Burn mula mengajak orang ke surau untuk solat Asar (Surau ar-Raudhah tu depan bangunan kami je).
"Dah2 buat kerja...jom pi solat asar". Alhamdulillah..bagusnya. Bahagia sangat. Selesai..terus balik.
Hari 4: Dapat kerja..yeay! Alhamdulillah...dapat kerja pagi tu!
Excited dan tekun buat kerja sampai abang meja sebelah tegur
"tak payah la serious sgt" huhu. Hari ni ada Majlis Tilawah PETRONAS Zon Pantai Barat...PFK jadi tuan rumah. Dari pagi lagi abang2 pakcik2 akak2 HSE Dept dah keluar untuk menghadiri majlis perasmian. Niat di hati memang mahu turut serta...mahu ketemu Ustazah Mashitah dan warga UTP lain juga (rindu lah!). Baru je siap2 nak bangun tinggalkan PC, SV datang jenguk. Terpaksa sambung buat kerja sambil-sambil buka GG CJ7. Akhirnya, pukul 12 tengahari baru keluar menuju ke Dewan Agrenas. Jumpa Kak Tah, Kak Tah belanja makanan2 ringan, makan tengahari
free (ramai
trainees turun waktu ni, makan
free kan...). Sebelum ke surau, bawa Kak Tah ke HSE Dept. Tunjuk meja, tunjuk kerja, tunjuk
pantry, tunjuk bilik SV, tunjuk bilik
manager..semua nak tunjuk.
Surau penuh dengan peserta dan para hadirin majlis tilawah. Selesai solat...sambung kerja dengan tekun kembali. Kira-kira jam 4.30 petang terus kembali ke dewan melihat penyampaian hadiah. UTP memenangi beberapa kategori dan layak mewakili Zon Pantai Barat ke peringkat kebangsaan. Salam-salam dengan Kak Tah dan dengan berat hati kembali ke pejabat..kemas2 meja...ke surau untuk solat Asar dan seterusnya pulang ke rumah.
Hari 5: Masuk plant akhirnya! Pagi-pagi lagi sudah melepak di pantry bermesra dengan warga HSE Dept yang lain. Seolah-olah mendapat semangat baru usai ketemu orang2 UTP hari sebelumnya supaya tidak lagi segan dan malu2. Kemudian bos besar i.e Manager of HSE Dept, panggil masuk bilik. Cuak ok. Ditanya soalan-soalan ala-ala sesi temuduga. Kemudian beliau memberikan beberapa pesanan supaya tidak malu dan menunggu orang bagi kerja sahaja. Kena proaktif dan turut serta dalam aktiviti2 luar juga.
Keluar daripada bilik manager, Abg Man meja sebelah ajak masuk plant. Akhirnya, tercapai hajat di hati. Masuk ke plant menaiki
pick-up truck dan bukannya berbasikal atau berjalan kaki seperti
trainees lain =) Kami memeriksa
PPE cabinet untuk memastikan ianya kosong dari barang-barang lain. Singgah di
mini lab untuk memulangkan
measuring cylinder yang ditemui dalam kabinet. Kemudian Abg Man dan Abg Nan dengan baik hatinya ronda-ronda satu kawasan plant untuk menunjukkan segala
storage tank, reformer, column, boiler, heat exchanger dan banyak lagi. Baru la nampak segala apa yang belajar dalam kelas tu kan :D
Kemudian Abg Man bawa pula ke bahagian belakang kawasan plant...di sinilah terletaknya bahagian penting untuk org2 Environment ;) Ada
waste water treatment unit dan
scheduled waste storage area. Scheduled waste ini merupakan waste yang perlu dilupuskan secara terkawal la...sebab ada bahan2 chemicals dalam waste tu. Bahan buangan terjadual (ini dalam bahasa melayunya) ni akan dihantar ke Kualiti Alam di Negeri Sembilan untuk dilupuskan. Banyak kos untuk
waste treatment ni...
ranging from RM900 to RM2000 per metric tonne. O_O
Balik semula ke ofis, Abg Nan ajak naik
firetruck untuk ronda di kawasan luar PFK. Seronok sangat pengalaman pertama naik
firetruck tu! Agak susah nak naik sebab tinggi..hehe. Kemudian balik ke pejabat, keluar ke lobby..Abg Man sudah menanti. Join HSE Management Walkabout...walkabout yang disertai wakil daripada beberapa department ni akan diadakan setiap bulan di zon berbeza. Kali ini dapat join di sekitar non-process area meliputi admin building, multipurpose hall, surau, dan cafe. Dapat naik ke tower atas admin building tu (lawa view dari sini!), dapat jadi ala2 pegawai kesihatan masuk dapur cafe, dapat buat apa yang trainee baru lain tak rasa lagi :D Hatta tak semua staff pun dapat rasa pengalaman macam tu.
Selepas lunch, ada sharing session sesama trainees. Ala2 kelas PCS kena present pasal department masing2...then trainees lain akan bagi feedbacks. Agak best la. Boleh rapatkan hubungan sesama trainees dan Kak Atiqah HR, boleh sembang2, boleh belajar tentang department lain, dapat makan free lagi ^_^ Sharing session ni insyaAllah akan dibuat setiap 2 minggu...jadi semua orang akan merasa present nanti :D
Sekadar itu sahaja catatan buat minggu pertama. Diharapkan akan ada lebih banyak pengalaman-pengalaman manis, masam dan menarik yang bakal ditimba nanti. Doakan saya ya!
Wassalamu'alaikum wrm wbt
along: entri ini mula ditulis seperti tarikh yang tertera...tapi lepas peram beberapa minggu..baru je siap tulis pada hari ahad, 25 julai (dah nk masuk week 8 of internship pun :P). but i've decided to still post it as 13 june.