Sebuah Perjalanan Seorang Pemuda
jadi pengajaranya dari festival ini..cas la bateri sebelum pergi ke sesuatu majlis atau festival..cilakak pic skit je!
kurus juga gua kan?
The Perak Man!
Menyentuh Rangka Misteri Jugakan?
Emas Beb!
yo!
bergambar pocong sangat misterikan?
Dahaga.
Komuter
Aiskrim
Penampar Mahu?
berakhir sudah hari minggu ni..esok kerja!
malam minggu lepas gua hanya menghabiskan masa dengan famili gua saja,,yela time ni jela gua free dari bebanan kerja yang melampau..dari gua merempit dan melepak tak tentu hala ada baiknya gua duduk dirumah,sambil-sambil tu tolong mak gua kemas rumah,sapu sampah,cuci baju dan memasak..lu orang jangan ingat gua tak boleh handle benda benda-benda macam tu..
dan pada malam minggu lepas juga gua banyak menghabiskan masa dengan menonton Akademi Fantasia dan Mentor..salah satu perkara yang jarang sungguh gua lakukan dalam kehidupan gua..yela musim bola sepak inggeris dah tamat nak menonton badminton gua hilang mood gara-gara kekalahan mudah dengan team China..
dari gua hilang mood baik gua layan benda-benda macam ni tak ke seronok namanya?tengah syok gua layan dayang nur faizah menyanyi,tetiba mak gua bersuara “dah hitam-hitam macam ni pun nak pakai seksi–seksi ke?”..
gua macam biasa malas amek port..sambil meneliti body dayang nurfaizah dikaca televisyen, “solid jugak body dia ni” desis gua dalam hati.
mak gua bersuara lagi sebagai tanda protesnya “penonton bersorak bukan sebab suara best,ntah2 sebab dia pakai seksi”..
tetiba adik gua bersuara “ala mak ni..dia kan beyonce malaysia”
gua pandang muka mak gua kelat semacam..gua syak mak gua tengah pening memikirkan siapa beyonce tu..dengan adanya tali pinggang hitam dalam ilmu karate gua..sekelip mata sahaja televisyen itu berkecai..
ini adalah penerangan dari entri chow kit
setelah beberapa tahun gua meninggalkan chow kit sebagai destinasi utama untuk membeli belah..akhirnya gua kembali semula kesana untuk melihat perubahan yang telah di lakukan oleh kerajaan kita..dari pemerhatian gua banyak juga yang berubah..
macam biasa la misi utama gua untuk mendapatkan pakaian untuk latihan industri gua yang akan bermula tak lama lagi..kalau nak bershoping mestilah ada tempat untuk bermula kan?macam biasalah gua akan masuk dari pintu depan..kata ustaz gua ianya afdal kalau masuk ikut depan,,kalau masuk ikut belakang adalah haram..ingat ya kawan-kawan..
dari satu kedai ke satu kedai yang lain,gua menyelam dalam timbunan baju dan seluar tapi belum membuahkan hasil sehinggalah gua rasa putus asa..macam biasa gua nyalakan cahaya pada king of cigar untuk mengecas semula segala tenaga yang terbuang begitu sahaja..
tetiba gua disapa seorang lelaki cina “adik,,amoi baik ada..mari dik..bla..bla..bla” gua terkedu dan hilang punca sebentar, dan gua bermonolog sendirian “masih belum berubah tempat ini..” dengan melemparkan senyuman manis gua berkata pada apek tersebut “saya datang sini nak cari pakaian bundle la apek..bukan orang bundle la pek..”
dan gua berlalu pergi meninggalkan apek itu..