Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Roasted Chicken and Creamy Fusilli

Semalam ada kawan tayang gambar ayam panggang di FB, ramai sungguh yang tertawan, tak tahan dibuatnya. Dalam keadaan tidak sihat dia taipkan resipi ringkasnya.  Apa lagi, akakpun 'projek' terus memandangkan bahan2 utama semua cukup.  Nak meroti dan mendonat akak ketepikan dulu... 
Selain 'roasted chicken' tu, akak buat Salad yang simple jer bersama Creamy Fusilli untuk melengkapkan hidangan malam ini.

Roasted Chicken Ann
Gaul dan Perapkan:
1/2 ekor ayam
3 sudu makan yogurt
2 sudu kecil minyak zaiton
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan
sedikit garam

Taburkan herba campuran ke atas ayam dan balut dengan foil kemudian panggang pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.  (Ayam akak besor saiznya).

Sementara itu, satukan baby carrot, kacang hijau, capsicum hiris, tomato cherry dan bawang besar dadu, gaul bersama minyak zaiton dan herba campuran (option jer, tak mau tak per).  Ketepikan.

Buka foil dan masukkan sayuran yang telah digaul dan diperap dengan minyak zaiton tadi.  Masukkan semula ke dalam oven selama 25 minit lagi sehingga sayuran masak/lembut atau ayam sedikit garing.  (tapi ayam akak very juicy...)

Siap!!!  Nak meratah begitu sahaja pun boleh....

Ni resipi asal yang akak refer, copy dari comment di FB Anns Delight de Patisserie

Sekor ayam, potong la lu sukak besar mana pun dan jangan buang kulit (this is to retain the moisture), aku slalu potong 4 je, pastu marinate ngan yogurt, thyme, salt, black pepper and cumin powder . Pastu letak dalam dulang bakar and drizzle olive oil atas ayam, tutup ngan foil bakar in 180c for 30 minutes, pastu bukak foil and add capsicum (yg dah dipotong dan digaul dengan olive oil) and continue to bake for 15-20 minutes, sampai kulit tu garing sikit and capsicum tu masak. Depending on the size of the chicken nko adjust lah cooking time eh. Tu je.
lagi satu seblum bakar ayam tu kalu ada Mix Italian herbs tu, grind sikit atas ayam tu kalu takde pun takpe. dah tu je.



Salad Simple
Campur dan gaul:
Salad hijau
Salad merah
tomato cherry - belah 4
bawang holland - hiris
capsicum hiris
minyak zaiton
jus lemon
herba campuran


Creamy Fusilli
350 gm pasta fusilli - masak ikut arahan di pek
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
4 sudu besar tepung
5 butir cendawan butang - cincang
5 butir buah zaiton - hiris (tak ada pun tak per)
2 1/2 cawan air (kalau ada stok ayam lebih baik)
1/2 cawan yogurt
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak zaiton

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cendawan, buah zaiton dan garam.  Kemudian masukkan tepung dan kacau rata.  
Masukkan air dan kacau selalu hingga mendidih.  Matikan api dan masukkan yogurt, kacau hingga sebati.
Masukkan fusilli siap masak ke dalam sos krim, gaulkan hingga krim dan pasta sebati. 
Hidangkan.


Notes:
Ikut la kreativiti dan selera masing2 ye nak tambah atau kurangkan mana patut... 

Wednesday, March 28, 2012

Ayam Perap Panggang

Recipe by accident... tak tau nak bagi nama apa sebenarnya.  Sebab akak dah perap baru panggang, tu yang akak tenyeh nama tu... :D

Tak tau nak masak apa, akak perap jer ayam ni dengan beberapa bahan yang ada kat dapur akak tu.  Dah habis fikir dah tapi masih buntu, akak panggang jer dalam oven.  Tak sangka tekak akak menerima dengan baik.  Akak rasa ia juga sesuai untuk BBQ.  

Konon nak test rasa jer tadi, tu dia habis seketul bahagian banyak daging lak tu (part yang paling kami anak beranak tak gemor), lupa nak makan nasi dah... 


Senang jer resipinya... 
1/2 ekor ayam potong kecil (ptg 4 pun ok jugak nih)
2 inci halia - lumatkan
2 inci kunyit - lumatkan
3 butir bawang kecil - lumatkan
3 ulas bawang putih - lumatkan
1 st garam
1 sudu kecil herba campuran (x der pun x per kottt...)
1 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu besar jus lemon/limau 

Gaul rata semua bahan, perap lebihkurang 30 minit.

Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius.
Susun bahan perapan ke dalam bekas tahan panas.  Tutup dengan aluminium foil
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam.
Buka foil dan bakar lagi selama 10 minit.

Dah boleh ngap dah... 


Friday, March 23, 2012

Nasi Ayam Lagi


Nasi ayam lagi. Resipinnya akak dah masukkan pada entry yang lepas di sini.

Untuk kali ini akak gunakan beras biasa dan bukan beras basmathi. Sedap jugak tapi pada pendapat akak kita perlu lebihkan sedikit air untuk mendapatkan nasi yg lebih lembut bukan seperti yang akak buat tadi, sukatan air sama dengan sukatan cawan beras. Nasi tetap menjadi, rasanya tetap enak, cuma pada akak tidak selembut seperti yg diharapkan.

Untuk kuah cilinya, akak tambahkan buah tomato dan untuk menambahkan kepedasannya akak tambah cili padi - kisar sekali semuanya. Hasilnya menjadi lebih sedap.

Jika inginkan ayam yang lembut selepas digoreng, jangan rebus ayam terlalu masak cukup sekadar 'matikan darah' jer. Kemudian diperap dalam 30 minit dan goreng. Gunakan api yang sederhana jer. Oleh kerana ayam memang sudah separuh masak, jangan goreng terlalu lama.

Wednesday, February 29, 2012

Nasi Ayam Cik Ani


Dah lama nak buat nasi ayam. Tapi akak rasa cam rumit jer, sebabkan banyak pelengkap yang nak kena sediakan. Hari ini akak kuatkan semangat bak kata omputih 'there's a will, there's a way' gitukan??? betul ke??? lebeykurang la... Dalam masa sejam setengah semua dah ready. Hahahaha... suka akak deknon... lepas ni confirm akak tak akan beli dah nasi ayam, sebab dah buleh buat yang menepati selera tekak akak.

Dulu akak pernah minta jiran akak ajarkan camana buat nasi ayam sebab nasi ayam dia memang sedap, akak suka sangat. Tapi macam2 helah dia bagi berat sangat nak bagitau. Jadi resipi ni akak olah sendiri jer mengikut naluri, dan kalau korang nak boleh la korang cuba, akak halalkan. Ilmu camni tak baik kita kedekut kan...

Alhamdulillah, memang ini yang akak mahukan, cuma bab ayam tu jer akak kena improve lagi... nak improve tang mana ek?? tak tau la, tang kaler kottt... sebab texture tu akak puashati dah... garing diluar, moist/lembab di dalam.


Nasi Ayam Cik Ani (Cik Ani tu akak ler... :D)

Stok Ayam
½ ekor ayam – bersihkan dan potong ikut suka besor mana
2 inci halia – ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawa
Air untuk merebus

Satukan semua bahan, rebus ayam hingga separuh masak. Keluarkan ayam. Ketepikan air rebusan untuk kegunaan lain.


Sos Perapan
½ cawan kicap
1 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1 inci halia – tumbuk lumat/kisar
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat/kisar

Satukan semua bahan dalam satu bekas. Gaulkan dgn ayam yang telah direbus tadi. Perap dalam sejam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan lebihan sos perapan tadi.


Sos Kicap
Lebihan sos perapan
1 cawan air rebusan

Campurkan semua dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih.


Sos Cili
8-10 biji cili merah (nak pedas tambah cili api) – buang biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 ½ cawan air rebusan ayam

Campurkan semua, dan kisar hingga hancur.


Nasi Ayam
3 cawan beras (kali ni akak guna basmathi) – cuci dan rendam seketika, toskan
3 cawan air rebusan ayam
1 inci halia – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 biji bawang besar – mayang
Rempah tumis - Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Garam secukupnya
3 sudu besar majerin

Panaskan/cairkan majerin dalam periuk. Masukkan rempah tumis, biar hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih hiris, goreng hingga bahan layu.
Masukkan beras dan kacau rata. Masukkan air dan garam. Biarkan nasi tanak seperti biasa.
Hidangkan.


Sup
Lebihan air rebusan ayam
1 sudu besar bawang kisar
1 batang lobak merah – dadu
1 batang saleri – dadu
Garam secukup rasa

Didihkan air rebusan bersama lobak merah, batang saleri dan garam. Rebus hingga lobak merah empuk.


Bahan Hiasan
Daun Salad
Tomato – hiris
Timun - hiris

Wednesday, February 22, 2012

Nasi Beriyani ala Hyderabad - Ada Hebat???


Semalam seharian akak tak perasap dapur. Berbungkus satu badan, baring melepak jer. Tapi hari ini, meronta2 pulak nak buat nasi beriyani. Akak suka buat yang senang jer. Tak mau buat stail Melayu yang main tumis2. Akak nak buat stail rebus dulu berasnya. Anak buah akak bagi link video Vah Reh Vah, akak cuma ikut teknik dia. Bahan2 guna apa yang memang dah ada kat rumah.

Jangan samakan dengan yang korang makan cam nak maut tu ye... tak sama tapi rasa ala2 jugak. Akak ni berusaha la membuat sendiri sebab memang tak mampu nak bayau kalau makan kat restoran... maaaawwwuuutttttt!!!! poket aku... tapi kalau korang rasa nak belanja akak makan kat sana, akak tak tolak ye... Jadi, feel free to call me kata omputih... hehehehe...

Jom tengok resipi yang tak berapa nak hebat nih...

Nasi Beriyani Al-Hebat (hahahaha... kang buh nama betul, kena saman lak sbb meniru)
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1 jam dan toskan
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
garam
1 camb minyak
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng
pewarna kuning telur (saffron lagi bagus)

Bahan Perap:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 camb garam masala
1 camb rempah kurma
1 camt serbuk jintan
1 camt serbuk ketumbar
1 cmt serbuk cili (nk pedas letak lebih)
1 cmt peppercorns
1 cmt serbuk kunyit
1 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1 cawan susu cair + 1 camb cuka - jadikan yogurt
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak
hirisan daun ketumbar (nak bubuh daun pudina sekali pun boleh kalau ada)

Satukan bahan perap dan ayam dalam satu mangkuk. Perap paling kurang 30 minit.

Sementara tu, didihkan air dalam periuk, masukkan garam dan minyak. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan tadi. Rebus sekali cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga beras jadi separuh masak. Asingkan airnya.

Gunakan periuk yang dalam, masukkan bahan perap ke dasar periuk. Ratakan.
Lapiskan beras separuh masak tadi di atas bahan perap. Taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Titiskan pewarna.
Tutup periuk dengan ketat. Atau boleh guna cara akak nih... ahaks!
Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Kecilkan api dan biar lagi selama 10 minit. Tutup api dan biar seketika sebelum dihidang.

ni masih dalam periuk ni dek non...

Thursday, February 16, 2012

Ayam Sambal Serai Berempah dan Nasi Lemak

Malam ni akak terajin skit... buat nasi lemak siap ngan lauk ayamnya sekali selain sambal tumis ikan bilis dan pelengkap lain. Gian gak kalau lama tidak kerja keras bila masuk ke dapur. Lagi satu sebab semalam dah terrrrrrrrrrrrrrrajin mengisar 3 kg bawang dan 1/2 kg cili kering. Banyak tu dek non... bila dah siap cam ni, baru la akak rajin nak perasap dapur tu... hehehehe...

Akak ni kalau masak, mana ada main ngadap resipi dek non... balun jer campak apa yang ada kat dapur tu. Sebab tu kalau bahan asas dah siap kisar bagai, tahap kerajinan akan naik tinggi melangit. Bila idea datang terus jer capai2, humban...

Okeh, tadi akak masak nasi lemak. Bukan baru ni jer akak buat nasi lemak, dah selalu dah... tapi kali ni agak special sikit sebab akak guna beras mahal, beras basmathi yang orang selalu guna untuk masak nasi beriyani tu. Suka tengok nasi tu panjang2 gitu... Lagipun ianya sesuai untuk orang2 yang berpenyakit kronik cam akak ni. Kurang berkanji berbanding beras wangi atau beras biasa. Nasi pun peroi jer...

Nasi Lemak Beras Panjang
4 cawan beras basmathi
1 cawan santan pati
6 cawan air
1 inci halia - hiris
2 biji bawang kecil - hiris
1/2 sudu kecil halba (optional, tak ada pun tak per)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cuci beras hingga bersih dan rendam 30 minit. Toskan.
Masukkan beras dan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga air hampir kering. Kacau rata dan kecilkan api. Biar selama 15 minit.
Kacau rata sekali lagi dan matikan api. Tunggu sebentar sebelum dihidang.


Mulanya ingat nak buat sambal ayam gitu. Tapi bila dah godam2 dapur tu jumpa macam2. Tiba tiba timbul idea untuk memasukkan semua bahan2 yang terkumpul di dapur tu. Ku campur2 semua maka terciptalah resipi akak nih. Tak tau la kalau ada orang lain pernah buat camni gak... biasa la, resipi ni pi mai pi mai, tang tu gak... janji jempol orang yang makan tu naik tegak.
Ayam Sambal Serai Berempah
1/2 ekor ayam - bersihkan, potong kecil atau ikut suka ler nak besor mana
3 batang serai - hiris halus
4 sudu besar cili kisar (nak pedas tambah cili api)
5 butir bawang merah (lebih pun ok gak)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
perahan asam jawa
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bersihkan ayam dan ketepikan.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai. Campurkan bersama cili kisar, serbuk jintan dan ketumbar - jadikan pes.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan campuran bahan kisar tadi. Biarkan hingga agak kering. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus. (Kalau ada yg terbersin tu kira tumisan dah ok).
Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tumisan. Tutup kuali dan biarkan hingga ayam separuh masak. Tuangkan perahan asam jawa. Didihkan.
Lengkapkan dengan garam dan gula. Biar ayam masak sepenuhnya dan sambalnya pekat.
Taburkan hirisan bawang jika mahu.
Sedia untuk dihidang.


Sambal bilis tu cam biasa jer la, tak der lainnya. Sama jer cam yang pernah akak buat sebelum ni. Cuma orang selalu tanya kenapa sambal akak tu warna gelap? Heheehe... yang sebenarnya akak pun tak tau la camana. Tapi memang tiap kali akak buat sambal tak pernah dapat kaler merah terang. Adakah ia ada kena mengena dengan teknik memasak itu sendiri? Emmm... korang kaji la sendiri ye sebab akak malas dah nak perah2 otak nih... nak banyak relaks jer...
Ok... selamat mencuba dan menjamu selera...

Monday, November 21, 2011

Ayam Masak Kicap (Chicken in Soy Sauce)

Simple dish and favourite to everyone in the house. Anything with soy sauce, won't be rejected.


8 ketul ayam goreng / 8 pcs fried chicken
2 sudu besar pes cili / 2 tbsps chili paste
1 sudu besar bawang kisar / 1 tbsp blended onion
1 sudu teh bawang putih kisar / 1 tsp blended garlic
1 sudu teh halia cincang / 1 tsp chopped ginger
1 cawan kicap soya / 1 cup soy sauce
2 sudu besar cuka / 2 tbsps vinegar
1 btg kayu manis / 1 cinnamon stick
1 bunga lawang / 1 star anise
3 butir buah pelaga / 3 cardamon
1 biji bawang besar (ptg baji) / 1 onion - cut into wedges
potongan cili merah (guna cili padi merah) /red chilli (i used red bird chilies) - sliced
3 sudu besar minyak masak / 3 tbsps cooking oil

Panaskan minyak dalam kuali, campakkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. Tambahkan pes cili, bahan kisar dan halia, tumis hingga kekuningan. Tambahkan kicap dan cuka. Biarkan mendidih.
Masuk dan gaulkan ayam goreng, cili burung dan bawang. Renehkan hingga bawang sedikit lembut.
Hidangkan.

Heat up cooking oil in a wok, drop in cinnamon stick, star anise and cardamon to fragrant. Add in chili paste, blended ingredients and chopped ginger, bring to brownish. Add in soy sauce and vinegar. Bring to boil.
Fold in fried chicken, bird chilies and wedged onion. Simmer to tender the onion.
Serve.

Thursday, July 21, 2011

Nasi Berperisa



Wah, lamanya tak berkarya kat sini ek... busy yakmat deh... lebih2 lagi nak puasa ni, macam2 persediaan nak buat. Sampai adakalanya dapur berasap utk pekara lain.

Sekarang ni nak makan nasi problem betul, tak tau nak berlauk atau bersayurkan apa. Macam ada perasaan jemu gitu... aduhai. Kena kreatif macam ni, nak kasi orang2 dalam rumah ni berselera kembali. Tu yang timbul idea memperisakan nasi ikut jer apa bahan yang ada dalam dapur kita. Jangan susah hati la bab nih... kena 'improvise' resipi yang ada... mesti enak. Jempol!!!

Meh cuba resipi campak2 kita nih. Dah dua kali buat atas permintaan Tuan Besar. Sedap banget la tu, kena pada selera dia la kan...

2 cawan beras (kita guna beras super jer) - bersihkan, rendam 15 minit dan toskan
1/2 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia - hiris halus
1 biji tomato - dicincang dadu
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
1 helai daun pandan
2 cawan air
1/2 cawan susu cair/uht/susu segar
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak utk menumis

Panaskan minyak di dalam periuk nasi. Masukkan rempah tumis dan daun pandan, goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng hingga layu.
Masukkan tomato cincang dan beras. Gaul rata. Masukkan air, susu dan garam. Tanak nasi hingga masak seperti biasa.
Boleh makan bersama rendang daging dan acar. Tapi sorry tak dapat la nak bagi resipi sebab kedua2 ni datang dari kampung, bukan kita yang masak.


Yang ni masak kali ke2. Anak dara yang buat semuanya... kita cuma arahkan jer. Bukan apa, bior dia belajor, kenali bahan2 memasak, nanti senang nak kenyangkan perut sendiri. Lagipun memang patut dia belajor memasak untuk keluarganya... Rupanya lawan dengan ayam masak tomato lebih sedap... memang jempol!!!!

Ayam Sos Tomato
1/2 ekor ayam - potong kecil, gaul garam kunyit dan goreng separuh masak
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris utk hiasan)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1" halia (dihiris)
1 biji tomato (ptg baji)
1/2 botol sos tomato
1/2 cawan air
3 sb cili kisar
1 btg cili merah (ptg serong)
garam dan gula secukup rasa

panaskan minyak. tumiskan bahan hirisan hingga naik bau, masukkan cili kisar, ditumis hingga pecah minyak dan masukkan sos tomato, air, garam dan gula. tunggu shingga mendidih. masukkan ayam, gaul hingga rata. masukkan tomato, cili merah (yg dipotong) dan bwg besar (dihiris utk hiasan). tunggu hingga bawang layu. tutup api.

Saturday, November 27, 2010

Homemade Chicken Chop

We had kebab (middle-east?) for lunch, yesterday, then flown to the west for dinner - Chicken Chop. Hahahaha... really succeed to skip rice :D
2 pcs chicken drumstick - deboned and smashed
salt and pepper
1 egg - lightly beaten
cornflour for coating
breadcrumbs

marinate chicken drumstick with salt and pepper for 30 minutes.
deep marinated chicken drumstick into lightly beaten egg. coat with cornflour. deep into egg again then coat with breadcrumbs.
deep fry and aside.

Onion Black Pepper Sauce
1 pc holland onion - diced
2 cloves garlic - crushed and chopped
3 tbsps chopped mushroom
1/2 cup black pepper sauce
1/2 cup chilli sauce
1/2 lemon juice
salt and sugar to taste
1 cup water
1 tsp cornflour dissolve in 50 ml water
cooking oil

Heat up oil in a pan. Saute onion and garlic until golden and becomes soft.
Add in chopped mushroom, stir well. Add in sauces, mix well. Pour in water and bring to boil and mixture thicken.
Add in cornflour mixture, stir evenly then add in lemon juice and season with salt and sugar.
Simmer for 10 minutes, and off fire.


Arrange fried chicken in a plate with coleslaw, boiled potato, lettuce and slice tomato. Pour sauce onto chicken.
Serve.



Thursday, November 18, 2010

Ayam Goreng Berempah

Dah lama mencari akhirnya berjumpa jua... resipi ayam goreng berempah yang penuh sampah berserdak macam (lebihkurang la...) ayam goreng berempah untuk nasik kukus yang dibeli di pasar2 malam. Thumbs up!!! bukan kita yang bagi jempol tu ek... orang2 yang meratahnya yang kata... hehehehe... kembang yang tak kuncup2 jadinya.
Resipi ni anggaran sahaja dibuat mengikut kesukaan hati orang yang membuatnya. Alhamdulillah, menjadi...

Ayam Goreng Berempah Mama Ghock

1 ekor ayam - potong 12 atau 14 atau ikut suka
1 sudu besar ketumbar kisar
1/2 sudu besar jintan manis kisar
1/2 sudu besar jintan putih kisar
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
1 biji lemon

bahan kisar:
5 butir bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai

1 biji lemon
3 pelepah daun kari
minyak untuk menggoreng

Bersihkan ayam.
Gaul semua bahan hingga rata. Perahkan jus lemon. Perapkan sekurang2nya satu hari.
Goreng dalam minyak yang banyak hingga masak atas api sederhana. Kaut sekali segala serdaknya.

Saturday, December 5, 2009

Nasi Kurma Ayam, Pajeri dan Dalca

Semakin berumur ni tekak semakin cerewet dalam soal makan. Kita lebih suka makan nasi dan lauk tanpa kuah... Mat Rock pulak kalau nak makan nasi, biar la nasi yg berperisa atau berempah seperti nasi briyani. Ala2 timur tengah konon... hehehe... Hari ni pun dia minta cam tu... adeihhhh!!!!

Baru ni dah buat nasi briyani, kali ni untuk dinner malam ni kita buat nasi kurma. Bahan dan cara lebih kurang nasi briyani gak, cuma kali ni guna rempah kurma. Rasa? Mat Rock kata lebih sedap dari briyani yang kita buat... hampeh tol!!!

Jom layanz...


Nasi Kurma Ayam

4 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit dan toskan
750 gm ayam - potong kecil dan bersihkan
1 biji bawang besar - mayang
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - mayang
2 helai daun pandan - cuci dan simpul
50 gm rempah kurma - jadikan pes (bancuh dgn sedikit air)
4 1/2 cawan air
150 gm yogurt asli
125 gm butter
rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
garam secukup rasa
2 biji tomato - dadu
1 pokok daun ketumbar - cincang

Panaskan mangkuk periuk letrik di atas dapur, cairkan mentega didalamnya.
Masukkan rempah tumis sehingga wangi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga bawang layu, masukkan rempah kurma dan kacau rata.
Masukkan ayam dan air dan gaul rata. Biarkan mendidih baru masukkan yogurt dan garam. Biarkan ia mendidih sekali lagi baru masukkan beras. Gaul perlahan agar rata.
Alihkan periuk ke periuk letrik. Biarkan nasi masak seperti biasa.
Bila nasi sudah kering, masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar. Biar nasi tanak sepenuhnya.
Taburkan bawang goreng sewaktu menghidang.

Guna nenas dalam tin jer, senang dan lebih sedap... Pajeri Nenas

1 tin nenas keping - asingkan dari sirap dan potong 4
2 biji cili merah – potong sesuai rasa
5 butir bawang merah - cincang
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - mayang
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu kecil udang kering – rendam dan tumbuk lembut
1 sudu kecil biji sawi
1 1/2 sudu besar Cuka
1/2 cawan sirap nenas + 1/2 cawan air
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan B - Penumis:
1 batang (anggaran 2 inci) kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakannya:
Tumis B hingga wangi dan masukkan bahan hiris, serbuk kunyit, biji sawi, udang kering dan tumis hingga keperangan.
Masukkan nenas, cili dan campuran sirap, biarkan mendidih.
Masukkan cuka, gula dan garam secukupnya.
Renihkan sebentar sebelum dihidang.



Dalca ni cam biasa jer... sama jer dengan yang sebelumnya.

Selamat mencuba!!!

Saturday, October 3, 2009

Nasi Jagung

arini tahap boring dah melepasi hidung. nak makan pun jadi masalah. pening gak la dok pikir apa nak masak tapi tak mau la sama macam selalu. teringat ada jagung dalam peti es yang kita beli sebelum raya aritu... saja2 jer tak de tujuan tertentu. kelebek sana sini semua cukup... buat nasi jagung jer la... hantam saja, main baling2 gitu... yok kita layan...

6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
6 cawan air
1 cawan susu cair
2 tongkol jagung - asingkan dr tongkolnya
1 inci halia - mayang halus
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - hiris
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga & kayu manis
125 gm minyak sapi (1 tin kecil)
1 cawan sayur campur
1 cawang daging/ayam cincang
1 batang lobak merah parut
2 sudu teh lada putih
garam secukup rasa
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia (masukkan daun pandan jika ada). Tumis hingga. naik bau.
  2. Masukkan ayam/daging cincang, kacau rata. Kemudian masukkan jagung dan sayur campur.
  3. Masukkan beras dan gaul hingga rata dan sebati. Masukkan air, lada putih, garam dan lobak merah. Gaul.
  4. Alihkan periuk letrik. Biarkan nasi masak hingga hampir kering. Tuangkan susu. Taburkan kismis dan gajus jika mahu. Biarkan nasik tanak dan kering sepenuhnya.
  5. Sedia untuk dihidang.


*Note
Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan daun sup yg dihiris.
Boleh dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan acar.

Nak express kita taksempat buat tu semua... hahahaha... gelojoh... tp arini kita hidang dengan ayam lada hitam xpress... hehehee



Ayam Lada Hitam - express punya...

hahhaha... bukan le niat nak menipu.. tp kes nak cepat... segera... guna perencah pre-mix dari jenama pasaraya gergasi. not bad la rasanya... sbb semua dah ada kat dlm tu. cuma tambah kan bawang besar dan hias daun bawang jer. tp kita suka hati tambahkan cili merah hiris. masak pun ikut jer instruction kat paket tu. siap! makan ngan nasik jagung tadi.

Tuesday, July 14, 2009

Ayam Mayonis

eerrrrkkkkkkk... alhamdulillah... kenyang betul malam ni... semua berselera jer makan tadi. Lauk simple jer tau, Ayam Mayonis. Sebenarnya dah lama kita nak cuba buat sesuatu dengan mayonis yang berlebihan kat rumah nih. Pernah terbaca la kat majalah mana tah masak ayam campur mayonis. So, tonite kita realisasikan apa yang terlintas di kepala nih.

Ayam Mayonis

4 ketul peha ayam di goreng
1 batang seleri - potong serong
2 sudu besar cedawan hiris dalam tin
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

bahan hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan hiasan:
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan cili kisar. Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.

Masukkan bahan hiris dan kacau hingga naik bau. Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).

Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.

Hidangkan bersama nasi panas.


Sunday, June 21, 2009

All in Chicken


Hahaha... I don't know what is this dish suppose to call. I just dumped all in. It's all about big 'M' (Malas or lazy) crowned nicely on my head... hehehe... I'm bad, am I?

Let's see what I got in this 'All-in-Chicken' recipe

2 pcs chicken ribs - cut into small pcs
1/2 big onion - diced
1/2 onion - chopped
2 cloves garlic - crushed n chopped
1 tbsp blended chillies
1 tbsp oyster sauce
1 inch ginger - thinly sliced
2 pcs long bean - cut into 1 inch long
carrot - cut as desired
capsicum - diced
2 tomatoes - wedged n halved
salt n sugar to taste

Heat oil in a pan. Fry chopped onion, garlic and ginger till fragrant. Add in blended chillies. Fry till water dissolved. Add in oyster sauce, stir and add in chicken and 1 cup of water. Bring the chicken to boil and cook.
Add all the diced onion and the veggies in. Add salt n sugar to taste. Let's simmer for few minutes.
Serve.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




Saturday, June 6, 2009

Ayam Goreng Ungkep dan Sayur Turi

Ide ni datang tiba2... tp boleh tahan jugak rasanya. Tutup kuali masa menggoreng. Tu sebab dipanggil ungkep. Ni teringat la arwah mak dulu kalau sebut ungkep dia mesti tutup kualinya. Jadi kita pun buat la rumusan makna ungkep tu di tutup... resipi ni kita tibai sendiri.2 ketul dada ayam - bersihkan
*halia
*bawang putih
*bawang merah
*kunyit
*garam
lada putih
madu
sedikit air asam jawa
minyak masak
bawang besar hiris

Lumatkan bahan (*). Campurkan lada putih dan madu ke dalam bahan (*) tadi. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit.
Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Tutup kuali semasa menggoreng. Apabila ayam separuh masak, masukkan air asam jawa dan bawang hiris. Angkat bila bawang sudah layu.
Hidangkan.


Daun turi masak lemak memang kegemaran kita. Tak kira la samada dicampur keledek atau tidak, memang tak pernah jemu. Kalau ada sambal belacan cili kering lagi ummpphhhh!!

Thursday, May 21, 2009

Ayam Masak Kicap

Apa apa aja yang berkicap memang menjadi favourite orang2 dalam rumah ni. Sesekali masak cam ni sungguh menyelerakan. Kali ni ayam tu mmg kita biar setongkol besar, malas nak potong2... entahla... agaknya angin demam dah menyinggah kot masa tu...


1 ketul dada ayam - bersihkan, gaul garam kunyit dan goreng
1 biji kentang - potong dan goreng separuh masak
1 biji bawang besar - belah 6
1 biji cili hijau - belah 2
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan cengkih
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - hiris
1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 cawan kicap
air asam jawa atau cuka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah hingga naik bau. Masukkan bahan hiris dan lada hitam, goreng hingga layu.
Masukkan kicap, air asam jawa dan gula secukup rasa. Masukkan ayam dan kentang, biarkan hingga mendidih. Masukkan bawang besar dan cili hijau. Masak hingga bawang sedikit layu.
Siap untuk dihidang.

Sunday, March 1, 2009

Nasi Tomato and Friends

Dah lama dapur tak berasap... rasa rindu la pulak. Teringat janji kat Iman nak masakkan dia nasi tomato minggu lepas. Minat sangat dengan nasi tomato sampai tiapkali ada pasar malam dia minta nasi tomato. Lagipun memang dah lama tak buat nasik tomato. Sesekali tukar selera... emm? tukar selera? ye la... dari masakan kedai ke masakan rumah sendiri... air tangan sendirik...


Nasi Tomato


4 cawan beras Basmathi - cuci, rendam 15 minit, toskan
100 gm tomato puree dalam tin
4 biji tomato segar - dicelur dan kisar
200 ml susu cair
3 sudu besar mentega
4 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa
2 biji tomato segar - didadu
kismis (option)

bahan tumis

kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 biji bawang besar - didadu
1 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan

Panaskan mentega di dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan goreng hingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan tomato puree dan tomato kisar, kacau sebati. Tambahkan air rebusan ayam dan susu. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras. Kacau ratakan bahan. Biar hingga nasi sudah separuh masak dan kering airnya.
Kecilkan api dan taburkan tomato yang didadu. Biarkan nasi masak sepenuhnya.


Kita lak kalau buat nasi tomato suka buat puri dari tomato segar. Kelar bersilang punggung tomato tu dan rendam dalam air panas mendidih hingga kulitnya terkupas. Angkat buang kulit dan kisar. Tapi kena gak campur puri dalam tin untuk menaikkan warnanya. Kalau tak dicampur nasi nampak pucat.








Ayam Masak Tomato


1 ekor ayam - perap dengan garam dan kunyit
1 mangkuk sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 biji capsicum - didadu
3 biji cili merah - potong serong
2 biji tomato segar - potong baji
air rebusan ayam secukupnya
garam gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

bahan tumis (dihiris)
1 inci halia
ulas bawang putih
6 butir bawang merah

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
Kurangkan minyak dalam kuali sehingga tinggal lebih kurang 4 sudu besar. Masukkan bahan tumis, goreng hingga naik bau. Masukkan segala sos dan air secukupnya (ikut kepekatan yang dikehendakki). Kacau rata dan biarkan mendidih dan sedikit kering.
Perasakan garam dan gulanya. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul hingga sekata bahannya.
Masukkan tomato, capsicum dan cili merah atau bawang besar dihiris jika suka.
Hidangkan.


Sup


Air rebusan ayam secukupnya
bawang merah dihiris
bawang putih dihiris
garam secukup rasa
daun sup/daun bawang dihiris
bawang goreng

Didihkan air rebusan ayam, masukkan sekali hirisan bawang merah dan bawang putih. Perasakan garamnya.
Taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup semasa menghidang.

Acar Timun dan Tomato

1 biji timun - hiris sesuai selera
1 batang lobak merah - potong sesuai selera
2 biji tomato - hiris nipis
1 biji bawang besar - di mayang
2 biji cili merah - dihiris
garam dan gula secukup rasa
2 sudu kecil cuka

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Perap selama 15 minit sebelum dihidang.