Wednesday, February 29, 2012

Nasi Ayam Cik Ani


Dah lama nak buat nasi ayam. Tapi akak rasa cam rumit jer, sebabkan banyak pelengkap yang nak kena sediakan. Hari ini akak kuatkan semangat bak kata omputih 'there's a will, there's a way' gitukan??? betul ke??? lebeykurang la... Dalam masa sejam setengah semua dah ready. Hahahaha... suka akak deknon... lepas ni confirm akak tak akan beli dah nasi ayam, sebab dah buleh buat yang menepati selera tekak akak.

Dulu akak pernah minta jiran akak ajarkan camana buat nasi ayam sebab nasi ayam dia memang sedap, akak suka sangat. Tapi macam2 helah dia bagi berat sangat nak bagitau. Jadi resipi ni akak olah sendiri jer mengikut naluri, dan kalau korang nak boleh la korang cuba, akak halalkan. Ilmu camni tak baik kita kedekut kan...

Alhamdulillah, memang ini yang akak mahukan, cuma bab ayam tu jer akak kena improve lagi... nak improve tang mana ek?? tak tau la, tang kaler kottt... sebab texture tu akak puashati dah... garing diluar, moist/lembab di dalam.


Nasi Ayam Cik Ani (Cik Ani tu akak ler... :D)

Stok Ayam
½ ekor ayam – bersihkan dan potong ikut suka besor mana
2 inci halia – ketuk
2 ulas bawang putih - ketuk
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawa
Air untuk merebus

Satukan semua bahan, rebus ayam hingga separuh masak. Keluarkan ayam. Ketepikan air rebusan untuk kegunaan lain.


Sos Perapan
½ cawan kicap
1 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1 inci halia – tumbuk lumat/kisar
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat/kisar

Satukan semua bahan dalam satu bekas. Gaulkan dgn ayam yang telah direbus tadi. Perap dalam sejam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan lebihan sos perapan tadi.


Sos Kicap
Lebihan sos perapan
1 cawan air rebusan

Campurkan semua dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih.


Sos Cili
8-10 biji cili merah (nak pedas tambah cili api) – buang biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 ½ cawan air rebusan ayam

Campurkan semua, dan kisar hingga hancur.


Nasi Ayam
3 cawan beras (kali ni akak guna basmathi) – cuci dan rendam seketika, toskan
3 cawan air rebusan ayam
1 inci halia – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 biji bawang besar – mayang
Rempah tumis - Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Garam secukupnya
3 sudu besar majerin

Panaskan/cairkan majerin dalam periuk. Masukkan rempah tumis, biar hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih hiris, goreng hingga bahan layu.
Masukkan beras dan kacau rata. Masukkan air dan garam. Biarkan nasi tanak seperti biasa.
Hidangkan.


Sup
Lebihan air rebusan ayam
1 sudu besar bawang kisar
1 batang lobak merah – dadu
1 batang saleri – dadu
Garam secukup rasa

Didihkan air rebusan bersama lobak merah, batang saleri dan garam. Rebus hingga lobak merah empuk.


Bahan Hiasan
Daun Salad
Tomato – hiris
Timun - hiris

Monday, February 27, 2012

Nasi Beriyani Daging Burger


Ingat nak buat beriyani kofta, tapi telek2 resipi banyak pulak kerjanya. Tiba tiba Allah bagi jalan senang untuk akak. Alhamdulillah. Akak gunakan stok daging burger yang memang sedia ada dalam peti es. Bagi lembut dan kepal2kan jer, pastu goreng.

Nak buat raita bagai bahan tak cukup, tapi akak guna pakai sedikit sebanyak idea menyediakan raita tu sebagai pelengkap nasi beriyani entahapahapa akak nih...

BERIYANI Daging Burger
6 keping burger daging – lembutkan dan potong 2 (akak guna Ramly)
Rempah tumis – kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
1 biji tomato – dadu
½ cwn air
½ cwn yoghurt
Daun pudina dan daun ketumbar – cincang kasar
3 sudu besar minyak untuk menumis
Garam secukup rasa (akak letak ½ sudu teh jer)
Pes:
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu teh bwg putih kisar
1 sudu teh halia kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili


Bulat2kan setiap potongan daging burger, dan tekan sedikit leper. Goreng atas kuali non stick seperti goreng burger biasa. Cukup hanya separuh masak. Ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan pes, tumis hingga naik bau dan rempah sedikit garing. Masukkan tomato, masak hingga layu.
Masukkan bebola burger dan sedikit air, biarkan mendidih dan kuah pekat.
Masukkan yoghurt, garam dan hirisan daun ketumbar dan pudina. Reneh sebentar dan ketepikan.


Bahan untuk Nasi Beriyani
2 cawan beras basmathi – cuci dan rendam dalam air garam selama 30 minit, toskan
Air untuk merebus
Kayu manis, cengkih, jintan dan lada hitam biji
Garam secukupnya
1 sudu besar minyak

Didihkan air dalam periuk bersama kayu manis, cengkih, jintan, lada hitam, garam dan minyak. Rebus beras hingga ½ masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Gunakan periuk yang dalam, susunkan separuh bebola burger dan kuah di dasar periuk. . Lapiskan dengan nasi separuh masak, taburkan bawang goreng, hirisan daun pudina dan daun ketumbar.
Susunkan lebihan bebola burger dan sedikit kuahnya. Lapiskan dengan separuh lagi lebihan nasi diatasnya. Taburkan bawang goreng, hirisan daun pudina dan daun ketumbar di atasnya.
Tuangkan lebihan kuah jika ada dan titiskan beberapa warna kuning telur jika mahu.
Tutup periuk dengan foil rapat baru letakkan penutupnya.
Tanak dengan api perlahan selama 30 minit. Tutup api dan biarkan 5-10 minit baru dibuka penutup dan foil.
Ready utk dimakan.


Yang ni akak tak tau nak bagi nama apa, tapi makan bersama nasi beriyani memang kena la...
Timun - hiris nipis (akak sagat kasar)
Tomato - dadu kecil
Cili merah - cincang
daun ketumbar - cincang
mayonis (akak guna cheesy mayonis tu jer stok akak ada)

Campur semua dalam mangkuk, gaul rata. Simpan dalam peti es sehingga dihidangkan bersama nasi dan beriyani bebola burger (kofta)

Rojak Sotong


Masih tak puas lagi dengan sotong kangkung. Kali ini akak tambahkan bahan2nya menjadikan ia sebagai Rojak Sotong. Kuah yang akak guna sama seperti entry yang sebelum ni, ambil di sini. Kali ni akak buat kuah rojaknya lebih awal sebelum digunakan. Ianya akan menjadi lebih likat setelah dibiarkan semalaman.


Rojak Sotong
1 ikat kangkung - petik dan celur
1 ekor sotong kembang - size besar - potong dan rebus
2 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
taugeh - dicelur
timun - hiris
kacang tanah - goreng dan tumbuk
bijan - sangrai/sangai
Kuah rojak

Susun semua bahan dalam pinggan, curahkan kuah, taburkan bijan dan kacang tumbuk.
Hidangkan.

Simple Weekends - Masak Lemak Pucuk Meranti, Sambal Tumis Campur dan Dadar Telur Masin

Hujung minggu yang ringkas, akak masak ringkas2 jer sebab malas yang komplikated. Hehehehe... suka masak yang ringkas, cepat dan menepati selera. Yang penting mesti lichin tak der yang terbuang gitu...

Pucuk Meranti Masak Lemak
2 ikat pucuk meranti - petik daunnya dan bersihkan
1 keping tauhu - potong kecik
1 cawan santan + 1 1/2 cawan air
2 butir bawang merah - hiris
1 biji lada merah - hiris
secubit ikan bilis
garam secukup rasa

Satukan tauhu, santan, air, bawang merah, ikan bilis dan garam secukupnya.
Kacau atas api sederhana hingga mendidih tapi jangan sampai pecah santan.
Masukkan pucuk meranti dan lada merah, masak hingga sayur sedikit layu.
Sedia untuk dihidang.


Sambal Tumis Campur
2 biji kentang - dadu kasar, goreng
2 keping tauhu - dadu, goreng
tempe - dadu, goreng
1 keping fucuk - rendam lembut, potong kecil
suun - rendam lembut
150 gm udang - buang kepala dan kulit
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji cili hijau - hiris
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan cili dan bawang kisar hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan udang, biar hingga udang kecut. Masukkan asam keping, gula dan garam.
Masukkan kentang, tauhu dan tempe. Gaul rata dan sebati dan sambal sedikit kering.
Masukkan fucuk dan suun serta cili hijau. Gaul sebati hingga semua masak sekata dan kering.
Siap untuk dihidang.


Dadar Telur Masin
2 biji telur masin - pecahkan dan pukul sedikit, hancurkan kuningnya
1/2 biji bawang besar hiris
1 pokok daun bawang

Campurkan semua bahan, dadarkan dalam kuali non stik. Masak seperti telur dadar biasa.


Thursday, February 23, 2012

Mihun Goreng Ala Kampung (Tidak Pedas)

Hari ini akak sempoi dek non... malas yakmat nak masak. Sakit tekak masih tak hilang, selera makanpun kurang. Kalaulah akak dok sensorang pagi temu pagi, biskut kering celop susu pun orait... Ni ada dua askar yang memerlukan tenaga yang banyak, kena gak ler tepis sikit malas akak tu. Tanya tuan tanah, bihun goreng ok ke? Dia kata ok. Selamatttttt... akak.

Akak goreng mihun ala2 stail kampung jer, sebab tak der bahan mewahpun diisi. Bahan mewah? hehehehe... udang, sotong, ayam atau daging tu bahan mewah ler... Kali ni memang sengaja buat tak pedas sebab tekak akak cedera parah deknon... tak boleh langsung terkena cili atau rempah...


Mihun Goreng Ala Kampung
1 pek (400gm) mihun - rendam hingga lembut, toskan
3 keping kelopak kobis - hiris memanjang
1/2 btg lobak merah - hiris memanjang (sagat kasar)
1 btg saleri - dadu
7 biji bola ikan - belah 4
2 keping kek ikan - hiris
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih
secubit ikan bilis
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 cawan air
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili, bawang dan ikan bilis hingga bahan tumisan sedikit garing. Masukkan sos cili. Kacau rata.
Masukkan bebola dan kek ikan. Gaul sebati. Masukkan air, garam dan gula. Biar mendidih.
Masukkan lobak merah dan saleri. Masukkan bihun. Kacau gaul hingga rata hingga bihun jadi lembut dan masak. Masukkan kobis hiris, gaul rata hingga kobis sedikit layu.
Taburkan hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng semasa menghidang.


Akak memang suka guna ikan bilis sebagai perencah mihun goreng. Mungkin memang sebab dah terbiasa dengan keadaan keluarga akak dulu kot... yang memandang udang, sotong, ayam dan daging sebagai bahan mewah. Ayam dan daging buleh dapat cuma setahun sekali iaitu pada hari raya jer. Udang dan sotong tu dapat yang kecil2 pun dah cukup bersyukur.

Wednesday, February 22, 2012

Nasi Beriyani ala Hyderabad - Ada Hebat???


Semalam seharian akak tak perasap dapur. Berbungkus satu badan, baring melepak jer. Tapi hari ini, meronta2 pulak nak buat nasi beriyani. Akak suka buat yang senang jer. Tak mau buat stail Melayu yang main tumis2. Akak nak buat stail rebus dulu berasnya. Anak buah akak bagi link video Vah Reh Vah, akak cuma ikut teknik dia. Bahan2 guna apa yang memang dah ada kat rumah.

Jangan samakan dengan yang korang makan cam nak maut tu ye... tak sama tapi rasa ala2 jugak. Akak ni berusaha la membuat sendiri sebab memang tak mampu nak bayau kalau makan kat restoran... maaaawwwuuutttttt!!!! poket aku... tapi kalau korang rasa nak belanja akak makan kat sana, akak tak tolak ye... Jadi, feel free to call me kata omputih... hehehehe...

Jom tengok resipi yang tak berapa nak hebat nih...

Nasi Beriyani Al-Hebat (hahahaha... kang buh nama betul, kena saman lak sbb meniru)
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1 jam dan toskan
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
garam
1 camb minyak
Hirisan daun ketumbar
Bawang goreng
pewarna kuning telur (saffron lagi bagus)

Bahan Perap:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 camb garam masala
1 camb rempah kurma
1 camt serbuk jintan
1 camt serbuk ketumbar
1 cmt serbuk cili (nk pedas letak lebih)
1 cmt peppercorns
1 cmt serbuk kunyit
1 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1 cawan susu cair + 1 camb cuka - jadikan yogurt
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak
hirisan daun ketumbar (nak bubuh daun pudina sekali pun boleh kalau ada)

Satukan bahan perap dan ayam dalam satu mangkuk. Perap paling kurang 30 minit.

Sementara tu, didihkan air dalam periuk, masukkan garam dan minyak. Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan tadi. Rebus sekali cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga beras jadi separuh masak. Asingkan airnya.

Gunakan periuk yang dalam, masukkan bahan perap ke dasar periuk. Ratakan.
Lapiskan beras separuh masak tadi di atas bahan perap. Taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Titiskan pewarna.
Tutup periuk dengan ketat. Atau boleh guna cara akak nih... ahaks!
Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Kecilkan api dan biar lagi selama 10 minit. Tutup api dan biar seketika sebelum dihidang.

ni masih dalam periuk ni dek non...

Monday, February 20, 2012

Step-by-step Sambal Itang (Hitam)

Dulu akak dah pernah ada entry pasal sambal hitam di sini, tapi secara am jer. Ada jugak akak bagi guide camana nak membuatnya tapi akak letak kat FB akak jer, terlupa nak masukkan ke blog. Jadi, kali ni akak letak kat sini juga supaya senang follower blog (ada ker???) akak mencuba pulak. Sebabnya sekarang sambal hitam (orang Pahang sebut 'Itang') dah mula diperkatakan sana sini.


Bahan2 utama:
Belimbing buluh - rebus hingga tukar kaler hitam
Cili padi
Bawang merah
ikan bilis

Tumbuk semua bahan. Akak guna food processor jer, kalau nak kisar dalam blender, guna kisar kering.
Tumiskan semua bahan yang dah ditumbuk tadi. Tambahkan garam secukup rasa dan gula untuk seimbangkan rasanya.
Goreng sampai kering airnya.
Sedia untuk dihidang. Senangkan????
Anak2 akak ratah jer, tak perlu tunggu nasi... dengan roti, biskut pun jadi... Belimbing tu selalunya akak rebus banyak2, simpan dalam peti es. Air rebusan tu boleh di buat pencicah ikan bakar (macam air asam lah), tapi akak kalau merebus sampai kering airnya, kalau ada pun sikit sangat.

Ok semua, selamat mencuba.

Sup Kentang Sambal Telur

I really am malas hari ini, rasa cam tak sehat jer... sengal segala sendi, otot2 lak rasa tegang. Siang tadi akak buat salad kentang jer, rasa cam sedaaaaaaaap sangat. Tapi bila makan (sebab dah betul2 lapar) tak seperti diharapkan (very high expectation - agaknya). Ingat cukup la tu, untuk dinner akak nak suruh jer diorang cari kat pasar malam. Tapi kesian pulak, akak masak nasi, buat sup kentang (kentang lagi), letak suun dan fucuk. Sambal tumis masih ada lagi, akak rebus telur, humban jer ke dalam sambal. Teringat zaman persekolahan masa dok asrama dulu, memang paberet akak tuh, tak pernah 'skip' tau... Tapi akak tak leh telan gak, nasib baik ada 2 hero akak tu tolong makankan. Confirm!!! Akak memang tak sehat la ni.

Sup Kentang Sempoi
1 biji kentang - buang kulit, hiris nipis
30 gm suun - rendam hingga lembut
30 gm fucuk - rendam hingga lembut dan potong kecil
1 cubit ikan bilis
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi - hiris
1 liter air
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup - hiasan

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga bawang layu. Masukkan air dan kentang. Biar didih dan masak hingga kentang lembut.
Masukkan fucuk dan suun, tambahkan garam secukup rasa. Biar reneh seketika sebelum dihidang. Jangan lupa taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.


Sambal telur ni akak gunakan lebihan sambal tumis yang akak buat untuk nasi lemak aritu. Memang akak selalu buat banyak2 sebab diorang dalam rumah ni makan biskut mayat pun colek sambal. Akak cuma rebus telur dan golek2kan jer dalam sambal.


***Rasa cam nak tidur awal la arini...***

Salad Kentang (Potato Salad)


Akak keseorangan lagi di rumah, ada peluanglah akak nak bagi dapur tu berehat sekejap. Jimat gas akak... Hahaha...

Aiiihhhhh!!! Apsal lak perut berbunyik nih??? Alahai, perut lak tak bagi kerjasama la untuk akak bermalas2an. Tak sporting langsung... geram! geram! geram! Akak malas laaaa...

Pandang ceruk dapur - ada kentang, korek peti es - ada batang celery dan lobak merah. Emmmm... tau dah nak buat apa, tanpa menggunakan banyak perkakasan. Akak malas nak mencuci la dek non...


Teringat semalam ada kawan tu post gambar salad kentang kat FB. Terasa2 keenakan salad kentang masuk ke tekak, lebih2 lagi kalau dah di simpan dalam peti es. Terasa sejuknya ketika bergerak melalui tekak ke perut. Hehehehe... amacam? boleh bayang tak?

Resipi akak simple jer...

Salad Kentang
3 biji kentang - buang kulit, dadu kasar dan rebus empuk
1 batang lobak merah saiz kecil - dadu dan celur
1 batang celery - dadu dan celur
1/2 biji bawang besar - dadu
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
100 gm mayonis
cincangan daun sup/bawang

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, kacau sebati.
Hidangkan.


Hah! Senangkan??? Apa nak pening2 pasal kelaparan... hehehehe...

Saturday, February 18, 2012

Pasta Goreng Bawang Putih (Fried Garlic Pasta)


Akak tak tau nak bagi nama apa la dek non... nak kata olio, akak tak gunakan minyak zaiton pun. Apa2 aja la, janji rock! Eh! bukan... janji lichin... Akak memang suka buat yang sempoi, tak la terasa penat sangatkan. Dah tu, confirm habis... (hehehe... perasan cam sedap sangat la tu...)

Bukan apa, sebenarnya akak rimas la, kalau masak nasi beriya siap ngan lauk, dah la preparation makan masa, letih gak dek non... dah tu masing2 makan sikit jer. Tu pun nasi semalam masih ada dalam periuk tiada yang nak makan. Makanya, sebagai denda kat orang2 dalam rumah ni, tengahari ni ala-carte jer lah... fair kan...

Resipi yang simple, bahanpun tak banyak yang nak guna. Sesapapun boleh cuba, jangan fikir sangat bahan2 yang nak dimasukkan. Korek jer apa ada kat dapur tu humban jer la... gerenti bereh!!!
Linguine Goreng Bawang Putih
1/2 paket pasta (akak guna linguine) - rebus ikut peraturan di pek
3 ulas (15gm) bawang putih - cincang
2 sudu besar butter/majerin
7 biji cili padi - cincang
2 butir cendawan butang (optional) - cincang
3 butir buah zaiton (optional, akak bubuh sbb dah ada) - hiris
1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh serbuk lada putih
garam
daun bawang dan daun sup - cincang halus

Cairkan majerin/butter dalam kuali 'non-stick', saute bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan hirisan cili padi, cendawan dan buah zaiton, goreng hingga cili layu. Tambahkan garam secukup rasa, lada putih dan oregano, sebatikan.
Masukkan pasta, gaul hingga semua bahan sebati.
Gaulkan dengan hirisan daun bawang/sup, sedia untuk dihidang.
Tangkap gambar dulu baru makan ye... hehehehe...

Senangkan... kalau ada capsicum, dadukan boleh la humbankan ke dalam gorengan.

Sotong Kangkung


Hidangan malam ni pulak - Sotong Kangkung yang telah lama akak idam idamkan... ni kira salad la jugak kan??? Puas dah pusing merata kat area tempat tinggal akak ni tak der pulak yang menjual sotong kangkung. Nak ke KL pulak tak berbaloi RM yang keluar hanya untuk sepiring sotong kangkung. Ntah piring besor mana pulak... puas tak tentu lagi... Akhirnya akak gagahkan diri jugak membuatnya. Ambik ko!!! baru puas hati aku... muahahahaha...


Sotong Kangkung
1 ekor sotong kembang - bersihkan dan potong kecil
1 ikat kangkung - bersihkan dan potong2
bijan - sangrai/sangai
kacang tanah goreng - tumbuk

Sosnya:
2 senduk cili kisar + 1/2 cawan air, tapiskan
2 senduk petis/otak udang
2 senduk gula
2 sudu besar jus asam jawa

Didihkan air dalam periuk. Celurkan kangkung. Angkat dan susun atas pinggan.
Kemudian masukkan sotong ke dalam air didihan tadi. Rebus hingga sotong terapung. Angkat dan susun atas kangkung celur tadi.
Dalam periuk lain, campurkan semua bahan sos dan masak hingga mendidih dan pekat.
Siram ke atas pinggan yang berisi kangkung dan sotong tadi.
Taburkan bijan dan kacang tumbuk.
Sedia untuk di baham...



Ha... akak dah share kat sini ye... lepas ni kita boleh jamu family, sahabat handai kita dengan senang hati tanpa memikir berapa RM nak kena keluar... hehehe...

Salad Jawa (Janganan) dan Siakap Berlada

Semalam sebelum keluar ke studio, Mat Rock minta ulam2an untuk hidangan makan tengahari hari ini. Akak pun dah gelenyor lama tak pergi pasar malam dengan gediknya la berjalan ke pasar malam berhampiran rumah. Cari pakcik yang kita biasa jual sayur tu tak der pulak. Baru teringat, dia tak meniaga hari Jumaat. Cuma ada 1 jer penjual sayur kat situ, mak ai... untuk satu kobis bulat (besar sikit dari bola tenis), 3 batang carrot saiz lengan baby, 4 biji tomato sebesor penumbuk, 1 biji timun, 1 biji capsicum hijau, 3 ikat sayur kangkung dan 3 ikat sayur meranti (my all times favourite)... RM18 semuanya... terkedu jugak tapi nak buat camana, sayur memang dah tak der kat rumah. Jeran nak shopping kat pasar malam rasanya. Dengan pakcik yang biasa tu tak pernah lak jejak harga sampai camtu... aduhai... Jadi, tengahari tadi akak masak la seadanya. Alhamdulillah semuanya puas sebab akak tengok bertambah2 nasi... hingga menjilat jari... hehehehe...

Sayur2 tu akak buat ler salad ala orang jawa yang kami panggil janganan. Ada sengkuang dalam petiais, Ok! Cantik ler... Teringat kacang siap goreng lebihan masa buat nasi lemak aritu. Cam biasa kuah salad tu akak buat cara akak yang paling mudah untuk semua.

Tapi tadi masa menyediakan kuah tu, ada kejadian yang tidak diingini berlaku, mangkuk berisi bahan2 kuah salad yang sudah di lumatkan jatuh terlungkup ke lantai… huhuhu… sedeynya akak, peluh yang keluar masa menumbuk lesung tu pun tak kering lagi… nasib baik bahan masih ada lagi, terpaksa la diulang proses sekali lagi. Apa nak buat dah tak der rezeki.

Janganan @ Salad Jawa
1 cekak pucuk meranti – celur
½ biji sengkuang – potong ‘julian’ (parut memanjang lagi senang)
½ batang timun – hiris nipis
Tomato (option jer kalau nak – akak bubuh sbb dah ada :D)

Susun semua sayuran dalam pinggan, siramkan kuahnya.

Sambal Kacang (Kuah Salad)
10 biji cili api
2 ulas Bawang putih
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
1 cawan kacang tanah goring
1 sudu besar gula
Jus asam jawa (gunakan air masak untuk membancuh)
Garam secukup rasa
Air masak (jika perlu)

Tumbuk cili api, bawang putih dan belacan hingga lumat. Masukkan ke dalam bekas.
Tumbuk kacang hingga hancur. Campurkan ke dalam campuran cili.
Tambahkan gula, jus asam jawa dan garam secukup rasa dan kacau sebati. Kalau jus pekat, boleh tambah air masak untuk mencairkan. Biar seketika sebelum digunakan.

Sebenarnya, selain sayur2 yang akak gunakan nih, korang boleh jugak guna sayur2 lain seperti kacang panjang (celur), lobak merah, kangkung atau sebagainya. Jangan hadkan pemilihan sayur yang nak diambil ye… korang belasah jer, mesti jempol!!!



Untuk lauknya, bangun pagi tadi dah keluarkan ikan siakap dari peti beku. Tanya tuan rumah nak soh buat apa ngan siakap nih? Dia minta ikan digoreng garing pastu simbah ler ngan kuah yang ada rasa pedas. Ok, senang la camtu, buat masak berlada jer lah kan, tapi akak siap warning kat tuan rumah ni, mesti makan habis tak mau tingal2… nanti mogok masak baru tau… hehehe… sayang beb kalau tak habis, mahal tu…

Siakap Berlada
1 ekor siakap – dibersihkan dan digoreng
1 biji bawang besar hiris untuk hiasan
Air asam jawa
Garam, gula secukupnya
Minyak utk menumis
Bahan Kisar Kasar:
4 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
½ inci halia
Belacan sebesar ibu jari

Panaskan minyak dalam kuali (akak guna minyak lebihan goreng ikan jer), tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air asam, kacau hingga sebati semuanya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan bawang hiris, goring hingga bawang layu.
Siram ke atas ikan yang telah diletak di dalam pinggan.
Hidang.